Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,390
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10

"Bye Zafril, remember our secret." Lara beredar dari hospital. Zafril pandang Lara penuh gelisah. 


Olin dari jauh sudah kelihatan. Dia datang kesini untuk membawa Lara pulang. 


Setibanya di rumah. Lara hendak keluar, namun dihalang oleh Olin. 


"Boss." panggil Olin.


"Kenapa?" tanya Lara. 


"Boss sakit ke?" tanya Olin pula. 


"Mana adalah. Saya tak cukup rehat je. Thank you Olin sebab drive saya sampai sini." belumpun sempat Olin membalas, dia sudah keluar terlebih dahulu. 


"Raut wajah Olin mula berubah, dia seakan sedar sesuatu tentang bossnya. 


Lara berlari masuk ke dalam rumah. Cepat–cepat dia masuk dalam bilik air dan mandi. 


Semasa dia ingin mengangkat shower, tangannya rasa lemah. Raut wajahnya berubah, dia melihat pada cermin. 


"Kau kena kuat Lara..." katanya pada diri sendiri. 


Ya, kali ini. Tubuhnya sangat lemah. Segala tulang, pada tangan, kaki, bahu, semuanya terasa lemah. Kepalanya bernasib baik sebab dah diberi painkiller oleh Zafril. 


________________________


"Karl tak boleh tengok aku pucat, aku kena make up sikit." ujarnya sambil tersenyum nipis. 


Wajahnya ditacap ala-ala natural beauty. Bibirnya yang pucat diletakkan lipstick berwarna heart pink. 


"Kau tak boleh tunjuk kelemahan kau depan Karl, nanti dia lagi lemah." Lara bersuara. 


15 minit kemudian...


Hatinya terasa rindu kepada sang suami. Dia terus mengambil keputusan untuk menghubungi Karl. 


"Hello..." 


"Kenapa Lara?"


"Bila kau nak balik?" 


"Tak sure lagi. Banyak pulak patient masuk." 


"Aku rindu kau..." akhirnya dia meluahkan segala yang terpendam. 


Jeda. Karl terdiam. 


"Aku... aku pun rindu kau jugak. Kenapa ni? lain macam je suara kau?" 


"Aku..."


"Doktor!" 


Terdengar panggilan doktor di dalam talian. 


"Lara... aku tak lama. Nanti aku balik, bye. Ada patient lagi!" Karl mengakhiri panggilan mereka. 


"Kenapa?" tanya Karl.


"Ada pesakit kanser tulang. Dia... dia terpotong tangan dia sendiri sebab tulang dia lemah!" 


Membeliak matanya mendengar penjelasan jururawat Nurul. 


"Kanser tulang? tahap berapa dah?" tanya Karl serius.


"Tahap dua doktor." balas Nurul. 


"First, ambil iodin, ubat bius, dan first aid." Nurul mengangguk dan terus pergi mengambil barang yang disuruh. 


"Iodin ni akan sakit sikit ya." perlahan–lahan dia mencurahkan iodin pada luka tersebut. 


Dia yang melihatnya sendiripun ngeri. Bahaya betul kanser tulang ni! 


Pesakit itu mengerang kesakitan. Pedihnya tak terkata. Karl tak boleh terus bius, dia perlu hapuskan kuman–kuman yang ada terlebih dahulu. 


Selepas itu baru dia bius di tempat luka. 


"Ais..." Nurul menyerahkan ais pada Karl. 


"Ais ni bertujuan untuk mengurangkan pendarahan." terang Karl.


Dia cuba teliti luka itu, akhirnya dia menarik nafas lega. Nasib baik tak terpotong urat! kalau tak, mungkin pesakit ini tidak dapat diselamatkan atau lumpuh. 


"Jarum dan benang." Nurul menghulurkan barang itu pada Karl. 


Karl menjahit kulit itu dengan berhati–hati. Sampailah ianya siap, Karl mengemas barang. 


"Awak akan buat treatment dengan doktor Safwan. Memandangkan kanser yang awak kena adalah peringkat awal, ada harapan untuk sembuh. Jangan skip apa–apa apointment pun. Semoga cepat sembuh." nasihat Karl. 


Sebelum dia bertolak, dia berjumpa dengan doktor Safwan terlebih dahulu. 


"Macam mana kita nak tahu orang tu kanser tulang?" tanya Karl. 


"Kalau awak nampak dia berjalan, tak ada bendul dekat depan, tiba–tiba dia tersungkur. Itulah simptom dia." jawab Safwan sambil tersenyum. 


"Takkanlah, orang normal pun ada macam tu jugak." balas Karl, dia kurang faham sebenarnya. 


"Untuk lebih tepat, orang normal kalau berjalan fokus je, dia takkan tersungkur. Tapi orang yang kanser tulang, walaupun dia jalan fokus, dia tetap tersungkur. Itu permulaan dia, tulang kaki akan tunjukkan simptom–simptom awal." jelas Safwan lagi. 


"Ouh..." sedang mereka berbual, Karl teringatkan seseorang. Lara. Dia selalu tengok gadis itu tersungkur, hatinya jadi sedap hati. 


"Kanser tulang ni bahaya jugak." sambung Safwan. 


"Kenapa?" tanya Karl. Dia mula memberi sepenuh perhatian pada Safwan. 


"Kalau tahap dua, dia hanya melibatkan kaki dan tangan. Tapi kalau tahap tiga dan empat, apa saja aktiviti yang nak dibuat, mereka akan rasa lemah. Nak angkat sudu pun, boleh jatuh balik. Kanser tulang ni bahaya sebab dia boleh memberi effect pada organ–organ dalaman. Dia akan bermula dari saluran darah... seterusnya oksigen, dan akhirnya otak." 

 

Takut Karl mendengarnya. Bahaya juga kanser tulang ni. Senang cerita, semua kanser lah bahaya! 

_________________


"Assalamualaikum, Lara..." 


Belum sempat dia menjejak kaki ke ruang tamu, Lara sudah berlari anak ke arahnya.


Pantas saja Lara memeluk tubuh Karl. 


"Aku rindu kau!" Terdengar bunyi tangisan. 


"Kenapa ni?" Karl ingin melepaskan, namun semakin erat Lara memeluknya. 


"Kau tak rindu aku ke?" tanya Lara lemah.


"Errr... mes... mestilah rindu." tergagap–gagap Karl menjawabnya.


Memandangkan Lara masih enggan melepaskan pelukan, Karl balas pelukannya. 


"Kau okay tak?" tanya Karl perlahan. 


"Aku tak okay kalau tak ada kau." balas Lara jujur. 


Karl tergelak kecil, entah kenapa dia rasa suka pula apabila dipeluk Lara. Diluahkan kata–kata rindu pada Karl. Dia sangat senang dengan kelakuan Lara. 


"Sayang... sampai bila nak hug hubby ni?" 


Lara yang mendengarnya terus melepaskan pelukan. Takut sesuatu yang bahaya berlaku! 


"Eleh, meh la peluk aku lagi." Karl membuka tangannya luas–luas. 


"Taknak!" Lara menjauhkan diri. 


"Why?" tanya Karl sinis. 


"Kau busuklah. Mesti tak mandikan?" balas Lara sambil muncungkan bibirnya. 


"Ei kau ni, aku doktor lah. Mana boleh tak mandi, habislah berjangkit kuman dekat pesakit." 


Bengang pula apabila digelar busuk. Punyalah dia menjaga kebersihan di hospital itu. Tak hidu ke bau wangi dekat tubuh badannya? 


_____________________


"Karl, bukalah TVN, ada drama yang aku suka tu!" jerit Lara dari dapur. 


Karl mengeluh berat, dia baru je nak tengok wrestling, kacau line betul! 


Lara bergegas ke ruang tamu, terlihat Karl masih dengan rancangan wrestlingnya. Lara terus masam mencuka. 

 

"Karl..." panggilnya seakan merengek.


"Bagilah aku tengok cerita aku pulak." Karl merayu. 


"Taknak. Bukalah TVN!" marah Lara. 


"Okay fine!" terus saja dia menukar siaran. 


Bukan cerita romance ya, cerita comedy. Itu memang favourite Lara. 


Karl yang melihat Lara ketawa, dia teringat satu pesakit ni. Pesakit itu baru saja sembuh, dan si suami bawa anaknya baru berusia dua tahun pada si isteri. Mereka berdua menyambut anak itu dengan wajah yang boleh ditafsirkan sebagai pasangan bahagia. 


"Wey Lara." panggil Karl. 


"Kenapa?" Tanya Lara yang masih fokus pada skrin tv. 


"Kau... tak teringin nak ada anak ke?" tanya Karl serba salah. 


"Hah? maksud kau?" Lara terus hilang fokus, kini dia memandang serius pada Karl. 


"Tak adalah. Aku... aku macam teringin pulak nak ada anak. Tap... tapi kalau kau tak bersedia, tak apa." 


Membulat mata Lara. Dia minta anak ke sekarang ni? 


"Karl aku..." Lara mula rasa serba salah. 


"Tak apalah. Aku faham. Apa yang aku minta tadi tak logik doe, abaikan." balasnya berselit ketawa kecil. Terasa kekok pula.


"Logik je. Aku kan isteri kau." balas Lara tenang. 


Baru dia terfikir tentang penyakitnya. Maafkan aku Karl, aku tak mampu bagi kau anak, aku tak mampu beri kebahagiaan pada kau. Ujarnya dalam hati. 


"Aku tak ready lagi." sambung Lara. 


FLASHBACK 


"Zafril, sebelum balik. Saya nak tanya something." ujar Lara. 


Zafril berpaling, dia pandang wajah gadis itu. 


"Boleh ke saya mengandung?" tanya Lara. 


Membulat mata Zafril mendengar soalan itu. Tak lama itu dia menggeleng lemah. 


"Awak boleh mengandung, cuma saya tak jamin kandungan awak akan selamat." balas Zafril dengan nada kecewa. 


"Maksudnya tak ada kebahagiaan yang saya boleh kongsikan pada Karl." ujar Lara perlahan. Raut wajahnya nampak sedih. 


"Awak cintakan Karl dah cukup Lara." pujuk Zafril. 


"Hanya berapa hari je lagi..." air matanya menitis. Memikirkan masanya sudah tidak panjang. Dia jadi sebak. Apa yang dia boleh buat untuk Karl?


_______________________



"Tak apa. Aku faham Lara." balas Karl sambil tersenyum. Dia tak rasa sedih pun, dengan adanya Lara di hadapannya, sudah mampu membuatkan dia tersenyum. Entah kenapa dia suka sangat teliti wajah Lara. 


"Tapi..." Karl kembali menoleh. Apa yang Lara hendak bicarakan lagi? 


"Aku rasa... aku dah... dah jatuh cinta dengan kau." luah Lara. 


Wajahnya berona merah. Huh panas! 


"Kau... cakap apa?" tanya Karl. Dia terkedu. Betul ke apa yang didengarnya? 


"Aku... haih." Lara mengeluh. 


Dia merapatkan tubuhnya dengan Karl. Dengan sepantas kilat, bibir lelaki itu dicium. 


Tidak sampai beberapa saat, dia lepaskan ciuman itu. 


"Fa... fahamkan?" tanya Lara tergagap–gagap. 


Mata Karl sudah membulat besar, bibirnya baru saja disambar oleh sahabatnya sendiri? tapi kenapa kali ini, hatinya seperti berbunga?


"Aku faham. I love you too." Karl terus mencium bibir Lara. Lara terkejut, tapi mendengarkan luahan Karl buatkan dia teruja. Mata mereka tertutup rapat.

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.