Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,385
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

"Sayangku... bangun." kejut Karl sambil tersenyum sinis. 


"Lara... bangunlah." kejutnya lagi. 


"Orang nak tidurlah." Lara mencelikkan mata.


"Woi! Karl ada hantu!" Lara terus menggelupur dan terus berundur yang menyebabkan dia terjatuh atas lantai.


Patutlah Lara menjerit, Karl pakai topeng hantu rupanya! 


"Lara... ni aku lah. Lain kali jangan bangun lambat." ujar Karl selamba. 


"Hish! taknak kahwin dengan kau!" Lara muncungkan bibir. Dia buang pandangan ke arah lain.


"Comel pulak dia ni?" bisik hati Karl.


"Elelele merajuk pulak puteri tidur kita ni." ujar Karl seakan memujuk.


"Pergi kerjalah kau!" marah Lara lagi.


"Prof Luqman suruh aku cuti. Dia kata aku stress." jelas Karl.


"Okay." balas Lara sepatah.


"Eh jap." ujar Lara.


Dia mengerling jam di dinding. Lepas itu dia memandang serius ke arah Karl.


"Mentang–mentang kau cuti, kau nak suruh aku cuti sekalilah? kenapa tak kejut awal–awal?!" marah Lara.


"Eleh, kau owner butik tu kan, cuti je lah alang–alang. Boleh cari cincin nikah dengan aku." keningnya terangkat–angkat. Macho sangatlah tu. 


"Siapa nak kahwin dengan kau?" soal Lara angkuh.


"Eh. Janganlah macam ni Lara. Aku minta maaf okay? janji mana boleh tarik balik." 


Karl mula memaut lengan Lara. Eh gediknya? 


"Nak kahwin awal–awal kenapa?" soal Lara.


"Ermm, nak buat suprise for my dad." balas Karl seraya tersenyum lebar.


"Haih. Aku nak cincin 24 karat tau?" 


"100 karat pun aku boleh belilah. Dah, pergi mandi." arah Karl. 


"Jap, kau belum sah jadi suami aku tau? jangan mengada nak arah aku itu ini eh?" Lara memberi amaran. Dia mana suka diarah–arah. 


Karl tersenyum sinis. Dia mencapai tuala dan diberi kepada Lara.


"Cepatlah mandi sayang oi!" Dia menolak Lara masuk ke dalam bilik air. 


Selepas itu dia bersandar di tepi pintu. 


"Kau asal? keluar." arah Lara.


"Nak aku join sekali ke?" Karl mengusik.


"Kau jangan sampai hilang dua biji mata kau. Get out!" jerit Lara. 


Karl yang sudah puas mengusik, dia hanya akur dan keluar dari bilik. 


Semasa di luar bilik. Karl bersuara lagi.


"Lara... dah mandi ke?" 


"Orang baru masukkan!" tengking Lara dari dalam. 


Entah kenapa Karl terlebih usik pulak hari ni.


____________________


"Cincin ni okay tak?" soal Karl. 


"Entah. Cantiklah kot." balas Lara acuh tak acuh.


"Lara... sekarang ni yang nak pakai cincin ni bukan aku. Cepatlah decide!" Karl sudah meninggikan suara. 


"Errr... boleh saya tolong?" tanya pekerja disitu. 


"Boleh jugaklah." balas Karl. Sebenarnya dia tengah bengang dengan Lara ni! 


"Untuk cik Lara ni, saya prefer cincin emas dengan berlian bentuk bunga. Dekat sini, ada saiz dari 3 sampai 8. Cik boleh test." terang Keyla.



Lara melirik matanya pada sebentuk cincin yang dicadangkan oleh Keyla tadi. 


"Cantik jugak." balas Lara. Tak beralih langsung pandangannya dari cincin itu. 


"Bagi saiz 4." pinta Karl. 


Keyla mengangguk, lalu dia mengeluarkan cincin itu dan dihulurkan pada Karl.


"Meh sini jari kau." Dia mengambil tangan Lara tanpa izin.


Lalu dia menyarungkan cincin itu di jari manis Lara. Cantik. Tangan putih itu menambahkan lagi keserian cincin berlian itu. 


Lara sudah memberi jelingan maut pada Karl. Sesuka hati je pegang tangan orang? 


"Okay, saya pilih yang ni." kata Karl.


___________________



"Karl, nak balik..." Lara merengek. 


"Bila lagi kau nak jumpa bapak aku? kita nak kahwinkan?" balas Karl. Dia langsung tidak terusik dengan rengekan Lara.


"Nervouslah! nanti uncle cakap apa pulak. Eh, Lara akan kahwin dengan Karl? bukan korang kawan ke?" Lara cuba melakonkan watak ayah Karl. 


"Eh kau ni, benda baik mana boleh lambat–lambatkan." balas Karl. Tak nervous ke encik Karl?


"Hish! aku bagi cadangan bukan kau ikutpun!" Lara berpeluk tubuh. Dia terus menjauhkan badannya pada pintu. 


Setelah 30 minit perjalanan. Akhirnya sampai ke rumah Tan Sri Dr. Mahadi. 


"Assalamualaikum pa." Mak Ton membuka pintu utama. 


"Eh Karl! aik, ni... Lara kan? lama tak jumpa!" Ujar Mak Ton ramah. Dia senang betul dengan kehadiran Lara di rumah itu.


"Haa Karl, apa yang urgent sangat? Eh, Lara buat apa dekat sini?" 


Raut wajah Tan Sri Dr. Mahadi terus berubah kepada senyuman. 


Lara hanya mampu tersenyum dan tersipu malu. Karl sudah perhatikan Lara disebelahnya, Lara ke ni? 


"Sebenarnya... Karl dah bawak bakal menantu papa." ujar Karl tenang. 


"Mana dia?" soal papanya. Dia melilau mencari kelibat bakal menantunya. 


"Ni, sebelah Karl ni." balas Karl sambil memandang ke arah Lara. 


"La... Lara nak kahwin dengan Karl?" Papanya agak terkejut. Dia pandang Lara tak percaya.


"Come on papa. Lelaki dengan perempuan mana boleh kawan lama–lama. Kami Dah lama suka sama suka. Cuma baru luahkan. Kan Lara?" lengannya mengusik lengan Lara. 


"Ahh ya..." balas Lara. Dia senyum terpaksa. Hakikatnya dia nak muntah dah sekarang ni!


Lelaki tua itu akhirnya senyum. 


"You choose the right person. Memang sebenarnya, uncle nak Lara jadi bakal menantu uncle. Tak sangka Karl bawa Lara ke rumah ni." terang papanya. Senyumannya langsung tidak mati dari tadi. Suka betul tu. 


"So, when do you plan to get married?" 


"Next week?" cadang Karl. 


Lara terkejut. Dia pandang Karl tidak berkelip. Matanya sudah terbeliak besar. Kau biar betul Karl!

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.