Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,401
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7

Semasa di dalam kereta. Lara diam membisu. Eh, dah hilang suara ke minah ni? 


"Kau okay tak?" tanya Karl. 


Lara hanya mendiam. Soalan itu dibiar tergantung. 


"Aku tanya ni, kau okay tak? dah bisu tak boleh cakap dah?" ulang Karl. Dia dah mula bengang. 


"You stole my first kiss!" Lara meninggikan suara. 


"Hek eleh, tak payah nak berspeaking sangat. Aku bukan curi, dah memang first kiss kau untuk aku kan? aku kan suami kau? HALAL." Dia tekankan perkataan halal itu.  


Lara muncungkan bibir. Dia buang pandang ke luar tingkap. Tak hingin nak tengok muka kau Karl! 


_____________________


"Olin, tolong ambil kain warna biru tu, saya nak jahit." arah Lara. 


Olin mengangguk lalu pergi mengambil kain berwarna biru dan dihulurkan pada Lara. 


Lara mengambil sebekas jarum, tiba–tiba bekas itu jatuh. Dia tunduk ke bawah untuk mengambilnya semula, dia hendak menggenggam, sekali lagi bekas itu jatuh.


Dia cuba menggenggam tangannya tanpa bekas, terasa sakit dan lemah. Olin yang melihat situasi itu, terus dia datang dekat. 


"Tak apalah, biar saya ambilkan." 


Olin meletakkan bekas jarum di atas meja. Sebaik sahaja gadis itu pergi, Lara mengeluh berat. 


Tangannya cuba digenggam beberapa kali, namun masih gagal untuk menggenggam dengan sempurna. Tulangnya lemah. 


Namun dia menggagahkan diri untuk menjahit. Masa tempahan tinggal sehari saja lagi. Dia perlu siapkan pakaian itu, Datin punya tu! 


_________________


"Lara..." panggil Karl. Hari ini dia pulang awal. Kebetulan juga Lara sudah ada di rumah. 


"Apa dia?" tanya Lara bengang. Amboi, teringat lagilah tu kisah semalam.


"Tolong aku potong bawang, dinner harini aku masak." dia menjadi sukarela. Kan bagus kalau suami semua macam ni? 


Lara mengeluh berat. Bukan apa, dia paling tak suka potong bawang! 


Dengan berat hati, dia mengambil bawang merah dan bawang putih ke bahagian kabinet. 


Semasa dia ingin memotong, terasa genggamannya seperti longgar. Lantas pisau itu menghiris jarinya. 


"Aw!" Lara teriak sedikit. 


Sebaik sahaja Karl terdengar Lara mengaduh sakit, terus dia pergi pada Lara. 


"Asal?" tanya Karl serius. 


"Luka sikit je." Lara menarik tangannya. 


Pantas Karl mengambil tangan itu, dia melihat luka di jari. Banyak darah! ini dia kata sikit?


Tanpa melengahkan masa, Karl mengambil jari Lara bawa masuk ke dalam mulutnya. 


Mata Lara terbeliak, perlu ke oi! 


Darah itu dihisap supaya darah tidak laju mengalir. 


"Duduk dekat kerusi. Aku ambil first aid." Dia membawa Lara ke meja makan, dia menekan bahu Lara supaya duduk. 


Lalu dia pergi ke ruang tamu. 


Lara terkedu. Tak tahu nak terangkan macam mana, sama ada romantik atau terharu? 


"Dekat sikit." arah Karl. 


Lara mendekatkan kerusinya. Jadi kerja Karl untuk merawat jarinya lebih mudah. 


Sambil dia sapu ubat luka, dia mula bebel. 


"Lain kali potong bawang, tengok bawang tu. Bukan berangan." 


Lara hanya buat muka menyampah. Orang tak berangan pun lah! 


"Aw!" aduh Lara. 


"Tahanlah sikit. Ni baru luka kecil." bebelnya lagi.


"Hmm." balas Lara. 


Sambil itu dia cuba menggenggam tangannya yang lemah. Sedang asyik praktis, dia tergenggam tangan Karl. 


"Asal?" 


Pantas Lara menarik tangannya turun di atas meja. Tiba–tiba rasa seperti tulangnya turut jatuh. 


"Aw!" Dia memegang lengannya. 


Karl buat muka pelik. Aik, jari yang luka, lengan yang sakit? 


"Asal? terseliuh ke?" tanya Karl. 


"Tak ada apalah." 


Perlahan–lahan dia mengangkat tangannya. Tulangnya terlalu lemah kali ini. 


"Kau ni, kalau ada cedera ke apa ke, bagitahu aku. Jangan diam je." pesan karl. 


"Kenapa?" tanya Lara. 


"Aku ni kawan kau." jawab Karl. 


"Kawan?" ulang Lara, dah kahwin pun masih kawan? 


"Lupa. Aku ni suami kau. Aku berhak tahu semuanya tentang kau." jelas Karl. Sel–sel otaknya baru berhubung tu. 


"Dahlah. Pergi masak!" marah Lara. Mana taknya, nak dekat pukul 11 malam dah!


___________________


"Karl... Karl..." panggil Lara. Matanya masih terpejam rapat. Tapi dahinya sudah berpeluh. 


"Karl!" panggilnya kuat. 


Suara itu buatkan Karl terjaga. 


"Kenapa ni?" tanya Karl risau. Dia terus mendekatkan jaraknya dengan Lara. 


"Aku mimpi..." Lara mengalirkan air mata. Mimpi itu sungguh menakutkan! 


"Kau mimpi apa?" tanya Karl. Dahinya yang tadi berkerut jadi seperti sedia kala. Ingatkan apalah tadi. 


"Aku mimpi aku mati..." makin deras air matanya. 


"Lara, mimpi je lah. Jangan nangis." pujuknya. 


Tapi makin menjadi–jadi dia menangis. Karl mengambil keputusan untuk memeluk Lara. 


"Janganlah nangis. Aku ada." belakang Lara ditepuk lembut. 


"Aku takut..." kali ini dia memeluk Karl erat. 


"Tak payah takut, mimpi je." pujuknya lagi. Risau pula bila tengok Lara emo macam tu. 


"Aku takut, aku taknak mati." ujarnya seakan merayu. 


"Lara..." belakang Lara di usap lembut. 


"Karl... kalau aku mati..." 


"Lara shhhh." Karl potong bicaranya. 


"Aku ada. Dah, jangan cakap bukan–bukan. Kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kau?" balas Karl serius. 


Lara menahan sebak, air matanya masih deras mengalir. Dia takut, dia takut kalau satu hari nanti dia mati. Dia belum sedia.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.