Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,412
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1
"Lara, cepatlah. Aku nak pergi kerja ni!" jerit Karl dari luar pagar rumah Lara.

Lara hanya diam. Dia masih bersolek agar kelihatan cantik dan kemas. Tudung shawl diletakkan di atas kepala dan dia bergegas ke luar.

"Eh minah ni, siap berejam, pakai tudung dekat kereta jugak!" Karl mengeluh sementara Lara belum masuk ke dalam keretanya.

"Sorry Karl, aku lambat ke?"

"Cepat sangat sayang..." ujar Karl seakan menyindir.

"Oooo, bolehlah aku ambil masa lebih sikit nanti." balas Lara.

Panas saja telinganya mendengar jawapan Lara. Seorang gadis yang berhijab tapi perwatakannya selalu mengundang rasa marah pada orang sekelilingnya. Degil, selamba, itulah Lara. Hanya Karl sahaja yang mampu bertahan dengan Lara.

"karl, mana jarum dalam laci ni?" soal Lara.

Tangannya masih meraba–raba mencari barang di dalam laci kereta itu.

"Lara, kau fikir ni rumah kau ke?" soal Karl. Dia baru sahaja memandu, gadis itu dah mula buat perangai.

"Karl, kau buang ke?!" itu dia. Panas barannya sudah sampai.

"Orang cari pakai mata, bukan pakai mulut." perli Karl.

Dia terpaksa berhentikan kereta. Lalu dia mencari jarum di dalam laci itu, akhirnya jumpa juga.

"Ehem! bak sini. Aku nak siap." dia merampas bekas jarum itu dari tangan Karl.

Satu lagi sikap Lara yang buatkan Karl hilang sabar, tak reti berterima kasih!

"Asal kau pakai shawl kuning hari ni?"

"Nak tarik minat pelangganlah. Asyik pakai warna gelap je, tak ada siapa yang nak datang." balas lara sambil mencebir bibir.

Karl tersenyum. Walaupun banyak perangainya yang membuatkan dia hilang akal, tapi ada saja perbuatannya yang mencuit hati Karl.

"Kau pakai apa pun cantiklah."

"Tak payah tipulah. Habis tu aku pakai kain buruk pun cantiklah?" soal Lara.

"Cantik." balas Karl ringkas.

"You're always lying to me." Lara berpeluk tubuh.

Sambil dia membuang pandangan ke luar tingkap.

"Karl..." panggilnya.

"Kenapa?" Karl masih fokus memandu.

"Buka bumbung, bosanlah..." pinta Lara.

"Tak boleh, bahaya." balas Karl.

"Hish kau ni, baik tak payah beli kereta ni. Bukalah Karl..." Lara mula merayu. Dia menggoyangkan lengan Karl.

Eh minah ni, ada juga yang tempah maut nanti!

"Duduk diamlah Lara!" marah Karl.

Lara mula masam mencuka. Karl mengeluh berat, lalu dia membuka juga bumbung di atas.

"Goodboy karl! macam ni baru gentle man." puji Lara.

Dia mula menghayati pemandangan. Udara segar yang menampar wajahnya buatkan dia lagi tenang.

Lama dia menghayati pemandangan. Lalu dia mulakan bicara.

"Karl... nak tanya something boleh?" soal Lara.

"Apa dia?"

"Kalaulah aku masuk bilik bedah. Kau nak bedah aku tak?"

Karl terkejut dengan soalan yang diberi. Dah kenapa tanya pasal bedah pulak ni? tahulah dia doktor.

"Mestilah. Kau kan kawan aku." balas Karl serius.

"Tapi... kalaulah aku masuk bilik bedah. Aku taknak kau bedah aku." ujar Lara lagi. Wajahnya tenang saja.

"Apa kau merepek ni Lara? kau takkan masuk bilik bedahlah. Paling tak pun, kau masuk bilik ER je."

Risau pula dibuatnya. Dia tengok Lara tu sihat Wal Afiat je. Tapi soalan macam nak menuju kematian pulak.

Lara menggaru kepalanya yang berlapik shawl itu.

"ER? Bilik tu lagi teruk dari bilik bedah ke?" soal Lara, dia memang tidak tahu apa–apa.

"Bukanlah. Bilik ER ni untuk rawatan yang tak memerlukan pembedahan. Tapi kalau patient dalam bilik ER dah tenat, terpaksa juga pindah ke bilik OR (bilik bedah)." terang Karl dengan wajah seriusnya. Ceh, macamlah Lara tu faham!

"Aku cakap je. Ingat, kalau aku masuk bilik bedah, jangan bedah aku. Aku taknak tengok kau frust menonggeng nanti." walaupun kedengaran seperti bergurau, tapi ada sesuatu yang bermain di benak fikirannya.

_______

"Doktor! ada pesakit kecemasan!"

Baru sahaja dia melangkah pintu utama, sudah ada yang menyerangnya.

"Denyutan nadi?"

"Denyutan nadi lemah doktor!"

"Bawa ke bilik bedah sekarang!" arah Karl.

"Sediakan bilik OR 2!" jerit jururawat lelaki.

Jururawat yang lain bergegas ke bilik OR 2.

Karl masuk ke dalam bilik bedah dan seorang jururawat menyediakan jubah untuk pembedahan.

"Farhan tak boleh ada dekat sini, dia selalu buat silap dalam pembedahan." ujar Karl serius.

"Apa maksud kau? kau fikir kau bagus sangat?" balas Farhan dingin.

"Aku kata keluar!" tengking Karl.

Farhan yang diselubungi rasa marah, terus meninggalkan tempat itu.

"Scalpel."

Julia menghulurkan scalpel pada Karl.

3 jam kemudian. Mereka masih bertungkus lumus di dalam bilik pembedahan.

"Doktor, kadar degupan jantung menurun!"

Karl terus menekan di bahagian dada berkali–kali, namun bunyi mesin yang panjang itu menyedarkannya.

"Masa kematian, 2:45 petang."

Karl terus berundur. Lagi sekali dia gagal menyelamatkan pesakitnya.

Beginilah kehidupan seorang doktor, selalu berhadapan dengan nyawa orang. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.