Home Novel Alternatif Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
F.Ain.K
2/7/2019 23:35:07
128,157
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
10.1✓
Tajuk : Dunia Dewasa, Lautan Manusia, dan Lolipop (Bhgn 1)



APRIL 2013



Aku sampai di tempat kerja tepat pukul 8:25 pagi. Masih awal kerana waktu bekerja mula pada 9 pagi. Aku bergegas letak beg di meja lalu menghala ke arah pantri. Untung bagi pekerja di sini kerana syarikat membekalkan makanan di pantri secara percuma. Bijirin, susu, kopi, buah, roti, dan lain-lain boleh diambil tanpa perlu disukat. Asalkan tidak membazir. 


Kelihatan beberapa orang pekerja sudah berada di pantri sedang bersarapan. Untuk pagi ini aku memilih bijirin dan susu sebagai sarapan. Susu low fat lebih sesuai untuk aku berbanding full cream, kerana keadaan aku yang lactose intolerant. Namun kadangkala perut aku masih meragam selepas itu.


Aku bawa diri untuk duduk di meja berhadapan dinding cermin, yang menghadap pemandangan luar dari tingkat 11 bangunan. Meja yang agak terpencil membolehkan aku duduk tenang bersendirian. Aku lihat di luar, Kuala Lumpur sudah sesak dengan kenderaan dan mereka yang berlumba ke tempat kerja. 


Jadual kerja aku masih sama seperti hari-hari lain. 10 pagi kami akan mengadakan mesyuarat untuk tahu perkembangan tugas semalam, dan nanti 4 petang akan ada pula mesyuarat penutup untuk hari ini. Perkara yang sama berulang setiap hari. Sungguh aku bosan.


Seketika kemudian seorang wanita lalu di belakang aku dan mengucapkan selamat pagi. Aku memandang dia, tersenyum lalu aku balas ucapannya. Aku berfikir, siapakah dia? Mungkin pekerja dari tingkat atas, fikir aku. Aku menyambung semula menyuap makanan ke mulut.


Seorang lelaki dan dua orang wanita masuk ke pantri dan memilih untuk duduk berdekatan dengan aku. Kami duduk selang dua meja. Suara mereka berbual agak riuh memenuhi ruang. Tiba-tiba salah seorang wanita tersebut datang mendekati aku dan memberikan ucapan selamat pagi. Aku tersenyum dan membalas. 


“So, have you try the place that we talked about last time?” 

Soal wanita itu tiba-tiba. Sesaat itu aku tidak sempat berfikir tapi dapat aku bayangkan wajah keliru bagaimana yang aku berikan kepada wanita itu. Aku cuba tersenyum dan berlagak biasa.


“I’m sorry, but which place..?”

“Oh.. the restaurant that we talked about last time. The one with the 3rd spiciest chillies in the world?”

Ketika itu memori aku kembali.


“Oh.. that.. I haven’t had time yet. But I will soon. Just need to check my friend’s schedule,” balas aku sambil tersenyum lebih mesra. 


Aku ingat kehadiran wanita ini. Beberapa hari yang lepas ketika aku duduk seorang diri di dalam bilik mesyuarat, menghabiskan waktu lunch, wanita ini datang dan berbual dengan aku. Wanita ini meninggalkan emosi tenang pada aku. Cara bercakap dan nada suaranya membuatkan aku rasa bahawa wanita itu bukanlah seorang yang negatif atau pun seorang yang akan menilai orang lain dengan mudah. 


“But.. hmm.. Would you mind telling me your name again? And probably you would like to take pictures with me now? Who knows… hmm.. So that I won't forget you… maybe.”


Wanita itu yang pada mulanya agak terpinga di minta tangkap gambar pagi-pagi begini, kemudiannya tersenyum lebar.


“Sure. I just need to make sure that you won’t forget me right?” katanya sambil ketawa.


Dan aku hanya tersenyum malu.

Previous: 9.2✓
Next: 10.2✓

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.