Home Novel Seram/Misteri Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
Ulat_Buku
16/11/2016 21:38:41
5,152
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 11

BAB 11

 

TANGAN DIBAWA ke mulut menahan kuap. Dia mengantuk. Himpunan buku soalan-soalan SPMtahun beberapa tahun sebelum, ditolak ke tengah meja. Aira dah tak lalu naktengok buku untuk minit yang seterusnya. Boleh muntah pelangi ala iklan Skittlesdibuatnya. Pandangan ditebarkan ke segenap perpustakaan negeri itu. Takramai manusia yang berada di perpustakaan itu petang ini. Boleh dibilang denganjari. Mentang-mentang bukan musim exam.

"KP.Balik jom. Aku dah tak boleh nak hadap buku dah ni."

Kata-kata Airamembuatkan Adam Rayyan yang tenggelam dalam pembacaannya mengangkat muka. KetuaPelajar itu dah siapkan tugasannya awal-awal lagi dan sekarang tengah santaimembaca buku apa entah. Aira menjeling ke arah jam yang tergantung di dinding.Lagi lima belas minit perpustakaan itu akan tutup.

PandanganAdam Rayyan turut terarah ke jam dinding. Kemudian dia bangun dari duduknya."Hmm."

Aira pantasmengemas segala buku yang mereka bawa ke meja itu. Adam Rayyan pula menuju kekaunter. Nak pinjam buku kot. Aira meneka. Selesai meletakkan semua buku kembali keraknya, dia berjalan keluar. Beg sekolah di lokar dicapai. Sepuluh minitkemudian mereka dah berada di dalam bas kembali ke sekolah.

Sepanjangperjalanan masing-masing diam melayan fikiran. Apabila bas yang dinaikiberhenti di tepi jalan, Aira dan Adam Rayyan berjalan kaki menuruni bukitmenuju ke sekolah. Setibanya mereka di perkarangan sekolah yang dah lengangdari keriuhan para pelajarnya, telefon bimbit Aira berbunyi tanda mesej masuk.Sambil menapak ke kelas untuk mengambil perkakas yang ditinggalkannya tengahhari tadi, Aira membuka pesanan ringkas yang diterimanya. Daripada Auntie Laila. Wanitaitu memberitahu yang dia akan pulang sedikit lewat dari kebiasaannya.

Disebabkan dia fokus pada skrin telefon, Aira tak sedarbahawa Adam Rayyan yang berjalan dihadapannya dah berhenti melangkah. Buk! Dia berlanggar dengan belakangtubuh pelajar lelaki itu.

"Aduh!" Hidung yang terasa perit digosok-gosokperlahan. "Kau dah kenapa main brake tengah jalan ni? Kalau patah hidungaku siapa nak bayar kos perubatan?" Macam peluru berpandu kata-katadimuntahkan. Mata mencerlung ke arah Adam Rayyan. "KP? Kau dahkenapa?" Riak marah di wajah Aira hilang berganti riak hairan melihatkanAdam Rayyan yang kaku merenung ke arah lorong di kanan bangunan. Lorong kecilitu terletak antara sebuah stor dengan tandas pelajar lelaki.

"Apa yang kau tengok tu?" Aira melangkah ke depan.Kalau KP diam tak menjawab dia melaser  macam tadi, maknanya ada sesuatu yang lebihmenarik perhatiannya.

Adam Rayyan seolah tersedar dari mimpi. Tangan dia pantasmencengkam lengan Aira menarik dirinya ke belakang. "Jangan tengok."

Tubuh Aira serta-merta kaku. Baru dia sedar yang wajah KetuaPelajar itu pucat seolah darah telah disedut keluar dari tubuhnya. Air liurditelan. Bulu roma tak semena-mena menegak. "KP. Kau jangan nakmain-main." Aira cuba melepaskan genggaman Adam Rayyan dilengannya. Tetapicengkaman pelajar lelaki itu bertambah ketat.

Aira mengangkat muka. Adam Rayyan  merenungnya dengan sebuah pandangan yang sukarditafsirkan, sebelum kemudiannya menggelengkan sedikit kepala. Pandangan Aira jatuhpula ke tangan KP dilengannya. Dapat dilihat yang tangan itu agak menggeletar.

"Kau sendiri pun tahu yang aku buat apa yang aku nakbuat kan?" Aira menghalakan pandangan kembali ke wajah Adam Rayyan.

Sedetik ... dua detik. Masa berlalu dengan Adam Rayyan dan Airasaling berbalas renungan. Perlahan-lahan dia merasakan Adam Rayyan melonggarkancengkamannya. Dengan mudah dia menarik lengannya lepas bebas dari genggamanAdam Rayyan. Kemudian, dengan berhati-hati Aira melangkah ke lorong sempitantara stor dan tandas itu. Dia tak tahu nak expect apa. Mungkin AdamRayyan hanya berlakon semata-mata nak prank dia. Mungkin Ketua Pelajaritu dah berpakat dengan ahli MPP yang lain.

Tetapi apa yang dia nampak ... betul-betul membuatkan diaterkedu, darah berderau.

Seorang pelajar perempuan duduk tersandar pada dinding dilorong kecil itu. Kepalanya jatuh terkulai ke kiri. Darah mengalir darikepalanya membasahi seragam sekolah yang tersarung ditubuhnya. Rambutpanjangnya juga dibasahi darah. Buat seketika Aira rasa masa seolah terhenti.Dia kaku di tempatnya. Tak berani nak bergerak walau selangkah. Tubuhnya terasaseram sejuk. Pandangan sekilas ke belakang, dia lihat Adam Rayyan juga turutkaku bagai patung.

"Kau gila? Kau nak buat apa tu?" Suaratertahan-tahan Adam Rayyan memecah sunyi yang menyelubungi sekolah. Tiada bunyiyang kedengaran walau kicauan burung sekali pun. Seperti sekolah itu tiba-tibamenjadi sebuah tempat yang dah lama ditinggalkan.

Aira tak endahkan tegahan Adam Rayyan. Dengan berhati-hatiagar dia tak tersentuh tubuh yang kaku tersandar, Aira meletakkan hujung jaritelunjuk di bawah hidung pelajar perempuan itu. Nafasnya ditahan ketikamemeriksa sama ada gadis itu masih bernyawa atau tidak.

Aira menegakkan tubuh kemudian berpusing ke arah Adam Rayyan.Kata-kata bernada tenang yang dia tuturkan kemudiannya membuatkan Aira sendiritak percaya ia keluar dari mulut dia. "Call the police. She's dead."

Wajah pucat Adam Rayyan bertambah pucat.

 "KP? Aku cakaptelefon polis."

Aira meninjau sekeliling. Mencari kalau-kalau ada guru yangmasih belum pulang. Atau pengawal yang bertugas petang itu. Entah kemana pakcikpengawal tu dah pergi. Meronda sekolah agaknya. Aira tak berani nak bergerakkemana-mana. Dia tak nak tinggalkan pelajar perempuan itu seorang diri di situ.Walaupun kalau ikutkan ... pelajar perempuan itu dah jadi mayat.

Mengingatkan perkara itu, bulu roma dia meremang untukkesekian kalinya. Dah lah nak Maghrib dah ni.

"KP kau buat apa? Ughhh ... leave it. Biar akuyang buat." Aira mendail nombor talian kecemasan. Sambil itu mata dia taklepas dari memerhatikan Adam Rayyan. Ketua Pelajar itu seperti terkenasumpahan. Wajahnya pucat tak berdarah dan matanya terpaku kepada wajah pelajarperempuan yang tersandar ke dinding bangunan.

"Helo ... polis?"

Usai melaporkan apa yang perlu ... Aira menamatkan panggilan.Menurut operator, dia perlu tunggu di situ jangan kemana-mana sehingga polisdatang. "Great," tuturnya perlahan. "Kau okay takni?" Pertama kali dia lihat Adam Rayyan yang diberi gelaran Sparta Satanitu pucat tak berdarah. Wajah yang selalunya beriak penuh keyakinan sehinggaada yang menafsirkan Ketua Pelajar itu seorang yang bongkak ... kini pucatlesi.

Mata Adam Rayyan beralih ke wajah Aira.

Aira terkedu. Pandangan mata Adam Rayyan ketika itu kosong,sekosong-kosongnya. Sepasang mata itu merenung Aira. Lama. Membuatkan diasecara refleks berundur setapak. "KP ... kalau kau rasa ini masa yang baiknak prank aku ... kau salah." Aira berkata. Dia benci yang suaranyakedengaran terketar-ketar. Tapi ... KP ni pun dah kenapa? Kalau tak kerana diaberada bersama dengan Adam Rayyan sepanjang petang, mahu sahaja dia kata yanglelaki itu adalah pembunuh bersiri yang bertanggungjawab mengambil nyawapelajar perempuan itu.

Pandangan kosong Adam Rayyan saat itu seperti pembunuh yangtak kenal erti belas. Ke ... mamat ni kena rasuk? Belum sempat Aira menambahlagi tekaan merepek ke senarai dalam mindanya, tiba-tiba tubuh Adam Rayyanmenggelongsor jatuh.

Buat seketika, Aira tak bergerak. Mulut dia sedikit terbukamemerhatikan tubuh Adam Rayyan ibarat slow motion jatuh menyembah bumi. Airateragak-agak. Dia tak segera mendapatkan Adam Rayyan yang tergeletak kaku dilantai. Sedang dia blur tak tahu nak buat apa, sayup-sayup kedengaransiren menghampiri membuatkan Aira mengeluh lega. Lambat-lambat dia menghampiriAdam Rayyan.

Pengsan? Seriously KP? Dia yang perempuan pun takadalah sampai nak jatuh pengsan. Aira bersila di sebelah Adam Rayyan menantikehadiran pihak berkuasa untuk mengambil alih situasi. Tangan dia menongkatdagu. Minda bergerak laju menyusun kronologi apa yang baru sahaja berlaku.

Jadi, dia dan Adam Rayyan terjumpa seorang pelajar perempuanyang dibahasi darah. Turn out ... pelajar perempuan tu dah mati. Lepastu, KP pengsan. Hmm ... memang kelakar bab KP pengsan tu. Aira rasa dia bolehgelak tak ingat dunia setiap kali benda tu dimainkan dalam memorinya. Cumanya... cumanya ... those eyes. Mata Adam Rayyan beberapa detik sebelum diajatuh pengsan berkilau seolah ada sesuatu di sebalik pandangan itu. Tapi ...apa?

Aira mengetuk-ngetuk lantai dengan jari telunjuk. Sesuatuterlintas di fikiran. Pandangan diarah kepada lorong kecil antara stor dantandas. Dari kedudukannya kini, dia hanya dapat melihat sepasang kaki milikpelajar perempuan itu yang terlunjur lurus.

KP kenal ke budak perempuan tu?

Bunyi bising suara manusia membuatkan Aira beralih pandang.Beberapa orang lelaki berpakaian seragam polis kelihatan menuruni tangga denganpantas. Di belakang mereka, pakcik guard tergesa-gesa mengekori. Diakemudiannya tersedar sesuatu.

 Auntie Laila.

Dahi ditepuk. Macam mana ni? Tolonglah jangan histeria Auntie.

 

****

 

Aira memerhatikansahaja Auntie Laila yang seperti ibu kucing kehilangan anak. Berjalanmundar-mandir di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Sejak mereka balikdari balai polis sebentar tadi, sehinggalah kini wanita itu tak berkurangangelisahnya. Aira menguap. Mulut ditutup dengan telapak tangan. Dia mengantuk.

"Ada orang mati. Dalam kawasan sekolah. I can'tbelieve this."

Aira dapat mendengar Auntie Laila menggumam seorangdiri.

"Auntie ..."

Wanita itu tak mendengar. Masih tenggelam dalam keresahannya.

"Auntie!" Aira meninggikan suara.

Auntie Lailaberpaling memandang Aira.

"Budak tu bukan pelajar sekolah tu lah Auntie.Dia budak sekolah lain."

"Itu lagi bahaya. Macam mana kita nak tahu yang psiko tutak akan ... I don't know ... datang balik dan bunuh pelajar lain?"

"Ada lubang dekat pagar belakang tandas tu. Lepas nimesti sekolah tutup lubang tu dan akan ada inspection dekat seluruhkawasan sekolah mencari lubang tikus macam tu." Aira menyatakan tekaannya.Walaupun dia yakin itu yang akan dilakukan pihak sekolah.

"It could've been you."

"No it could haven't. Auntie, kalau Aira dahditakdirkan untuk mati ... Aira mati je lah. Bukannya Auntie boleh tahanpun."

"Menjawab ... menjawab." Mata Auntie Lailamembulat.

"Sorry." Aira katup mulut. Rapat.

Auntie Laila menariknafas panjang.  "Pergi masuktidur."

Tanpa bicara lanjut, Aira mematuhi arahan itu. Tetapilangkahnya terhenti di anak tangga teratas apabila Auntie Laila menyerunamanya.

"Auntie tak nak kamu terlibat dalam kes ni. Stayaway. Biarkan polis yang buat kerja. Kamu jangan nak memandai-mandai."

"I don't even know her Auntie. Nak terlibat buatapa?" Aira berkerut dahi mendengarkan kata-kata Auntie Laila yangbaginya tak logik.

Aira melihat Auntie Laila menghembus nafas sambiltangan menggosok belakang leher. Menimbang-nimbang apa yang Aira baru katakanbarangkali. "Fine. Dah pergi tidur."

"Night Auntie." Jeda seketika sebelum diamenambah. "Assalamualaikum." Aira tak menanti untuk mendengar balasandari wanita itu. Pintu bilik dikatup rapat.

Selajur kata-kata Auntie Laila bermain di telinga danmuncul pula wajah Adam Rayyan di ruang mata. Aira memang maksudkan apa yang diacakapkan sebentar tadi. Dia tak ada niat nak melibatkan diri kerana dia tak kenalpun pelajar perempuan yang dia temui mati di lorong kecil antara stor dantandas lelaki itu.

Tetapi sesuatu terasa mengganggu dirinya apabila memikirkanreaksi dan pandangan mata Adam Rayyan petang tadi. Aira yakin yang ada sesuatuyang Adam Rayyan sembunyikan.

Dan kalau pun dia nak 'menyibuk' mengambil tahu tentang apayang berlaku ... ia adalah sama ada Adam Rayyan benar-benar mempunyai hubungandengan pelajar perempuan tu.

Tapi kalau betul KP kenal budak perempuan tu, apa maknanya?Apa pula yang dia nak buat dengan maklumat itu?

Untuk beberapa ketika Aira duduk bersandar ke kepala katilmemikirkan tindakan yang akan diambilnya jikalau telahan dia benar. Dan ... diatak ada sebarang jawapan yang tepat untuk soalan itu.

Ahh ... selesaikan masalah apabila masalah tu muncul.Sekarang ni, KP kenal budak perempuan tu hanya tekaan semata-mata. Aira buatkeputusan. Tangan memanjang ke meja kecil di sebelah katil lantas lampu mejadipadamkan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.