Home Novel Seram/Misteri Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
Ulat_Buku
16/11/2016 21:38:41
5,154
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 9

BAB 9

 

"AKUBENCI KAU." Adam Rayyan bercakap melalui celah gigi.

"Cool.It's good to know that at least we've something that we agreed on."Aria membidas. Membuatkan mata Adam Rayyan mencerun.

Mereka barusahaja membuang masa bertekak mengenai apa yang patut dibuat dan tak patutdibuat sepanjang program yang mereka terpaksa kendalikan bersama itu. Dan sesibertekak itu tersasar keluar daripada topik sebenar yang perlu dibincangkanmembuatkan suhu masing-masing naik meninggi.

LangkahKetua Pelajar itu mendadak berhenti. Nak tak nak Aria terpaksa berhenti juga.

"Look..kita tak suka satu sama lain. Big news. Tapi masalahnya, sekarang ninak tak nak ada benda yang kau dan aku kena buat..bersama. As a team. Asmuch as you hate to do it, macam tu jugak lah aku rasa. Tapi bendani.." Fail ditangan diketuk-ketuk dengan hujung jari. "..akan berikesan dekat aku punya merit akademik. Dan kita tak perlu pun nak berbaik ataujadi bff semata-mata nak siapkan kerja ni. Kau adalah kau dan aku..adalah aku.Kita jumpa simply untuk selesaikan tugasan ni. And then we're done.Kalau boleh untuk selama-lamanya."

Adam Rayyan menjungkitkan hujung bibir. "Kalau aku takberi kerjasama?" Dia berpeluk tubuh. Gayanya seolah mencabar.

Giliran Aria mencerun pandang. "Kita tengok dulu macammana. Kalau bawa kesan negatif untuk rekod sekolah aku, aku terpaksa laporkan dekatcikgu." Dia meniru perlakuan Adam Rayyan. Berpeluk tubuh. Aria tak nakapa-apa laporan dari sekolah sampai ke tangan Auntie Laila. Pasti wanita itu tak akan mempercayaidirinya lagi kalau janji yang dibuatnya dengan Auntie Laila dilanggarbegitu sahaja.

Riak wajah Adam Rayyan jelas bertulis 'kau..nak laporkanaku? Aku as in Ketua Pelajar?' Tapi tak disuarakan.Sebaliknya dia berkata; "Dan kau yakin sangat yang cikgu-cikgu akanpercaya cakap kau?"Senyuman menyakitkan hatinya melebar.

Ariabertentang mata dengan KP untuk beberapa saat sebelum dia menjulingkan mata keatas. Kemudian, tanpa lanjutan kata-kata, Aria berjalan pergi. MeninggalkanAdam Rayyan yang jelas tak menjangka tindakan gadis itu.

"Hey,I'm not done here." Adam Rayyan melaung memanggil Aria.

Takdiendahkan Aria. Dia lantas menghilang di sebalik tembok.

 

***

"Kau okaytak ni?" Aya menolak bahu Aria dengan hujung pensel. Dia tergelakperlahan melihatkan gadis itu seolah dah hilang segala kekuatannya. Melepek dimejanya seperti baru selesai membajak sawah.

"Nasiblah Aria. KP tu memang Sparta. Mostly bebudak kat sini -kecuali kesperempuan-perempuan gedik tu- memang tak nak kalau kena bekerjasama denganmamat tu. Sebab kau budak baru... memang diorang nampak kau penggantiyang sesuai untuk dicampakkan ke mulut singa. Janji diri sendiri selamat."Zati menyatakan simpatinya.

"Aku tensiooonnn.Mamat tu perangai macam budak-budak kau tahu? Macam mana dia boleh jadi KetuaPelajar? Manusia mana yang cerdik sangat lantik dia jadi KP hah?Dia..tak..matang. Langsung!!!" Aria melepaskan rasa yang terbuku di dalamdada. Tubuh yang tadinya lesu tak bermaya kini seolah diseru semangat baru.

Zati danAya sedikit terkebelakang dek aksi tiba-tiba Aria. Mereka saling berpandangansebelum serentak meledakkan tawa.

Ariamendengus kasar. "Ha..gelak lah. Yelah..korang tak kena apa yangaku kena." Dengan muncung seperti platipus si haiwan yang hampir pupus,Aria menyelongkar beg sekolah. Fail yang mengandungi kerja yang perludiselesaikan segera ditarik keluar lalu dihempas ke atas meja.

Aya menarikkerusinya dibawa ke meja Aria. "Sekarang kau dah dapat jawapan kenapabudak-budak ni mengelat bila kena jadi ketua kelas?"

Ariamenjeling. Wajahnya masih cemberut. Soalan yang dia tanyakan sewaktu Haikalmenyerahkan title ketua kelas kepadanya ala-ala Sultan yangmenganugerahkan gelaran tertinggi kepada rakyat yang menyumbangkan pencapaianmembanggakan untuk negara. Jawapan Haikal masa tu adalah; diorang semuamalas dan tak berminat nak berlakon jadi pelajar berdedikasi walhal apa yang diorangnak buat adalah enjoy life sebagai pelajar sekolah dan buat masalahsebanyak yang mungkin.

Jawapanyang buat Aria memutarkan bola mata. Dan dia cakap dekat Haikal; "Aku jadiketua kelas tapi make sure kalau korang buat masalah..aku takterlibat. Lang..sung." Dibalas dengan sorakan dari Haikal dan isi kelas5Sastera yang lain.

Tapi harini.. baru dia betul-betul faham sebab-musababnya. "Korang tak cakappun yang deal dengan KP pun termasuk dalam pakej."

"Sorrydarling.. tapi kalau kitorang cakap memang tak berketua kelas lahkelas ni." Aya sambung tanpa perasaan. Melihatkan pandangan tajam Aria,dia tersengih buat muka comel.

"Tapipelik juga. Kau komplen yang perangai dia tak matang. Macam budak-budak.The very reason kebanyakan pelajar avoid dia.. sebab perangaiSparta Satan dia tu." Zati berkata. Hujung dagu diurut-urut sambil matamerenung Aria dengan pandangan curiga.

"Aha.."Aya sengih nakal.

"Apa?"Aria tak selesa bila mata kedua rakannya itu tertumpu pada dirinya.

"Takada apa." Serentak Zati dan Aya berkata. Tetapi pandangan curiga Zatimasih tak luntur. "Kiranya kau nak cakap yang KP tu menggedik dengan kaulah?"

"Bukan."Aria membentak. "Menggedik? Takde maknanya dia nak buat perangaimacam kucing parsi. Dia.. tak matang. Kau faham tak tak matang tu macam mana?Dia suruh aku buat ni..suruh aku buat tu. Dia? Duduk goyang kaki. Lepas tukalau ada yang aku tak faham.. aku mintak dia terangkan..dia tak terangkan!Lepas tu..dia marah-marah kalau aku buat silap which is disebabkan diakedekut sangat nak bagi penerangan supaya aku faham dan buatbetul-betul!!" Nafas Aria turun naik sambil bercerita.

Zati danAya bertukar pandangan.

"Lagi.."Dia nak menyambung tetapi tak jadi apabila Zati angkat sebelah tangan suruh diaberhenti.

"That'sweird. KP yang aku tahu.. sangat efisien kalau bab-bab kerja yangtanggungjawab bawah dia. Kalau yang mengadu pasal perangai Sparta Satan diatu.. banyak lah aku dengar. Tapi yang ni.." Zati dan Aya pandang Aria.

"Akurasa dia tak suka kau." Aya buat kesimpulan.

Ariamencebik. Heh.. macam lah dia suka dengan Adam Rayyan.

"Akubaru nak tanya. Kau ada buat apa-apa ke dekat mamat tu? Sampai dia tak sukadengan kau macam ni."

Ariaterdiam. Apa yang dia dah buat? Mana ada buat apa-apa. Dirinya dituduh sesukahati oleh Adam Rayyan adalah. Kalau ikutkan bukan ke dia yang patut lepaskanperasaan tak puas hati dekat mamat tu? Kenapa terbalik pula? "Mana ada akubuat apa-apa. Dia tu yang emo entah apa-apa." Aria menggumam rendah.

Dia bolehmengagak sebab musabab kedua mereka tak boleh berbaik, tetapi di diamkansahaja.

"Mungkinsebab kau rapat dengan Sofean tak?" Zati menyatakan pendapatnya.

Aya dan Ariaangkat muka memandang Zati. "Apa kaitan aku rapat dengan Ean dengan KPsengal tu?" Pelik juga Aria bila Zati membangkitkan tentang perkara itu.Takkan permusuhan dua sepupu itu diketahui satu sekolah?

"Akuperasan yang hubungan dia dengan Sofean tak baik. Lagipun, budak tu suka bagiMPP masalah.Semua kes pecah masuk tu." Zati turut menarik kerusirapat ke meja Aria. Gadis itu kemudiannya meniru Aya, membantu Ariamengasingkan segala jenis kertas dari fail itu mengikut kumpulan.

Ariamengerut dahi. "Satu sekolah ke tahu yang diorang berdua tu tak berbaik?"

"Akutak pastilah semua tahu ke. Ada je yang tak ambil tahu. Jadi.. betullahya? Korang tak boleh ngam sebab hubungan kau dengan Sofean?"

Ariamengangkat kedua bahunya. "Mana aku tahu KP tu. Kalau dia tak baik denganSofean sekali pun.. apa kaitannya dengan aku? Habis aku tak boleh nak berkawandengan sesiapa yang aku nak kawan simply sebab dia tak suka orangtu?" Mata dia membesar memandang kedua rakannya.

Zatitertawa kecil. "Tu aku tak tahu. Tapi yang pastinya, KP dah made itclear for you kan? Kau rapat dengan Sofean, kau jadi musuh dia."

MuncungAria semakin ke depan mendengarkan bicara Zati. "Macam budak-budak. Takprofesional. Mengada." Dia sambung merungut sambil tangan pantas bergerak menyelesaikantugasannya.

Aya danZati ketawa mendengarnya. "Kau tahu.. ada pepatah cakap jangan terlalubenci kelak jadi sayang."

Tawakeduanya semakin galak apabila Aria buat muka nak muntah.

 "Hate may turn into love you know."Zati mengusik.

"Oh,great. Sekarang ada lagi sorang yang namanya bermula dengan huruf Ztolong ingatkan aku akan nightmare macam tu." Aria bercakap daricelah gigi. Dia buat muka fed up.

Kening Zatiterangkat. "Oh? Siapa Z lagi sorang tu?"

"Zain.SU MPP." Aya yang menjawab. SU singkatan untuk setiausaha.

Wajah Zatisedikit berkerut sebelum dia mengangguk. Mungkin dah dapat mengingat Zain si SUMPP yang dikatakan.

"Korangboleh jadi pasangan yang bahagia." Sarkastik Aria berkata.

"Huhh...kaudah anggap MPP tu adik beradik ipar kau ke?" Zati membalas. Senyum perliterukir di seulas bibirnya.

"Zati!!"Aria menjerit geram. Buntang mata dia memandang Zati yang bergabung dengan Ayamentertawakan dirinya. "Just.. tolong zip mulut korang dangerakkan tangan okay?"

"Aii..aiicaptain." Serentak keduanya membalas.

 

***

 

"Apani?" Adam Rayyan menyoal tanpa mengangkat muka. Sentuh kertas yang Ariatolak ke arah dia pun tak. Hanya pandang seolah kertas itu adalah senjataberbahaya.

"Suratperjanjian damai." Selamba Aria membalas. Aya yang bagi cadangan dekat diasuruh buat perjanjian damai antara dia dengan KP. 'Untuk sementara sahaja.'Gadis itu memujuk bila Aria beriak macamlah Aya suruh dia kahwin lari denganKP.

"Dahhabis program ni kau nak gaduh balik dengan KP tu pun tak apa. Tapi buatsementara ni.. untuk kebaikan semua aku rasa baik kau berdamai sahaja dengandia. Cuba bagi usul dulu. Kalau dia tolak.. kita tengok nak buat macammana." Itu apayang Aya cakap. Bukan dia. Dan dia buat semua ni pun semata-mata keranacadangan Aya. Juga merit akademik dia.

Adam Rayyanmerenung Aria dengan pandangan tak percaya. "Surat apa?"

Aria tahandiri dari buat muka. "Kau dengar apa yang aku cakap. Surat perjanjiandamai. Antara kau..." Jari telunjuk dituding ke arah Adam Rayyan."...dan aku." Kemudian ke arah diri sendiri. "Untuk sepanjangkita perlu bekerja sebagai satu pasukan ni."

Adam Rayyantak bereaksi.

"Supayakita tak saling membunuh." Aria menyambung kata.

Dengangerakan yang sangat perlahan, Adam Rayyan mencapai sekeping kertas itu. Dibacasepintas lalu. "Kalau aku tak sign?"

Aria takmenjawab, sebaliknya dia menelangkupkan kepala ke atas meja. Soalan KetuaPelajar itu dibiarkan tanpa jawapan. Seketika kemudian, kepala diangkat. Tangandipanjangkan nak mengambil kembali kertas itu. "Tak nak signsudah."

Tak sempatkertas 'perjanjian damai' itu dicapai, tangan KP menarik kertas itu ke arahdia. Tanpa sepatah kata dia menurunkan tanda tangan ke atas kertas. Ditolakkembali kepada Aria yang termangu-mangu memandang tindakan pelajar lelaki itu.

Kertas A4yang bertaip ala-ala perjanjian damai antara puak A dengan puak B yang dahbermusuh selama beribu tahun.. diteliti. Aria angkat kening dekat Adam Rayyanyang tengah pandang dia.

"Perjanjianni valid sampai habis program ni sahaja. Tak lebih sesaat pun."Adam Rayyan memberi amaran.

Ariamemutarkan bola mata ke atas. "Sure. Aku pun tak nak berbaik-baikdengan kau lama-lama sangat." Tanpa dapat ditahan, kata-kata bernadasarkastik itu terlebih dahulu meluncur keluar dari mulutnya. Membuatkan diamenerima pandangan mencerun dari Adam Rayyan.

"Justkidding. Gee..kau ni serius sangatlah." Pantas Aria membetulkankesilapannya. Yelah..kata nak berdamaikan.

Adam Rayyanmendengus perlahan. "Buat salinan. Satu kau pegang, satu bagi dekataku.." arahnya. "..satu bagi Ean." Dia menyambung. Sedikit sinisnada suaranya. Nama Sofean dibangkitkan kerana dalam 'perjanjian damai' itujuga Aria dah tulis yang Sofean tak akan buat hobi memecah masuk ke bilik MPPserta segala trick keji terhadap Adam Rayyan dan telah ditandatanganidengan berat hati oleh budak lelaki itu -setelah berjela panjang menghamburkanrungutan tak puas hati-. Aria buat tak dengar sahaja dengan rungutan itu. Yangpenting Sofean sign kertas tu.

Ariamengangguk faham. "Hmm. Nanti aku buat salinan. Untuk kau danSofean." Hening seketika antara mereka. "Kalau macam tu, aku pergidulu." Aria meminta diri.

Tak tunggulama.. berdesup dia menghilang dari bilik MPP. Duduk lama-lama dengan KP-berdua pula tu- nanti tak pasal-pasal timbul gosip baru.

 

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.