Home Novel Seram/Misteri M.E.M.O.R.I
M.E.M.O.R.I
Ulat_Buku
1/4/2017 23:58:46
2,292
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
BAB 2

BAB 2

“DAPAT pun kau!!!” Yana menerkam ke arah arnab gemuk yang leka mengunyah lobak merah. “Hei..jangan bergeraklah.” Dia berkata apabila si arnab bergelut dalam pelukannya minta dilepaskan.

Yana berjalan keluar dari belakang rumah. Habis comot bajunya gara-gara arnab peliharaan majikannya. “Bobby..janganlah bergerak. Ishh..yang kau benci sangat dengan aku ni kenapa?” Pelukan dikemaskan bagi mengelakkan Bobby terlepas untuk kesekian kalinya.

Yana sendiri pun pelik. Arnab gemuk peliharaan anak majikannya itu cukup tidak suka akan dirinya. Selalu sahaja melarikan diri apabila nampak dia. Macam nampak hantu, getus hati Yana.

“Bobby..heiii.” Si arnab gemuk berjaya juga melepaskan diri. Berlari Yana mengejar Bobby. Takut terlepas keluar dari kawasan rumah banglo dua tingkat itu. “Bobby..” Yana memanggil lagi. Arnab jantan itu bersembunyi di bawah sebuah kereta milik majikannya.

“Keluarlah Bobby.. Nah, carrot.” Lobak merah ditangan dijadikan umpan untuk menarik perhatian sang arnab. Namun, tak berjaya. Yana mengeluh. Hesh..ingatkan manusia je degil, arnab pun dua kali lima juga. Hujung batang lobak marah diketuk perlahan ke dagu..mencari idea.

Sedang dia buntu tak tahu nak buat apa untuk menarik Bobby keluar dari bawah kereta, pintu utama terbuka. Yana angkat muka. Mengharapkan Wak muncul menghulurkan bantuan.

'Oh crap!' Wajah berubah apabila bukan Pak Bahar yang muncul tetapi wajah yang hampir berbalut separuh terjengul dari pintu.

Lelaki itu nak melangkah keluar tetapi kaki dia kaku di tengah jalan apabila bola mata menyapa sekujur tubuh yang bersila di tepi kereta. Kening dia berkerut.

Yana tak bergerak. Hanya mata dia merenung wajah berbalut milik anak angkat majikannya. Haris Iskandar. Menyedari renungan dia membuatkan Haris tak selesa, Yana pantas mengalihkan pandangan. Dia bangkit sambil mengibas-ngibas baju.

“Bobby ada dekat bawah tu.” Tanpa nada Yana bersuara. Telunjuk dituding ke bawah kereta.

Haris tak membalas. Mata dia mengekori telunjuk Yana. Kemudian dia bersiul perlahan. Pada masa yang sama muncul Bobby berlari ke arah Haris.

Kening Yana terangkat tinggi. Bibir dia dijuihkan. 'Pilih kasih punya arnab.'

Haris berpusing nak masuk rumah. Terhenti. Dia berpaling ke arah Yana. “Arnab pun tak boleh jaga ke?” Suara seraknya dingin tak bernada. Tanpa menanti balasan, Haris terus berjalan masuk. Pintu ditutup rapat meninggalkan Yana tegak berdiri dengan lobak merah ditangan.

“Arnab pun tak boleh jaga ke?” Yana mengajuk. “Fussy.” Lagipun bukannya dia bekerja di situ untuk menjaga Bobby si arnab..kan?

Tetapi, Haris..Haris..Haris. Lelaki itu sangat pelik. Boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja Haris menampakkan diri di rumah banglo itu.

Aku nak nickname kan dia.. Haris The Phantom of The Opera.

Baru sahaja dia berkira-kira nak masuk rumah untuk selesaikan apa sahaja tugas yang belum selesai di dalam rumah itu, Pak Bahar muncul dengan segala peralatan membasuh kereta. Yana pantas mendapatkan Pak Bahar yang tak perasan kehadirannya.

“Waaak..” Yana memanggil. Enam harakat panjang.

Pak Bahar yang sedang sibuk membuat bancuhan air sabun untuk mencuci kereta,berpaling. “Kamu kalau panggil macam tu..mesti ada apa-apa.” Pak Bahar tersengih memandang gadis itu.

“Ishh Wak ni. Tak baik tau.” Yana pura-pura merajuk. Pak Bahar tertawa. “Yana nak tanya ni.. Boleh tak?”

“Sejak bila kamu pandai ambil nombor dekat kaunter pertanyaan?” Pak Bahar masih mengusik.

“Alah..Wakk.. Orang serius ni.”


“Baiklah..baiklah. Kamu nak tanya apa?” Pak Bahar mengalah.

“Tuan Haris tu..kenapa muka dia berbalut? Dia accident ke?” Tanpa berselindung terus Yana mengutarakan persoalan yang dah lama bermain di mindanya. Pertama kali dia bertemu Haris.. nyaris dia menjerit terkejut. Dahlah kalau dia menjerit..satu taman perumahan boleh kena heart attack.

Ketika dia mula bekerja di rumah itu secara rasminya, Mak Jah hanya menerangkan secara ringkas tentang penghuni rumah banglo itu. Tiba-tiba sahaja muncul lelaki dengan muka separuh berbalut.. mana dia tak terkejut.


“Tuan Haris terlibat dalam kebakaran tak lama dulu. Sebab tu muka dia berbalut macam tu,” jelas Pak Bahar.


“Owh..” Yana terangguk-angguk. “Teruk eh muka dia? Sampai berbalut macam tu.”

“Teruk jugalah.” Pak Bahar menjawab.

“Kenapa Tuan Haris tak buat pembedahan plastik je Wak? Kan mak bapak dia banyak duit?”


“Yana.. tak semua hal orang lain kita kena ambil tahu. Ada hal-hal tertentu, yang hanya diketahui oleh orang itu sahaja. Haris tak buat sidang media bagitahu kenapa dia tak buat itu..kenapa dia tak buat ini.”

“Wak!!” Yana menjerit geram. “Ok..ok. Yana tak tanya dah. Zip.” Dia buat aksi menzip mulutnya. Pak Bahar tertawa sambil menggeleng.


“Abang!!” Tiba-tiba kedengaran suara Mak Jah melaung dari bahagian belakang rumah.


“Hah.. Mak Jah kamu panggil. Yana, tolong sambungkan ya? Sekejap lagi Wak kembali.” Pak Bahar menghulurkan baldi berisi air sabun.

“Ok.. Wak.” Baldi tersebut disambut. Yana mencapai span lalu dicelup ke dalam air sabun. “You know you are the number one for me.” Dia bernyanyi-nyanyi kecil sambil menggosok badan kereta.


“Siapa pulak yang main parkingdepan rumah orang ni?” Kehadiran sebuah Mini Cooper yang berhenti di depan pintu pagar menarik perhatiannya. Yana terhenti mencuci kereta. Mata dia lebih berminat memerhatikan gelagat manusia dalam Mini Cooper itu.


“Eeeww..” Mulut dia senget-benget bila melihatkan sang lelaki tanpa segan silu menghadiahkan ciuman di pipi wanita dalam Mini Cooper. Entah apa yang dibualkan sehingga manusia berdua itu tergelak-gelak tak ingat dunia.


Muka Yana bertambah berkerut bila melihatkan kedua-duanya melambaikan tangan sambil melayangkan flying kiss beberapa kali. Ni spesies apa pulak ni? Nak blah..tekan jelah minyak. Yang sampai nak fying kisslima ratus kali ni apa cerita? Flying kick aku flying kat korangkang baru tahu. Hati dia menceceh. Mata Yana bagai digam tak beralih dari melihat drama sebabak lelaki dan wanita itu.


Matanya tambah membulat bila si lelaki melangkah masuk ke dalam kawasan rumah majikannya melalui pintu pagar kecil. Oh my goat..

+ Kau ada kambing ke?

- Takde..

Ni mesti the second son.

Lelaki muda itu mengangkat muka yang sedari tadi tunduk menghadap handphone ditangan. Baru perasan kehadiran Yana agaknya. Mata dia macam yoyo turun naik menganalisis gadis yang berdiri macam patung dihadapannya ini.
Tudung bawal.. baju kurung kedah.. track suit.


Senyum sinis sebaris. “Kampung.” Sepatah dia bercakap lalu berjalan melintasi Yana. Handphoneyang berbunyi dijawab. “Helo.. sayang. Really? Miss you too, darl. A'ah.. Eh, mana ada. Ibaru je balik dari meeting. Iye sayang. Tak tipu..” Sambil menanggalkan kasut.. lelaki muda itu bercakap dengan pemanggil di talian sebelah sana.


Suara lelaki muda itu semakin sayup di pendengaran.. Yana masih terpaku dengan span bersabun ditangan.


“Yana.” Suara Pak Bahar menyedarkan Yana yang ternganga melihat drama lebih seminit depan mata.


“Huh..oh Wak..” Dia terkebil-kebil pandang Pak Bahar.


Orang tua itu mengerutkan dahi. “Kamu ni kenapa? Kena sampuk?”


“Hah? Haha.. rasanya memang kena sampuk.” Yana tepuk-tepuk pipi.

“Wak rasa kamu memang kena sampuk. Kot iye pun sabun cuci muka kamu dah habis.. takkan lah sabun basuh kereta kamu guna dekat muka?” Pak Bahar menggeleng melihat tingkah-laku pelik gadis itu.


“Huh?” Muka Pak Bahar dipandang kemudian matanya melurut ke tangan yang penuh sabun. “Alamak.. ishh.. rosaklah kulit Yana. Nah, Wak sambung balik. Yana nak masuk dalam.” Terburu-buru dia mengatur langkah menuju ke belakang rumah.


Dahsyat betul. Second son tu ingat dia Don-Juan wannabeke? Kissing dengan orang lain depan pintu rumah. Jejak je kaki dalam kawasan rumah 'miss you' dengan orang lain pulak. Ishh..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.