Home Novel Seram/Misteri Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
Ulat_Buku
16/11/2016 21:38:41
5,159
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 8

BAB 8

 

KERTAS DI TANGAN dipandang kosong.Entah kenapa segala tulisan yang bercetak dikertas itu seolah berpusing-pusingmengambil tempat yang bukan milik mereka. Perkataan di kiri beralih ke kanandan sebaliknya sehingga sepatah apa yang dibacanya tak masuk ke dalam kepala.Aria rasa macam tengah baca tulisan asing yang tak difahaminya.

"Maaf cikgu. Boleh cikgu ulangbalik? Kelas 5 Sastera.."

"..akan dipertanggungjawabkandibawah tanggungjawab kamu dan Adam Rayyan." Cikgu Borhan menyudahkan ayatAria. Seulas senyuman kemudian diukir untuk muridnya itu.

Aria masih berdiri kaku bagaipatung. Masih cuba menghadam kata-kata GPK HEM bertubuh sedikit gempal itu.Serasa nak suruh Cikgu Borhan ulang sekali lagi.

5Ssatera under KP. Great.

Lambat-lambat dia berpaling kepada Adam Rayyan yang juga berdiri tegaktak bergerak macam askar yang tengah berada dalam barisan untuk kawad sempenaHari Kebangsaan. Wajah manusia itu kosong tanpa sebarang riak. Pandangandiluruskan ke hadapan. Tepat ke wajah Cikgu Borhan.

"Tapi KP kan kelas Sains. Tak menyusahkan ke?" Aria menyusunayat sesopan yang boleh. Sesungguhnya dia tak peduli kalau KP bakal disusahkansesusah-susahnya pun. Lagi dia bersuka ria adalah. Tetapi masalahnya kalau diapun terlibat sekali macam mana nak bergembira melihatkan KP punya miserable?Semenjak kejadian tuduhan hari tu, antara dia dan Adam Rayyan seperti ada aruselektrik yang saling memancar tatkala mereka ada berdekatan. Rasa panas semacamsahaja.

"Kelas Aria, Sastera-Perakaunan. Kelas Rayyan pulakSains-Perakaunan. Enam mata pelajaran yang kita ambil adalah sama. Nahh..tak menyusahkan pun. Jangan lah risau sangat. Lagipun KP kita ni kan pelajar awesome.He'll manage." Bagai peluru Zain mencelah masuk.

Aria pantas berpaling ke arah tuan punya suara. Tajam pandangannya.Menghantar mesej kepada Zain yang ringan mulut menjawab. Dibuat tak endah olehpelajar lelaki itu. Sengih nakal dia melebar.

"Macam yang Zain dah jawabkan." Cikgu Borhan angguk puas hati."Okay now students, kalau tak ada apa-apa lagi.. kamu semua bolehbalik ke kelas. Pantas.. pantas." GPK HEM itu berkata sambil menepuktangan tiga kali.

Ketua kelas-ketua kelas tingkatan lima yang turut berada di situ mulaberedar pergi tatkala mendengarkan arahan Cikgu Borhan. Lambat-lambat Ariaturut sama berjalan keluar. Dia menanti di luar bilik HEM.

Tatkala Zain melangkah keluar bersama dengan Umar dan Aqil, langkahmereka dihalang. "Listen here brother. You seriously not doing me anyfavour by doing this. Sekarang cakap dengan jujur, ini semua idea cerdik korangkan?" Mata merenung ketiga-tiga ahli MPP itu dengan pandanganmencerlung.

"Tak perlu nak berterima kasih dengan kitorang." Zainberkata sambil menundukkan tubuh ala-ala tunduk hormat kepada pemaisuri.

Aria menjegilkan mata. "Kau sama kelas dengan KP. Tapi magicallyit's him yang kena partner dengan aku untuk program ni."

"Lah.. aku tak tahu pulak Aria berminat dengan kauZain." Aqil mengusik. Sengih dia bertambah lebar apabila Aria menjelingpenuh amaran.

"Aku tak berminat dengan both mamat ni.." Jari telunjukmenuding ke arah Zain. "..dan KP."

"Auch." Serentak Aqil dan Umar berkata. Lepas tukedua-duanya bergabung tawa dengan Zain yang turut tergelak-gelak tanda takambil hati dengan kata-kata Aria.

"Tapi aku lagi okay kalau terpaksa bekerjasama dengan kaudaripada KP tu." Aria cakap dekat Zain. "Kau minta tukar denganKP." Dia mengarah sesuka hatinya.

"Terpaksa huh?" Zain buat muka sedih. Tapi tak tahan lamasebab lepas sesaat senyum mengusik kembali tersungging di bibirnya.

"They say hate may turn to love." Zain kenyit mata kearah Aria. Pelajar lelaki itu kemudian melangkah pergi dengan senyuman puashati terukir dibibir. Seolah dia baru sahaja melakukan satu kebaikan yang besardi dunia.

Aria hanya mampu melopong melihat langkah Zain, Aqil dan Umar yangsemakin menjauh. "This hate will never turn to love you nimwit."Aria bersuara geram. Kaki dihentak ke lantai. "I'm cursed."Sebabkan Zain, Umar dan Aqil rasa diorang patut jadi cupid cintakini dia yang terpaksa menanggung bahananya.

 

***

 

"Takziah untuk kau Kak."

Ketika Aria berjalan keluar dari perkarangan sekolah, dia disapa satusuara. Langkah Aria terhenti. Dia berpaling. Sofean bersandar di tepi pagarsekolah sambil berpeluk tubuh. Menyeringai ke arah Aria.

"Aku tak ada mood naik main-main sekarang ni." Ariameninggalkan Sofean. Buru-buru budak lelaki itu mengikuti langkah laju Aria.

"Aku pun tak main-main. Aku just nak bagi friendly warning dekatkau Kak, yang si KP tu.."

"..mungkin akan gunakan aku untuk kenakan kau. Yeah..yeah I gotit." Aria memintas cakap Sofean. Nada suaranya mendatar.

Sofean menjenguk ke wajah Aria.

"Apa?" Gadis itu mengangkat kening bertanya.

"Aku serius."

Aria menghela nafas. "Aku tak cakap pun yang kau takserius..cumanya.." Dia berjeda.

Giliran Sofean mengangkat kening bertanya.

Aria menggeleng. "Tak ada apalah."

Mereka meneruskan langkah tanpa bicara lanjut. Membiarkan susana sepiantara mereka. Kepala Aria ligat berputar memikirkan sesuatu.

"Ean."

"Hmm."

Aria mengigit bibir bawah. Ragu-ragu nak bertanya. Nafas ditarikdalam-dalam. "Kau masih tak beritahu aku."

"Apa?" Dahi Sofeanberkerut tanda tak memahami apa yang Aria perkatakan.

"Siapa Humaira?"

Selajur soalan yang diutarakan ituAria dapat merasakan langkah kaki Sofean berkurangan kelajuannya. Dia turutmemperlahankan langkahnya. Kerutan di wajah Sofean semakin bertambah. Riakwajahnya juga berubah tegang. "Perlu ke kau tahu siapa dia?"

Aria mendongak pandang langitkemudian dia pandang Sofean. "Kau yang bangkitkan nama tu, lepas tu kautak nak bagitahu aku siapakah gerangan pemilik nama Humaira tu?"

"Aaah. Let's just forget that I ever mention it. Boleh?" Sofean mengukirsenyuman yang nampak sangat plastik.

Aria berpeluk tubuh merenung Sofean. Sebuah senyuman kemudian diukir."'Kay. Kalau kau tak nak bagitahu.. aku boleh tanya KP. Tak payahsusah-susah Ean." Aria berpusing, pura-pura nak berpatah balik ke sekolah.

Pantas Sofean menghalang. Kedua tangan didepakan menghalang laluan. Matabudak lelaki itu membulat macam guli. "Keji lah kau Kak. Main ugut-ugut pulak."Dia merungut.

"Aku tak boleh tidur malam sebab dok fikirkan pasal Humairayang kau sebutkan. Siapa lagi keji? Kau ke aku?"

Bibir bawah Sofean menjuih ke depan.

"Tik.. tok.. tik. Clock is ticking." Aria berkata.

"Humaira tu.. dia.." Lambat-lambat Sofean memulakan bicara."..anak bekas orang gaji dekat rumah Datuk Irsyad." Apabilamelihatkan Aria mengerut dahi mendengarkan nama itu, Sofean menyambung,"Ayah Rayyan."

Aria angguk.

"And last year..she's found dead. Jatuh sungai. Mati lemas.Polis ruled as an accident." Sofean bercakap macam robot.

"Dah tu kenapa kau cakap KP kita tu yang bunuh Humaira?"

Sofean mengetap gigi. Belakang leher diurut perlahan. "He killedher. Titik. One way or another..he definitely the one yang bunuhHumaira."

"Kau cakap belit-belit. Aku tak faham."

"Even kalau dia tak ambil pisau tikam Humaira dengan tangandia sendiri, atau guna pistol tembak atau apa-apa jelah... dia tetap orang yangbertanggungjawab membunuh Humaira. Faham?"

"Tak." Jujur Aria berkata. Sungguh dia blur.

Sofean senyum lucu. "Tak apa kalau kau tak faham. Lagipun, takpenting bagi kau." Sofean berpusing nak pergi. "Oh ya. Do yourselfa favour dan jangan buka topik pasal Humaira depan KP. Save yourselffrom being on his target list Kak." Bersama dengan kenyitan mata,Sofean berjalan meninggalkan Aria.

Aria yang masih blur cuba memahami kata-kata Sofean. Targetlist.. maknanya apa yang budak lelaki itu maksudkan supaya tak end upmacam Humaira?

Bulu roma Aria terasa meremang.

 

 

 

Previous: BAB 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.