Home Novel Seram/Misteri Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
Ulat_Buku
16/11/2016 21:38:41
5,155
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 10

BAB 10


MATA secara tak sengaja jatuh kepada sekumpulan pelajar perempuan ketika dia berjalan keluar dari tandas. Aria mengerut dahi tatkala pelajar perempuan paling hadapan sekali membuat isyarat supaya dia berhenti di situ. Aria pandang belakang. Kosong tak ada orang.

Semakin kumpulan itu menghampiri dia, Aria dapat mengecam mereka sebagai 'kumpulan sorak' kepada Adam Rayyan dan ahli MPP secara am nya. Kening dia semakin berkerut. Buat-buat tak nampak boleh tak?

Seolah dapat membaca niat Aria, kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pelajar perempuan itu mempercepatkan langkah mereka. Sekejapan sahaja mereka dah ada dihadapan Aria. Menghalang laluannya.

Ada magik mcam Harry Potter ke apa diorang ni? Boleh ghaib lepas tu muncul tiba-tiba?

"Aku nak cakap sikit dengan kau." Pelajar perempuan yang paling hadapan berkata.

Aria agak dia adalah ketua 'kumpulan sorak' MPP itu. Mata mengecil cuba mengingati nama gadis itu. Apa nama dia?

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Nada suara meninggi pelajar perempuan itu menyentakkan Aria yang sedang memerah otak mencari gali nama yang terpendam di sudut memori. 

Tap! Aria memetik jari. Dah dapat dah. "Natasha."

Natasha pandang dia dengan pandangan dingin. "Whatever. Pastikan yang lepas ni aku tak nampak kau berkepit dengan Rayyan 24/7."

Huh? Apakah? "Berkepit dengan Rayyan?" Hujung bibir tanpa dapat ditahan mengherot ke tepi. Geli-geleman mendengarkan kata-kata Natasha.

"Yes." Natasha pandang Aria seolah dia budak PK (Pendidikan Khas) yang mengalami masalah pendengaran.

"Aku tak berkepit dengan dia." Aria cakap melalui celah gigi. "Kalau kau tak faham -dan tak nak faham- sebab utama aku ada dengan dia adalah kerana program untuk SPM. Kau ingat aku nak sangat ke.." Aria menghentikan kata-kata dia. Tak menyambung. Entah kenapa. Mungkin sebab perjanjian damai yang dah dipersetujui antara dia dan KP membuatkan dia serba-salah nak berperang even dengan 'tukang sorak' tak berbayar MPP.

Nafas ditarik kemudian dihela perlahan-lahan. "Apa-apa pun.. aku dengan KP sebab program sekolah. Titik." Mata memandang tepat ke dalam anak mata Natasha.

"Aku tak nak tahu pun apa sebabnya. Apa yang aku tahu.. kau jangan rapat dengan Rayyan 24/7 macam dia kau punya. Sedar lah diri sikit. Sofean kau kebas sekarang Rayyan pulak? Betullah apa yang diorang cakap.. muka nampak baik ni lah yang paling busuk sekali." Kata-kata Natasha disambut angukan berkali-kali dari dua prang side kick nya.

Darah Aria terasa menggelegak seperti lahar gunung berapi. Tapi ditahankan hati agar tak berkelakuan seperti Natasha. No need to stoop so low to her level now don't I? "Oh.." Kening diangkat. "Kau cakap pasal diri sendiri ke?" Senyum senget diukir.

Wajah Natasha berubah.

"Look here. Aku dengan KP tak ada apa-apa. Kalau kau tetap nak psiko kepala otak kau..cakap yang aku simpan perasaan dekat dia ke apa.. silakan. Teruskan. Sampai kau masuk wad mental pun aku peduli apa. Untuk terakhir kalinya..aku dan KP tak ada apa-apa and seriously kalau kau harass aku macam ni lagi.. aku akan cakap straight dekat cikgu disiplin. Bye."

Tanpa menunggu sesaat lebih lama, Aria terus meninggalkan kumpulan pelajar perempuan itu menuju ke kelas. Tak kuasa nak semakkan kepala otak dengan perkara yang remeh dan mengarut. Haishh..


******


Mata berlari di muka surat terakhir komik. "Sekarang waktu pelajaran apa Zati?" Aria bertanya dengan mata masih pada komik ditangan. Earphone di telinga ditarik.. dan komik kembali diletakkan ke bawah meja. Aria angkat muka. Jadi batu dua saat bila tengok wajah rakan dia dah bertukar jadi muka KP. Dahsyat betul plastic surgery. Perempuan pun boleh jadi lelaki?

Nafas ditarik panjang.. cuba mententeramkan rasa terkejut. Takkan dua puluh empat jam nak terkejut sebab KP kesayangan ni kot? Deja-vu sungguh. "Kau memang tengah tak ada kerja ye KP?" 

Adam Rayyan tak menjawab. Tangan ditadah. Aria pandang tangan itu kemudian matanya naik ke wajah Adam Rayyan dengan riak konon tak faham.

"Apa? Aku tak ada hutang kau duit."

Adam Rayyan putar bola mata ke atas. Lepas tu dia pandang Aria dengan kepala yang disengetkan sedikit. Tangan masih terhulur.

Aria mengeluh. Tangan menjalar ke bawah meja. MP3 ditarik keluar dengan wajah kelat. "Kau dah jadi bisu ke? Tak reti nak bercakap?" Lambat-lambat MP3 diletakkan atas tangan Adam Rayyan.

Ketua Pelajar itu senyum sinis. "Aku tak cakap pun kau faham kan? Good girl." Nada suara dia menyakitkan hati.

Mata Aria mengecil. Sakit hati menjadi-jadi. Nafas panjang ditarik untuk kesekian kalinya. Menenangkan amarah yang mula melanda diri. "Kau nak apa sampai mencemar duli datang sini?" Dia bertanya malas. 

Mata pandang keliling. Semua rakan sekelas dah memaku pandangan ke arah mereka. Aria jegilkan mata.. tapi diorang hanya sengih dengan dua jari terangkat tanda peace.

Huh, penyibuk! Aria buat muka. 

"Ada kerja nak kena selesaikan sebelum esok." Adam Rayyan jelas tak mempedulikan mata-mata yang memandang.

Mata Aria mengecil pandang Rayyan. Curiga. "Kerja apa?"

Adam Rayyan tak menjawab. Sekadar angkat bahu kemudian berjalan keluar kelas. Sempat dia buat isyarat agar Aria mengikutinya.

Aria tak segera bangkit menurut langkah Ketua Pelajar itu. Dia duduk terpaku di meja sambil mulut tak habis merungut mengutuk Adam Rayyan.

"Dah-dah lah tu kak. Buat tambah panjang senarai dalam buku kiri kau je." Aya senyum lucu.

Aria mengerling. "Kau nampak tak attitude dia tu?" Geram dia bersuara.

"Nampak. Tapi.. macam dah lembut sikit je KP kita tu. Kau ada baca apa-apa ke?" Zati menyampuk.

"Baca apanya? Baca talkin untuk dia?" Aria bangun dengan senyum jahat di bibir. Dia menggeliat meregangkan urat.

"Heshh!!" Zati bulat mata.

Aya dengan Aria gelak sahaja tengok riak Zati.

"Korang, nanti kalau cikgu masuk bagitahu yang aku ada kerja sikit." Dia berpesan kepada Aya dan Zati.

"Okay." Serentak Zati dan Aya menyahut. 

"Jangan buat benda lain." Sempat Zati berpesan.

Aria membesarkan mata ke arah gadis itu sambil buat muka geram, dibalas sengihan Zati dengan kening yang dijongket dua kali. Selepas itu terus sahaja dia berlalu keluar. Di hujung koridor, kelihatan Adam Rayyan menanti dengan wajahnya yang serius.

"Tak boleh lambat lagi?" sindirnya apabila Aria menghampiri.

"Kau nak aku patah balik masuk kelas ke?" Aria membalas selamba. 

Adam Rayyan tak menjawab. Dia mengorak langkah ke bangunan lama.

Aria mendengus dalam hati. Nama je dah buat perjanjian damai. Sesekali terbabas juga mereka masuk ke dalam zon perbalahan. Bukan senang rupanya nak berdamai dengan orang yang kita tak berapa nak suka ni. Buat diri tertanya sendiri bagaimana dan apa yang berlaku jika perjanjian damai antara dua puak yang berseteru sejak sekian lamanya, dimeterai. Must be hard.

"Kerja apa yang kau nak aku buat?" Aria bertanya. 

"Aku nak kau buat senarai ringkasan rekod peperiksaan pelajar 5 Sastera . Tahun lepas sekali. Cikgu nak tengok mata pelajaran mana yang mereka lemah. Keputusan yang meningkat atau merudum." Terus sahaja Adam Rayyan memberi arahan tanpa sebarang mukadimah. Masuk full mode dia sebagai KP.

Aria turut serius mendengar. Nanti kalau salah buat kerja naya je nak dengar mulut laser mamat depan ni fire dengan peluru berpandu dia.

"Okay."

"Aku nak pergi bilik guru kejap." Adam Rayyan cakap sebelum menghilang di sebalik selekoh.

Aria yang terpinga seketika kembali berjalan menuju ke bilik MPP. Pintu diketuk sekali..dua kali..tiga kali. Tiada jawapan. "Ada orang ke?" Pintu bilik ditolak. Dia menjengah ke dalam bilik MPP. Kosong tanpa bayangan manusia.

Gadis itu melangkah masuk sambil matanya meliar disekeliling bilik tersebut. Aria melabuhkan punggung ke sofa. Nak mulakan kerja pun bukannya dia ada senarai keputusan peperiksaan pelajar tingkatan lima tahun  itu. Tahun lepas punya lagi. Itu semua dalam database MPP. Sebabkan dia bukannya ahli MPP, dia tak ada akses untuk sesuka hati check data dalam kekuasaan MPP.

Belum sempat dia duduk betul-betul, pintu bilik MPP terbuka. Mak aih.. cepat gila. "Kau berlari ke kau.." Mulut dia ternganga dengan ayat tergantung separuh jalan.

Aqil dengan Zain yang berdiri depan bilik turut terpaku. 

"Heya Aria." 

"Buat apa dekat sini?"

Keduanya bercakap serentak. Namun kaki masing-masing kekal terpaku di depan pintu. Aria sengih senget. Perlahan-lahan dia bangun berdiri dengan mata tak lepas pandang dua orang ahli MPP tersebut.

"Hello boys. Macam lama dah aku tak nampak korang. Ngelat dari aku eh?" Setapak Aria melangkah menghampiri.

Aqil dan Zain melompat ke sebelah sana meja secara bersamaan. "Aria.. Aria.. Aria. Nanti dulu. Dengar dulu apa yang kitorang nak cakap." Zain angkat kedua tapak tangan tinggi ke atas. Nada suaranya jelas kalut. Tak terjangka akan berjumpa straight dengan Aria hari ni mungkin.

Aria berdiri berpeluk tubuh. Mata memandang tajam dua orang manusia yang dari hari tu lagi dia nak 'kerjakan' tapi asyik tak berjaya. Rasa jengkel dia terhadap apa yang ketiga-tiga ahli MPP itu dah buat masih belum sirna sepenuhnya. "Fine. Aku bagi peluang untuk korang bela diri."

"Err.. itu.."

"Apa yang kitorang buat tu untuk kebaikan Rayyan sebenarnya." Pantas Aqil mencelah apabila Zain terbata-bata nak menjawab. 

Huh? Aria terkebil-kebil. Tak menjangka jawapan itu yang diterimanya. "Untuk kebaikan KP?" Sinis dia mengulang.

Laju dua kepala mengangguk mengiakan.

"Well.. you see, Rayyan tu macam anti dengan perempuan."

"Tapi bila dengan kau, kitorang tengok dia okay lah pulak." Zain menyambung.

Kerutan di dahi Aria semakin berlapis. Diorang ni ada masalah mata tahap kronik yang tak boleh nak ditolong dah. "Okay apa nya? Dia buat aku macam kuli tahu tak? Okay apa macam tu? Dan korang buat semua ni untuk kebaikan KP?"

Dua kepala mengangguk secara serentak untuk kesekian kalinya.

"Sebabkan ini demi kebaikan dia, aku lah yang kena jadi mangsa? Tahan telinga dengar mulut laser dia tu, hah? Tu belum lagi perangai tak semenggah macam budak2 dia tu. Kebaikan konon. Habis tu, kebaikan untuk aku macam mana? Tak penting?" Bertubi-tubi Aria meluahkan rasa tak puas hati yang berbuku di dalam dada dek kelakuan Zain, Aqil dan Umar yang sibuk bermain cupid.

Aqil dan Zain saling berpandangan.

"Serius cakap Aria. Apa yang dia buat dengan kau sekarang ni, tak pernah dia buat dengan pelajar lain. Terutama pelajar perempuan." Teragak-agak Zain bersuara.

"Buli aku maksud kau?" Pantas Aria menyelar.

"Err.. if that how you described it, then yes." Selamba Aqil menjawab.

Mata Aria membulat pandang Aqil.

Zain pantas menyiku rakannya. "Tapi nampaknya, kau marah sangat dengan apa yang kitorang lakukan. Untuk itu aku minta maaf. Aku patut tahu yang tak semestinya apa yang kitorang nampak kau boleh nampak sekali."

Aria diam. Nafas ditarik dalam-dalam. "Tapi katakan lah yang korang betul.. memang ini ke the right way to do it? Takkan korang nak pasangkan KP tu dengan semua perempuan yang dia boleh get along atau pun dengan perempuan yang dia buat sesuatu yang tak pernah dibuat dengan orang lain? Is this really the right way? Korang memang support ke kalau kawan korang bercouple bagai waktu sekolah macam ni?"

Diam. Kedua-dua Aqil dan Zain terkebil-kebil pandang Aria tanpa jawapan.

"Soalan aku, adakah ianya akan selesaikan masalah atau menambahkan masalah?"

Diam lagi.

"Couple waktu sekolah, tak ke mana. Korang pun tahu tu kan?" Suara dah turun nadanya yang tadi tinggi kalah penyanyi opera.

Angguk.

"Jadi apa yang korang buat ni definitely bukan untuk kebaikan KP. Boleh bawa kepada keburukan. Bukan untuk KP sahaja. Untuk orang lain yang terlibat juga."

"Sorry." Dua suara berkata serentak.

Aria menghela nafas. Terasa seperti guru kaunseling pula dia. Entah macam mana boleh masuk perbualan macam ni. 

"Kau maafkan tak?"

Aria angkat muka. Kepala disengetkan sedikit. Memandang kedua Aqil dan Zain yang masih berada di hujung dunia. Nak tergelak pun ada melihatkan telatah keduanya. "Kiranya korang tengah mintak untuk diampunkan lah ni?" Dia berundur setapak. Tangan dihulur ke sofa.

Sekali lagi dua kepala mengangguk serentak.

"Boleh tak ada masalah. Tapi ada hukumannya." Tanpa menanti balasan, Aria terus membaling bantal kecil atas sofa ke arah kedua pelajar lelaki itu dengan sekuat tenaga.

Keduanya tak sempat mengelak.

Buk! Buk!

"Auch! Sakitlah!" Zain menggosok dagu sambil mata mencerlung pandang Aria.

"Kuat gila kau baling." Aqil merungut.

"Appology accepted." Aria cakap dengan sengih lebar. "So.. back to bussiness. Aku nak senarai nama semua pelajar tingkatan lima dengan diorang punya rekod markah peperiksaan. Tahun lepas punya sekali." Aria menyatakan permintaan. Apa yang baru sahaja berlalu antara mereka dibuat seperti tak pernah berlaku.

"Untuk program sempena SPM tu?" Zain menyoal.

Aria angguk.

Belum sempat Zain memenuhi permintaan Aria, Adam Rayyan muncul dari muka pintu yang terbuka luas. Langkah Ketua Pelajar itu mati apabila mata menyapa bantal kecil yang tergeletak kaku di kaki Aqil dan Zain. Mata perlahan-lahan mendaki naik ke wajah Aqil, Zain dan akhirnya berlabuh ke wajah Aria.

Aria gigit bibir bawah. Betullah KP ni boleh jadi psikopat.

"Aku suruh kau buat kerja bukan jadi budak tadika." Dia berkata dengan muka tak beriak.

Zain laju memungut lantas menyusun kembali bantal kecil di atas sofa. Kemudian, tanpa sepatah kata dia menuju ke komputer lalu dihidupkan. "Senarai nama dengan result exam kan Aria?" Wajah dia serius sahaja seperti tak ada apa-apa yang berlaku.

Aqil pun pantas sahaja mencapai kain lalu menyibukkan diri mengelap meja yang konon berhabuk. Segala fail dan buku-buku yang bersepah disusun dengan kemas.

Aria menahan sengih. Stok pelakon Hollywood masing-masing. "Yup." Dia menjawab soalan Zain. Aria berdiri berhampiran printer menanti setiausaha MPP itu mencetak senarai yang dimintanya. Sebentar nanti dia akan buat senarai lain pula mengenai turun naik keputusan peperiksaan murid-murid tingkatan lima. Selari dengan permintaan Adam Rayyan.

Ketua Pelajar itu tak bergerak untuk beberapa saat. Merenung tajam ketiga-tiga mereka yang buat tak endah kewujudan dia. Dengan sebuah dengusan tak puas hati tanda tak suka dipermainkan -tapi nak tak nak terpaksa terima yang dia dipermainkan- Adam Rayyan melangkah masuk ke dalam bilik MPP. Terus sahaja dia mengambil tempat Zain di hadapan komputer.

"Bagi aku."

Zain mendongak. "Eh, tak apa lah! Sikit je pun." Dia menolak.

Adam Rayyan menggeleng. "Kau kan ada tugas kau yang nak kena buat. Lagipun ni tanggungjawab aku. Aria, sini."

Nak tak nak, Zain mengalah dengan kata-kata ketuanya. Sempat dia mengenyit mata kepada Aria yang mendekat. Aria julingkan mata. Selepas itu, dia tak pedulikan Zain yang tersengih mengusik. Sepenuh perhatian diberikan kepada Adam Rayyan yang memberi arahan satu per satu tentang apa yang perlu dia lakukan.

Zain dah tersengih lain macam. "Kau ni Aqil.. tak payah kacau daun." Tangan kiri memeluk bahu rakannya menarik tubuh Aqil jauh dari Aria dan Adam Rayyan. Matanya dikenyitkan kepada Adam Rayyan yang membalas dengan muka kosong.

Aria mengerling dengan hujung mata. Dia menggeleng dalam hati. Betullah diorang ni. Tak serik! Kepala diamond betul.

Zain muka fed up. "Kau jangan sinis sangat boleh? Apa salahnya kalau aku gunakan bakat terpendam.. Uff!!" Kata-kata dia hilang bila tak semena-mena Aqil menekup mulut Zain dengan sapu tangan yang sedari tadi berada di atas meja.

"Jangan cakap ayat playboy tak jadi kau tu kat aku. Muntah tahu?" Aqil berlalu menuju ke pintu.

"Aqil... Kau!!" Zain mata berapi pandang wajah tak bersalah rakannya.

"Apa?" Budak lelaki itu tak jadi melangkah keluar. Aria turut menoleh ke arah Zain yang terkaku macam patung.

"Ni.. kain.. lap.. meja... mang..kuk!!" Sepatah-sepatah Zain menghabiskan ayat.

Aqil pandang 'sapu tangan' di genggaman Zain. "Oh my." Bola mata kembali dinaikkan memandang wajah Zain. "So..kau sibuk kan KP? Aku nak pergi kantin. Lapar. Bye." Tanpa menunggu lebih lama.. dia berdesup menghilang.

"Nanti!!! Weii..Aqil!!" Zain turut ikut mengejar meninggalkan Adam Rayyan dan Aria di dalam bilik MPP.

Suasana sunyi menyelubungi mereka. Aria terkebil-kebil pandang pintu bilik MPP yang masih berayun bahana ditolak Zain dengan rakus ketika dia buat aksi terdesak nak mengejar Aqil. "Budak tadika?" Aria bercakap sendiri.

Adam Rayyan mendengus malas. "Trust me.. benda tu tak sepatutnya buat kau terkejut."

Aria angkat kening. "Aku rasa untuk mengelakkan aku kena penyakit jantung.. baik aku tak payah tahu perangai diorang yang macam mana sepatutnya buat aku terkejut." Tumpuan yang teralih -sebab ribut taufan yang dicipta oleh Zain dan Aqil- kembali diberikan kepada tujuan asal.

Balasan gadis itu membuatkan Rayyan angkat muka sedikit. Wajah masih serius tetapi dapat dilihat hujung bibirnya terjongket sedikit. Menahan senyum. "Dalam dunia ni banyak je benda yang akan buat kau terkejut."

Aria angkat kening. KP tahu macam mana nak senyum? Well.. selain senyum sinis menyakitkan hati jiwa raga yang dia selalu senyum tu. Ralit seketika dia memandang Adam Rayyan.

"Apa?" Adam Rayyan tegak memandang Aria.

Gadis itu terkebil-kebil. Eghh.. kantoi. Aria menggaru kepala yang tak gatal. "Err.. tak. Cumanya.."

Renungan sepasang mata Adam Rayyan semakin tajam.

"Kau senyum." Senada dia menyatakan.

Kening Adam Rayyan terangkat. "Aku senyum," ulangnya datar. "Dan itu buat kau pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang.. why?"

Aria putar bola mata ke atas. "Gee.. fine. Sorry, my bad." Dia berpusing kembali ke tugasannya. Tu dah datang balik lah tu angin puting beliung dia. Diam-diam Aria mencuri pandang Adam Rayyan dengan hujung mata.

Wajahnya berubah tatkala mata bertembung pandang dengan sepasang mata KP. Pantas Aria mengalihkan pandang. Kantoi lagi. Darah terasa berliter-liter menyerbu ke wajah. Laju pen dicapai. Kemudian, Aria terhenti gerakannya. Dahi berkerut.

Kenapa dia macam dengar suara orang tahan gelak?

Tapi nak berpusing untuk melihat dia tak berani. Sudahnya Aria meneruskan kerja macam patung yang disumpah tegak tak ke mana di meja.

"Tapi aku tak bergurau though. Dalam dunia ni ada banyak je benda yang akan mengejutkan kau. Terkejut yang amat. Sampai kau wish kau tak tahu tentang perkara tu. Forever." Setelah diam untuk beberapa lama, tiba-tiba sahaja Adam Rayyan bersuara.

Membuatkan Aria termangu-mangu di meja. Tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Ketua Pelajar itu. Dia nak bagitahu supaya tidak menilai seseorang daripada luaran ke? Terbayang wajah Aqil dan Zain -sebab tengah membicarakan tentang perangai keduanya yang mengejutkan Aria. Pembunuh upahan kah mereka itu?





Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.