Home Novel Cinta Aku, Hujan Dan Pelangi
Aku, Hujan Dan Pelangi
Ummu Hanan
7/6/2016 12:23:16
5,978
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab Bab 12: Biarkanlah!
Aku masih keliru.
Kenapa semua orang di rumah ni berahsia dengan aku?Aku tanya kenapa aku tak dibenarkan ke sekolah, Tok Abah cakap aku.masih sakit.

Dua hari aku tidak turun ke sekolah. Sumaiyah dah rakan sekelas aku dah bising bertanya tentang kondisi aku. Masih sakitkah? Sedangkan aku dah pulih sepenuhnya. Tapi, kenapa aku tidak dibenarkan ke sekolah. Mujur aku ni tak banyak karenah. Tak kuat memberontak. Redho je. Hurm!

Mama dan abah jarang nampak muka. Kalau abah ada, mama tak ada. Itu mendatangkan hairan padaku.

"Berapa?" kedengaran suara bibik Nita sayup-sayup menyapu pangkal telinga ku ketika aku sedang melewati dapur.

"Syhhhh...mulut kau. Nanti Wawa dengar!" Ajiboi separuh berbisik sambil memukul lengan bibik Nita yang tengah memotong sayur. 
Bibik Nita meletakkan hujung jarinya ke bibir.

"Talak satu." bisik Ajiboi.
"Benarin? Loh..Wawa bagaimana nanti sih?" tanya bibik Nita.

"Aku dengar, dia akan ikut Tuan Salim balik kampung. Tuan Salim tu bukan boleh lama di sini. Dia kan penghulu kampung. Banyak lagi tugas dia kat kampung tu."

"Loh..kasihan sama Wawa. Sekolahnya gimana?"

"Entah. Tapi, aku tengok abah dia dah uruskan pasal tu."

"Justeru, kita ni? Aku enggak sih hilang kerja. Orang tuaku butuh uwang di kampung" bebel Bibik Nita.

"Dari kecil lagi Wawa bersamaku, dari aku remaja lagi aku udah khidmat dengan keluarga ni..aku enggak sih hilang kerja sekelip mata." bibik Nita membebel.
Hampir mengalir air mataku.Terjawablah persoalan aku. Benarlah mereka sudah bercerai. Allah...Aku terjelepuk ke lantai. Lemah anggota tubuhku. Teganya orang tuaku? Kenapa?

"Wa.." aku merasakan bahuku disentuh oleh seseorang .Kelihatan tok ma memandangku dengan penuh hiba. Sangkaanku, Tok Ma sudah tentu mendengar perbualan mereka.
Pantas, aku memeluk Tok Ma. Tak tertahan rasa hati mendengar berita yang mendukacitakan itu. Perlahan, Tok Ma mengusap belakangku.

"Kenapa jadi sampai macam ni Tok Ma? Kenapa mereka tak mahukan Wawa? Apa salah Wawa, Tok Ma?" aku menangis teresak-esak di bahu Tok Ma.

"Mungkin ini yag terbaik untuk.mereka sekarang, Wa. Berat untuk kau Wa lalui, berat lagi untuk mereka hadapi semua ni. Sampai itu je jodoh mereka. Kita kena hormat keputusan mereka. Kalau masih ada cinta, suatu hari nanti akan bersama semula," Pujuk Tok Ma.

Aku diam. Kurang mengerti akan masalah yang telah dihadapi oleh orang dewasa seperti mereka. Entah apa yang mereka fikirkan. Tapi, masalahnya sekarang..aku yang jadi mangsa!

"Bila mereka dah bercerai ,To Ma?" tanyaku.

"Malam Wawa kena tahan di wad hari tu, mereka gaduh besar. Abah kau terpaksa jatuhka talak. Sebab tu, Tok Abah kau pulang malam tu. Masa kau keluar wad, mereka naik pejabat islam untuk failkan prnceraian. Sekarang, tengah melalui proses penceraian. Tok Abah kena ada bersama mereka. Abah kau akan ambil hak penjagaan keatas kau. Sebab mama kau cakap tak mampu jaga. Tapi, kami yang akan menjaga kau. Esok, kita balik kampung seba Tok Abah kau tak dapat berlama di sini"

Kata-kata Tok Ma mebuatkan aku diam seribu bahasa. Kelu lidahku untuk memprotes. Namun, segala rasa bergumpal dalam hatiku. Hanya air mata yang mampu kuluahkan sebagai pengganti kata-kata.

Di sisiku juga, Bibik Nita dan Ajiboi turut memenangkan aku."Kami ini bagaimana, Tok Puan", tanya bibik Nita.

"Kau akan ku bawa sekali ke kampung, Nita. Cuma Pak Oli, dia cakap dia nak berhenti kerja."

Tok Ma menoleh kearah Ajiboi..

"Ajiboi, kau pilihlah nak bekerja untuk Wawa ataupun ikut abah Wawa ke Amerika?"

Terbeliak mata Ajiboi mendengar soalan itu. Aku sudah menangis tersedu sedan. Terbayang di mataku kalau Ajiboi ikut Abah ke Amarika. Siapa lagi nak jadi abang aku? Yang aku usung ke hulu ke hilir pergi shopping. Yang jadi body guard aku. Mama dan abah benar-benar hendak memusnahkan hidupku. Aku tiada siapa-siapa, tapi kenapa mereka ambil orang ini yang prihatin kepadaku juga?

"Saya tak nak tambah beban dan kesedihan Wawa, Tok Puan. Biarlah saya bekerja dengan Wawa dan jaga Wawa selama mana Wawa betah dengan saya. Dari Wawa kanak-kanak lagi saya sudah melihat Wawa membesar di hadapan saya sehinggalah dia menjadi seorang remaja yang sangat baik. Mana mungkin saya biarkan adik saya ini kehilangan abangnya ini juga,"

Aku terkejut dan terharu mendengar luahan Ajiboi. Seolah-olah fia tahu apa yang ada di hati dan fikiranku. Ajiboi sudah seperti abang aku. Mereka adalah keluargaku!

"Sekolah Wawa, bagaimana Tok Ma?" tanyaku sambil menyeka hingus yang melilih dengan belakang tanganku. Aku menariknyanya dengan laju keranahidungku tak berhenti-henti keluar hingus. Aduh hai!

"Buat sementara waktu ni, Wawa bersekolah di kampung dahulu. Masa SPM nanti Wawa balik ke sini lagi. Sebab Wawa kan dah daftar SPM kat sekolah ni. Tak lama. Kurang 5 bulan sahaja, kan?" Tok Ma memujukku.

Lemah longlai badanku dibuatnya. Adakah ini nasib mangsa penceraian? Disorong ke hulu ke hilir mengikut keperluan. Last, mati tengah jalan. Hulu tak sampai, hilir pun tak pergi.

Aku mengeluh. Satu persatu wajah raka-rakanku memenuhi ruangan mata. Baru nak pulih hubunganku dengan mereka, aku akhirnya meninggalkan mereka juga.

Apabila mata dan hatiku terkenangkan Azam, semakin deras airmataku.Kalau aku mati rindu dengan dia macamana?Hehe..ngengada kau!

Mama..abah..hurmm..(muka sedih)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.