Home Novelet Seram/Misteri KESUMAT
KESUMAT
Ummu Hanan
14/6/2016 15:20:47
40,652
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Epilog
“Alhamdulillah, Hana dah sedar” Emaknya memeluk tubuh Hana. Terkebil-kebil Hana menatap suasana yang kelihatan asing padanya. Mimpi panjang yang dialaminya itu seperti kejadian benar yang berlaku keatas dirinya. Doktor, jururawat dan rakan-rakannya yang lain memanjatkan seribu kesyukuran ke hadrat Illahi atas kesembuhan Hana.

“Tiga hari Hana koma..” kata emaknya lagi. Hana termangu bisu. Kata-kata emaknya bagaikan angin lalu. Dia masih terperangkap dan keliru dalam batasan sempadan waktu. Jauh benar dia mengembara.

“Allahuakhbar..Banglo itu, menyimpan dendam kesumat...” bisik hatinya.
Ucapan syukur emak tak pernah lepas dari mulutnya. Izzat, Sepul dan Duan menatap wajah Hana dengan pandangan bersalah. Lama Hana mengambil masa untuk membiasakan diri dan meneutralkan fikirannya pada kawasan sekeliling. Sambil mendengar cerita Izzat mengenai kejadian pada malam itu.

Banglo itu memang sepatutnya dimusnahkan, namun tiada siapa yang berani merobohnya kerana dikatakan masih ada roh jahat yang menguasai. Justeru, sehingga kini ianya terbiar usang dan roboh diulir masa. 

Ayah Hana masuk ke wad dengan wajah yang berbaur suka dan duka. Suka kerana Hana dah pulih walaupun lansung tiada kecederaan. Duka kerana Hana pergi ke tempat itu! Ya..banglo yang menyimpan dendam kesumat.

“Ayah..” Hana memeluk ayahnya. Hana sedang menyembunyikan rasa. Wajah ayah direnung.

“Gambar keluarga itu...” kata Hana lagi. Ayah tunduk dan mengangguk perlahan seolah-olah mengerti apa yang Hana telah lalui. 

Mereka yang berada disekeliling terpana. Hana dan ayahnya menyimpan cerita disebalik runtuhan banglo itu rupanya.

“Hana,..” Ayah memulai bicara.

“Jangan terpedaya dengan apa yang Hana lihat dan rasa. Firman Allah SWT dalam surah al-A‘raf ayat 27 menjelaskan tentang sifat jin dan syaitan itu yang ghaib dan tidak boleh dilihat oleh manusia. Firman Allah SWT: “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka, aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”.

Hana mengangguk. Ayahnya berkali-kali mengingatkannya mengenainya. Walaupun berat otaknya untuk mengulir semua itu dengan apa yang dia telah alami, namun dia yakin, Allah pilih dia untuk melaluinya dan ada hikmah disebaliknya.

“Sesungguhnya manfaat dan mudarat adalah hak mutlak yang datang daripada Allah SWT. Kerana itulah Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita al-mu’awwizat yang berupa ayat-ayat al-Qur’an seperti surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas yang mampu untuk memelihara diri kita daripada gangguan jin dan syaitan.”

Semua yang berada di situ saling berpandangan.

“Izzat, Sepul, Duan.. Uncle nak pesan, pesanan ini juga daripada rakan Uncle, Ustaz Amin..sebagai seorang muslim, kita dituntut untuk beriman kepada perkara ghaib. Oleh itu, percaya dengan kewujudan Iblis, jin dan syaitan termasuk dalam keimanan terhadap perkara yang ghaib. Walau bagaimanapun, kita tidak dibenarkan berlebih-lebihan untuk mengkaji, merekayasa atau menokoktambah perkara-perkara ghaib sehingga membawa kepada syirik, khurafat dan tahyul. Memadailah bagi kita apa yang dikhabarkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Wallahu a’lam. ”

Izzat, Sepul dan Duan tunduk. Rasa bersalah. Namun, mereka telah mendapat pengajaran daripadanya walaupun tidak mengetahui apakah punca Ayah Hana tiba-tiba menyatakan hal yang sedemikan.


Dibirai katil Hana, tertera nama..
“Farhana Binti Hambali”


TAMAT.
Alhamdulillah...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.