Home Novelet Seram/Misteri KESUMAT
KESUMAT
Ummu Hanan
14/6/2016 15:20:47
40,676
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog

Prolog

Jam menunjukkan pukul 12:30 pagi. Izzat, Duan dan Sepul masih lagi lepak di stall burger milik abang Iwan yang terletak berderetan dengan bangunan pasar Matang Jaya.Kenderaan masih lagi lalu lalang di jalan utama.Mereka bertiga pula asyik bermain handphone.

“Aku ada tempat yang bagus untuk ‘kerja’. Nak tak?” tukas Izzat. Duan dan Sepul mengerling dan tersenyum sinis.

“Betul ni. Aku serius lah. Seminggu tak ‘kerja’ kepala otak aku dah bersawang. Boring doe!” kata Izzat lagi.

“Mana lagi tempat yang cantik kitanak‘kerja’, Zat?. Area Kuching ni aku rasa tak ada satu pun yang mencabar kelelakian aku. Semua nampak macam mak nyah .Gila boring tercatuk sendiri sambil derma darah berjemaah dengan langsuir kenit. Hahahaha!” Ujar Sepul berlagak.

“Ni ha..” Izzat menunjukkan gambar kepada Sepul dan Duan daripada handphonenya.

“Viral dah kat page Kamek Miak Sarawak pasal banglo yang dikatakan berpuaka ni. Bermacam versi cerita mengenainya. Banyak team paranormal datang ziarah. Dengar-dengar mereka cakap tempat tu memang cantik.” Terang Izzat.

“Jom!. Bukannya jauh sangat pun area Lundu Sematan itu aje” Izzat masih lagi memujuk. Duan dan Sepul saling berpandangan lalu mengangguk setuju.

“Tapi, malam esok aku nak ajak Hana. Aku nak cabar firasat Hana tu. Meluat telinga aku dengar bila aku ajak dia dating tempat gelap je dia cakap ada orang. Ada hantu.Walhal tak ada apa-apapun.”Sepul dan Duan ketawa terbahak-bahak.

“Alasan je tu. Yang kau bawak anak dara orang dating tempat gelap dah kenapa? Kan dah kena bahan si Hana tu.Lagipun aku dengar kawan-kawan Hana cakap, Hana memang dapat rasa dan lihat benda halus. Betul atau tidak aku tak tahu” Tambah Duan pula.

“Sebab tu aku nak bawa dia. Kalau benar dia ada kelebihan macam tu, baguslah untuk kita. Sepanjang aku ‘kerja’ tak ada seekor pun hantu sudi berkenalan dengan aku. Kalau dia tipu, ada lah modal aku untuk kenakan dan takutkan dia.” Izzat bercakap besar.

“Kau jangan..nanti kena sapuk anak orang, aku tak masuk campur.” Sepul cuba berlepas tangan. Izzat ketawa bangga.

“Aku tau, Hana tu jenis yang macam mana. Dia lebih berani daripada kau. Hahaha!” Kata Izzat penuh yakin sambil ketawa besar.

Keesokkan harinya,

Viva hitam itu meluncur laju membelah malam yang pekat. Hana menipu ibu bapanya dengan menyatakan yang dia kerja full syif. Padahal, hari ini dia kerja pagi. Seperti yang dijanjikan.Mereka telah pergi memulakan ‘kerja’ pada pukul 12:00 tengahmalam. Perjalanan menuju ke tempat ‘kerja’ mengambil masa selama 1 jam setengah. Perjalanan terasa jauh sahaja. Padahal, biasanya tak sampai satu jam pun. Menginjak sahaja kaki keperkarangan banglo yang telah usang tidak berbumbung dengan dinding simen yang telah retak itu Hana dapat merasakan satu angin dingin mengelus mesra pipinya.Kesejukkan pagi itu seperti menggigit tulang sum-sum. Hana menarik zip sweater hingga menutup leher. Izzat hanya menjeling nakal berharap agar dapat mengenakan Hana malam ini. Hana membalas dengan jelingan tajam. 

Hana yang tidak gentar di hati itu mula berjalan mengiringi Izzat. Sepul dan Duan pula kearah lain. Suasana sepi itu riuh dengan suara gurauan Sepul dan Duan yang seakan memanggil-manggil. Berlagak dan takbur. Hampir setengah jam mereka meninjau, namun tiada apa yang aneh berlaku. Ketika berjalan di satu kawasan yang paling terceruk dengan belukar yang melilit panjang, Hana terjatuh kerana tersadung akar kayu yang menjalar. Izzat hanya melihat sahaja. Bukan tidak mahu tolong, tapi, Hana bukan jenis yang suka dipegang sembarangan. Hana membetulkan kasutnya. Tidak jauh daripada situ, dia telah melihat sesuatu yang menarik hati untuk mencapainya. Hana tersenyum. Kupiah hijau bersulam benang rupanya. 

Dalam keadaan masih terduduk, Hana membelek-belek kupiah itu. Tidak semena-mena terasa badannya direnggut dari belakang sehingga menyebabkan dia rebah lalu tidak sedarkan diri. Bunyi salakkan anjing yang panjang dan bersahutan itu mula menggetarkan hati Izzat. Izzat menyuluh kearah Hana. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Hana sudah terbaring di tanah tidak sedarkan diri.

“Hana!” Izzat memanggil. 

Namun, Hana kaku.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.