Home Novel Cinta Aku, Hujan Dan Pelangi
Aku, Hujan Dan Pelangi
Ummu Hanan
7/6/2016 12:23:16
5,994
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1:Berangan

“Wah, cantiknya langit.Rasa diawang-awangan pulak bila tengok langit. Kanbest, kalau dapat naik atas awan. Pakai baju macam puteri kayangan. Hehe...akunak jadi puteri yang cantik. Lebih cantik lagi dari Siti Nurhaliza, HelizaHelmi....”

“Adoiiii!!” Kaki ku tersadung batu. Angan-anganku sebentar tadi hancur berkecai. Berpecah belah menjadi serpihan. Berberapaorang pelajar lain tersenyum dan ada juga yang mentertawakan aku.Adeiii...malunya!

“Oi, cik Puteri Berangan..time jejalan pun sempatberangan jugak?. Kali ni berangan nak jadi apa?” Perli Shahrul. Ala...Shahrulemang begitu. Cemburu la tu..!

“Dia berangan nak jadi superwomen kot. Yangseluar dalam kat luar tu...!! Wakakakaka....!!!” Kali ini Mat perasan encembajet control macho la sangat memerli aku. Mula la tu nak cop aku denganperkara yang bukan-bukan. Ah, malas lah nak sebut nama dia. Meluat! Harap mukajer comel, tapi sikap tu...Nauzubillah..! Eh, cumil laaaaaaaaaaaaaaaaaaasangat. Ceh, hampeh!

Aku berlalu mempercepatkan langkahku. Dari jauh, aku nampak Sumaiyah melambaikan tangannya kearah aku. Dia tersenyumsengih-sengih. Apa kejadah pulak BFF aku sorang nih, senyum macam kerang busuk.

“Apa hal?. Kau pun nak perli aku jugak ke?”Soalku acuh tak acuh lalu meneruskan langkah sambil di iringi Sumaiyah.

“Ape la kau ni...batu sebesar gajah pun taknampak. Kan, dah di malukan oleh Az...” Aku cepat-cepat menutup mulut Sumaiyahdaripada menyebut nama mat perasan itu. Aku tak nak dengar. Sakit hati!

Aku bagi isyarat dengan menggelengkan kepala.Sumaiyah tersengih-sengih. Dia faham benar dengan sikap ku.

“Aku tak nak kau sebut nama mat perasan tu depanaku. Meluat betul tahi telinga aku ni mendengarnya.” Kata ku sambil mengepiterat buku teks sejarah dalam tanganku. Seperti tadi, Sumaiyah masih lagitersengih-sengih. Aku tahu...dia perli aku sebenarnya. Sumaiyah kalau tak perliaku dalam sehari, memang tak sah. Dia suka sangat tengok aku serba salah.

“Kau tengok langit tu, Mai..” ujar ku lagisambil mendongak ke langit. Kali ini awan sudah berpecah-pecah. Tidak lagiberkumpul besar macam istana yang aku tengok beberapa minit yang lepas.

“Kenapa pulak dengan langit?” Jawab Sumaiyahdengan acuh tidak acuh. Aku mengetap bibir. Mengerling kearah Sumaiyah yangmempermainkan kata-kataku.

“ Kau ni tak peka lansung lah. Tak adasensetivitisme lansung dengan alam semula jadi.” Kali ini, Sumaiyah tak mampumenahan ketawanya lalu terhambur keluar...

“Hahaha...kau punya sensetivesme sampai langitke tujuh sana nun haa.. Sampai tahap berangan super duper langgar batu.Hahaha...aku tahu, tadi kau berangan nak jadi Puteri Kayangan , kan?”

“Macammana kau tahu???” Aku buat-buat muka poyo.Sumaiyah ketawa lagi. Aku tersengih-sengih.

“Puteri Berangan...macam la aku kenal kau barusemalam. Hahahha...kau kalau dah berangan , sampai tak nampak lagi duniarealiti di mana kaki kau berpijak. Adehhh....berangan boleh, tapi, jangansampai memudaratkan. Macam sekarang ni. Jangan berangan ikut sedap kepala otakkau jer nak imajin dunia ni...nanti boleh menyebabkan hati kau buta.” PesanSumaiyah tegas. Tapi, dengan nada yang bergurau.

“Iye la tu, Ustazah. Kite faham.” Akutersengih-sengih lagi.

Sumaiyah sering menasihati aku kalau aku lalaimacam ni. Hahah...dia faham sangat-sangat dengan sikap aku yang sengal tahapultromen ni. Sumaiyah walaupun nampak sempoi, kenit aje...tapi, otak diabergeliga. Aku panggil dia ustazah sebab dia berpenampilan macam ustazah.Bertudung labuh dan suka akan perkara-perkara yang islamik. Badan dia kecikjer. Paras ketiak aku. Hahaha.. Aku tinggi lampai. Tapi, lembek.Ngeeee...sesekali jugak, aku ni agak cerdik. Ikut angin laaa.. Tapi, superduper lembab tak aa. Aku boleh lagi di katogerikan sebagai pelajar harapan katsekolah.Ngeh..ngeh..ngeh..

“Oit, berangan lagi ke?!” Sumaiyah menepukbahuku. Aku terkejut benar. Untuk hilangkan perasaan tu, aku tersenyum.

“Berjalan macam ni pun kau sempat jugakberangan?” Sumaiyah mengelengkan kepala. Aku meletakkan tanganku di bahuSumaiyah sambil tersengih-sengih.

Jauh jugak perjalanan hendak menuju ke kelas 5A.Tapi, di sebabkan aku berangan, tak la terasa sangat. Dan, sekarang...kami dahsampai...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.