Home Novel Cinta Aku, Hujan Dan Pelangi
Aku, Hujan Dan Pelangi
Ummu Hanan
7/6/2016 12:23:16
5,995
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2: Gaduh

Bila sampai di dalam kelas, aku terus meletakkanbeg sekolah ku di atas kerusi. Aku tahu, ada sepasang mata sedang memerhatiaku. Huh, dia...memang tak puas hati kalau tak buli aku. Benci!. Denganselamba, aku melabuhkan punggungku..

“Adoiiii....!!” Punggungku dicucuk sesuatu yangtajam. Aku meraba kerusi. Dan aku lihat, ada berberapa steples yang telahdigubah menjadi dawai yang tajam menusuk punggungku. Mendengar akan raungkecilku, seluruh kelas menjadi hinggar binggar. Mereka sedang mentertawakanaku. Malu!. Ya...malu sangat-sangat kerana aku seakan sedang diperbodohkan.

Sumaiyah segera menghampiri aku dengan wajahyang bimbang. Hanya Sumaiyah sahaja yang mengerti aku. Aku mengerling tajamkearah Mat Perasan itu. Amboi...bukan main lagi kau ketawakan aku ya. Gelaksambil tahan perut lagi tu. Tak perut kau pecah jer daripada kau ketawa macamgila isim tu!. Errr...sakit hatiku!

Mat Perasan macam tak puas hati apabila melihataku cuba tidak memperdulikan permainan bodohnya itu. Dengan itu, dia melakonkansemula adengan punggungku yang kena cucuk itu dengan gaya yang lebih menyakitihati. Sekali lagi kelas riuh di buatnya. Arghhhh...!!! Geramnya aku. Dia memangdah melampau. Sumaiyah cuba menenangkan aku. Dia tahu, aku benar-benar marahkali ni. Celaka betul!

Aku menapak perlahan. Semua rakan sekelasmendiamkan diri. Ada yang masih tersengih-sengih. Langkahku tertumpu pada siMat Perasan tu. Dia dengan menabik dada membawa muka sombong dia tu cubaberlagak selamba.

“Kau mahu apa dengan aku ni, bodoh?!” Katakukasar. Mat Perasan ketawa sambil memerli kata ku. Gengnya yang lain turutmengejek.

“ Aku tak kacau kau. Yang kau sibuk sangat nakkacau aku, apa hal?. Dah tak ada kerja lain lagi dah?!. Bongok betul!” Tempikku lagi. Merona merah wajah Mat Perasaan apabila di marah oleh ku sebegitu.Mesti dia rasa tercabar.

“ Siapa yang bongok?. Kau ke aku?. Yang kau tutak periksa dulu tempat duduk kau tu sebelum duduk, apasal?. Nasib baik akuletak benda ni saja tau. Kalau aku letak taik kat kerusi kau, lagi lah kaunampak bodoh!”

Wah...wah..wah....ayat kau. Macam tak derbreak lagi dah. Mulut bau longkang!. Sial betul budak seorang nih. Aku terusmenyumpah dalam hati.

“Oh, kau dah ngaku la yang kau letak benda ni?!”Kataku sambil mencampakkan steples itu ke muka Mat Perasaan tu. Bulatkemerah-merahan matanya apabila benda tajam itu terkena pipi mukanya yang licinitu.

“Kau apahal baling benda tu kat aku?!” TempikMat Perasan kasar dengan nada yang keras.

“ Kau apahal letak benda tu kat kerusi aku?. Akuada kacau kau? Aku ada sakiti kau. Yang kau busuk hati sangat dengan aku ni,apa sal? Jangan nak jadi bodoh dengan perbuatan kau yang tak bermoral ni. Kaufikir, semua pelajar perempuan sukakan kau sebab kau bajet ensem la sangat tu,kau boleh buat dan buli siapa sahaja yang kau nak?. Please lah....aku taktermakan dengan rupa paras kau tu. Hodoh! Perasan hensem!” Tengking ku kasar.Huh..puas hatiku apabila melepaskan kata-kata itu. Mat Perasan semakin marah.Aku dapat rasa bahang membara di hati busuknya itu.

“Kau, ni memang!!! Kau ingat aku heran sangat kenak ganggu kau?. Sebab kau tu bodoh la aku ganggu kau, bodoh!. Kau tu lagihodoh. Jangan nak berangan jadi puteri ke apa. Dah hodoh dan bodoh tu...bongokjugak jawabnya.”

Aku menggenggam buku lima ku. Ingin saja akutumbuk muka beruk ni sekarang juga. Tapi, sabar...Sabar lah duhai hati...

“Sebenarnya kau lagi bodoh dan termasuk dalamkatogeri bongok gila-gila sebab suka buli budak bodoh macam aku!” Spontantanganku menolak badannya.

Mat Perasan benar-benar marah. Tanpa aku cadangapa-apa pun tindakkannya, dia dengan selamba saja tolak badan mungil aku nisehingga punggungku menyembah lantai. Semua rakan sekelas menjadi riuh rendah.Hampir menitis air mataku diperlakukan seperti itu di hadapan rakan-rakansekelas.

“Azam, kau marah pun jangan nak jadi lelakidayus sampai menyakiti anggota badan wanita!” Tingkah Sumaiyah tiba-tiba lalumelulu kearahku. Adoiii...sakit benar pinggangku ini. Dasar lelaki dayus!

Wajah Mat Perasan tiba-tiba menjadi serba salah.Aku cuba untuk bangkit dan ingin menerkam Mat Perasan tu. Kau jangan fikir akulemah. Aku pun boleh tumbuk muka kau, tahu tak?!. Namun, badanku segera ditahanoleh Sumaiyah.

“Azam! Adawiyah! Cukup!...”

Semua kami di dalam kelas terperanjat. Tempikansuara Madam Suzana bergema dalam bilik darjah sehingga menyebabkanrakan-rakan sekelas yang lain bertempiaran lari menuju ke tempat dudukmasing-masing. Kecuali aku dan....hmm.... Az...Az... Uhuk..uhukkk...uhuk...Memang sial lah nama budak nih. Sampai aku nak sebut pun terbatuk-batuk.Hm....abaikan!

“ Cikgu nak, kamu berdua jumpa Cikgu Qalamsekarang. Memalukaan!. Yang lelaki, tak tahu malu bergaduh dengan perempuan.Yang perempuan pulak tak sedar diri bergaduh dengan lelaki!” Bebel MadamSuzana. Kami hanya terdiam. Aku menjeling tajam muka Mat Perasan yang aku dahpahat dalam kotak minda aku nih...adalah wajah yang paling aku BENCI!!

Dengan berat kaki aku melangkah. Kemudiandisusuli oleh Az...hm...Mat Perasan. Hemmmmm...

Previous: Bab 1:Berangan

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.