Home Novel Cinta Ops! TERSAYANG LA PULA
Ops! TERSAYANG LA PULA
Ikmal Hakimi
17/7/2016 16:59:14
2,135
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

BAB 1

“What?”Rayyan rasa macam tidak percaya dengan kata-kata yang baru sahaja keluar daripada mulut Mommy sendiri. Mulut Rayyan terlopong habis. Sehingga anak tekaknya juga dapat dilihat.

Mommy tersenyum. Puas sudah hatinya setelah memberitahu satu ‘surprise’ kepada satu-satunya intan payung miliknya iaitu Rayyan Adrian. Mommy sudah tidak berfikir panjang. Daripada perkara ini terus rahsia, lebih baik Rayyan tahu. Lagipun, Rayyan mesti suka, fikir Mommy.

“Apa Mommy cakap tadi? Cuba ulang balik. Rayyan rasa macam Rayyan salah dengar tadi” perintah Rayyan yang masih tercengang. Baru sahaja balik dari Adrian Holdings dengan kepala yang serabut, kini ditambah lagi keserabutan dalam kepalanya.

“Haisy...Mommy cakap, Mommy dah set kan perkahwinan Rayyan dengan Ika. Dalam bulan depan mungkin. Alaaa...Rayyan mesti setuju kan? Mommy dah tahu” Mommy Rayyan mengangkat kening dan tersengih kepada anaknya.

Oh! Jadi betullah apa yang aku dengar. Aku? Ika Nabeela? Kahwin? Apa ni?

“Mommy! Apa Mommy dah buat ni?” soal Rayyan terkejut. Wajahnya memandang kesal muka Mommy yang sedang bergembira tanpa sebab.

Sengihan Mommy hilang dengan pantas. “A..apa yang M..mommy dah buat?” soal Mommy pula tergagap-gagap. Suara Mommy bergetar dek kerana terkejut dengan nada Rayyan yang seakan-akan singa yang tengah lapar.

Muka Rayyan masih lagi kecewa dengan sikap Mommy.

“Mommy...Rayyan tak nak kahwin dengan Ika la. Kenapa Mommy memandai-mandai padankan kitorang. Rayyan tak suka dia. Kitorang pun bukan pernah bercinta. Apakan lagi nak diajak membina rumah tangga bersama. Rayyan tak setuju” Rayyan bantah akan hasrat Mommy.

Wajah Mommy blur seketika sebelum mukanya berkerut. Timbul urat-urat di wajahnya menandakan sampai di kemuncak perasaan marah.

“Mommy tak kisah. Mommy nak jugak Rayyan kahwin dengan Ika. Ibu bapa Ika dah banyak tolong kita. Kita kena balas budi mereka” Mommy memberi alasan yang tak berapa nak kukuh.

Rayyan berjalan ke arah sofa dan duduk. Dia memegang kepala yang amat serabut.

“Takkan itu sahaja alasan Mommy? Sebab nak balas budi mereka? Mommy...budi bukan mesti dibalas. Budi dilakukan secara ikhlas” Rayyan masih bantah. Tak kira! Aku tak nak kahwin dengan perempuan tu!

“Alah! Janganlah macam tu intan payung Mommy” Mommy terus berlari memeluk Rayyan di atas sofa. Dia mengusap-usap lembut belakang Rayyan. Rayyan masih lagi marah dengan tindakan Mommy.

“Hmm...Mommy dah lama rancang nak kahwinkan Rayyan dengan Ika. Apa salahnya kan? Rayyan dengan Ika pun nampak secocok” Mommy tidak henti-henti mengalah. Rasanya orang seperti ini akan mengalah apabila dia mati sahaja.

Arghh! Hati Rayyan meronta-ronta. Cukuplah masalah di Adrian Holdings! Takkan la di rumah pun ada masalah juga. Kenapa aku kena lalui semua ini?

“Mommy...Rayyan dah besar. Nampak tak? Rayyan bukan lagi kanak-kanak Ribena yang Mommy boleh tentukan segala hala tujuan. Rayyan tahu apa yang Rayyan nak buat. Please Mommy...tolong hormat pilihan Rayyan. Rayyan tak nak kahwin dengan Ika” jelas Rayyan. Kali ini, mulut Mommy membisu.

Rayyan memandang ibunya dengan serba salah. “Mommy? Rayyan minta maaf” pinta Rayyan.

Aku minta maaf sangat-sangat. Tetapi, aku tak boleh ikut sahaja kehendak Mommy aku! Dalam soal jodoh ni, biarlah aku yang tentukan siapa pilihan aku sendiri. Kerana aku yang akan berkahwin dan membina mahligai indah. Bukannya Mommy!

Mommy tertunduk seketika. Ada benarnya juga dengan apa yang diperkatakan oleh Rayyan sebentar tadi. Hmmm...Antara kehendaknya sendiri atau kehendak anaknya? Yang manakah mungkin pilihan Mommy yang masih keliru.

“Tak! Mommy nak jugak Ika jadi menantu Mommy. Mommy nak juga Rayyan kahwin dengan dia. Susah sangat ke nak ikut apa yang Mommy aturkan? Inilah yang terbaik buat Rayyan. Keluarga Ika tu setaraf dengan kita” Mommy masih lagi mengikut kata hati. Menentukan kehidupan anaknya sendiri.

Ya Allah! Kau kuatkanlah keimanan dalam diriku ini. Aku takut yang aku akan meninggi suara dengan ibuku sendiri. Bisikan syaitan sentiasa ada. Jadi, Engkau kuatkanlah Iman dalam diri aku!

Rayyan menarik nafas sedalam-dalamnya. Fuhhh! Penat betul untuk bercakap. Kalau berbincang pun, keputusan tetap sama. Habis, buat apa nak dibincangkan! Rasa macam sia-sia sahaja berbincang tentang soal jodoh keinginan ibu bapa.

“Fuhhh! Macam ni lah Mommy. Mommy buat lah apa sekalipun, Rayyan takkan sesekali kahwin dengan Ika. Even itu akan sakitkan hati Mommy, Rayyan minta maaf” keputusan Rayyan tetap sama. Dia tetap tegas dalam soal mencari isteri.

Mommy sudah tidak tahu untuk bercakap apa-apa. Walaupun kehendaknya dicantas, dia tetap mahu Rayyan membina rumah tangga bersama Ika. Keluarga Ika kaya. Samalah taraf dengan keluarga Rayyan. Apa yang Rayyan nak lagi?

Mommy Rayyan terdiam seribu bahasa. Dia memandang wajah Rayyan dengan perasaan yang masih tidak puas hati dengan keputusan Rayyan yang tidak mahu mengahwini Ika Nabeela. “Baiklah! Mommy bagi satu syarat...” serta merta mulut Mommy mengeluarkan kata-kata setelah mindanya lama berfikir.

“Apa Mommy?”

“Rayyan kena patuh syarat ni!” suruh Mommy.

Rayyan hairan. Syarat apa pulak dah?

Mommy memandang wajah Rayyan. “Syaratnya senang. Mommy bagi masa seminggu untuk cari isteri dengan ‘cinta sejati’. Kalau Rayyan gagal mencari pasangan hidup dalam masa tiga minggu, Rayyan kena kahwin dengan Ika jugak. Syarat Mommy muktamad!” tegas Mommy.

“A..apa ni Mommy? Mommy dah gila ke apa? Dimana Rayyan nak cari wanita dengan cinta sejati dalam masa tiga minggu? Please Mommy...jangan jadi pengongkong” rayu Rayyan.

Aduh! Kenapa Mommy suka bertindak ganas macam ni ye! Aku tak faham betul la. Apa yang dia suka sangat pasal si Ika tu. Haisy, keluh Rayyan.

Mommy bangun dan mencekak pinggang. Wajahnya dialihkan ke tempat lain. Menyampah pula bila bercakap dengan anak yang tak mahu ikut cakap. Dulu kecil memang baik. Tapi bila dah besar, makin menjadi-jadi. Keras kepala!

Rayyan tunduk melihat lantai. Sementara Mommy masih lagi mencekak pinggang. Suasana tegang seketika. Mommy tidak langsung mahu mengalah walaupun Rayyan tetap dengan keputusannya yang tidak bersetuju untuk mengahwini Ika.

“Ha, macam mana? Boleh tak Rayyan ikut syarat ni?” soal Mommy dalam keadaan suasana yang semakin tegang antara dua beranak.

“Mommy tak patut buat anak Mommy macam ni!”

“Habis? Rayyan nak Mommy buat macam mana lagi? Cuba bagitau Mommy. Mommy hanya minta Rayyan supaya kahwin dengan Ika. Tapi, Rayyan tak mahu. Jadi, Mommy terpaksa buat macam ni!”

“Mommy...kan Rayyan dah cakap. Jangan kongkong hidup Rayyan. Rayyan yang akan kahwin kelak. Bukannya Mommy”

“Arghh! Mommy tak kisah! Ikut syarat Mommy atau kahwin terus dengan Ika. Mana satu pilihan? Kalau ikut syarat Mommy, masih ada lagi peluang untuk cari wanita lain. But, bukan senang nak cari wanita dengan cinta yang sejati dalam masa yang singkat”


BERSAMBUNG... kepada sesiapa yang sudi membaca, Terima kasih

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.