Home Novel Cinta Mamat ROCK vs Minah KPOP
Mamat ROCK vs Minah KPOP
Ikmal Hakimi
25/6/2016 00:36:04
3,660
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 4
BAB 4


“Errr...Wei! Korang jangan la pandang aku macam tu. Rasa macam pelik la. Korang tengok aku macam aku tak pakai baju sekarang ni. Huhu...” Dina tak selesa. Mana tidaknya, mata Lili dengan Yuyu asyik  termenung melihat dia sahaja.

“Haaaa...aku syak, mesti kau ada hal or perkara lain kan sampai tak sempat nak tengok laman web Kpop. Tapi, perkara apa yang penting sangat daripada EXO. Setahu aku la, kau ni memang fanatik gila dengan EXO. Okey, let say kau buat assignment or something else yang wajib like ibadah macam solat, solat hajat, zikir. Tapi, takkan la kau tak ada masa nak buka laman web Kpop? Pelik la kau ni” dahi Lili berkerut habis.

“Hmmm...tak dak apa pun. Cuma aku rasa...t..tak ada..m..ood semalam. Maklumlah, datang ‘full moon’. Maybe la” jawab Dina memberi alasan.

“Hello! Kami dah kenal kau lama lah Dina. Kau jangan bohong. Daripada riak wajah kau ni, mesti ada something yang berlaku dekat kau kan. Eh! Ceritalah sikit. Kau ni memang jarang bukak cerita dekat kami. Kau asyik sembang dengan Ilya je. Kitorang? Kau memang sibuk cakap pasal Kpop je. Ceritalah sikit” tutur Lili yang nak mengetahui juga.

Dina tak ada pilihan selain membuka mulut. “Hmmm...Kai? Korang kenal dia kan? Kai Fitri? Pelajar Jurusan MetroTeknikal Kemodenan dalam kolej kita ni?” kata Dina. Lili dan Yuyu memandang sesama sendiri.

“Gila kot tak kenal! Dia tu anak Dato’ Khalid kot. Pemegang saham utama dalam kolej kita ni. Dah la segak, bergaya, the hottest, fit, sado, atlet, macho, kacak habisss...” Yuyu dah mula dah dengan perangai dia yang gedik. Lili dan Dina hanya tengok dengan wajah menyampah.

“Woi! Buat tebiat ke? Kau jangan nak berangan sangat yer? Kai tu anak dato. Confirm la jodoh atau isteri dia pun anak dato. Kononnya nak kukuhkan syarikat. Cinta boleh hadir lepas kahwin. Itu semua, aku belajar daripada drama Melayu” jelas Lili sambil tergelak kecil.

“Hahaha...betul betul. Aku pun banyak tengok drama yang plot nya macam tu jugak. Asalnya kahwin sebab syarikat. Tapi akhirnya, mula timbul cinta. Eeee...gelilah. Sebab tu la aku jarang tengok drama Melayu. Aku tengok Korea je” Dina setuju dengan kata Lili.

“Ehhh! Sibuk je korang ni. Korang ni dengki kan sebab dia tak pandang korang. Kalau korang nak tahu, Kai tu ialah the perfect future husband for me. Aku rasa, mukanya macam Harraz Naufal. But, dia bukan playboy. Lebih kepada Hafidz Roshdi in real life. Korang jangan cemburu tau kalau aku dengan si Kai ni kahwin nanti” kata-kata Yuyu membuatkan Dina dan Lili tergelak besar.

“Waahhahahah...Wow! Tingginya aspirasi kau Yuyu. Kau tak rasa ke yang...impian kau tu amatlah sukar macam menunggu hujan turun di hari yang sangat panas. Well, aku pun rasa yang si Kai ni perfect. Tapi, for me, cukuplah dia sekadar kawan aku dari jauh ataupun dekat. Kau kena fikir Yuyu, dia nak pandang ke orang macam kita ni? Tak kaya sangat? Tak cantik sangat? Gedik sangat? Yuyu, bukak mata kau luas-luas. Kau tengok dunia yang sedang kita duduk ni, kebanyakannya dah bercinta kerana rupa” Lili menasihati Yuyu. Dina mengangguk tanda bersetuju.

Senyuman Yuyu hilang dalam sekelip mata. “Haisyyy...betul jugak apa yang kau cakap tu Lili. Dia orang kaya, aku ni sederhana. Manalah sama taraf kan? Okeylah, mulai saat ni, aku takkan berangan lagi. Kadang-kadang, aku sendiri pun rasa impian aku ni macam mengarut. Dia tu orang kaya. Manalah nak pandang aku yang tak seksi macam pompuan-pompuan kaya yang lain kan?” Yuyu mula buat ayat pasrah. Haaa...kalau sedar diri tak pa. Jangan terlebih perasan sudah.

“Ha...takpalah kalau kau dah tersedar daripada bayuan angan-angan yang kau reka sendiri. Wei Dina! Balik kepada cerita kau. Apa kena mengena Kai dalam cerita kau ni? Apa kena Kai dengan kau tak sempat nak layari laman web Korea?” tanya Lili yang masih mahukan jawapan.

“Haa...betul betul. Apa yang kena mengenanya dengan si Kai anak dato Khalid tu?” Yuyu mendesak. Dina macam berat nak bukak mulut. Bukan apa, kes dia dengan Kai tak adalah besar sangat. Cuma...kalau diceritakan, maybe diorang tak percaya. Kau? Kau tumbuk si Kai yang badannya penuh muscle and abs tu? Soalan itulah yang akan menghujani Dina sebentar lagi jika Dina menceritakannya. Memang orang tak percaya!

“Erkkk...Korang tahu kan yang Kai tu memang fan of rockezzz macam tu la. Memang dia gila rock. Korang tahu tak?” Dina mula cerita satu persatu.

“Ye lah. Satu kolej dah tahu. Haritu, mak aku cakap yang rumah keluarga dia ada satu mini studio. Kat situlah dia main muzik yang rock ni. Aku...emmm..tak minat sangat dengan rock” kata Lili.

“Kan? Aku pun tak minat jugak. Eh! Bukan tak minat, benci sangat! Tak tahu kenapa. Tapi, aku dengan si Kai tu ada bergaduh malam tu. So....aku...” Dina teragak-agak.

“Kau...?” Lili dan Yuyu semakin teruja nak tahu. Dina hanya tersengih seperti kerang busuk. Nak bagitau ke tak? Bagitau? Tak bagitau? Ishhh...Bagitau je lah. Senang. Buat semak je kepala. Kalau tak bagitau, nanti dua ekor ni terhegeh-hegeh dok menanya soalan yang sama je.

“Aku....tumbuk pipi dia. Lebam. And...aku rasa bersalah. Sebab tu malam tu aku rasa macam tak best nak buat apa. The end” cepat-cepat Dina menceritakan segala-galanya. Cerita Dina membuatkan mulut Lili dan Yuyu terlopong habis. Memang boleh nampak anak tekak depa dua.

“What? Kau? Kau tumbuk pipi si Kai yang bermuscle tu?” seperti yang dijangkakan oleh Dina. Soalan itu keluar daripada mulut Yuyu.

“Pi lah! Kau ni bohong je lebih? Kau jangan nak kencing kami la. Takkan la kau berani tumbuk si Kai tu Dina? Wuishhh! Dahsyatnya...Bohong la kau ni. Aku tak percaya. Alasan kau langsung tak munasabah” Lili tak percaya. Begitu juga dengan Yuyu.

Hadoi! Si dua ekor ni, kan aku dah agak dari awal lagi. Kalau aku cerita pun, diorang bukannya boleh percaya. Baik tak payah cerita macam ni. Kenapalah aku pergi bagitau diorang? Eh!

“Weh! Muka aku ni nampak macam orang yang tengah bohong ke? Korang ni memang susah la. Sebab tu aku malas nak cerita dekat korang. Korang bukannya nak percaya pun apa yang aku cakap. I mean...yaaa memang ni agak mengarut kan? Korang mesti tak sangka sangat yang aku ni tumbuk Kai. Tapi, memang aku tumbuk dia semalam. Allah Maha Mengetahui” terang Dina kepada Lili dan Yuyu.

Kali ni, Lili dan Yuyu dah percaya. Tapi, mereka berdua masih terkejut. Macam tak logik pun ada.

“Okeylah. Kami dua percaya. Dina, takkan la kau sanggup tumbuk dia? Ye lah. Kau pun tahu dia tu anak dato kot. Dato Khalid tak ada saman kau ke?” tanya Lili lagi.

“Eleh! Aku Nura Irdina lah wei! Mana ada takut dengan anak-anak dato ni. Biar la nak saman pun. Aku buat apa yang patut. Dah memang salah si Kai tu dulu. Ada ke dia pergi bukak muzik rock dengan kuatnya pada tengah malam buta. Kalau korang, korang nak buat pekak je ke? Confirm la idok kan?” jelas Dina.

“Oooo...jadi sebab tu la kau tumbuk dia. Lepastu, kau rasa bersalah? Takkan la kau rasa bersalah sangat sampai tak buat benda lain dah. Takkan la nak layan Kpop pun tak sempat sebab rasa bersalah” soal Lili tak putus-putus. Macam wartawan pulak.

“Haa. Aku rasa macam aku dah melampau dengan dia. Sampai nak buat benda lain jadi tak syok. Sebab asyik fikirkan keadaan dia je”

“Habis? Kau minta maaf dah ke?”

“Dah. Baru je tadi aku minta maaf. Fuhhh! Nasib baik dia maafkan aku. Lega sangat hati aku sekarang ni. Rasa macam dah lepas daripada satu batu besar yang meghempap aku”

“Haaaa..baguslah. Itu pengajaran untuk kau. Janganlah gunakan kekerasan sangat kalau kita marah pun. Tengok macam abang aku, dia marah dengan adik-adik aku. Garang gila kot. Tapi dia tak pernah buat apa dekat kami semua. Habis kuat, just tinggikan suara je” tutur Yuyu pula.

“Haisyy..tu lah. Lain kali aku kena beringat sikit. Jangan ikut kata hati sangat” Dina menyesal dengan perbuatannya. Tetapi, segala-galanya dah berlaku. Lagipun, dia dah mintak maaf dengan Kai. Dah kosong-kosong agaknya.

Mereka bertiga kembali berbual tentang Kpop. Memang itu kerja harian Dina, Lili dengan Yuyu yang 24 hours dengan Korea. Pagi, petang, siang dan malam semuanya Kpop. Tak dak benda lain dah.

“Lili! Kau cakap EXO nak datang Malaysia kan? Macam mana nak dapat tiket? Kena beli online or masa dekat konsert tu?” soal Dina yang berazam nak pergi ke konsert tu. Gila kot! Ini sekali dalam seumur hidup. Tak boleh sia-siakan peluang ni.

“Hehehe...Kau ni, kalau pasal EXO, memang berazam gila kan? Aku baca, diorang cakap tiketnya boleh order online. Tapi, yang bestnya, ada peraduan untuk 100 peserta pertama yang boleh dapat tiket free. Caranya senang, kumpulkan gambar EXO seberapa banyak yang boleh and hantar. Nanti, kalau menang diorang bagi request and hantar tiket. Best kan?” jelas Lili yang macam Profesor Kpop. Eh! Wujud ke?

“Betulke apa yang kau cakap tu Lili? Boleh dapat tiket free? Wah! Tak payah bazir beratus ringgit sangat. Aku nak try la. Kau tak hantar ke?” Dina mula teruja. Maklumlah, fanatik Kpop.

“Ye. Takkan la aku nak tipu kau. Aku malas la nak nak try. Bukan apa, daripada kajian yang aku buat secara langsung dan jugak tak langsung, bila EXO muat naik status diorang aje, sekelip mata satu dunia tahu lah Dina. Confirm orang lain dah lama hantar dah. Baik kita beli tiket macam biasa je” tutur Lili. Hmmm...betul jugak apa yang Lili cakap.

Dina memegang dagu. Dia berfikir semahu-mahunya.

“Hmmm...tak kisahlah. Aku nak cuba jugak. Kalau aku tak cuba, macam mana nak tau hasilnya kan. Lebih baik aku mencuba daripada tak mencuba langsung. Mana tau, mungkin nasib aku Allah turunkan rezeki dekat aku ni. Jeng jeng...tengok-tengok, aku menang tiket free tu. Jangan jeles yer. Okeylah...aku nak balik dah ni. Bubye!” pantas kaki Dina bergerak untuk pulang ke rumah.

“Ish la. Perasan sungguh dia ni. Haisyyy” Lili hanya mampu mengeluh. Perangai Dina ni kadangkala tak tentu arah.

.....

Sampai sahaja ke rumah, apa yang Dina buat dulu adalah cari semua gambar EXO. Sama ada print daripada internet, majalah, surat khabar dan banyak lagi lah. Dia cari semuanya supaya satu pun tak tertinggal.

“Yahooo...EXO nak datang Malaysia lah. Hmmm...Ahhhhh...Sweetnya. Mesti hebat kan kalau aku menang tiket free tu. Tak payah nak bazir duit sangat. Lagipun, banyak duit nak pakai bila nak pi KL ni. Aku harap sangat tuah menyebelahi aku” bisik hati Dina.

Dina masih lagi sibuk dengan pengumpulan gambar-gambar EXO.

BERSAMBUNG...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.