Home Cerpen Cinta Anugerah Cinta Hanani
Anugerah Cinta Hanani
Ikmal Hakimi
10/6/2016 18:19:55
2,529
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Dia datang sebagai bodyguard? Tak ku sangka rupa-rupanya pertemuanku dengan bodyguard, Anas telah menyatukan cinta lama. Inilah anugerah yang paling bermakna—Hana

Seperti hari-hari biasa, tugas Hana adalah menguruskan syarikat miliknya, Hanani Incorporation. Hana lebih gemar berpakaian kasual dan formal. Blouse, kain kembang ala-ala Elsa dalam Frozen sorry lah. Memang dah lama terkeluar daripada senarai pemakaian Hana.

Apa yang menarik tentang Nur Hanani Binti Fazrul ialah dirinya yang mempunyai pakej lengkap sebagai wanita idaman para lelaki iaitu, solehah, bijak, berharta, baik dan bersopan-santun. Sudah ramai lelaki yang beratur untuk memilikinya tetapi hanya ada seorang sahaja di hati Hana pada masa kini. Jejaka yang amat bertuah daripada lelaki-lelaki lain ialah Ryzal.

Ryzal juga bernaung di bawah sebuah syarikat yang bernama Mystic Holdings dan dia bertindak sebagai CEO syarikat tersebut. Bibit-bibit cinta mula menguasai diri mereka berdua ketika mereka terserempak dalam satu majlis. Mulai dari saat itu, Hana mula menyukai Ryzal dan Ryzal juga menyukai Hana.

*****

“Ibu, Hana pergi dulu ye?” tutur Hana sebaik sahaja dia turun dari tingkat atas. Ibu yang sedang sibuk di dapur hanya mengangguk seraya berkata “Hati-hati pandu kereta”. Hana bersalam dengan ibunya dan berlari mendapatkan kereta di garaj rumah. Dia menghidupkan enjin lalu memandu ke tempat kerja.

*****

Hari ini, Hana dan rakan sekerjanya Liya pergi lunch bersama-sama. Sempat juga mereka berdua berbual-bual antara satu sama lain tentang diri masing-masing. Hana sibuk dengan mesej whatsapp yang semakin memenuhi telefon pintarnya. Liya pula sedang khusyuk membaca surat khabar yang ada di atas meja restoran tersebut.

“Wei! Kau tengok ni. ‘Wanita Diragut Ketika Berjalan Seorang Diri’. Takutnya” kata Liya sambil menunjukkan sebahagian daripada akhbar tersebut. Hana melihat artikel tersebut dengan sepintas lalu.

“Bahaya untuk kau tahu tak Hana. Kau tu masih membujang. Aku dah ada suami. Jadi dia la yang teman aku bila nak ke sesuatu tempat. Ryzal macam suami aku tak?” soal Liya tiba-tiba. Susah benar untuk Hana menjawab. Dia hanya sekadar senyum dan mengangguk.

*****

Pada suatu malam, Hana pulang lewat selepas mesyuarat. Dalam kegelapan di jalan yang sunyi, kereta miliknya tiba-tiba rosak. Jadi, dia berhenti seketika. Dia cuba menghidupkan kembali enjin keretanya tetapi gagal. Hana memberanikan diri untuk keluar daripada kereta walaupun suasana sunyi sepi sekali memandangkan itu jalan yang jarang dilalui oleh orang lain.

Sewaktu Hana memeriksa masalah pada enjin keretanya, mindanya mula terbayang dengan apa yang diperkatakan oleh Liya pada waktu tengah hari tadi. Dia memandang belakang. Hanya kegelapan yang diterangi dengan lampu jalan sahaja yang dapat dilihat. Tetapi, ada dua orang lelaki datang ke arah Hana dan hendak mencuba meragut begnya di dalam kereta. Memandangkan tiada sesiapa pun di situ, jeritan Hana sia-sia.

“T..tolong” hanya itu yang keluar daripada mulut Hana. Kedua-dua lelaki itu semakin menghampiri tubuh Hana dan pada masa yang sama, sebuah kereta berhenti betul-betul berdekatan dengan mereka. Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut dan terus memukul kedua-dua penjenayah tadi menyebabkan mereka lari lintang-pukang. Hana yang dari tadi menutup mata akhirnya membuka kembali matanya.

Satu susuk tubuh seorang lelaki yang tinggi, kacak menarik perhatiannya. Lelaki itu mula risau akan keadaan Hana. “Awak okey. Jom kita pergi dari sini dulu. Kawasan ni bahaya. Mari naik kereta saya dulu. Kereta awak, kita hantar ke kedai esok pagi” kata lelaki itu. Akibat terkejut, Hana hanya menurut sahaja. Lelaki itu membawa Hana ke sebuah kafe yang berdekatan.

Mereka duduk memandang antara satu sama lain di dalah sebuah meja. Hana hanya mengucai air milo panas itu dengan sudu tanpa menyentuhnya langsung. Lelaki itu melihat Hana yang murung.

“Minumlah sikit. Bagi hati awal tu tenang” tutur lelaki itu perlahan. Hana menurut sahaja kata-kata lelaki itu. Selepas seketika, mereka mula berbicara antara satu sama lain.

“So, apa nama awak?”

“Hana. Nur Hanani Binti Fazrul” jawab Hana ringkas.

“Ooo..Okey. My name is Anas. Anas Muizzam Bin Zafran. Awak pasti awak okey?” soal Anas sebaik sahaja dia memperkenalkan diri. Dia risau akan keadaan Hana yang nampak pucat. Mungkin dia masih terkejut dengan insiden tadi. Hana tidak menjawab. Dia hanya tunduk.

“Sudahlah. Lupakan tentang tadi. Lain kali, jangan lalu jalan ni lagi. Bahaya” pesan Anas kepada Hana.

“Terima kasih sebab bantu saya tadi. Kalau awak tak ada, saya tak tahu apa yang akan jadi pada saya sekarang ni” Hana bersyukur kerana Anas menolongnya. Anas tersenyum gembira. “Sama-sama. Lagipun memang tugas sesama manusia untuk saling membantu bukan? Saya tumpang gembira bila melihat orang lain gembira kerana saya” luah Anas.

Kali ini, Hana pula yang tersenyum. Tetapi, satu keluhan panjang keluar daripada kotak suaranya. Anas risau kembali.

“Awak okey ke? Janganlah sedih” tanya Anas sambil menatap wajah Hana.

“Okey. Cuma...saya jadi fobia. Rasa dah tak selamat bila berseorangan” luah Hana. Air matanya mula menitis perlahan.

“Tak apa. Jadikan insiden tadi sebagai pengajaran. Hati-hati lain kali” nasihat Anas membuatkan Hana tersenyum.

*****

“What? Ada dua orang lelaki cuba nak rompak and perkosa kau? Tapi, macam mana?” Liya terkejut sebaik sahaja Hana mendedahkan perkara yang berlaku semalam. Muka Hana masih muram.

“Jalan tu sunyi. Everything can happen. Aku je yang bodoh” jawab Hana.

“Habis? Siapa yang selamatkan kau?”

“Ada seorang lelaki. Dia berhentikan kereta and selamatkan aku” terang Hana.

“Mana Ryzal? Kau tak bagitau dia ke?” soal Liya tiba-tiba. Hana menjeling wajah Liya dengan muka yang sedih.


“Tak. Dia jarang tanya khabar aku” luah Hana lagi. Liya geram.

“Ish...tak guna punya lelaki. Anyway, aku rasa kau perlukan seorang bodyguard. Maybe untuk keselamatan kau” cadang Liya. Hana hanya mendegar cadangan Liya sambil mindanya masih teringat akan insiden hitam semalam.

*****

Setelah ibu dapat mengetahui tentang insiden yang menimpa Hana, dia melantik seorang bodyguard tanpa pengetahuan Hana sendiri.

Pulang sahaja dari rumah, Hana terkejut dengan sesusuk tubuh seorang lelaki yang memakai tuxedo sedang berdiri di depan pintu. Hana terjerit kecil. Lelaki itu memakai kaca mata hitam. Jeritan kecil Hana menyebabkan ibu tersentak dan terus mendapatkannya di hadapan pintu rumah.

“Laaa..kenapa dengan Hana ni? Terkejut ibu tau tak” bebel ibu kepada Hana. Hana masih hairan.

“Ibu, s..siapa lelaki ni?” soal Hana tergagap-gagap. Ibu hanya tersenyum. Lelaki yang masih berdiri kaku itu juga tersenyum.

“Inilah bodyguard Hana” balas ibu ringkas. Hana terlopong.

“Mulai saat ini, dia akan ikut Hana ke hulu dan hilir. Sila perkenalkan diri” kata ibu kepada lelaki itu. Hana menumpukan perhatian. Lelaki itu mengangguk perlahan lalu membuka kaca mata hitamnya. Sebaik sahaja lelaki itu menunjukkan wajahnya, mulut Hana terlopong luas. “Anas!” suara Hana terkejut. Anas tersenyum.

“Yes. I’m Anas Muizzam. Good to see you ‘again’ cik Hanani. Or Hana” tutur Anas perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari ibu.

“Korang berdua pernah berjumpa ke?” tanya ibu yang agak hairan. Hana tergamam seketika.

“Haa la ibu. Anas lah yang selamatkan Hana daripada dua orang lelaki haritu. Ni macam mana ibu boleh ambil Anas jadi bodyguard Hana?” soal Hana yang mahu kepastian. Jelas sekali Hana memang terkejut.

“Kecil betul dunia ni kan. Anas ni pernah tolong ibu jugak. Alang-alang dia sudah berhenti kerja, ibu rekrut lah dia sebagai bodyguard Hana. Amacam?” tanya ibu sambil mengeyitkan sebelah mata sambil mengangkat thumb up. Hana dan Anas hanya tersenyum. Pipi Hana jadi merah menyala tiba-tiba. Selepas itu, ibu meninggalkan Anas dan Hana berdua-duaan di ruang tamu. Agak kekok bagi mereka berdua walaupun sebelum ni dah pernah berjumpa.

“Anas, sanggup ke awak jadi bodyguard saya? Awak tak ada kerja lain ke?” tanya Hana yang risau tiba-tiba.

“Kenapa? Tak suka ke saya jadi bodyguard awak?”

“Bukan apa, saya agak rimas kalau ke hulu ke hilir ada orang teman. I mean, sesekali saya nak la ada bodyguard juga memandangkan persekitaran kini yang penuh dengan masalah sosial. Tapi, awak tak ikut saya sampai dalam t..tandas kan?” tanya Hana.

“Kenapa? Kalau awak nak saya temankan sampai dalam tandas pun boleh” Anas tersenyum. Sempat lagi jejaka ini mengusik Hana. Hana malu lalu berlari masuk ke dalam biliknya. Anas hanya tergelak kecil melihat perwatakan Hana sebegitu. Comel...

*****

Hana berjalan sambil menekup mukanya sedikit. Nak buat macam mana? Semua orang di pejabat asyik tengok dia sahaja. Kenapa entah? Tak pernah tengok orang ada bodyguard ke?

“Anas, jangan la jalan dekat dengan saya sangat. Jauh sikit” bisik Hana perlahan. Anas tidak memberi respon. Dia tidak berganjak. Hadoi! Buat penat aje cakap dengan bodyguard ni. Bukannya dia mahu ikut pun perintah aku.

“Anas! Jauh sikit” sekali lagi Hana membentak. Sekali lagilah tiada respon daripada Anas.

Sampai sahaja di bilik persendirian Hana, Anas diperintahkan supaya menjaga di pintu luar bilik Anas. Jadi, Anas pun ikut sahaja. Gajinya dibayar setiap jam. Semua orang sedang asyik melihat Anas yang berdiri di luar bilik Hana. Hana jadi segan walaupun dia berada di sebalik pancaindera orang lain.

Liya juga tak lekang-lekang melihat Anas. Ish! Lelaki mana pulak tu ye? Dari mana Hana kutip? Tak pernah pun aku nampak sebelum ni. Bila masa Hana ada bodyguard? Untuk mendapatkan kepastian, Liya masuk ke dalam bilik Hana. Sebelum tu, dia juga turut ditahan oleh Anas dan diperiksa. Wah! Beretika betul Anas semasa bekerja. Good job!

“Weh Hana! Siapa lelaki tu? Kau tahu tak dia tahan aku sebelum masuk ke dalam pejabat kau ni” jelas Hana sebaik sahaja dia masuk berjumpa Hana.

“Hmmm...bodyguard aku la. Namanya Anas. Kalau kau nak tahu, dia la yang selamatkan aku daripada dua mamat sengal yang jahat plus gatal tu. Nasib baiklah dia ada. Kalau tak, mungkin kau dah tak jumpa aku”

“Wow. Kau ada bodyguard. Tak sangka pulak. Hahaha...Bukan main handsome bodyguard kau. Boleh aku try” Liya bergurau.

“Try la kalau tak sayang nyawa. Kau tu tuning orang tahu tak? Hahahah...karang Yazid marah and putuskan pertunangan kau baru tau”

“Haisyyy..sedihnye aku ni. Apesal Yazid muncul dulu ye sebelum Anas ni. Dah la handsome, cute, badan pun fit. Sedap mata memandang la katakan”

“Eeee..gatalnya. Kau tahu tak kalau kau pandang dia lama-lama boleh jadi zina hati tau dak. Maksiat” Hana mencubit perlahan bahu Liya. Liya mengusap bahunya. Tiba-tiba terdetik satu perasaan yang tak pernah dirasai oleh Hana sebelum ini. Kenapa aku rasa sakit hati? Kenapa aku rasa macam marah? Adakah itu...cemburu? Tapi kenapa aku nak cemburu sedangkan aku tak ada apa-apa pun dengan Anas.

*****

Hari-hari Anas akan menemani Hana ke setiap tempat. Ke mana Hana ada, ke situ jugalah Anas ada. Sejak Anas hadir sebagai bodyguard peribadi, kehidupan Hana terasa selamat dan sedikit rimas untuk seketika. Tetapi lama kelamaan, Hana mula menyesuaikan dirinya.

“Harini saya nak pergi jumpa saya punya kawan lelaki. Dia boleh dikatakan sebagai my boyfriend la. Awak nak ikut ke?” soal Hana membuatkan Anas sedikit tergugat.

“Saya kena ikut setiap pergerakan puan. Dimana sahaja puan berada, saya harus sentiasa berada di sisi” kata Anas dengan nada yang agak lain. Hana tengok pun lain macam. Tapi dibiarkan saja. Mungkin salah mood kot.

*****

Hana sedang menunggu Ryzal di sebuah restoran. Hana duduk di sebuah kerusi manakal Anas berdiri di sampingnya. Ada juga orang yang melemparkan pandangan mereka ke arah Hana dan Anas tetapi Hana buat bodoh saja. Sebab hari-hari dah dia rasa macam ni. Diperhatikan orang ramai. Popular la katakan.

Selepas setengah jam, Ryzal tiba lalu terus duduk berhadapan dengan Hana. Hana senyum manakala Ryzal kurang gembira apabila melihat ada seorang lelaki berdekatan dengan Hana.

“Hmm..awak sihat?” tanya Hana dengan gembira. Pandangan Ryzal tajam melihat bodyguard Hana.

“Siapa lelaki ni? I tak suka” bentak Ryzal tiba-tiba. Hana menggelabah.

“Hmmm..ni bodyguard saya. Dia selalu jaga saya”

“Tak kira. I tak suka”

“Janganlah macam ni...” Hana cuba memujuk Ryzal.

“Puan Hana, saya tunggu di luar sahaja ye” Anas melangkah keluar dari restoran tersebut. Keadaan tegang itu kembali tenang selepas seketika. Ryzal sibuk dengan handphone nya. Hana hanya memerhati.

“Lepas ni I tak nak you kawan dengan dia lagi. Ambil bodyguard lain. Jangan ambil dia!” nada Ryzal tegas. Hana takut.

“Tapi..dia baik...Awak tak...tahu”

“Saya tak nak dia! Awak tak faham ke?” suara harimau Ryzal keluar secara tiba-tiba. Hana yang dari tadi menahan kesabaran akhirnya mula mengaktifkan nada garangnya.

“Stop it Ryzal! Dia yang jaga saya sepanjang awak tak ada. Awak tak tahu satu perkara. Ada satu hari tu, saya hampir diragut dan diperkosa! Tapi dia datang sebagai hero. Awak mana? Nama sahaja pasangan. Tapi, mana awak di saat saya memerlukan bantuan? Cukup la bersangka buruk terhadap orang lain” nada Hana lebih tinggi daripada Ryzal.

Hana tercungap-cungap. Ryzal memujuknya kembali. Tetapi, ada satu pasang mata yang sedang memerhati dari luar restoran.

*****

Selepas itu, Hana masuk kembali di dalam kereta. Anas sudah menunggu.

“Minta maaf saya lambat” kata Hana sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Anas hanya diam seribu bahasa. Tangannya hanya menggenggam kaca mata hitam yang dibuang dari tadi.

“Cik Hana, saya ada satu permintaan. Tolong jangan kawan dengan Ryzal” minta Anas tiba-tiba.

“Eeh. Kenapa tiba-tiba? Awak jangan sibuk boleh tak?”

“Saya bukannya sibuk, tapi...cik tak kenal Ryzal”

“Apa pulak? Saya lebih kenal dia daripada awak kenal dia. Awak baru sahaja kenal saya. Jadi, awak tak perlu berpura-pura untuk kenal dia. Awak pun belum kenal saya sepenuhnya” bebel Hana lalu dia membuka pintu kereta dan berlari keluar. Anas mengeluh panjang. “Awak cakap saya tak kenal awak ye Hana. Tentu awak lupa yang...saya lebih kenal awak daripada orang lain” bisik hati Anas.

Sedang Hana berjalan-jalan di tepi jalan raya, kereta miliknya yang dipandu oleh Anas berhenti untuk menjemputnya. Mula-mula, Hana buat menyampah. Tapi sebab memikirkan rumahnya yang bukannya dekat sangat, so dia prefer untuk menaiki kereta walaupun sedikit geram dengan Anas.

“Betulke Cik Hana kenal sangat dengan Ryzal tu?” soal Anas sebaik saja Hana menghempas pintu kereta dengan kuat.

“Of course” jawab Hana ringkas. Anas mengangguk tanda faham.

“Baiklah. Kalau macam tu, boleh tak kalau saya nak minta izin untuk bawa Cik Hana keluar sekejap aje malam ni? Sekejap saja. Saya nak buktikan sesuatu” pinta Anas.

Pada mulanya, Hana curious kenapa tiba-tiba? Tapi sebab dia kesian dengan Anas, dia pun ikut sajalah.

*****

Hana dan Anas sedang menunggu di dalam kereta. Lampu dimatikan. Hana hairan kenapa Anas tiba-tiba bawanya ke sini.

“Cik Hana nampak tu. Itu sebuah kelab malam yang terbesar di Kuala Lumpur ni. Ramai kan?” Anas menunjukkan Hana sebuah tempat yang dipenuhi orang ramai. Lelaki dan perempuan bercampur. Astagfirullah. Hana mengangguk lalu matanya melihat wajah Anas kembali.

“Cik Hana renungkan dengan teliti. Tengok dalam kelompok orang ramai tu. Saya confirm yang ada seseorang yang Cik Hana kenal”. Tanpa membuang masa Hana melihat dengan teliti. Ya Allah! R..Ryzal! Hana terkejut setelah melihat Ryzal berfoya-foya.

Dia menutup mulut. Matanya mula mengalirkan air mata.

“Cik Hana kata yang Cik Hana kenal dia kan? So, Cik Hana tahu tak pasal semua ni?” sengaja Anas menyoal Hana yang masih tidak percaya. Hana menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Hmmm..Ryzal kawan baik saya di alam persekolahan. Dia baik orangnya pada mulanya. Tetapi, lama kelamaan akhlaknya mula merosot. Waktu malam, kaki perempuan. Waktu siang kadang-kadang kaki judi” jelas Anas. Hana hanya mendengar.

“Bawa saya balik Anas. Please...” rayu Hana. Lantas Anas memandu pulang dan menghantar Hana ke rumah.

Dalam perjalanan, Hana hanya diam. Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Anas kesian melihat Hana yang dari tadi sedih. Tetapi, daripada Hana terluka di masa hadapan, lebih baik dia terluka sekarang. Itulah yang difikirkan oleh Anas.

“Sebagai bodyguard Cik Hana, saya tak nak lagi Cik Hana berkawan dengan Ryzal. Itu sahaja permintaan saya. Tolonglah Cik Hana...” kali ini Anas pula yang merayu. Tanpa membuang masa, Hana mengangguk seraya berkata “baiklah”. Dia juga meminta maaf kerana terkasar dengan Anas sebentar tadi.

*****

Sejak dari hari itu, Hana tidak lagi berjumpa dengan Ryzal. Dia sudah meminta Ryzal supaya menjauhkan diri daripadanya. Tetapi, sejak dari hari itu juga, sekuntum ros putih berserta kad ucapan tanpa nama pengirim sering berada di hadapan pintu rumahnya.

Termasuk hari ini, sudah lebih sepuluh pucuk kad ucapan dan sepuluh kuntum bunga ros putih yang diberi kepadanya. Hana membuka pintu dan mendapatkan benda itu. Dia membaca kad ucapan itu. “Dear my love, you’re the most precious thing in this world. Without you, I feel so sad”. Itulah yang tercatat pada kad ucapan itu.

“Anas, saya nak tanya sesuatu. Awak tahu tak siapa yang suka menghantar benda-benda ni?” soal Hana. Anas hanya menggeleng-gelengkan kepala. Hana rimas. Siapalah yang tersuka dekat dia pulak ni?

Hari esoknya, kad ucapan itu tiba lagi. “ Hana, you’re in my heart now. I have locked up you in my heart’s jail. You’re my first and last love for me”. Hana geram dengan permainan ini. Cukuplah!

Hari esoknya lagi, kad ucapan itu datang lagi. Tetapi kali ini, ia lain sedikit dari selalu. “Hana, sorry for interrupting you in all time. Do you remember me? Hahaha...‘No’ right? I know earlier, Hana. You don’t remember me. So, I choose to leave you as you can’t remember me or our love. And for the last time, I’m glad to see you again after so long. You look really pretty in our old school. Now, you have been prettier” Hana terkejut apabila membaca kad ucapan itu. Apa? Old school?

Tulisan kad itu masih tidak habis dibaca dan dia menyambungnya lagi. “ I hope you will get a man that can guide you till Jannah. I have try my best but, that’s it. You can’t remember me. So, please stay healthy and find your true love.—Anas Muizzam”

Hana terkejut. Mulutnya terlopong. Dia baru sahaja ingat. Anas Muizzam? Sekolah lama? Ya! Hana berlari mendapatkan ibu dan bertanya tentang Anas.

“Ibu, mana bodyguard Hana, Anas?” soal Hana kalut.

“Ha, ibu baru nak bagitau. Anas dah letak jawatan”

“Tapi...bila?”

“Baru saja kelmarin” jawab ibu.

“Ada dia bagitau nak pergi mana tak?” soal Hana lagi.

“Dia cakap dia nak pergi ke luar negara. Maybe dia dekat KLIA la sekarang” jelas ibu.

Tanpa membuang masa, Hana berlari mendapatkan keretanya. Dia memandu sepantas yang boleh hingga tiba di KLIA. Dia melihat-lihat sekeliling jikalau terjumpa kelibat Anas. Tetapi, Anas telah pergi. Hana terduduk di atas sebuah bangku dan hanya menangis.

Sedang dia menangis dengan teresak-esak, muncul seorang lelaki di depannya. Hana mengangkat muka dan ternyata, Anas lah yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. Dia bingkas memeluk erat tubuh Anas. Anas juga tersenyum dan membalas pelukannya. Lebih kurang 1 minit juga mereka berpeluk.

“I remember you now. Please forgive me, Anas. Saya ingat awak dah tinggalkan saya sewaktu kita rapat di sekolah dahulu. Tapi, awak sanggup kembali sebagai bodyguard saya” luah Hana sambil air matanya melimpah keluar.

“I could not leave you. It’s hard for me to leave our love. Dalam diam, saya cintakan awak semasa di sekolah. Tapi, minta maaf sebab saya terpaksa berpindah. And now...see. Allah mempertemukan kita kembali. Kita jangan berpisah lagi okey” tutur Anas romantik. Hana masih memeluk Anas. Dia mengangguk perlahan.

“So, awaklah yang hantar semua kad ucapan dan ros tu?” soal Hana tiba-tiba. Anas pula yang menangguk sambil tersenyum. Hana memeluk Anas dengan erat. Tidak dia sangka bahawa lelaki yang dikenalinya sejak dari zaman persekolahan lagi akhirnya bersatu dengannya selepas lama berpisah. Apa yang lebih mengejutkan Hana, Anas sanggup muncul sebagai bodyguard yang sentiasa menemaninya. Patutlah Hana sentiasa rasa selamat apabila berada di samping Anas.

Hana amat bersyukur kerana dia dipertemukan kembali dengan Anas setelah sekian lama. Ini adalah Anugerah Cinta yang teramat bermakna buat Hana. Terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai ini. Hana dan Anas telah ditakdirkan untuk bersama walaupun telah lama berpisah.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.