Home Cerpen Cinta Pabila Rindu Memautku
Pabila Rindu Memautku
Ikmal Hakimi
10/6/2016 05:31:49
2,490
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Zatty Kamilia duduk berhadapan dengan Ziyad Taufik di sebuah meja makan. Seperti selalu, selepas hubungan mereka bertambah erat, mereka sering keluar menikmati masa yang terluang bersama-sama. Hubungan antara Zatty dengan Taufik bertambah erat dari hari ke hari malah setiap minit ke minit.

Tetapi, hari ini wajah Taufik seakan-akan muram sahaja. Dia diam sambil tertunduk di depan Zatty. Zatty hairan dengan perlakuannya yang sedemikian. Mungkinkah dia sakit? Atau mungkin dia bad mood?

“Taufik, kenapa dengan awak? Awak nampak macam tak sihat aje? Nak pergi klinik ke?” tanya Zatty yang risau. Taufik hanya tersenyum pahit. Seperti ada sesuatu yang cuba disuarakan oleh Taufik. Tetapi, dia tidak dapat melakukannya.

“Hmm...Zatty, a..awak tahu yang...saya sayang awak kan?” soal Taufik tiba-tiba. Soalannya membuatkan Zatty bingung. Kenapa tiba-tiba Taufik berkata sedemikian? Ada apa yang cuba disampaikan olehnya melalui persoalan itu sebentar tadi? Apa maksud tersirat yang cuba diberitahu saat perkataan itu keluar daripada mulutnya.

Zatty tersenyum manis walaupun masih hairan dengan kelakuan Taufik. “Mestilah Taufik. Saya boleh rasa tentang kejujuran awak. Saya tahu yang awak sayangkan saya. Tapi...kenapa awak tanya macam tu tiba-tiba?” tanya Zatty pula.

Taufik semacam serba salah. Kepalanya asyik bergerak. Matanya sering dielak daripada bertemu dengan wajah Zatty.

“Sebenarnya...saya...” Taufik cuba memberitahu walaupun dia tidak mampu.

“Sebenarnya awak?” banyak persoalan semakin bermain di minda Zatty.

“Sebenarnya...saya nak minta kita putus. Minta maaf Zatty” pinta Taufik. Permintaan Taufik membuatkan mulut Zatty terlopong. Hatinya retak dengan kata-kata yang baru keluar daripada mulut Taufik sebentar tadi. Betulkah apa yang aku dengar? Putus? Taufik?

“A..apa ni Taufik? Awak janganlah bergurau. Harini bukannya April’s Fool Day” Zatty yang masih lagi tidak mempercayai kata-kata yang baru sahaja masuk ke dalam telinganya. Wajah Taufik serba salah memandang muka Zatty yang sudah mahu mengalirkan air mata.
Taufik masih lagi membisu.

“Taufik? Tolong beri saya penjelasan tentang apa yang awak cakap tadi? Itu tak betul kan?” soal Zatty bertubi-tubi. Kelopak matanya sudah tidak dapat menahan lagi air mata yang bertakung. Semuanya mencurah-curah keluar.

“Mama saya nak jodohkan saya dengan wanita pilihannya sendiri. Saya tak nak. Tapi, syurga di bawah tapak kaki ibu. Saya juga tak mahu jadi anak yang derhaka. Awak faham kan Zatty?” jelas Taufik sambil memegang lembut bahu Zatty.

“Taufik! 3 tahun! 3 tahun kita bina hubungan ini. Segala badai, susah dan senang kita harungi sama-sama. Saya setia di sisi awak selama 3 tahun. Tapi, ini yang awak beri” air mata Zatty masih lagi mengalir pada kedua-dua pipinya.

“Zatty, saya bukannya sengaja nak sakitkan hati awak macam ni. Cuma saya perlu ikut apa yang mama cakap”

“Kita bukannya budak kecil lagi. Jangan biarkan ibu bapa mengawal semuanya. Takkan la nak cari jodoh pun mama awak yang tentukan. We are’nt kids anymore”

“Awak kena terima kenyataan Zatty. Kita tak dtakdirkan bersama. Awak tak boleh lawan kuasa Allah. Tapi, saya nak awak tahu yang saya sentiasa cintakan awak. Cinta itu takkan pernah luntur walau untuk beberapa dekad lamanya. Cuma saya nak awak bawa haluan awak. Cari lelaki yang lebih baik daripada saya” Taufik menatap wajah Zatty.

“Terima kasih Taufik sebab dah berada di sisi saya selama kita berhubungan ini. Tolong jaga diri awak baik-baik. Jangan ganggu hidup saya lagi. Selamat tinggal” Zatty mengambil beg tangannya dan terus berlari dari situ meninggalkan Taufik yang kesal......

Zatty melangkah masuk ke bilik dengan perasaan yang hambar dan amat kecewa. Hubungan yang dibina bersama Taufik sejak sekian lama sudah berakhir. Segala gambar Taufik yang diletakkan di dalam biliknya dilempar sehingga pecah.

“Kau gila! Tak sangka, habis madu sepah dibuang. Aku benci kau! Aku benci kau!” teriak Zatty.

30 minit kemudian, Zatty sedang mengelamun di penjuru katil melihat kepingan gambar Taufik yang telah rosak dan hancur. Matanya deras mengalirkan air mata yang sudah ditahan di kelopak mata. Sekarang ini, ada sesuatu perasaan yang mula menyelubungi dirinya. Rindu? Tak mungkin. Aku rindu Taufik?

“Aku rindu dia. Walaupun baru saja hubungan kami putus sebentar tadi, aku sangat rindukan dia. Kenapa rindu? Kenapa ‘kau’ memautku saat aku mahu melupakan si dia?” getus hati Zatty yang masih lagi berasa sebak di dada.
Kerinduan kepada Taufik masih lagi membelenggu diri Zatty sehingga membuatkan dirinya bagai nak gila. Tetapi, dia cuba untuk melenyapkan segala memori lama demi menghilangkan kepedihan di hati yang telah luka berdarah. Dia cuba untuk tidak merindui Taufik lagi......

“Pak Cik, bagi saya aiskrim vanilla satu” pesan Zatty kepada seorang penjual aiskrim di taman rekreasi. Alang-alang dah datang ke taman untuk tenangkan diri, apa salahnya sejukkan diri pula dengan sekon aiskrim.

“Aiskrim vanilla siap. Satu ringgit” pak cik itu menghulurkan aiskrim vanilla yang telah siap. Zatty menjilat bibir sambil membayar wang satu ringgit kepada penjual itu. Tiba-tiba, ada seorang budak perempuan sedang melihat Zatty memegang aiskrim. Mata budak perempuan itu hanya menenung aiskrim yang dipegang oleh Zatty.

“Oh! Comelnya budak ni. Very cute” tanggapan Zatty sambil tersenyum.

“Adik nak aiskrim ke? Nah!” Zatty menghulurkan aiskrim yang dibeli olehnya kepada budak tersebut. Budak tersebut tersenyum riang. Mereka berdua pergi duduk di atas sebuah bangku yang berdekatan. Zatty ketawa kecil melihat gelagat budak perempuan itu. Comotnya!

“Adik ni nama siapa?” tanya Zatty sambil memandang budak itu.

“Bunga” jawab budak itu ringkas.

Zatty ketawa kecil. “Ooo...Bunga. Patutla adik ni cantik macam bunga. Mana ibu dengan ayah adik?” soal Zatty lagi. Kali ini, Bunga tidak menjawab. Dia hanya sibuk memakan aiskrim. Habis comot bajunya dek kerana aiskrim vanilla.

Tiba-tiba, seorang wanita yang runsing datang ke arah Bunga dan Zatty. “Ya Allah! Bunga! Mana Bunga pergi? Penat tahu tak ibu cari” wanita itu memeluk Bunga. Zatty tahu yang itulah ibu Bunga.

“Bunga jalan-jalan. Lepastu, Bunga teringin nak aiskrim. Kakak ni belanja Bunga aiskrim. Sedap” terang Bunga membuatkan ibunya tersenyum. Ibunya juga turut tersenyum kepada Zatty. Mereka bertiga pergi ke sebuah playground yang ada di situ. Bunga sibuk bermain manakala Zatty dan ibu Bunga sedang berborak.

“Akak, Fitrah. Terima kasih sangat-sangat sebab tolong jagakan Bunga. Dia lari masa akak tengah berborak dengan kawan. Tengok tengok sahaja dah hilang. Nasib baiklah dia ada dengan awak” kata ibu Bunga sambil menarik nafas lega.

Zatty tersenyum sinis. Wow! Aku dah jadi superheroin hari ini. “Nama saya Zatty. Sama-sama. Bunga tak ke mana pun. Dia datang dekat tempat jual aiskrim. Agaknya, dia teringin aiskrim kut. Jadi, saya belilah dekat dia” jelas Zatty.

“Akak minta maaf ye Zatty” Fitrah menyelongkar sesuatu di dalam beg tangannya. Dia mengeluarkan wang RM 5.

“Nah! Akak ganti balik duit yang Zatty gunakan tadi ye” Fitrah menghulurkan wang tersebut kepada Zatty. Tetapi, Zatty menolak. Niat Zatty hanyalah untuk membuat kebajikan kepada orang lain. Bukannya mengharapkan balasan.

“Tak apa lah kak. Zatty memang ikhlas nak belanja Bunga tadi. Simpan aje la duit tu untuk Bunga. Beli apa yang dia nak” jelas Zatty sambil menolak pemberian Fitrah.

“Betul ni?” soal Fitrah.

“Betul. Akak simpan ajelah duit tu. Guna bila akak perlukan”

Fitrah tersenyum. Mereka kembali berbual sambil melihat Bunga bermain dengan riang. Tiba-tiba, pandangan Zatty terpaku melihat satu pasangan yang sedang duduk di bangku berdekatan. Wajah Zatty bertukar muram. Dia teringat akan Taufik.

“Zatty, Zatty okey ke? Kenapa muka Zatty tiba-tiba berubah? Tadi akak tengok okey je. Sekarang dah muram” tegur Fitrah yang risau akan keadaan Zatty. Zatty tidak memberikan respon. Matanya hanya terpaku pada pasangan itu. Inilah kesan rindu yang telah memaut diri Zatty. Membuatkan Zatty hiba dengan memori lama bersama Taufik.

“Zatty!” Fitrah menggoncangkan tubuh Zatty menyebabkan Zatty tersedar daripada lamunan.

“Y..ye akak. Akak cakap apa ye?” Zatty tergagap. Fitrah memandang Zatty dengan wajah yang hairan. Kenapa dengan Zatty? Dari tadi aku tengok tersenyum manis aje. Tiba-tiba muram. Sudahla itu, orang tanya pun tak ada respon. Kaku macam tunggul kayu.

“Akak tanya, kenapa muka Zatty muram? Zatty okey ke tak ni?” soal Fitrah lagi.

Dia risau akan keadaan Zatty yang semacam acuh tak acuh. Sekejap mengelamun, sekejap tersentak. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan. Orang normal tak macam ni.

“Entahlah kak. Sejak kelmarin, ada satu perasaan yang mula menyerang tubuh dan minda Zatty. Zatty tak pernah rasa penyakit macam ni. Ia macam, kita teringatkan seseorang. Dengan erti kata lain, wajah orang yang kita sayang sentiasa muncul di minda kita” jelas Zatty yang tidak mahu menyembunyikan lagi perasaan anehnya.

“Hmm...yang ni akak tau. Penyakit yang Zatty kena ni adalah penyakit ‘rindu’. Rindu buat kita macam nak gila. Berkhayal, berangan-angan, rasa berdebar-debar. Rindu datang menyerang kita, apabila kita mula menyayangi seseorang tak kira jauh atau dekat” terang Fitrah yang persis doktor.

“Ooo...rindu”. Aku rindu Taufik? Kenapa? Sedangkan Taufik dan aku dah putus. Kenapa aku perlu merindui dia? Dan..kenapa aku tak boleh berhenti merindui dia?

“Akak, kalau kita nak hapuskan kerinduan terhadap seseorang tu, macam mana pulak?” soal Zatty seperti kanak-kanak yang sedang belajar bersama gurunya.

Fitrah tersenyum. “Rindu boleh dihapuskan melalui dua cara. Sama ada melupakan seseorang yang kita sayang, atau...” leher Fitrah tiba-tiba berasa tegang. Dia sebak. Zatty hairan dengan perlakuan Fitrah.

“Atau...” Zatty terus menyoal.

“Atau percaya bahawa orang yang kita sayang sentiasa ada di sisi. Dengan cara ini, insya Allah, rindu itu boleh terhapus” terang Firah. Air matanya mula bergenang. Zatty terkejut. Eh! Kenapa dengan akak Fitrah ni?

“Akak, kenapa menangis? Janganlah menangis. Nah! Ambil tisu ni” Zatty cepat-cepat menghulurkan tisu. Fitrah mengelap air matanya. Lebih kurang 5 minit, barulah emosi Fitrah kembali stabil. Mereka berdua berbual-bual biasa seperti tadi.

“Hmm...akak tak balik rumah ke? Mesti suami akak dah tunggu tu” soal Zatty membuatkan Fitrah tersenyum pahit.

“Suami akak dah lama meninggal. Sakit jantung. Akak besarkan Bunga seorang diri” tutur Fitrah memberitahu Zatty. Zatty terkejut.

“Akak, Zatty minta maaf. Zatty tak tahu” Zatty serba salah.

“Tak apa. Benda tu dah lepas”

“Jadi, mesti akak rindu dia kan?” soal Zatty cuba meneka. Fitrah tersenyum pahit lagi. Oopss! Aku tak patut tanya macam tu. Kau ni Zatty, bodoh betul la. Zatty mencubit perlahan pehanya.

“Bohonglah kalau akak cakap yang akak tak rindu dia. Kalau boleh, akak nak lepaskan rindu tu dekat dia. Akak nak peluk, cium, cakap yang akak sayang dekat dia. Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Ini ujian untuk akak. Akak kena tabah” mata Fitrah sekali lagi mengalirkan air mata. Hatinya sebak dek kerana kerinduan yang masih berbaki.

“Akak cubalah hapuskan rindu tu. Rindu tu akan buat akak lebih sedih. Gunalah cara yang akak beritahu tadi” Zatty yang cuba membantu Fitrah.

“Akak sedang cuba Zatty. Bukan senang nak hapuskan rindu macam itu saje. Tapi, akak hapuskan rindu tu dengan, percaya bahawa dia sentiasa ada di sisi akak dan Bunga. Mata Zatty juga sudah merah. Air mata yang bertakung pada kelopak mata telah deras mengalir membasahi pipi. Dia menepuk perlahan belakang Fitrah.
.....

“Nampaknya, rindu dah memaut diri aku. Aku merindui Taufik. Tapi, aku kena hapuskannya. Hubungan aku dan Taufik dah berakhir. Aku tak boleh fikirkan tentang dia lagi. Biarlah dia menjumpai wanita yang lebih baik daripada aku” bisik hati kecil Zatty yang masih merindui bayangan Taufik.

“Agaknya, Taufik rindu aku tak? Tak mungkin lah” getus hati Zatty tiba-tiba.

#Rumah Taufik

Taufik sedang duduk di atas sejadah. Kedua-dua tangannya diangkat bagi memohon doa daripada Allah yang Maha Esa.

“Ya Allah! Aku rasa amat bersalah dengan Zatty. Kami telah menjalinkan hubungan bersama-sama selama tiga tahun dan akhirnya, aku putuskan. Aku rasa amat bersalah Ya Allah! Aku amat mencintai dan menyayangi Zatty. Tiada wanita lain selain Zatty dalam hidupku” luah Taufik.

“Ya Allah! Aku terpaksa mengambil keputusan demikian. Aku juga tidak mahu derhaka terhadap kedua ibu bapa yang telah menjagaku selama ini. Aku harap, dia sentiasa gembira dan boleh melupakanku. Ya Allah! Kau lindungilah dia. Kau pertemukanlah dia dengan lelaki yang lebih baik dan sempurna daripada aku. Amin...” pinta Taufik daripada Allah. Sejurus selepas itu, tapak tangannya mengusap lembut wajahnya.

Dia mengelamun seketika. Haisyyy...perasaan rindu aku terhadap Zatty masih lagi kuat. Sangat sukar untuk aku lupakan dia. Ini adalah dugaan yang terbesar bagi aku. Untuk melupakan memori bersama Zatty, seperti membuang harta yang tidak ternilai daripada hidup.

“Aku harap dia baik-baik sahaja. Aku juga harap yang dia boleh lupakan aku. Biarlah aku terseksa dengan rindu yang masih ada dalam diri aku. Asalkan dia tidak sakit dan juga terseksa kerana aku” getus hati Taufik sambil membayangkan Zatty. Dia terpaksa lakukan semua ini demi merealisasikan hasrat ibunya untuk berkahwin dengan wanita yang telah dipilih.
.....

Zatty duduk di meja makan bersama ayah, ibu dan Zizi, adik Zatty. Sudah lama mereka tidak makan bersama kerana Zizi yang belajar di London. Busy la katakan. Nasib baik Zizi balik tak berambut merah. Kalau tak, Zatty ambil clorox and sental rambut Zizi sampai jadi hitam balik.

“Ni, mak nak bagitau sesuatu Zatty. Mak nak jodohkan kau dengan anak lelaki kawan mak. Kitorang dah lama rancang” kata-kata ibu membuatkan Zatty yang sedang makan tersembur. Terbatuk-batuk Zatty tatkala mendengar apa yang ibu katakan.

Semua orang tengah memandang Zatty. Zatty hanya terkebil-kebil. Dia kaget seketika. 
“Hmmm...” hanya itu yang keluar daripada mulut Zatty.

Zizi menyiku Zatty menyebabkan Zatty mengaduh perlahan. Zizi cuba memberi tanda supaya menjawab soalan mak. Ayah tak kisah. Whatever. Janji anak aku bahagia. Love you ayah.

“A..apa pulak mak ni. Tiba-tiba aje. Terkejut Zatty. Zatty tak tahu la mak. Okey ke anak kawan mak tu. Entah-entah dia...” Zatty cuba memberi alasan untuk menolak.

“Mak tak suruh Zatty cakap ya atau tidak. Mak dah setuju. Esok kita akan pergi ke rumah dia. Esok pakai cantik-cantik tahu. Jangan malukan mak. Anak lelaki dia tu hensem” jelas mak membuatkan mulut Zatty ternganga luas.

Ya Allah! Kenapalah mak yang sibuk bila aku nak kahwin? Whatever la. Aku tak larat nak fikir. Buat semak je kepala ni. Kahwin pun kahwin la.
.....

Zatty dan sekeluarga sibuk di dalam kereta. Zatty memakai baju yang paling vogue. Make-up tebal gila. Kalah si Rozita Che Wan. Pipi teramatlah merah macam kena tampar. Ini semua kerja Zizi la. Katanya trend. Zatty tak suka la make-up tebal-tebal sangat. Rimas.

“Zizi, susah la nak pakai shawl ni. Macam mana nak belit. Akak tak suka la yang susah-susah sangat. Biar akak pakai tudung biasa aje la” Zatty mula geram. Sudah lenguh tangannya akibat shawl ni.

“Tak boleh la kak. Sekarang, shawl la yang paling trending. Meh Zizi belitkan. Akak kena belajar. Barulah bakal suami akak yang kita nak jumpa sekejap lagi tu, terbeliak biji mata dengan kecantikan akak” Zizi menolong Zatty memakai shawl. Zatty hanya mencebikkan bibir.

Ibu asyik tengok handphone aje. Ayah sedang busy bawa kereta. Masing-masing ada aktiviti sendiri.
.....

Sampai sahaja di destinasi, Zatty dapat lihat sebuah rumah bangle yang besar. Tiba-tiba, ada seorang wanita dalam lingkungan umur mak datang dengan riang dan terus memeluk ibu.

“Laaa..Zah. Dah lama kita tak jumpa. Rindu kau Zah” kata wanita itu sambil mendakap tubuh mak.

“Aku pun rindu kau. Memang lama kan kita terpisah. Tak sangka kau duduk area KL jugak” balas mak. Zatty dan Zizi hanya melihat dari belakang ibu. Ayah pergi berborak dengan suami wanita itu.

“Haa Zah. Mana anak kau? Kita kan nak jodohkan anak kau dengan anak aku” tanya wanita itu. Mak tersenyum lalu menarik Zatty untuk berhadapan dengan wanita itu. Zatty terpaksa jaga air muka. Dia hanya senyum sambil bersalam dengan wanita itu.

“Assalamualaikum mak cik. Nama saya Zatty. Mak cik apa khabar?” soal Zatty.

“Amboi! Cantiknya anak kau Zah. Mak cik sihat aje. Marilah kita masuk cepat. Anak mak cik dah penat tunggu tu. Tak sabar nak berjumpa bakal isteri dia. Zatty hanya senyum pura-pura. Haha, tak sabar la sangat .

Saat ibu, Zatty dan Zizi melangkah masuk ke dalam rumah itu, Zatty terkejut beruk. Betulka apa yang dia nampak?

“Taufik!” jerit Zatty.

Taufik bangun dan terkebil-kebil. Mereka berdua memandang satu sama lain sementara yang lain sudah hairan. Wajah dikerut semahu-mahunya......

“Laaa...mak cik tak sangka yang Zatty kenal dengan anak mak cik Taufik. Taufik tak pernah bagitau” mak Taufik tak sangka. Taufik dan Zatty hanya tersenyum.

“Sebenarnya kan mama, Taufik dengan Zatty dah kenal hampir tiga tahun. Tapi, Taufik terpaksa putuskan hubungan ni sebab mama cakap yang mama nak jodohkan Taufik dengan wanita pilihan mama. Tak sangka pulak yang Zatty ialah wanita pilihan mama” terang Taufik sambil menatap wajah Zatty.

“Mama tak tahu Taufik. Maafkan mama ye” ibu Taufik meminta maaf kepada Zatty dan Taufik kerana telah melakukan perkara sedemikian menyebabkan Zatty dan Taufik putus hubungan.

“Alah, lupakan semua tu. Yang penting, kita nak kahwinkan diorang berdua bukan? Setuju tak?” tutur ibu Zatty yang sudah tidak sabar lagi. Taufik dan mamanya mengangguk tanda setuju. Zatty yang dari tadi tertunduk akhirnya mengangguk perlahan. Ibu Zatty tersenyum lebar. Begitu juga dengan Taufik dan ibunya.

“Hmmm...mama dengan mak cik sembang la. Taufik dengan Zatty nak pergi bercakap sekejap. Jom Zatty” ajak Taufik. Zatty hanya menurut perintah dan menyusul dari belakang. Sempat lagi Zizi tersenyum mengejek kepada Zatty.

Mereka berdua tiba di halam rumah Taufik. Zatty berdiri berhadapan dengan Zatty. 

Mereka berdua menatap wajah masing-masing. “Awak okey? Saya minta maaf sebab putuskan hubungan kita haritu. Tapi sekarang ni, Allah dah temukan kita kembali” kata Taufik yang gembira.

Zatty hanya tersenyum malu. “Kalau awak nak tahu, sebenarnya saya tak boleh lupakan awak. Awak asyik muncul di fikiran saya. Saya asyik rindukan awak. Rindu tu membelenggu diri saya dengan lamanya sehingga kita bertemu balik sekarang ni” luah Zatty yang tidak mahu menyimpan lagi isi hatinya.

“Saya pun sama. Saya juga rindukan awak. Tapi, sekarang rindu tu dah hilang. Sebab.....saya dah berjumpa dengan awak kembali. Sudikah awak menjadi isteri saya dan sentiasa berada di samping saya?” soal Taufik sambil menghulurkan tangannya kepada Zatty.

Taufik menunggu jawapan daripada Zatty. 

Tanpa berfikir panjang, Zatty terus menyambut tangan Taufik. “Saya sudi” tutur Zatty sambil tersenyum riang. Mereka berdua masih menatap wajah masing-masing. Taufik dan Zatty tersenyum gembira kerana Allah menemukan mereka kembali.

Zatty tidak sesekali pun menyangka yang dia bakal berumah tangga bersama Taufik. Rindu yang memaut dirinya selama ini menjadikan dia berasa macam orang gila. Setiap saat, dia terfikirkan Taufik.

 Tapi sekarang, rindu yang memaut dirinya sudah terhapus kerana...Taufik akan sentiasa berada di sisinya sebagai seorang suami. Zatty dan Taufik sama-sama gembira.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.