Home Cerpen Cinta Betul! Aku Sayang Kau
Betul! Aku Sayang Kau
Ikmal Hakimi
6/7/2016 18:35:47
4,829
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Penat kaki Izah melangkah seorang diri menempuhi segala susah senang di duniawi. Cuba anda semua bayangkan....Hidup tanpa orang tersayang. Tiada ibu ayah kakak abang atau saudara mara.

Keadaan ini sudah membuatkan Izah sudah tawar hati. Dia tidak pernah rasa kasih sayang. Bagi dia, tidak wujud langsung kasih sayang. Berpijak di atas bumi ini seperti penjara buat Izah.

Lebih baik dia mati daripada melalui semua ini. Hati Izah sudah tawar. Wajahnya yang ayu itu dilitupi dengan kesan-kesan kekecewaan. Kering air matanya menahan kesedihan akibat tidak pernah merasai kasih sayang.

Hanya Allah sahaja yang sentiasa memahami Izah. Dikala Izah sedih, dia akan berdoa kepada-Nya untuk memohon ketenangan. Tiada lagi senyuman di wajah Izah walaupun sedikit.

“Kau nak ajak aku kahwin? Please la. Kau dah gila ka?" Izaha Arina berbicara. Terkejut juga sebenarnya apabila lelaki yang dia baru kenal 3 minit 25 saat tadi sudah melamar.

“I tak gila. If I gila, takkan la I boleh jadi CEO sekarang ni" balas Erik tanpa segan silu. Well...CEO memang berlagak nak mampus macam tu ka?

“You? I? Kahwin? Jangan buat benda mengarut la. Kita dah jumpa balik sejak zaman sekolah dulu pun dah cukup baik. Ini kau pula yang nak buat benda pelik"

“Apa hal kau nak kahwin dengan aku? Tak ada hotties atau hot chicks yang lain ka yang kau boleh tackle?" tanya Izah pelik.

Dia ni CEO kut! CEO! Of course la ramai wanita yang beratur. Dalam banyak-banyak wanita yang still beratur tu, kenapa dia pilih aku? getus Izah.

Erik tersenyum berlagak. Ya Allah, rasa macam nak tumbuk orang pula! Senyuman CEO ni macam hendak minta buku lima sekarang juga!

“Kau tanya kenapa aku nak kahwin dengan kau? Of course la sebab aku sayang kau. Bila mata aku pandang kau, hati aku rasa lain macam. It's like ‘sayang' " luah Erik dengan berani.

Keadaan tiba-tiba bertukar sepi. Izah memalingkan muka ke arah lain.

“Hmm...aku sayang kau Izah" ucap Erik lagi setelah melihat Izah terdiam. Izah memejamkan mata.

Tolonglah! Tolong jangan paksa aku dengar ‘perkataan' itu. Sakit hati aku bila terdengar perkataan itu!

Izah mengerutkan muka. Hatinya mula menjadi sebak.

“Aku sayang kau Izah. Walaupun kita baru kenal" ucap Erik buat kali ketiga.

“Diam!" serta merta suara Izah keluar. Nada yang terlalu geram sehinggakan Erik turut terkejut. Erik terkebil-kebil melihat wajah Izah.

“Kau jangan berani sebut pun perkataan ‘sayang'. Aku tak pernah percaya ‘sayang' !" tutur Izah sambil mengetap gigi. Cukuplah ‘sayang' yang diucapkan oleh Erik. Itu sahaja sudah cukup untuk membuat gunung berapi di dalam hati meletus.

Erik menatap wajah Izah yang mula 
mengalirkan air mata.

“Tapi...kenapa Izah? Kenapa kau tak pernah percaya sayang?" soal Erik dengan takut.
Kali ini, Izah mengukirkan senyuman kelat di wajahnya. Sayang? Hahaha...Memang aku tidak pernah percaya sayang!

Izah memandang wajah Erik. Mata mereka bertembung. “Kau tanya aku kenapa aku tak pernah percaya sayang? Sebab aku tak pernah dapat rasa sayang. Sebab aku....tak pernah disayangi" air mata Izah terus bergelimpangan dengan banyak.

Matanya berkaca. Sebak dia menahan perit di anak tekak. Hendak berkata-kata pun susah. Bagai ada sesuatu yang menghiris bahagian dalam lehernya.

Erik juga memandang Izah dengan penuh kesian. Izah...gadis kecil yang dia pernah kenal ketika dia masih di sekolah rendah.
Setiap kali golongan kaya seperti Erik diganggu, Izah yang persis gangster ketika itu sering ada di sisinya.

Lebih kurang 5 minit suasana di dalam bilik itu penuh dengan kesedihan, barulah ia kembali seperti biasa. Asalnya hendak temu duga kerja sahaja, tetapi sudah lain jadinya.
Wajah Izah yang tertunduk diangkat kembali. Namun, dia tidak langsung memandang wajah Erik selepas itu.

“Minta maaf sebab terkasar dengan kau tadi. Aku pergi dulu. Assalamualaikum" cepat-cepat Izah mengambil beg tangan dan segala fail. Dia bergegas keluar dari bilik
Erik hanya melihat Izah keluar dari pintu biliknya. Tidak pernah dia lihat Izah meluahkan semua ini. Malah tidak pernah sedikit pun luahan tentang kasih sayang keluar daripada mulut Izah.
.....

Izah termenung sendiri di kafe. Dia merenung ke luar cermin kafe menikmati pemandangan yang terlalu indah.

Dilihatnya satu pasangan yang berkongsi detik bersama-sama. Ada juga seorang kanak-kanak yang bermesra bersama dengan kedua ibu bapa.

Air mata Izah jatuh tanpa dia sedar. Bilakah dia boleh merasai semua ini? Kasih sayang? Sejak dia berumur 3 tahun, itulah kali terakhir dia dapat merasai kasih sayang.

Sebaik sahaja masa itu berlalu, segala-galanya bertukar. Daripada kasih sayang bertukar kepada benci. Daripada riuh kepada sepi. Semuanya berpusing 360 darjah. Gadis kecil yang dahulunya hidup penuh dengan kasih sayang akhirnya terpaksa akur yang tiada lagi sisa baki kasih sayang untuk dirinya.

Memori lama itu semakin dikunci ketat ke dalam kotak memori yang dia mahu hapuskan. Cuma terlalu pedih di hatinya untuk melupuskan segala kenangan lama.

Dalam kelekaan Izah itu, seorang lelaki muncul dan terus duduk di hadapannya.

Terus sahaja Izah menyampah. “Erik! Kau buat apa dekat sini! Tak ada tempat lain ka kau nak pergi?" tegur Izah. Kali ini Erik memang degil.

“Ikut suka aku la kalau aku nak pergi mana pun. Tak ada undang-undang pun yang mengatakan aku dilarang masuk ke kafe ni" balas Erik dengan menggunakan nada kelelakiannya.

Amboi! Pandai pula mamat CEO ni meloya buruk dengan aku. Ikutkan hati la, aku dah nak cilikan mulut dia!

“Please lah. Tak ada kerusi lain ke kau nak duduk selain kerusi yang ada di depan aku?" Izah masih cuba menghalau Erik.
Izah menarik muka. Kenapa CEO ni asyik kacau dia sahaja?

“I yang nak duduk dekat sini. Memang ada banyak kerusi. But, I yang nak duduk dekat sini" jawab Erik dengan selamba. Wajahnya hanya selamba menatap wajah Izah.

Izah terlopong mendengar jawapan Erik. Wah! Nampaknya memang CEO sengal ini hendak cari pasal agaknya!

“Erik! Tolong pergi dari sini. Kau nak apa sebenarnya?"

“Aku nak kau" balas Erik sebaik sahaja Izah bertanya. Izah agak tersentak.

Nafas Erik sudah tercungap-cungap. Mungkin kerana sukar untuk meluahkan perkara sebenar yang dia sukakan Izah.

“Aku nak kau. Boleh?" tanya Erik lagi dengan berani walaupun suasana sudah bertukar 

janggal.
Suara kelelakian Erik terkeluar. Membuat juga hati Izah terdetik serba sedikit. Tetapi, itu sahaja belum cukup untuk membuktikan semuanya. Betulkah dia terlalu menyayangi aku? getus hati Izah.

Izah masih lagi tertunduk. Tidak tahu untuk menjawab apa-apa.

“Izah, kita boleh bina keluarga bahagia bersama" jelas Erik yang betul-betul mahukan Izah sebagai isteri tercinta.

“Apa jaminan kau yang kita akan bahagia? Aku pun tak pernah merasai kasih sayang. Bagaimana aku mahu melemparkan kasih sayang terhadap kau" tanya Izah. Mana mungkin kasih sayang itu akan datang bergolek di saat dia mahukan.

Erik tersenyum ringkas. Membalas soalan Izah “Percayalah kepada aku. Tak susah untuk kasih sayang hadir dengan tiba-tiba. Cuma kita sahaja yang perlu ada usaha".

Izah tertunduk. Dia memejamkan mata. Tidak pernah dia membayangkan bahawa ada orang yang akan berkongsi kasih sayang dengannya. Bolehkah dia? Mampukah Izah?

“Sudi tak? Jadi isteri saya?" soal Erik lagi sambil memegang erat tangan Izah.
Izah memandang wajah Erik. Kenapa dia begitu yakin? Kenapa dia jamin yang aku dan dia akan bahagia mencapai kasih sayang?

“I'm waiting" mulut Erik berbicara. Dia masih lagi mengenggam erat tangan Izah.
Inilah kali pertama aku menghadapi kesusahan sepanjang aku hidup sebagai Izaha Arina. “Baiklah, aku sudi" Izah terima. Lalu terus mengukirkan kegembiraan di wajah Erik.
.....

Seminggu sebelum majlis pernikahan, Izah dan Erik kembali ke kampung halaman. Izah hanya ada Nek Bah sahaja yang masih bertahan.

Kereta Erik dan Izah tiba di perkarangan rumah. Lantas Erik bersuara “Sayang...lagi seminggu. Tak sabar rasanya". Jelas keterujaan Erik yang sangat mengidam untuk menjadi seorang suami.

Izah hanya tersenyum manis.

“Jom masuk ke rumah" ajak Erik sambil mengusap wajah Izah.

“Hmmm...Abang masuklah dulu. Saya nak pergi jumpa Husna sekejap. Tak lama pun" kata Izah. Erik hanya mengangguk.
Kaki Izah bingkas melangkah pergi ke rumah Husna, kawan lama Izah.

Setibanya Izah di depan rumah Husna dengan wajah gembira, dia dapat mendengar perbualan orang. Mungkin Izah tidak mahu menganggu, jadi dia hanya terus mendengar.

“Mak! Erik dah nak kahwin. Husna sayang dia mak! Husna..sayang dia" nada sedih Husna didengari oleh Izah. Tiba-tiba sahaja wajah Izah berubah.

Izah kaku. Tetapi, telinganya masih mendengar perbualan Husna dan emaknya.

“Mak faham kamu sayang dia. Tapi, mungkin ini bukan jodoh Husna" tutur mak menenangkan Husna.

“Mak cakap senang. Mak pernah fikir tak yang kasih sayang dalam diri Husna terhadap dia sangat susah nak dilenyapkan" Husna masih lagi kecewa. Erik yang diidamkannya sejak kecil banal berkahwin.

Sebaik sahaja Izah mendengar kata-kata Izah, air matanya terus jatuh ke pipi. Dia melangkah pergi dari rumah Husna dengan kesedihan. Sempat juga dia memalingkan muka untuk melihat rumah Husna.

“Aku minta maaf Husna" bisik hati kecil Izah.
Kaki Izah masih lagi melangkah lemah. Dan tiba-tiba sahaja matanya kelam. Izah tidak sedarkan diri.
.....

‘Tit...tit...'

Erik tertunduk sambil menangis. Sayu hatinya melihat keadaan Izah.

Dalam kesedihan Erik, Izah tersedar walaupun keadaannya teramat lemah. Izah mengangkat tangan memegang wajah Erik.

Erik tersentak dan terus mengenggam tangan Izah sambil mengucupnya. “Izah, kenapa? Kenapa tak bagitau abang?" tanya Erik kesal. Air matanya masih turun perlahan-lahan.
Izah tersenyum kelat.

“Izah tak mahu abang risau" jawab Izah lemah. Hati Izah juga menjadi sebak apabila melihat Erik terlalu sedih.

“Izah! Kanser rahim tahap 3 Izah! Itupun Izah nak rahsiakan" jelas Erik dengan nada marah.
Izah masih lagi tersenyum kelat. Sakit di tubuhnya sudah tidak dihiraukan. Dia hanya mahu memberitahu permintaan sebelum dia 
menghembuskan nafas terakhir.

“Abang...Izah nak abang buat sesuatu untuk Izah"

Erik yang mendengarnya terus bertanya “Apa Izah?"

Izah menguatkan genggaman pada tangan Erik. Dia menatap wajah Erik sambil tersenyum.

“Kalau abang sayang Izah, tolong kahwin dengan Husna" pinta Izah tiba-tiba.

“A..apa ni Izah? Apa yang Izah mengarut ni?" Erik seperti tidak percaya. Permintaan Izah tiba-tiba membuatkan dia terkejut.

“Izah sayangkan abang. Dan Izah juga sayangkan Husna. Sebab itu Izah nak abang dan Husna berkahwin. Husna dah sayangkan abang sejak lama lagi" terang Izah.

“Tapi..." Erik teragak-agak.

“Abang...percayalah. Percayalah dengan Izah. Abang juga cakap yang kasih sayang boleh hadir tiba-tiba. Demi kebahagiaan abang dan Husna, tolonglah bersatu demi Izah. Lagipun Izah dah tak dapat bertahan di dunia ini dengan lama lagi. Dah sampai masanya untuk Izah pergi" ucap Izah.

Kelopak mata Erik tidak dapat menahan air mata lagi. Terus terusan air matanya bergenang melihat wajah Izah dengan perasaan sebak.

Izah mengusap lembut wajah Erik buat kali terakhir.

“Izah sayang abang" ucap Izah lagi.

“Abang pun sayang Izah" balas Erik tanpa teragak-agak. Selepas itu, Izah menghembuskan nafas terakhir di depan Erik. Menambah lagi sayu di hati Erik.

Erik mengenggam kuat tangan Izah. Dia tertunduk dan menangis semahu mahunya. 

Erik betul-betul menyayangi Izah. Bagi dia, permintaan Izah sangat sukar untuk ditunaikan.

Tetapi, dia terpaksa berkahwin dengan Husna jika itu yang Izah pinta. Erik mahu Izah tahu yang dia betul sayangkan Izah. Jadi, dia berkahwin juga dengan Husna.













Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.