Home Cerpen Cinta Jodoh Aku Lelaki Sushi King
Jodoh Aku Lelaki Sushi King
Ikmal Hakimi
10/7/2016 02:26:27
3,008
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta


-Biar cinta kita jadi sepedas Wasabi-


Bla..bla..bla..Ollie menutup rapat telinganya. Penat jika hendak dibiarkan untuk mendengar segala bebelan datin primadona super duper vogue yang dia gelar, Hottest Ma'am aka Puan Fifi Rosalia yang juga mommy tercinta.

Ollie terduduk di sofa sambil menghiraukan bebelan Mommy. Gila! Kalau dengar lama-lama boleh jadi sewel.

“Mommy hendak Ollie kahwin juga hujung bulan ni. Mommy tak kira" kata-kata Puan Fifi Rosalia terus menangkap perhatian Ollie.

Mata Ollie terbuka luas. Jika tadi matanya seperti hendak terlelap seketika, sekarang ini matanya sudah terbeliak. Kata-kata mommy sedikit sebanyak membuatkan kehadiran ‘mengarut' pada pemikiran Ollie.

“What? Apa mommy merepek ni?" Ollie bantah. Kadangkala mindanya mentafsirkan yang kata-kata mommy itu sebenarnya suatu gurauan supaya dirinya lebih peka terhadap perkahwinan.

Tetapi, apa yang difikirkan oleh Ollie sebagai suatu gurauan ternyata salah setelah mommy lantas berbicara. “Tak! Mommy tak merepek. Apa yang mommy baru sahaja cakap tadi adalah benar".

Sekali lagi mata Ollie terbuka luas. Kali ini termasuk juga mulutnya yang sudah terlopong luas.

“But...Mommy" Ollie masih cuba membantah.

“I'm still young. You know it?" sambung Ollie lagi.

“What? Still young? For your information, you're now in 27 years old"

“Alaa...mommy"

“No no no. When I said you have to marry, just marry someone. Or I will find someone for you" tegas mommy. Lantas kaki Puan Fifi Rosalia melangkah pergi ke dapur meninggalkan Ollie yang blur di sofa.

Aku? Kahwin? Hahaha...Rasa macam mengarut sahaja kalau nak mencari calon dalam masa yang singkat sebegini, getus Ollie yang masih mengelamun di sofa.

“Well...If mommy yang mahu begitu, aku akan tunaikan juga. Bukannya susah sangat untuk cari calon suami...kan?" bisik hati kecil Ollie yang tidak berapa yakin.

“Hashtag Whatever" kata-kata yang keluar perlahan di hujung bibir Ollie semasa di masih duduk bertenggek di atas sofa.
.....

Keesokan harinya, Ollie, Juliana, Erika dan Tinny ingin meluangkan masa bersama dengan menonton wayang. Well...Kehidupan wanita bujang.

“Wei...Aku nak tengok Ice Age: Collusion Course!" tutur Erika.

“Haa...Aku pun sama. Vote for Ice Age: Collusion Course" Juliana sokong.
Ollie dan Tinny sudah mengerutkan dahi. 

“Laaa...Korang berdua kenapa nak tengok Ice Age? Aku dengan Tinny nak tengok Alice Through The Looking Glass" kata Ollie pula. Tinny mengangguk jelas.

Aduh! Cerita pawagam pun boleh menjadi isu.
Semua orang sedang berfikir. Dua orang hendak tonton Alice Through The Looking Glass. Dua orang lagi hendak melayan Ice Age: Collusion Course.

“Okeylah. Kau orang berdua pergi beli tiket untuk tonton Ice Age. Aku dengan Tinny akan beli tiket untuk tonton Alice. Okey?" cadang Ollie untuk menyelesaikan masalah.

“Haa. Okey juga. Lagipun time sama sahaja. Nanti cerita habis, kita berkumpul di luar" tutur Juliana yang bersetuju.

Semua orang mengangguk faham. Jadi, berpisahlah mereka untuk menonton cerita yang berlainan.
.....

Lebih kurang 2 jam, cerita pawagam akhirnya tamat. Ollie, Juliana, Erika dan Tinny berkumpul kembali.

“Laparnya" satu patah perkataan yang keluar dari mulut semua orang sebaik sahaja mereka berkumpul bersama. Masing-masing sudah memegang perut yang mula berbunyi.

Mana tidak laparnya, mereka belum makan apa-apa pun sebelum masuk wayang. Sekarang, pasti perut sudah rancak berkeroncong.

“Aku ada idea. Jom kita pergi makan di Sushi King" ajak Erika.

“Eee..Sushi? Tak nak la. Kau orang semua tak ada makanan lain ka yang boleh dimakan?" Ollie jelas membantah. Biasa lah, orang yang tidak biasa makan sushi.

“Jom lah kita try sushi pula. Asyik makana Malaysia sahaja. Sekali sekala apa salahnya kita mencuba sesuatu yang berlainan dan berbeza. Kalau kita tak cuba sekarang, bila lagi kita boleh merasa?" tutur Erika yang meyakinkan Juliana dan Tinny kecuali Ollie.

Juliana dan Tinny sudah mengangguk kepala tanda setuju. Sementara Ollie masih lagi terkial-kial.

“Okeylah. Aku ikut kau orang saja. Kalau aku rasa hendak makan, aku makan la nanti" akhirnya Ollie terpaksa akur. Tiga lawan satu. Mestilah tiga menang.

Erika tersenyum sambil mulutnya melaungkan “Jom" kepada rakan-rakannya. Kaki mereka semua pantas menuju ke Sushi King yang penuh dengan orang ramai.

Nasib baik terdapat satu meja yang masih kosong. Cepat-cepat Erika dan yang lain berlari untuk mendapatkan meja. Pada mulanya, Ollie langsung tidak berminat akan suasana di Sushi King itu.

“Arigato gozaimas" suara lelaki yang mentuturkan bahasa Jepun sungguh menangkap perhatian Ollie tiba-tiba. Suara lelaki misteri yang garau membuatkan hati Ollie berdegup kencang. Lantas, matanya segera mencari.

“Ollie! Kau cari siapa?" soal Tinny sebaik saja dia melihat Ollie seperti mencari seseorang.
Ollie tersentak. “Tak ada lah. Cepatlah panggil pelayang untuk ambil order" Ollie cepat-cepat mengubah topik. Takut yang rakan-rakannya akan mengetahui perkara sebenar.

Mata Ollie masih lagi merayau-rayau dengan 
perlahan untuk mencari gerangan yang membuatkan hatinya berdegup kencang. Tiba-tiba sahaja matanya terpaku pada seorang 
lelaki yang sedang sibuk mengambil pesanan.

Memang jelas suara lelaki itu yang membuatkan hati Ollie berdegup pantas sebentar tadi.

Erika menekan loceng untuk memanggil pelayan. Dan lelaki yang Ollie sedang tenung pantas menuju ke arah mereka dengan senyuman.

“Alamak! Dia datang lah. Kenapa dengan aku ni? Ish! Kedai ni tak ada aircond ka? Panas la" Ollie menggelabah dalam hati. Ollie hendak bersua muka dengan lelaki itu secara berdua-duaan.

Dia hendak mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam. Tetapi, bagaimana dia hendak mengalihkan perhatian Juliana, Erika dan Tinny?

“Aduh! Sakitnya perut aku. Jom teman aku ke tandas" ajak Juliana sambil memegang perut yang sedang memulas kuat.

“Jom. Lagipun aku hendak pergi ke Watson sekejap. Erika, kau temanlah Juliana" Tinnya bersuara.

Yes! Akhirnya, mereka bertiga meninggalkan Ollie sendiri. Dalam hati Ollie sudah berbunga-bunga. Lelaki yang membuatkan hati Ollie berdegup kencang semakin hampir dengan Ollie.

Sekarang, lelaki itu sudah berada di depan Ollie sambil tersenyum. “Minta maaf cik. Cik hendak order apa" katanya. Suara itu semakin membuatkan hati Ollie secair ais ketul yang dijemur di bawah matahari.

Tanpa sengaja Ollie menatap wajah lelaki itu. Dia tersenyum malu membuatkan lelaki itu hairan.

“Cik!" tegur lelaki itu setelah melihat perangai pelik Ollie. Ollie tersentak.

“Hmm..Saya nak...nombor telefon. Eh! Errr.." Ollie menggelabah lagi. Sehinggakan mulutnya hampir tersasul dan berkata bukan-bukan.

Lelaki itu menjongketkan sebelah kening apabila melihat Ollie.

“Apa yang special di sini? Boleh bagi cadangan?" tanya Ollie malu-malu. 

Sebenarnya, dia tidak tahu untuk memesan makanan. Jadi, dia hanya meminta pendapat lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum manis. “Di sini semuanya special. Tetapi, yang paling best adalah Mixed Bento dan Blackpepper Udon. Untuk air saya syorkan Green Tea" cadang lelaki itu.

“Okey. Saya order semua yang awak cakap tadi" balas Ollie walaupun dia masih malu-malu kucing.

Lelaki itu mengangguk dan terus menulis. Setelah siap mengambil pesanan, lelaki itu masih berdiri sambil tersenyum kepada Ollie.

“Yes?" tanya Ollie hairan.

“Cik tak kisah kan kalau saya hendak cakap kepada cik tentang sesuatu?" tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara.

Mata Ollie terkebil-kebil. Dia hanya mengangguk kecil.

Cik cantik" lantas kaki lelaki itu menuju ke dapur setelah meluahkan kata-kata itu kepada Ollie. Ollie yang agak terkejut masih blur. 

Pipinya sudah menjadi merah.

Ollie tersenyum sendiri. Mungkinkah dia calon suami aku? getus hati Ollie.
.....

Riang hatiku badan bertuah...

Sudah jumpa calon suami yang sempurna~. Sempat lagi Ollie bersenandung angkara riang hati kerana pertemuannya dengan jejaka kacak di Sushi King.

“Ahhh!" Ollie tidak dapat menahan jeritan kerana terlalu seronok. Masih terngiang memori-memori indah antara dia dan lelaki Sushi King walaupun ia terjadi dalam masa yang singkat. Pertemuan yang dia tidak akan lupa. Cukup mendebarkan dan menghangatkan.

Kerana tidak tahu akan latar belakang lelaki itu, Ollie hanya menggelar lelaki itu sebagai lelaki Sushi King.

Minda Ollie asyik teringat akan lelaki Sushi King itu.

“Haisy...Serius ka yang aku ini cantik? Sebab dia yang cakap. Ahhh" Ollie terus bergolek-golek di atas katil. Itulah kuasa pujian. 

Kadangkala orang pun boleh jadi tidak betul.

Itu baru sahaja dipuji kecil-kecilan. Jika dipuji lebih, memang pasti Ollie berguling-guling di atas jalan raya pula. Kereta dan motosikal sudah tidak dihiraukan.
.....

Hari ini, sudah masuk kali kesebelas Ollie berkunjung ke Sushi King semata-mata untuk berjumpa dengan lelaki itu. Walaupun lelaki itu sibuk bekerja, cukuplah bagi Ollie untuk sekadar melihatnya.

Inilah angau cinta. Sanggup memenatkan diri demi cinta.

Sesampainya Ollie di Sushi King, dia dapat melihat lelaki Sushi King itu sedang menunggu di salah sebuah meja. Tetapi, mengapa lelaki itu tidak memakai baju uinform pekerja seperti biasa?

Ollie pelik.

“Awak...kenapa awak tak pakai baju uniform pekerja harini?" tanya Ollie sebaik sahaja dia berhadapan dengan lelaki itu.

Lelaki itu terus berdiri dan tersenyum.

“Oh! Sebenarnya saya ambil cuti hari ini. Duduklah. Jom kita..." lelaki Sushi King itu terus menjongketkan sebelah kening sambil tersenyum.

Ollie tidak faham. Lantas dia bertanya “Jom kita?"

Lelaki Sushi King itu tergelak kecil.“Jom kita...bertemu janji. Duduklah" suruh lelaki itu. Ollie hanya mengukirkan senyuman manis. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan lelaki itu.

Suasana bertukar janggal tiba-tiba. Kedua-dua mereka masih malu untuk bersua muka secara lebih mendalam.

“Sebenarnya...kita dah lama kenal secara tak langsung. Kita kerap berjumpa. Tetapi, kita masih tidak mengenali satu sama lain secara rasmi lagi. Boleh tak kalau kita berkenalan dengan lebih mendalam?" tanya lelaki Sushi King itu sambil tangannya memegang belakang leher.

Ollie hanya mengangguk kecil. Dia masih terlalu malu untuk menatap wajah lelaki itu secara berhadapan.

“Baguslah. Panggil saya Shazwan saja. Awak?" soal lelaki Sushi King itu kepada Ollie. Rupa-rupanya nama lelaki itu adalah Shazwan.

“Ollie Akasia. Boleh panggil saya Ollie" perkenal Ollie walaupun dia masih malu.
Shazwan mengukirkan senyuman manis.

“Awak memang suka sushi ka? Sebab tu awak selalu datang sini?" tanya Shazwan untuk kepastian. Dia selalu nampak Ollie datang ke Sushi King berseorangan.

Alamak! Aku memang tak makan sushi. Aku datang sini semata-mata untuk lihat dia saja. Apa aku perlu jawab? getus hati Ollie.

Errr..." Ollie tidak tahu untuk memberi apa-apa jawapan. Mulutnya kaku habis.
Shazwan masih lagi menunggu jawapan. Matanya hanya memandang wajah Ollie yang sedang berfikir.

“Yes. M..mestilah. Saya minat sangat dengan sushi" jawab Ollie menipu. Dia terpaksa menipu. Jika tidak, habis kantoi aktiviti dia selama ini.

“Ooo..Saya nak tahu yang itu sahaja. Saya hendak request awak satu perkara boleh?" Shazwan tiba-tiba menggelabah. Habis berpeluh dibuatnya.

Ollie pula yang hairan. Kenapa dengan Shazwan ini?

“Boleh tak kalau awak...jadi teman wanita saya?" soal Shazwan menggelabah. Ollie hanya tersenyum ringkas. Pipinya sudah merah.

“Mestilah" jawab Ollie ringkas. Lantas, membuatkan hati Shazwan berbunga-bunga. Dia membalas senyuman Ollie dengan senyuman yang lebih lebar.
.....

Lama kelamaan, hubungan Ollie dan Shazwan semakin rapat. Sehingga tibalah suatu hari...
Ollie dan Shazwan sedang berada di dapur Sushi King. Shazwan sedang mengajar Ollie untuk membuat sushi. Suasana ketika itu lengang kerana tiada orang.

Semasa Ollie menggenggam nasi dengan tangan, dia terlihat sebentuk cincin jatuh. Ollie mengutip cincin itu dan terus hairan.

“Aikk! Cincin siapa ni?" bisik hati kecil Ollie sambil membelek cincin itu. Tiba-tiba, Shazwan yang sedang duduk di sebelah Ollie terus merampas cincin itu dan melutut di hadapan Ollie.

“Ollie, sudikah awak jadi isteri saya? Hidup bersama saya sehidup semati?" pinta Shazwan sambil menghulurkan cincin.

Ollie teruja. Wajahnya terus memancarkan kegembiraan. Air mata terharu juga menghujani pipi. Lantas Ollie menjawab “Saya sudi".

Wajah Shazwan terus tersenyum riang. Tanpa sengaja dia memeluk Ollie selama beberapa saat sebelum melepaskannya.

“Terima kasih" ucap Shazwan gembira.

“Sama-sama. Tetapi, awak perlu minta restu mommy saya. Mommy saya itu mahu awak yang datang minta restu" pesan Ollie tiba-tiba.

Shazwan tersenyum ringkas. Jika hal itu, no problem. Dia akan uruskan.
.....

“Hello! Hello! Shazwan, tolong datang ke sini cepat! Ollie sakit!" cakap Puan Fifi Rosalia dalam telefon.

“Apa? Baiklah mommy. Saya akan datang segera" lantas Shazwan memutuskan panggilan. Dia amat risau dengan panggilan daripada mommy.

Tetapi, keadaan di rumah Ollie amat berbeza. Setelah Puan Fifi Rosalia meletakkan telefon, Ollie lantas bersuara.

“Perlu ka mommy buat macam ni? Dia baiklah" Ollie sebenarnya tidak sakit.

“Biarlah. Ini salah satu daripada ujian mommy. Calon suami untuk Ollie harus melepasi dua ujian yang mommy akan laksanakan tanpa pengetahuan dia" jelas mommy.

Ollie hanya mengerutkan dahi. Dia tidak tahu untuk berkata apa-apa. Yang pasti, Shazwan perlu melepasi dua ujian mommy untuk mendapat restu Puan Fifi Rosalia.
.....

Sampai sahaja di rumah Ollie, Ollie dan mommy terus berlakon. Ollie terlantar di atas sofa sementara mommy pura-pura menangis.

“Ya Allah! Kenapa ni mommy? Kenapa dengan Ollie?" Shazwan terus meluru ke arah Ollie yang terbaring. Mommy sedang memerhati tindakan Shazwan dalam tangisan pura-pura 
itu.

“Mommy tak tahulah" Mommy pura-pura menangis lagi. Ollie pun bagus dengan lakonannya.

“Ya Allah! Jom kita bawa Ollie pergi hospital mommy! Cepat!" sebaik sahaja Shazwan mengangkat tubuh Ollie, Ollie segera membuka mata.

Shazwan terkejut dalam kerisauan.

“Ollie tak apa-apa ka? Abang bawa Ollie pergi ke hospital okey?" Shazwan masih lagi risau. Ollie hanya membalas dengan senyuman.

“Tak apa. Ollie okey. Ollie cuma pening sikit saja" jawab Ollie. Shazwan menarik nafas lega. Mommy sudah berlari ke dapur untuk mengehendap mereka berdua.

“Ujian kasih sayang dan tanggungjawab, check. Shazwan berjaya lepas. Tinggal satu sahaja lagi" Puan Fifi Rosalia mengukirkan senyuman.
.....

“Mommy mahu kamu berdua pilih antara dua rumah ini. Satu rumah yang besar, mewah dan luas dan jauh dari rumah mommy. Satu lagi sebuah rumah yang kecil, sederhana tetapi lokasinya di sebelah rumah mommy. Mana satu pilihan kau orang?" tanya Puan Fifi Rosalia sambil menunjukkan gambar.

Shazwan dan Ollie yang duduk di sofa terus memandang sesama sendiri.

“Saya boleh saja mana-mana rumah. Janji bakal isteri saya bahagia" kata Shazwan sambil tersenyum kepada Ollie. Mommy masih menunggu jawapan.

“Saya hendak rumah yang mewah dan besar itulah sayang" cadang Ollie.

“Eh! Tak boleh la macam tu. Rumah itu jauh sangat dari rumah mommy. Kesian mommy nanti. Mesti dia rindu intan payung dia" pesan Shazwan.

Mommy mula tersenyum.

“Alaa..." Ollie tidak mahu.

“Dengar sini okey. Kita tinggal di rumah kecil dan kumpul duit banyak-banyak. Kalau rezeki ada, kita besarkanlah rumah yang kecil tu. Betul tak?" cadang Shazwan membuatkan Ollie mengangguk sambil tersenyum.

“Ujian terakhir, past. Tolak ansur dan pemikiran yang matang diperlukan dalam rumah tangga" getus hati kecil Puan Fifi Rosalia.

“Baiklah. Mommy sudah restu hubungan kamu berdua. Malam esok juga kita buat kenduri nikah" tutur mommy tiba-tiba.

Lantas mengukirkan kegembiraan di wajah Ollie dan Shazwan.

“Betulka ni mommy?" Shazwan masih lagi tidak percaya.

Mommy tersenyum dan membalas “Betul. Shazwan ialah calon suami yang paling sesuai untuk Ollie".

Ollie dan Shazwan terlalu gembira dan berpeluk. Wow...Rupa-rupanya, ada hikmah disebalik setiap perlakuan kita.

Nasib baiklah rakan-rakan Ollie yang mencadangkan supaya mereka makan di Sushi King. Jika tidak, dia pasti tidak akan berjumpa dengan Shazwan.

“Hahaha...Jodoh Aku Lelaki Sushi King? Kalau dengar pasti hendak ketawa. Tetapi, inilah realiti. Bukan lagi mimpi" getus hati Ollie.

TAMAT...



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.