Home Novel Alternatif INILAH KISAHKU
INILAH KISAHKU
NORAZIZAM
24/6/2016 18:10:45
21,269
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Senarai Bab
BAB 20 : AKU SEORANG PENULIS ‘BESTSELLER’ – YEAH

Melihat tajuk ini, jangan cemburu ya. Ianya adalah ‘target’ atau matlamat aku di dalam dunia penulisan. Aku mula diperkenalkan dengan dunia penulisan ketika aku berada dalam darjah lima. Masa itu guru kelasku Cikgu Abdullah, juga pengelola ruangan Bahasa Malaysia majalah sekolah, kekurangan bahan untuk diisi di ruangan tersebut.

“Nur… kau tulis satu cerita untuk dimuatkan di ruangan Bahasa Malaysia”

“Macam mana hendak tulis cikgu, saya bukannya pandai hendak menulis cerita”

“Kau boleh buat, setiap kelas cikgu sudah minta hantar satu cerita. Jikalau bagus, akan dimasukkan di dalam majalah sekolah.”

“Kalau cikgu kata begitu, saya cubalah”

Cikgu Abdullah memberi kepercayaan kepadaku untuk menulis cerita. Inilah cerita yang aku tulis. Aku salin semula dari majalah sekolah tahun 1978. Naskhah asal aku sudah tiada dalam simpanan, tidak tahu siapa antara kami adik-beradik yang mengambilnya.

ANAK YANG MEMBALAS JASA

Pada suatu masa dahulu, hidup sekeluarga yang miskin dengan tiga orang anaknya. Si ibu bernama Mak Minah dan Si bapa bernama Pak Halim. Anak yang sulung bernama Amin, yang tengah bernama Aminah dan yang bongsu bernama Ali. Amin selalu menolong bapanya menjual di kedai kopi bapanya. Aminah pula menolong ibunya mengambil upah di rumah oraang. Ali masih lagi kecil.

Amin dan Aminah telah bersekolah. Amin dalam tingkatan tiga dan Aminah bersekolah dalam darjah lima. Amin belajar sambil menolong bapanya. Dia hendak mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Aminah hendak mengambil peperiksaan penilaian darjah lima. Mereka berdua beradik hendak membalas jasa kedua ibubapa mereka. Mereka belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Saat yang ditunggu-tunggu iaitu hari peperiksaan sudah tiba. Kedua-dua menjawab soalan dengan sabar dan tekun.

Tidak berapa lama kemudian keputusan pun diumumkan. Amin lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya dan dia telah berjaya memasuki sekolah berasrama penuh. Aminah pula telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan penilaiannya. Alangkah gembiranya hati kedua ibubapa mereka. Tetapi Pak Halim berkata dengan sedih,

“Ayah tidak ada duit untuk kau melanjutkan pelajaran Amin”

Amin terdiam mendengar kata-kata ayahnya tetapi sebentar kemudian dia berkata,

‘Tetapi ayah, saya dan Aminah mendapat biasiswa, izinkanlah kami melanjutkan pelajaran kami, ayah”

Kemudian Pak Halim berkata dengan terharunya

“Baiklah Amin, kamu berdua adalah anak yang bertuah dan berjasa. Belajarlah rajin-rajin supaya menjadi orang yang berguna di kemudian hari”

Amin tersenyum mendengar kata-kata ayahnya. Mereka sama-sama tersenyum kerana segala-galanya menjadi baik ataupun tiada masalah bagi mereka lagi.

Melihat karya sulungku itu, aku rasa terdapat banyak kekurangan. Masa itu aku merasa cukup puas kerana dapat menghasilkan cerita itu yang hanya dibuat semalaman sahaja. Bermula dari situ aku mula mengorak langkah menulis.

Apa sahaja terlintas di fikiran, aku tulis di kertas-kertas terpakai, buku nota kecil. Bila memasuki sekolah menengah aku sudah boleh menulis dengan lebih baik. Bukan setakat menulis cerpen, aku juga mula berjinak menulis puisi dan kata-kata mutiara.

Pernah semasa masih berkawan dengan habibku sebelum berkahwin. Aku selalu menulis surat kepadanya, selain menelefon. Selalunya dalam surat itu aku sertakan kad telefon supaya senang dia menefonku. Selalunya surat yang aku tulis bukan sehelai dua. Melebihi lima helai dan pernah sampai lima belas.

Sampaikan habibku mengatakan membaca suratku seperti membaca cerpen. Aku bercerita dalam surat seperti pembaca itu berada di depanku. Aku akan bercerita secara terperinci sesuatu kejadian, seperti kejadian aku diserang oleh anjing. Dari situlah aku nekad meneruskan cita-citaku menjadi penulis terkenal pula.

Setelah menghadiri Konvensyen Penulisan pada 21 Jun 2014, aku mengubah segala gaya penulisan aku, lebih kemas dan ada tujuan dalam penyampaian maklumat. Pengisian dalam konvensyen yang padat bermaklumat, dihadiri hampir seribu orang dalam industri buku.

Dari sini juga aku mengenali susuk tubuh tuan Zamri Mohamad, Cik puan Azzah Abdul Rahman, puan Sri Diah, puan Norhayati Razali, ustaz Pahrol Mohd Joil dan beberapa individu ternama dalam industry.

Semangat untuk menulis mula berkobar-kobar semula, setelah hampir empat belas tahun aku tinggalkan penulisan secara tidak rasmi. Bercadang untuk pencen pilihan setelah genap dua puluh lima tahun perkhidmatan dalam perkhidmataan awam. Aku mula mengikuti beberapa kursus penulisan antaranya kursus penulisan buku cerita kanak-kanak bergambar pada 20 Julai 2014. Kursus penulisan menjadi penulis ‘bestseller’ pada 15 November 2014 dan penulisan novel dari pengalaman pada 6 Disember 2014.

Penulisan aku untuk ketiga-tiga kategori iaitu buku cerita kanak-kanak bergambar, penulisan ‘bestseller’ dan novel pengalaman itu. Aku cuba melakukannya sebaik mungkin, mengikut apa yang telah diajar. Cerita anakku Muhammad Asy’ari dibuat dalam bentuk ebook dan fizikal. Buku non-fiksyen bertajuk 77 Soalan Menguji Bakal Pasangan dan buku novel memoir Inilah Kisahku Puteri Nur Hidayah ditulis hampir serentak.

Buku PRAMATANG Kelahiranmu Satu Anugerah aku tulis, selepas mendapat sokongan daripada Dr. Azanna sendiri, NICU PPUM dan ibu bapa pramatang. Aku bersemangat menulis hampir setiap hari. Mulai dari bulan Mac 2015 hingga manuskrip siap sepenuhnya pada Julai 2015.

Harapan kami sebenarnya untuk launching pada sambutan hari PRAMATANG sedunia pada November tahun itu tetapi tidak kesampaian. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Melalui maklum balas buku pramatang pertama ini, ramai juga ibu bapa anak pramatang meminta pendapat aku membesarkan anak mereka.

Aku selalu bercerita di status pasal Asy’ari dan adik-beradiknya. Melihat Asy’ari sihat, keletah, cerdik cara dia, mereka juga ingin lakukan kepada anak mereka. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk menulis buku kedua pramatang. Lebih padat, lebih info dan cara untuk membesarkan anak kita dengan lebih cemerlang. Tunggu ia diterbitkan.

Aku mula aktif menulis semula pada bulan Ogos 2014 untuk ketiga-tiga genre di atas. Mujurlah aku ada mengumpul cerpen-cerpen koleksi peribadi yang aku tulis semula menjadi ebook. Semasa itu, aku sudah membuat permohonan untuk bersara pilihan, cukup 25 tahun perkhidmatan di usiaku 47 tahun. Minat menulis dan mencapai cita-cita terakhir aku perlu komitmen berterusan.

Catatan bertulis dari kecil, memudahkan aku menulis buku novel memoir ini. Begitu juga buku 77 Soalan Menguji Bakal Pasangan yang aku kumpul soalan semasa mencari bakal suamiku. Cerita anak bongsuku Muhammad Asy’ari yang dibuat ebook dan fizikal.

Aku perlu ceritakan semua pengalaman dan pengetahuan aku. Aku tidak mahu dipersoalkan di akhirat sana, tidak menyebarkan ilmu yang diperolehi. Aku juga tidak mahu sahabat semua, melakukan kesalahan yang sama seperti aku. Berkali-kali membuat kesilapan, ilmu yang sedikit tidak dipraktikkan..

Aku juga mengikuti kursus secara online, antaranya penulisan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), iaitu penggunaan saya, tuan, puan, cik puan, tuan muda, cik puan muda. Mengikuti kelas ini seperti berada dalam golongan bangsawan dahulu kala.

Selain BMT, kelas online aku ialah terbit buku sendiri, storytelling, penulisan cerpen. Aku juga membeli buku secara online untuk buat blog, menulis novel dalam masa 30 hari. Selain daripada lain-lain bentuk penulisan melalui group-group penulisan. Menjadi seorang penulis, kami seperti selebriti tanahair, Cuma kami terkenal di kalangan pembaca buku dan pengiat industri buku.

“Ummi, sudah banyak buku ebook, buku mengenai anak PRAMATANG, Ayie tengok Ummi buat hari-hari. Ummi tak penat ke?”

“Yalah sayang, Ummi hendak menjadi penulis terkenal ‘bestseller’. Mestilah Ummi menulis banyak buku. Lagipun memang menjadi minat Ummi, tak rasa penat. Lagi gembira hendak menulis.”

“Semua-semua ini Ummi hendak tulis ke?”

“Ya sayang. Ummi tulis mengenai Rina, Sarah, Asy’ari, Along dan Angah. Ummi hendak tulis semua cerita pasal keluarga kita.”

“Kalau macam itu Rina pun hendak menulislah. Nanti Ummi tolong buat cerita panjang ya.”

“Okay, Rina hendak buat cerita apa.”

“Mengenai Tuah dan Suci (arnab kesayangan mereka)”

“Kakak pun hendak tulis Ummi…”

“Kak Sarah hendak tulis apa pula.”

“Kisah Ayie tidur dalam kelas.”

“Tak mahulah Kak Sarah, buatlah cerita lain. Nanti Ayie tulis cerita Sarah bergaduh dengan Rina hendak. Ayie masukkan dalam ‘facebook.”

“Jangan bergaduh. Tulis sahaja apa yang ada di fikiran Sarah, Rina dan Asy’ari. Nanti Ummi semak semula. Jikalau bagus Ummi tulis semula di dalam ‘facebook’ macam Asy’ari cakap.”

Nampaknya anak-anak kecilku tiga orang ini, lebih awal berminat menulis dariku. Usia mereka bawah sepuluh tahun, sudah menunjukkan minat. Aku akan jadikan cerita asal mereka supaya lebih menarik untuk bacaan umum, pelbagai lapisan masyarakat. Aku akan cuba tunjuk ajar mana yang bersesuaian dengan usia mereka.

Angah Asyrif juga sudah mula menanam minat menulis. Angah lebih suka menulis komik. Tugasan untuk penulisan karangan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai latihan, angah mula minta diajar menulis cerpen.

Memang penulisan fiksyen, kegemaranku terutama cerpen. Laju sahaja aku menerangkan cara-caranya. Angah pula mempunyai daya imaginasi yang kuat, dia menulis cerita seram. Ini cerita yang angah tulis, aku cuma kembangkan idea dan tunjuk cara penulisan agar menarik minat pembaca.

PATUNG BERHANTU

Aku melihat semula foto kenangan, semasa bercuti di Bali, melalui telefon pintar. Aku tertarik dengan satu foto, menunjukkan Suzi memegang patung hiasan wanita, yang berpakaian tradisional jawa, duduk di atas kerusi antic. Segala peristiwa mistik berlaku selepas Suzi melanggar larangan tuan rumah.

“Jangan sentuh patung hiasan di atas meja ini.”

Pada malam pertama, Suzi tiba-tiba meracau-racau dengan bahasa yang kami tidak tahu. Kami segera ke bilik Suzi untuk menenangkannya. Kami melihat matanya melilau-lilau mencari sesuatu dalam bilik itu. Kami berpegang tangaan, sambil berfikit untuk mencari idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Ben, apa kata kita lakukan spiritual untuk memanggil roh macam dalam ‘You Tube’,” Khairul memberi idea.

“Tak mahulah, nanti makin teruk jadinya. Aku harap Suzi akan sedar sendiri,” Luna menyampuk.

“Kita berkumpul di sini dan tiada siapa dibenarkan keluar dari bilik ini,” aku memberi arahan.

Pada malam itu juga, hujan turun dengan lebatnya. Kami ternampak susuk tubuh wanita di laur rumah, melalui jendela bilik Suzi yang terkuak ditiup angina. Beberapa minit kemudian terdengaar ketukan yang kuat di pintu bilik Suzi.

Keesokkan paginya, Suzi sudah kembali normal dan tidak ingat apa-apa peristiwa yang terjadi semalam. Kami berempat menyelongkar bilik Suzi. Untuk mencari punca Suzi histeria. Pada malam itu bunyi ketukan berterusan sehingga kami tidak boleh tidur. Dalam beberapa minit, Luna menjumpai patung wanita di atas meja hiasan, tersorok di bawah tilam.

“Suzi! Kenapa kau sorokkan patung ini. Kau tak ingat larangaan tuan rumah,” jerit Luna terperanjat.

Suzi terkebil-kebil sahaja, mendengar sergahan Luna. Khairul pula terduduk memikirkan tindakan berani Suzi menyorok patung hiasan wanita itu. Aku mengambil patung di tangan Luna.

“Hey! Tengok di kaki patung ini berlumpur, kain dipakai juga basah, semalam hujan kan…,” kami berempat saling memandang.

“Jom kita jumpa bomoh,” Khairul memberi cadangaan.

Tanpa berfikir panjang, kami berempat pergi ke pondok usang di pinggir kampung. Setelah mendapat maklumat, di mana pondok usang tersebut daripada penduduk kampung. Kami dijemput bomoh Wijoro untuk masuk ke dalam, macam sudah tahu tujuan kedatangaan kami.

“Wak tahu kamu ada masalah dengan satu patung kan,” (dalam bahasa jawa) sapa Wak Wijoro kepada kami.

Kami hanya terdia dan mengangguk. Setelah membaca ayat jampi dalam bahasa jawa, Wak Wijoro memberi air tersebut kepada kami. Katanya renjiskan air itu di sekeliling rumah sebelum maghrib dan bacakan ayat jampi yang diajar olehnya.

Sebaik sahaja pulang dari rumah Wak Wijoro, kami cepat-cepat lakukan seperti apa yang diarahkan oleh Wak Wijoro kerana hari semakin gelap. Malam itu, Suzi masih lagi meracau-racau dalam bahasa jawa. Malah semakin teruk seperti mahu bunuh diri, kami semua mengelabah.

Luna terus memeluk Suzi dengan erat. Suzi kelihatan seperti mahu terjun dari jendela rumah tradisional, ketinggian kira-kira dua belas kaki. Aku pula terus menutup jendela itu, manakala Khairul pula tidak tahan dengan situasi itu. Dia segera mengambil patung wanita itu, lalu turun ke tanah untuk menghapuskannya.

Ketika itu ustaz Tarmizie, yang baru sahaja pulang dari mengajar di madrasah, melalui kawasan rumah penginapan kami. Ketika itu jam telah melewati dua belas malam. Menyedari Khairul sedang cuba untuk menghapuskan patung itu.

“Tuan, ada masalah apa sehingga mahu menghapuskan patung itu,” (dalam bahasa jawa) tegur ustaz Tarmizie.

“Patung ini membawa masalah kepada kami,” ujar Khairul.

“Ada masalah apa itu tuan, jikalau tidak keberatan, boleh saya bantu,” ustaz Tarmizie menawarkan khidmatnya.

“Silakan ustaz, mari naik ke rumah,” ujar Khairul dengan gembira.

Setelah ustaz Tarmizie naik ke rumah, kami bertiga bergilir-gilir menceritakan segala yang berlaku kepada Suzi. Manakala Suzi melihat ustaz Tarmizie dengan helingan tajam. Ustaz Tarmizie hanya memandang sekilas kepada Suzi dan tersenyum.

Ustaz Tarmizie meminta aku menyediakan air dan mengarah kami membaca ayat al-Quran yang kami tahu. Kami hanya mengangguk dan mengikuti arahan ustaz Tarmizie. Selepas selesai membaca beberapa ayat al-quran, usrtaz menjirus patung wanita itu.

Pakaian patung wanita itu menjadi lusuh, kayu ukiran pula menjadi serpihan kayu yang lama. Kemudian hilang begitu sahaja, seperti ada sesuatu membawa pergi. Ustaz mencadangkan kami meninggalkan ruamah itu.

Keesokkan harinya, ketika menyerahkan kunci rumah penginapan. Tuan rumah bertanya, kenapa kami mahu balik awal, sebelum tarikh tamat tempoh sewa rumah. Kami menceritakan semua kejadian yang berlaku sepanjang tiga hari kami berada di rumah tersebut.

Tuan rumah memahami situasi kami. Dia berulang kali cuba menghapuskan patung tersebut, tetapi patung itu kembali pada kedudukan yang sama di dalam rumah itu. Tiada cara lain, dia terpaksa melarang setiap penyewa menyentuh patung wanita itu,

Ustaz Tarmizie yang bersama kami memeberitahu, itu semua angkara seseorang yang dengki, tuan rumah mewarisi harta pusaka wanita seperti patung hiasan itu. Wanita itu adalah susur galur tuan ruamah tersebut. Manakala orang yang membuat angkara tersebut, adalah daripada susur galur suami wanita tersebut.

Aku akan simpan foto dan cerita ini untuk dijadikan tauladan, kepada waris aku pula. Aku ingin mengingatkan kepadaa mereka, setiap yang dilarang perlu dipatuhi. Lakukan ibadah seperti dituntut dalam islam dan jangan saling dengki satu sama lain. Rezeki itu Dia yang punya.

Seronok tak baca cerpen karangan Angah. Ada bakat tak menjadi penulis? Mana tumpahnya kuah, jikalau tidak ke nasi. Aku harap kesemua anak aku, mewarisi skil penulisan seperti aku. Sekurang-kurangnya boleh mewariskan hasil karya kepada generasi mereka pula. Itu harapan aku, penulis baru yang hampir setengah abad bermula secara aktif.

Insya-Allah impian aku untuk menjadi penulis dikenali ramai atau ‘bestseller’ akan tercapai. Aku akan terus berusaha menulis, selagi aku mampu melakukannya. Buku ini untuk kenanganku kepada semua pembaca yang budiman. Tanpa pembaca semua, siapalah aku. Terima kasih untuk pembaca yang disayangi. Semoga buku ini menjadi inspirasi untuk pembaca semua. Amin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.