Home Cerpen Thriller/Aksi SALAH HITUNGAN
SALAH HITUNGAN
NORAZIZAM
13/7/2016 00:13:21
1,882
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

Wajah lelaki yang bergari siang tadi sering menghantui fikiranku. Di mana pernah aku lihat lelaki itu. Aku cuba mengingati kembali di mana aku pernah bersua dengannya. Ya, di mana.

 Semasa Sarjan Ramli membawa lelaki itu masuk berjumpa dengaanku, aku terperanjat melihatnya dan begitu juga dengan lelaki itu, Setelah melihat kepada dokumen-dokumen mengenai dirinya, yakinlah aku lelaki itu adalah kenalanku dua puluh tahun dahulu.

Cuaca hari itu amat cerah, seperti biasa aku telah bersiap untuk pergi ke sekolah. Setelah mengenakan stoking dan kasut sekolah, aku pun berlari-lari anak ke rumah Fauzi. Aku dan Fauzi merupakan jiran yang sangat rapat dan baik. Kami juga sekelas. 

Setiap hari, aku dan Fauzi akan beriringaan ke sekolah. Apa yang Fauzi ada, aku pun ada. Apa yang Fauzi lakukan, aku pun akan turut lakukan juga. Malah antara kami tidak kenal erti pergaduhan. Perselisihan faham sering kali kami selesaikan dengan damai. Kawan-kawan kami di sekolah, mengelar kami saudara kembar, kami tidak pernah berenggang. Begitulah rapatnya kami ketika itu.

Akhirnya persahabatan kami yang erat itu mengalami retak jugsa. Perpisahan kami itu, bukanlah kehendak kami tetsapi kedua ibu bapa kamilah yang memisahkan kami berdua. Puncanya hanya sedikit, adikku Rohayu yang baru berusia dua tahun ketika peristiwa ini berlaku adalah punca utamanya.

Adik Rohayu memang sering ibu tinggalkan kepada Makcik Salmah, emak kepada Fauzi apabila ibu mahu pergi ke mana-mana. Hari itu ibu dan ayah mahu ke bandar membeli-belah untuk persiapan hari raya. Aku juga ikut mereka. Adik Rohayu seperti biasa ditinggalkan kepada jagaan Makcik Salmah. 

Kebetulan pula hari itu, Makcik Salmah terpaksa balik ke kampung kerana nenek Fauzi sakit tenat. Memandangkan adik Rohayu di bawah jagaannya hari itu, dibawalah bersama balik ke kampung Fauzi di Kedah.

Apabila kami balik saja, ibu merasa gelisah dan kelam kabut kerana adik Rohayu tidak tahu kemana perginya, rumah Fauzi pula berkunci. Ibu menangis, sambil menyangka buruk terhadap Makcik Salmah. Macam-macam tuduhan dilemparkan. Sangkaan ibu semakin kuat, apabila adik Rohayu dan Makcik Saolmah sekeluarga tidak pulang selama seminggu.

Setelah Makcik Salmah sekeluarga pulang dari kampung bersama Rohayu, ibu terus menerkam kepada Rohayu, yang ketika itu atas dukungan Makcik Salmah. Macam-macam tuduhan dihemburkan kepada Makcik Salmah. Makcik Salmah hanya diam dan mendengar sahaja. Aku lihat Makcik Salmah ingin menerangkan sesuatu tetapi ibu tidak mahu mendengar.

Semenjak peristiwa itu, ibu lebih b ehati-hati untuk meninggalkan adik Rohayu pada sesiapa pun. Malah ibu tidak akan meninggalkan adik Rohayu, jika dia ada di rumah. Ibu takut akan kehilangan adik Rohayu berulang lagi. Peristiwa hari itu juga, membuatkan hubungan keluarga kami semakin renggang.

 Walaupun Makcik Salmah telah berulang kali meminta maaf, menyatakan kekesalan di atas kesilapannya itu.  Namun ibu tidak menerima alasan Makcik Salmah itu. Aku juga ibu larang berkawan lagi dengan Fauzi. Oh! Ibu, kenapa begitu teruk sekali sangkaan ibu kepadaa Makcik Salmah yang baik itu?

Setahun kemudian, aku tidak berjumpa lagi dengan Fauzi dan keluarganya. Kami telah berpindah ke Kuala Lumpur. Ibu mendesak ayah supaya pindah dari kawasan perumahan itu. Aku hanya mampu merenung dan melambaikan tangaan selamat tinggal kepada rumah dan Fauzi. Aku tidak dapat menyatakan sesuatu kepada Fauzi. 

Di sekolah, kami hanya mampu berbalas senyum, kami tidak tahu siapa yang salah ketika itu. Perpindahan aku ke Kuala Lumpur, menjadikan aku termmenung berbulan-bulan. Aku tidak riang seperti dahulu. Peristiwa itu sentiasa menjadi ungsatanku apabila mengingati Faauzi. Aku sering berdoa semoga kami akan dipertemukan semula di suatu hari nanti.

Ya Tuhan, kenapa Engkau temukan aku dengannya dalam keadaan seperti itu. Bergari dan berpakaian yang amat menyedihkan. Fauzi, apa yang telah terjadi padamu. Aku perlu menyelidiki masalahmu. Izinkan aku Fauzi, izinkan aku menjalankan tugasku sebagai pegawai polis. 

Aku akan cuba membantumu, jika aku terdaya kerana aku terpaksa juga mematuhi undang-undang. Percayalah Fauzi, aku akan cuba sedaya upaya membantumu. Percayalah, aku harap kau sudi memberi kerjasama supaya akan segera selesai tugasku menyoal siasatmu.

“Awak Mohd. Fauzi bin Ahmad, telah dituduh di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki sebanyak 2.5.kg heroin base. Adakah awak mengaku 2.5kg heroin base itu kepunyaan awak?”

“Ya, saya mengaku.”

‘Tahukah awak, hukuman akibat perbuatan awak ini?”

“Ya, saya tahu.”

Begitulah soal siasat yang aku jalankan kepada Fauzi. Segala pertanyaanku dijawabnya dengan berterus terang. Aku tidak tahu kerana apa Fauzi melakukan itu. Sanggup berterus teraang, sedangkan dia tahu, maut sahaja yang akan menantinya. Fauzi tidak berani menentang mataku sepanjang soal siasat dijalankan.

Elok juga begitu,  aku mungkin tidak dapat menjalankan tugasku dengan baik, jikalau Fauzi menentang mataku. Di raut wajah Fauzi ketika disoal siasat, telah dapat aku baca segala derita yang dialaminya selama ini. Aku tidak dapat menahan sebak di dada apabila Fauzi menceritakan latar belakang hidupnya.

Dari cerita Fauzi, aku dapat menangkap yang Makcik Salmah meninggal kerana perbuatan ibuku yang tidak memaafkan dirinya. Menurut cerita Fauzi, setelah ayahnya menyusul ibunya dua tahun yang lalu, tiada siapa yang dapat menanggung hidupnya adik-beradik. 

Sebagai anak yang sulung, dia berusaha mencari kerja. Ketika itu usianya baru sahaja berusaha lima belas tahun. Bayangkanlah usia semuda itu, kerja apa yang boleh dibuat. Itulah antara sebab Fauzi tidak pernah membalas surat yang aku layangkan dahulu, rupanya dia tiada di kampung.

Semangat dan kegigihan Fauzi, dia dapat mengumpulkan sedikit wang untuk dia berserta adik-beradiknya belajar dari hasil titik peluhnya sebagsai ‘pam attendant’. Setelaj lulus di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diambil secara persendirian. Akhirnya Fauzi meninggalkan kerja itu dan bekerja sebagai kerani di Kementerian Pertahanan. 

Bintang Fauzi masih cerah, lima tahun kemudian dia dinaikkan pangkat kepada ketua kerani. Setelah adik-adiknya tamat persekolahan dan telah mendapat pekerjaan, Fauzi menamatkan zaman bujangnya. Kini usianya perkahwinannya baru mencapai lima tahun dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Malangnya, syaitan mana yang telah mengabui matanya, dia mula pandai berpoya=poya dan berjudi. Gaya hidup mewah telah menjadi impiannya. Dia telah mula mengenal heroin, segala wang gajinya habis digunakan untuk berjudi dan ketagihannya. Akhirnya dia sanggup meresapkan wang gaji orang bawahannya.

 Akibat dari itu, dia diberhentikan kerja. Fauzi terdesak untuk menyelesaikan bayaran ansuran rumah dan makan minum. Dia akhirnya mengambil jalan mudah dengan mengedar dadah. Ketika tangkapan dibuat, pengedaran dadah yang dilakukannya itu masuk kali kelima.

Menurut Fauzi, hasil dari pengedaran dadah selama ini, rumahnya telah habis dibayar dan kini dia benar-benar mewah.. Rumah itu telah ditukar kepada nama isterinya untuk keselamatan hartanya. Bila aku tanya, kenapa dia berpakaian begitu, kalau dia telahpun hidup mewah. 

Katanya suapaya pihak berkuasa tidak mengesyakinya sebagai pengedar dadah teetapi hanya menganggap dia sebagsai penagih. Pintar juga otakmu Fauzi tetapi sayang, kepintaranmu itu disalah gunakan. Hari itu nasibnya sungguh malang kerana pembeli iaitu pelanggan tetapnya, tidak datang ke tempat yang dijanjikan seperti biasa.

Untuk mengelakkan dari tertangkap dengan dadah sebanyak 2.5kg itu, dia cuba menjual kepada penagih-penagih heroin di sekitar Jalan Haji Taip. Belum sempat dia bertanya-tanya dengan penagih-penagih di situ. Dia lihat ramai antara penagih-penagih itu bertempiaran lari seperti dikejar oleh sesuatu. 

Dia turut berlari sama untuk menyelamatkan diri. Nasibnya memang kurang baik hari itu, akhirnya dia tertangkap bersama dengan penagih-penagih yang lain. Setelah menyelongkar beg sandang lusuh yang dibawanya, maka terjumpa 2.5kg heroin base di dalamnya. Akhirnya dia tertangkap bersabit tuduhan memiliki dadah sebanyak 2.5kg.

Setelah aku mengaambil segala keterangan darinya, Fauzi merenungku meminta belas kasihan. Aku hanya merenungnya kembali dan hanya mampu memujuknya supaya bersabar. Dengan penglibatannya ini, aku tahu tidak mungkin Fauzi akan terlepas dari hukuman gantung yang ditetapkan. 

Beberapa minggu kemudian, keputusan mahkamah diberitahu, Fauzi telah sah dikenakan hukuman gantung sampai mati. Maafkan aku Fauzi, aku tidak dapat lagi menyelamatkanmu.

Sementara menunggu hukuman dijalankan, Fauzi ditempatkan di suatu bilik khas.  Proses rayuan diberi kepada Fauzi, sementara menunggu hukuman gantung dijalankan, Fauzi telah meminta untuk berjumpa denganku. Aku menunaikan permintaannya. 

Fauzi menyambut kedatanganku dengan senyum pahitnya. Setelah mempersilakan Fauzi duduk di depanku, aku bertanyakan akan hal Fauzi mahu berjumpaku Sambil merenungku, Fauzi kelihat bergenang air matanya menahan sebak. Aku tidak tahu apa yang menyebabkan Fauzi sedemikian. Setelah Fauzi dapat menahan perasaannya, sambil tersenyum dia memulakan perbualan.

“Hasyim, berjumpa juga kita akhirnya ya. Tuhan masih makbulkan juga doa hamba-Nya yang jahat ini. Aku harap kau jangan menyalahkan diriku seperti orang lain menyalahkan aku. Cukuplah sudah aku menunggung derita selama ini Syim.”

“Jangan begitu Zi, bukan kau yang bersalah, keadaan yang telah menentukan. Aku tahu segala derita yang telah kau tanggung selama ini. Aku masih menganggap kau sebagai sahabatku.”

”Syim, kau amat bertuah. Kau menjadi seorang pegawai polis yang disegani. Sedaangkan aku penjenayah yang menanti hukuman mati. Beruntunglah hidup kau Syim. Tak sangka perjumpaan kita semula berakhir dii sini. Di kawasan penjara ini. Aku pun telah lama menantii saat kita bertemu. Kalau boleh bukanlah di sini.”

“Sudahlah Fauzi, jangaan dikesaalkan apa yang telah berlaku. Aku pun memang menanti saat kita bertemu kembali. Aku sering terbayangkan yang kita akan bertemu akhirnya dan akan sama-sama kita bina semula persahabatan yang telah runtuh dahulu. Tak sangka pula begini akhirnya.”

“Syim, janganlah kita kesalkan lagi nasib kita ini. Jikalau kau masih sudi menerima aku sebagai sahabatmu semula, amat sangat aku hargai, untuk ketenangaanku menghadapi maut ini. Sudikah kau Syim.”

“Ya Zi. Aku akan menganggapmu sahabatku yang sejati dunia akhirat. Percayalah. Apa yang telah berlaku ini adalah takdir-Nya juga menentukan.”

“Terima kasih Syim. Oh ya, bagaimana dengan jkeluargamu erutama adikmu Rohayu. Aku telah lama tidak mendengar berita keluargamu. Cerita mengenaiku telah pun kau ketahui bukan?”

“Zi, kedua ibu bapaku telah meninggal dua tahun yang lalu, akibat kemalangan jalan raya. Ibu setelah berpindah dahulu, masih tidak menukar sikapnya. Adik Rohayu dihantar ke taman asuhan jika ibu hendak kemana-mana. Kata ibu, biarlah dia berhabis wang, keselamatan Rohayu amat ibu titikberatkan. 

Ayah hanya mengikut kehendak ibu kerana hati ibu mudah sangat tersinggung. Tambahan pula ibu mu;a dohinggapi penyakit jantung. Setelah Rohayu bersekolah, barulah ibu menunjukkan perubahan. Ibu telah insaf dan tahu kesilapannya.

Ibu telah pergi ke kampung kita dahulu untuk mencari keluargamu. Malangnya keluargamu telah tiada di situ lagi. Ibu hampa dan setiap hari ibu sentiasa mengenangkan Makcik Salmah. Rohayu kini telah pun tamat dalam pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai seorang guru. Nanti bila senang, akan aku bawa Rohayu ke mari.”

Aku pun kini telah berkeluarga Zi, mempunyai seorang cahaya mata. Nanti akan aku bawa berjumpa denganmu. Aku juga ingin bertemu dengan isteri dan anak-anakmu. Di mana mereka berada Zi? Izinkan aku melihat-lihat mereka ya.”

“Syim,, bukan aku tidak mahu mengenalkan mereka padamu. Aku tidak mahu anak-anakku melihat aku di sini. Sebenarnya memang tujuanku untuk meminta kau melihat-lihatkan anak-anakku. Jikalau aku telah tiada lagi. Syukurlah, engkau pun telah bersetuju. 

Aku hanya mahu melihat adik Ayu sahaja, adikmu yang aku anggap seperti adikku. Adik-adikku sering menyebut nama Rohayu sejak kita berpisah dulu. Tambahan pula kedua ibu bapaku telah tiada. Pernah satu ketika, mereka meminta aku mencari keluargamu untuk mengadukan untung nasib kami. Aku tidak mahu menumpang kasih pada orang yang menyebabkan ibuku meninggal dalam kesedihan dan kekesalanatas perbuatan ibuku yang tidak diisengajakannya.”

“Kenapa begitu teruk prasangka kau terhadap kami Zi? Aku meminta maaf atas perbuatan ibuku itu. Kau bukan tidak tahu, ibuku memang keras hati. Sudahlah jangan disalahkan lagi kepada orang yang telah tiada. Jikalau dulu engkau turutkan kehendak adik-adikmu, mungkin tidak begini jadinya hidupmu Zi.”

“Ya, aku tahu. Aku tersalah hitung dalam perjalanan untuk menghadapi hidup ini. Apa boleh buat, sudaah suratan nasibku begini. Berjanji ya Syim, kau akan menunaikan permintaanku tadi.”

“Aku berjanji Zi. Tenangkanlah fikiranmu di sini. Banyakkan mengingati Allah, semoga segala yang engkau lakukan akan mendapat keampunan dari-Nya. Okaylah Zi, aku balik dulu ya, Nanti aku jumpa engkau lagi.”

“Baiklah Syim. Jangan lupa ya.”

Semenjak hari itu, aku sering bertemu dengaan Fauzi jikalau ada kelapangan. Rohayu telah aku bawakan berjumpa Fauzi. Menangislah Ayu bertemu abang Fauzinya yang amat dia sayangi. Selainaku, Fauzilah yang amat mengambil berat segala telatah Ayu semasa kecil dahulu. Walaupun Ayu masih kecil ketika itu, tetapi dia masih ingat abang Ajinya. Ayu yang peah bercakap itu sering bertanyakan aku mengenai abang ajinya, jikalau melihat gambar-gambar Fauzi di dalam albumku.

17 September, 1989.

Hari ini adalah hari di mana hukuman ke atas Fauzi dijalankan. Rayuan Fauzi, tidak diterima, hukuman tetap dijalankan. Aku, Rohayu, isteriku, isteri Fauzi Rahimah dan adik-adik Fauzi telah pergi menyaksikan peristiwa itu. Setelah selesai, jenazah Fauzi dibawa pulang oleh Rahimah untuk disempurnakan. Maka berakhirlah sahabatku yang tersalah hitung dalam menjalani hidupnya.

Fauzi sahabatku, aku berjanji akan cuba memberi didikan yang sempurna kepada ank-anakmu. Aku tidak mahu mereka mejejak langkah-langkahmu. Percayalah, aku akan mendidik mereka. Rahimah telah aku peristerikan atas persetujuan isteriku Rohani. Maafkan aku Zi, jikalau aku melakukan kesalahan. Itulah cara yang sebaik-baiknya. Damailah engkau di alammu itu. Kami sentiasa mendoakan keamunan untukmu dari-Nya. Al-Fatihah.

Mac, 1990.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.