Home Cerpen Alternatif KEJAYAAN YANG TIDAK DISANGKA
KEJAYAAN YANG TIDAK DISANGKA
NORAZIZAM
13/7/2016 00:13:21
1,040
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif

Dr. Azini tersandar keletihan setelah pulang dari jamuan ulang tahun kejayaan syarikat Saintrio. Dr. Azini teringat kembali peristiwa yang menyebabkan tertubuhnya syarikat Saintrio. Peristiwa itu berlaku dua puluh tahun yang lalu. Peristiwa itu tidak disangka oleh mereka sama sekali.

Matahari hari itu menyinar di celah-celah dedaun dengan pancaran yang halus dan sungguh indah. Di bawah lindungan dedaun dan pancaran matahari itu, kelihatan dua orang gadis riang mengayuh basikal menuju destinasi masing-masing. Wajah mereka melambangkan kedamaian dan beerseri untuk memulakan hari baru yang penuh dengan cabaran ini.

Kayuhan basikal mereka diatur dengan cukup teliti, sopan sekali seperti peribadi orang yang memilikinya. Gadis-gadis ini telah melewati kawasan kebun getah dan kini melalui sebatang jalan yang sungguh sibuk dengan kenderaan, berlumba-lumba menuju tujuan masing-masing.

 Kini gadis-gadis itu telah sampai ke sederet kawasan perumahan. Gadis-gadis itu berhenti di sebuah rumah dan membunyikan loceng basikal mereka. Gamatlah dengan bunyi deringan loceng basikal mereka.

Kelihatan seorang gadis bergegas keluar dari rumah tersebut, mencapai basikal sambil melambai-lambai pada ibunya. Gadis ini terus bergabung dengan kawan-kawannya yang sedang menunggu. Ketiga-tiga gadis itu ketawa riang menuju ke sekolah, yang kira-kira tiga kilometer dari kawasan perumahan tersebut.

 Setelah berkayuh kira-kira lima belas minit, mereka pun sampai ke kawasan sekolah mereka. Di pintu pagar, mereka disambut dengan riang oleh kawan-kawan mereka. Sambutan ini diberi lebih-lebih lagi kepada seorang gadis bernama Azini.

Azini, Fahzana dan Fahzara, terpinga-pinga dengan sambutan kawan-kawan mereka yang tiba-tiba itu. Selama ini mereka memang terkenal nakalnya. Azini, Fahzana dan Fahzara menuju kelas mereka, setelah menyimpan basikal mereka di tempat yang disediakan. Sambutan di kelas 5 Edison iaitu kelas sains pertama juga demikian. 

Semuanya berwajah riang sambil mengucapkan tahniah kepada Azini, Fahzana dan Fahzara, tetapi yang menghairankan mereka ialah untuk apa ucapan tahniah itu diberi. Bila ditanya, tidak seorang pun kawan-kawan mereka sudi memberitahunya. Suasana riang ini berlanjutan sehingga loceng tanda memulakan pelajaran hari itu bermula.

Murid-murid seperti biasa bergegas ke tempat perhimpunan. Di tempat perhimpuanan, sudah sedia guru-guru dan guru besar. Pengetua dan guru-guru Sekolah Menengah Sri Setia juga kelihatan gembira.

 Keadaan ini membuatkan hati Azini, Fahzana dan Fahzara tertanya-tanya keadaan sebenar. Adakah mereka membuat sesuatu kesalahan lagi. Keadaan di tempat perhimpunan gamat dengan suara yang bercampur aduk. Ada yang tertoleh-toleh pada Fahzana, Azini dan Fahzara.

Guru yang bertugas hari itu tampil ke hadapan, untuk menenangkan keadaan yang riuh itu. Cikgu Normah yang kecil molek dan manis itu, berjaya menteteramkan keadaan, memang menjadi tumpuan semua di Sekolah Menengah Sri Setia. Dengan suara lunak dan manja itu, Cikgu Normah memberi sedikit ucapan dan seterusnya mempersilakan pengetua untuk membuat sedikit pengumuman.

Pengetua Sri Setia yang terkenal dengan tegas tetapi cepat mesra dengan murid itu memang dihormati oleh seisi sekolah. Pengetua dengan segaknya segera tampil ke hadapan untuk memberi sedikit ucapan. Dengan tenangnya, pengetua memulakan ucapan.

“Tentu murid-murid tertanya-tanya, apakah berita yang akan saya sampaikan? Mungkin juga ada di antara murid-murid dan guru-guru sudah mengetahuinya. Murid-murid tidak perlu takut atau gusar dengan penampilan saya ini. 

 Memang saya jarang berucap di perhimpunan, tetapi tidakk semestinya setiap kali saya muncul di perhimpunan, berita buruk yang akan saya beritahu. Ada kalanya, berita baik juga seperti berita yang akan saya sampaikan pada hari ini.”

Pengetua berhanti sebentar sambil membelek-belek sehelai kertas di tangannya, sebelum meneruskan ucapan. Muka murid-murid kesemuanya seperti ingin mengetahui berita yang akan disampaikan oleh pengetua itu seterusnya. Pengetua menyambung semula ucapannya.

“Ya…, berita ini sungguh membanggakan sekolah ini. Murid-murid tentu masih ingat, pertandingan mencipta alatan sains untuk kegunaan harian, dianjurkan oleh kerajaan negeri. Seperti yang murid-murid sedia maklum, pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah ini. Tanpa diduga tiga pelajar dari sekolah ini, telah menghantar hasil ciptaan mereka ke pertandingan tersebut. Hasil ciptaan mereka ini, telah berjaya mendapat tempat pertama.

Sekolah ini berterima kasih, merasa bangga dengan tiga orang pelajar ini. Pelajar-pelajar itu ialah Azini binti Baharum, dan saudara kembar Fahzara, Fahzana binti Fahzil. Ketiga-tiganya dari kelas 5 Edison. Walaupun yang seperti kita semua maklum, ketiga-tiga mereka ini memang terkenal nakalnya, tetapi kenakalan mereeka inilah yang membawa kejayaan kepada mereka. Untuk makluman semua, mereka ini telah meminta saya memasukkan nama mereka dalam pertandingan tersebut, dengan ciptaan mereka yang diberi nama ‘pen ajaib’.

Semoga kejayaan mereka ini, menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Saya nasihatkan pelajar-pelajar yang agak nakal, supaua mereka mencontohi tiga pelajar ini. Walaupun mereka nakal, mereka juga dapat mengharumkan nama sekolah. Diminta ketiga-tiga pelajar ini tampil ke hadapan untuk menerima hadiah masing-masing. Sekian sahaja dari saya, terima kasih.”

Azini, Fahzara dan Fahzana tampil ke hadapan untuk menerima hasih mereka. Sambil itu, masih ramai lagi mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka itu. Azini, Fahzana mahupun Fahzara tidak menyangka pen yang mereka cipta, hanya sekadar suka-suka dan kenakalan mereka, telah Berjaya mendapat tempat di hati pengadil. Pen itu menggunakan sejenis dakwat khas, yang boleh ditulis di permukaan apa sekalipun.

Dakwat ini boleh dipadam dengan menggunakan pemadam biasa, tanpa meninggalkan sebarang kesan, walaupun dakwat itu sudah kering. Dakwat ini juga tahan lama dan tidak mudah luntur. Mereka pada mulanya, hanya suka-suka saja mencampurkan beberapa bahan kimia kepada sebotol dakwat kepunyaan Azini yang hampir habis.

 Bukannya mereka tidak ada duit untuk membeli yang baru, tetapi mereka lebih suka menghabiskan duit itu ke pusat hiburan. Akibatnya mereka selalu saja berkongsi barang keperluan sekolah mereka dan terpaksa berjimat pula

Mereka mengisi dakwat yang telah dicampur tadi ke dalam pen masing-masing. Mereka mula cuba menulis di atas kertas. Oleh kerana tulisan dengan menggunakan dakwat itu cantik dengan warna biru laut, tanpa mereka sedari mereka telah mula menconteng-conteng meja mereka.

 Bukan setakat meja mereka saja, malah dinding dan tingkap yang berdekatan dengan mereka pun telah habis diconteng. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi derap kaki menghampiri darjah mereka. Kelab-kabut mereka cuba memadamkan tulisan yang mereka buat itu..

“Hah! Apa yang kamu semua buat ini, saya akan memberitahu guru disiplin supaya kamu semua didenda” sergah seorang pengawas sekolah kepada Azini, Fahzara dan Fahzana.

Oleh kerana takut dan terperanjat dengan sergahan itu, mereka dengan tidak sengaja, dalam keadaan ketakutan mencapai pemadam masing-masing, lalu cuba memadam tulisan di meja mereka.

“Oh yah! Sungguh ajaib, aku dapat memadamkannya dengan pemadam ini tanpa sebarang kesan Zana, Zara”

“Aku pun…” kata Fahzana dan Fahzara serentak.

Mereka segera memadamkan semua tulisan itu, yang terdapat di meja, tingkap dan dinding kelas mereka. Hasilnya sungguh menakjubkan, kesemuanya hilang tanpa sebarang kesan diconteng. Apabila guru disiplin dating bersama pengawas tadi, semua tulisan itu telah berjaya dipadamkan.

 Guru disiplin merasa marah kerana dia lihat tiada kesan diconteng di mana-mana kelas itu, pengawas itu dimarahi kerana memberi laporan palsu dan meminta maaf kepada Azini, Fahzana dan Fahzara.

Azini, Fahzara dan Fahzana hanya mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum nakal kepada pengawas tadi. Dengan muka yang merah padam dan masam kerana dimarahi, pengawas itu berlalu dari kelas itu.

 Azini, Fahzara dan Fahzana merasa bersalah dan berjanji sesama mereka, untuk tidak menggunakan dakwat itu lagi dan melupakan peristiwa tadi. Mereka merasa kesal kerana perbuatan mereka, pengawas itu pula dimarahi.

Selang beberapa bulan selepas peristiwa itu, Azini, Fahzana dan Fahzara terdengar pertandingan yang telah membawa kejayaan mereka itu. Mereka segera berjumpa dan menyatakan .kesanggupan mereka untuk bertanding. Azini yang memang pandai dalam matapelajaran kimia itu segera menyelidiki dakwat yang mereka gunakan dahulu. 

Dengan bantuan Fahzana dan Fahzara, Azini dapat menghasilkan dakwat itu semula. Sebelum mereka serahkan hasil ciptaan mereka kepada pengetua, mereka terlebih dahulu mencubanya. Bukan setakat mereka buat seperti yang dilakukan masa kenakalan mereka dahulu, malah lebih lagi.

Dakwat yang telah siap dimasukkan ke dalam pen mereka, mereka campakkan ke dalam air dan tulisan dari dakwat itu didedahkan pada cahaya matahari yang terik dan ada yang direndam saja di dalam air. Dakwat itu tidak boleh dihilangkan melainkan dengan menggunakan pemadam sahaja.

 Tanpa pengetahuan rakan kelas, mereka memasuki pertandingan tersebut. Setelah menyerahkan hasil kerja itu kepada pengetua, Azini, Fahzara dan Fahzana semakin rajin. Pelajaran Kimia antara matapelajaran kegemaran mereka, tetapi kenakalan mereka makin menjadi-jadi. 

Mereka selalu mengambil bahan kimia tanpa pengetahuan pembantu makmal. Mereka juga selalu didenda semasa mencuri beberapa bahan kimia tersebut. Mereka tidak pernah serik sehinggalah berita kejayaan mereka diumumkan sebentar tadi.

Berita kejayaan mereka itu, tersebar luas di seluruh negeri dan mereka sering kai menerima publisiti di mana-mana mereka berada. Sekolah Menengah Sri Setia, sering kali meliputi dada-dada akhbar dan menjadi terkenal dengan sekelip mata. Itu semua adalah kerana kejayaan Azini, Fahzara dan Fahzana.

 Selepas peristiwa itu Azini, Fahzara dan Fahzana meninggalkan kenakalan mereka dan menjadi murid yang berjaya, sehingga tamat pelajaran di pusat pengajian tinggi. Selepas menamatkan pengajian mereka, mereka berpakat untuk menubuhkan sebuah syarikat saintis mereka sendiri. Kejayaan syarikat ini sungguh memuaskan sehingga sekarang. Mereka semua sudah berkeluarga dan sering mengunjungi antara satu sama lain.

“Mama! Mama…, Rini sudah rosak mama, tidak boleh berjalan lagi”

Dr. Azini tersedar dari lamunannya, lalu mmenumpukan perhatian pada anaknya Rohayu. Rohayu baru sahaja berumur lima tahun, tetapi dia seorang kanak-kanak yang cergas kerana sering dikelilingi oleh alat-alat moden. 

Rini yang disebutkan oleh Rohayu itu adalah sebuah patung robot yang dikeluarkan oleh syarikat Saintrio. Bapa Rohayu juga seorang saintis yang bekerja di Saintrio, yang merrupakan rakan kelas Azini, Fahzara dan Fahzana yang terpandai sekali.

(1988)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.