Home Cerpen Thriller/Aksi ADA APA DENGAN LAGU
ADA APA DENGAN LAGU
11/5/2016 13:22:06
1,794
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

Nazneen membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit. Dia perasan dia terikat di kerusi. Mulutnya juga di tampal dengan plaster. Nazneen meronta-ronta cuba melepaskan dirinya. Malangnya dia diikat dengan kuat sekali. Kedua-dua belah tangannya diikat di tepi kerusi. Dia pandang ke arah kiri. Fuad sedang terbaring berlumuran darah sama macam bibik tadi. Jadi siapa punya angkara semua ini.

Dia melihat ke arah kanan. Satu susuk tubuh berpakaian serba hitam sedang duduk di hadapan sebuah piano berwarna putih. Nazneen cuba melihat wajah lelaki itu namun gagal. Jari jemari lelaki itu lincah mengetuk satu persatu papan kekunci piano hingga membentuk sebuah lagu. Nazneen kenal lagu itu. Lagu yang sering menghantuinya. Lelaki itu kelihatan sangat tenang. Nazeen hanya mampu memerhati sahaja.

“Hello Nazneen… aku akan ambil nyawa kau tepat pada masa kau ambil nyawa orang yang aku sayang…” lelaki itu tersenyum sinis. Lelaki itu berpaling. Nazneen terkejut melihat pemuda itu. Kenapa mesti dia.

Wajah itu kelihatan sangat tenang dan tampan. Tak terlihat raut seorang pembunuh di wajah lelaki itu. Senyuman sinis lelaki itu kelihatan sangat manis di mata Nazneen. Kenapa mesti dia. Nazneen mengeluh lemah. Nazneen terpandangkan sesuatu. Di tangan lelaki itu terdapat sebilah pisau. Nazneen pasrah. Andai lelaki itu puas dengan kematiannya dia redha.

“Kasihan dia. Jadi kambing hitam dalam rancangan aku. Memang dia gila tapi tak cukup gila macam aku!” lelaki tadi menggaru kepalanya. Dia menolak badan yang terbaring di lantai dengan kakinya. Tiada tindak balas. Mungkin sudah mati. Nazneen semakin takut. Lelaki itu mendekatinya dan bergerak mengelilingi tempat dia diikat.

“Kau ingat tak kemalangan lima tahun lalu… kereta kau bergesel dengan kereta kancil berwarna merah di Bukit Antarabangsa. Pemandu kereta kancil tu tak mati tapi dia lumpuh.Tapi dia tak boleh terima hakikat dia tak sempurna. Dia perlukan kaki dia untuk menjadi pemain tenis yang berjaya. Dan akhirnya dia mati kerana murung…”

“Dan untuk pengetahuan kau pemandu tu adik aku!” nada suara lelaki itu turun naik. Sarat dengan kesedihan dan emosi. Pisau ditangannya bergoyang-goyang sebagaimana tangan lelaki itu bergerak mengikut penceritaannya.

“Kaulah pembunuh adik aku! Aku dah janji dengan mak aku yang aku akan jaga adik aku! Tapi kau dah bunuh dia sebelum sempat aku tunaikan janji aku!!!” lelaki tadi menjerit nyaring di telinga Nazneen. Nazneen menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tak membunuh sesiapa pun. Dia bukan pembunuh.

“Mak aku pernah cakap lagu dan irama tak pernah dapat dipisahkan. Begitu juga aku dan adik aku… tapi kau… kau dah bunuh adik aku! Kau pembunuh…” lelaki itu ketawa sekuat-kuat hati.

“Andai di pisah lagu dan irama… lemah tiada berjiwa… hampa…” lelaki itu menyanyikan lagu Getaran Jiwa. Dan ketawa lagi seperti orang hilang akal.

Nazneen cuba menjerit tapi suaranya tersekat dek plaster. Kerusi yang diduduki Nazneen bergoyang-goyang akibat rontaan Nazneen. Air mata mengalir deras di pipinya. Dia tidak menyangka itu penyebab dia terikat di sini. Dia bukan pembunuh.

“Hukuman untuk kau sekarang adalah mati perlahan-lahan sama seperti orang yang aku sayang mati… kau akan rasa sakit hingga ke akhir hayat kau. Sama macam adik aku!”

Pisau Rambo di tangan lelaki itu digerakkan di lengan Nazneen. Darah merah mengalir perlahan. Nazneen terasa pedih namun dia tidak berdaya untuk melawan. Tangannya terikat pada kerusi. Dan seterusnya tapak tangan Nazneen menjadi mangsa.

“Tangan ni yang pengang stereng kan. Jadi tangan ni patut terima hukuman jugak…” tapak tangan Nazneen di toreh dengan pisau. Nazneen cuba meronta lagi. Namun dia kehabisan kudrat. Dia terasa lemah melihat darah di lengan dan tapak tangnnya. Akhirnya jeritan Nazneen mengendur.

“Kau akan mati tapi bukan sekarang…nanti aku datang lagi untuk siksa kau.” lelaki itu menarik rambut Nazneen sambil berbisik di telingan Nazneen. Lelaki itu tersenyum puas melihat Nazneen terkulai lemah tak berdaya. Lelaki itu meninggalkan Nazneen seorang diri.

‘Adi tolong saya…’Nazneen menutup mata.

****

“Selamat tengah hari Puan.” Sapa Fuad sebaik sahaja ternampak kelibat Nazneen.

“Selamat tengah hari. Apa kamu buat kat sini?”

“Cuci tangan puan…” jawab Fuad.

Jawapan yang kurang bernas bagi Nazneen. Di luar ada pili air. Kenapa Fuad masuk ke dalam rumah. Nazneen malas nak berbahas panjang. Dia angguk saja.

Jantung Nazneen terhenti sebaik sahaja menyedari kehadiran kotak berwarna merah di atas meja makan. Kehadiran kotak hadiah itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Nazneen menggigit kukunya. Sesuatu yang dilakukannya bila dia rasa resah. Seluruh tubuhnya menggeletar.

Nazneen mendekati meja makan. Dia mengambil kad yang terletak elok di atas kotak hadiah. Dia menarik nafas dalam-dalam dan membuka kad itu.

Andai di pisah

Lagu dan irama

Lemah tiada berjiwa

Hampa.

- Aku akan ambil nyawa kau tepat pada masa kau ambil nyawa orang yang aku sayang-

Tangannya menggigil. Membaca tiap-tiap patah perkataan yang tertulis di permukaan kad berwarna merah itu membuatkan dirinya tak keruan. Rangkap terakhir lagu Getaran Jiwa dan juga ugutan untuk membunuhnya. Rasa takut takut mula beraja di hati. Peluh mula memercik di dahi. Isi dalam dalam kotak belum dia ketahui lagi.

Nazneen menguis penutup kotak dengan hujung jari untuk melihat isinya. Memikirkan kejutan yang bakal dia terima dia batalkan hasrat untuk melihat. Dia menjauhi meja lagi. Kehadiran hadiah misteri beserta rangkap lagu Getaran Jiwa memang menyiksa dirinya. Sudah sebulan dia dihantui dengan kehadiran kotak merah itu beserta lirik lagu Getaran Jiwa. Ada apa dengan lagu itu. Kenapa dia di tuduh membunuh. Siapa yang dia bunuh.

“Ya Allah… arghh…arghh…” Nazneen menjerit sekuat hati. Tangannya menepis kotak yang berada dia atas meja hingga tercampak ke bawah. Isi dalam kotak turut terkeluar. Bangkai seekor ayam putih yang masih lagi dilumuri darah.

Nazneen terduduk dah terus menjerit dari bawah meja. Jeritan Nazneen bergema di seluruh rumah agam itu sehingga mengejutkan suaminya yang berada di ruang kerja. Nazneen menjerit-jerit bagaikan orang hilang akal.

Adi terus berlari mendapatkan isterinya. Jeritan Nazneen yang sangat nyaring dan tak berhenti membuatkan dia panik. Dia tahu ini mesti angkara pengirim misteri itu lagi. Adi tertanya-tanya apa kejutan yang Nazneen terima kali ini.

“Adi tolong I… orang tu ugut nak bunuh I.” Nazneen terus memeluk suaminya. Tubuh Nazneen menggeletar akibat ketakutan. Nazneen menangis teresak-esak. Bukan sekali dua dia terima bungkusan ini malah sudah lebih tiga kali. Namun kali ini disertai dengan ugutan bunuh.

“Naz…Naz…I ada kat sini. Jangan nangis lagi sayang…” Adi menggosok belikat Nazneen untuk menenangkan hati isterinya. Dia tahu Nazneen sedang takut. Dia pun terkejut melihat bangkai ayam yang terdampar di lantai. Siapa punya angkara semua ini.

“Tuan Adi… Puan takde apa-apa ke? Saya dengar puan menjerit tadi.” Fuad yang sedang bekerja di luar rumah turut masuk untuk meninjau. Dia adalah pembantu merangkap tukang kebun di situ. Fuad turut risau mendengar jeritan Nazneen.

“Fuad kamu ada nampak tak sesiapa masuk ke dalam rumah ni?” tanya Adi.

“Tak ada tuan. Dari tadi saya sedang menyapu halaman sana. Tak ada nampak sesiapa pun.” jawab Fuad. Fuad bohong bisik Nazneen. Dia masuk ke dalam tadi.

“Tak apalah… tolong buang bangkai ayam ni. Buang jauh-jauh…”Adi memberi arahan. Dia tak mahu bangkai ayam ini terus terusan menganggu perasaan isterinya. Dia sendiri berasa jijik melihat ayam putih yang dicemari darah.

“Baik Tuan…”

Fuad segera melakukan kerjanya sesuai dengan arahan Adi. Adi membawa Nazneen ke bilik untuk berehat. Fikiran isterinya sedang bercelaru. Dia membaringkan Nazneen di katil. Kasihan Nazneen menjadi pucat dan tak bermaya kerana terlalu banyak menangis.

“I tak tahu kenapa I dituduh pembunuh. I pun tak tahu siapa yang I bunuh… I takut Adi. Macam mana orang tu boleh masuk rumah kita…” Nazneen bingung. Dia duduk mengahadap suaminya. Setahunya Adi telah menukar semua kod keselamatan rumah mereka. Bagaimana bungkusan itu terlepas masuk. Hanya mereka berdua dan pembantu rumah sahaja yang tahu kod keselamatan yang baru.

“You dah siasat latar belakang Fuad tu… mungkin dia…atau mungkin salah seorang orang gaji kita…”

“Naz… sudahlah. You rehat je. I akan panggil polis untuk siasat benda ni… jangan biarkan orang tu dapat pengaruhi you. I yakin Fuad tak macam tu. I kenal ayah dia. Ayah dia dah kerja kat sini sebelum kita kahwin lagi. I yakin you bukan pembunuh jadi tolong abaikan semua ni…” pujuk Adi. Dia risau melihat isterinya. Emosi Nazneen tak stabil dalam masa sebulan ni. mujur juga dia bekerja sendiri. mudah untuk dia menjaga Nazneen

“So you pun nak tuduh I pembunuh ke? I ni pembunuh maksud you!” Nazneen tiba-tiba meninggikan suaranya. Muka Nazneen kelihatan bengis. Mata Nazneen bertukar menjadi merah. Nazneen mengetap bibir menahan marah. Adi terkejut melihat perubahan isterinya.

“I bukan pembunuh! I bukan pembunuh!” jerit Nazneen berulang-ulang kali. Tangannya menutup kedua-dua belah telinganya. Nazneen menarik rambutnya hingga kusut. Dia mencakar mukanya sendiri. Sesudah itu Nazneen menangis ibarat kanak-kanak kecil. Adi segera memeluk isterinya. Buat masa ini hanya itulah terapi yang boleh menenagkan Nazneen.

“Naz… tenang. You kena banyak rehat sayang…” Adi sedia maklum akan perubahan emosi Nazneen.

“Macam mana I nak tenang Adi… I takut sangat. I takut nak lelap mata…” Nazneen rasa tenang dalam pelukan suaminya. Seakan suaminya dewa pelindung bagi dia.

“Okey takpe… I akan temankan you kat sini sampai you tidur. Baringlah…”

Adi berbaring di sebelah Nazneen. Sesiapa pun yang berada di tempat Nazneen akan tertekan. Mendapat hadiah yang tak sepatutnya digelar hadiah. Anak patung tanpa kepala, tali gantung antara hadiah yang diterima Nazneen. Semua disertakan dengan lirik lagu Getaran Jiwa. Apa pula rahsia yang disimpan isterinya hingga dituduh sebagai pembunuh.

“Adi… thanks sebab sudi faham I. Thanks sebab jadi suami yang terbaik buat I…” Nazneen menutup mata. Adi menarik nafas lega. Dia menarik selimut menutupi tubuh insan kesayangannya.

“Hello Inspektor Bakar…” Adi menutup pintu bilik.

********

‘Getaran Jiwa… Melanda Hatiku… Tersusun nada…Irama dan lagu… ’

Nazneen terbangun dari tidur bila telinganya menangkap lagu Getaran Jiwa berkumandang. Dia bangun dan duduk dengan tegak. Dia berdiam untuk mendengar dari mana datangnya lagu itu. Dalam biliknya tak ada sebarang radio. Makin lama lagu itu makin kuat hingga bergema di seluruh bilik.

Nazneen sudah tak tentu arah. Dia diserang ketakutan. Dia menutup telinganya. Tidak mahu membenarkan lagu itu terserap masuk ke dalam otaknya. Dia bukan pembunuh. Dia bukan pembunuh. Jerit Nazneen dalam hati. Dia bukan pembunuh. Dia tak perlu takut dan tunduk.

Pembunuh!

Nazneen melihat tulisan di cermin meja solek. Tulisan yang seakan ditulis dengan darah.

“Aku bukan pembunuh! Aku bukan pembunuh!” jerit Nazneen lagi. Namun suaranya tenggelam disebalik lagu Getaran Jiwa yang semakin kuat. Terasa getaran di hatinya. Sedikit demi sedikit semangatnya terhakis. Lagu Getaran Jiwa perlahan-lahan meresap dalam jiwanya.

“Aku pembunuh! Aku pembunuh!” bisik hati kecil Nazneen. Dia pembunuh… kini dia akui dia pembunuh. Nazneen mengakui dirinya pembunuh. Dia bangun dan menuju ke bilik mandi dengan pandangan kosong. Akhirnya dia tewas.

Dia seorang pembunuh. Dan hukuman untuk seorang pembunuh adalah kematian. Nazneen memandang kosong bilah pencukur ‘gillete’di tangannya. Adi memang suka memakai pencukur tradisional bukan yang moden seperti orang lain. Nazneen tersenyum sinis. Perlahan dia mengelar pergelangan tangannya. Darah mula menitik dan jatuh ke lantai. Dia ketawa sekuat-kuatnya.

“Naz apa you buat ni Ya Allah…” Adi datang tepat pada masanya. Dia merampas bilah pencukur dari Nazneen. Dia menekan pergelangan tangan Nazneen untuk menghentikan pendarahan.

“Aku pembunuh! Aku pembunuh! Hahahahaha!” Nazneen ketawa. Ayat yang sama diulang berkali-kali. Dia langsung tak berasa sakit. Dia puas. Adi merangkul Nazneen keluar dari bilik mandi. Ini semua salahnya yang membiarkan Nazneen berseorangan.

“Lepaskan aku! biar aku mati! Dia nak aku mati!” Nazneen terjerit-jerit bagaikan kerasukan. Dia menumbuk badan Adi.

“Nazneen!” Adi menampar pipi isterinya.

**********

“Macam mana dengan dia Danny…”

“Dia tak ada apa-apa. Nasib baik dia hanya sempat kelar sikit. Adi kalau you sayangkan dia. Please bawak dia jumpa psychiatric. She need help Adi…”

“Isteri I tak gila Danny…”

“I tak cakap dia gila… jumpa psychiatric tak semestinya orang gila. Kali dia okay, next time I tak sure dia akan okay. Dia pasti akan cari cara juga nak bunuh diri…”

“Thanks Danny…”

Adi mengiringi Danny keluar. Sahabat baik merangkap doctor peribadi dia. Nazneen sudah tidur dengan nyenyaknya selepas diberi suntikan. Adi dalam keadaan tertekan. Dia sayangkan Nazneen. Dia tak mahu isterinya di cop gila tapi dia juga mahu Nazneen pulih seperti sediakala. Cadangan Danny dia perlu pertimbangkan.

****

‘Tak mungkin hilang…irama dan lagu… bagaikan kembang… sentiasa bermadu…’

Nazneen tersedar. Lagu itu lagi. Nazneen meraba pergelangan tangannya yang sudah berbalut. Telinganya mendengar dengan jelas lagu Getaran Jiwa berkumandang di biliknya. Adakah ini khayalan atau kenyataan. Kenapa lagu ini hanya berkumandang di dalam bilik.

‘Aku akan ambil nyawa kau tepat pada masa kau ambil nyawa orang yang aku sayang’

Perkataan di cermin sudah bertukar. Bukan lagi perkatan pembunuh.

“Adi!” Jerit Nazneen.

“Adi!” jerit Nazneen lagi. Namun suaminya belum muncul. Dia mahu suaminya datang dan lihat semua itu. Dia tak gila. Dia memang nampak tulisan itu dan dengar lagu yang sama berulang kali.

“Adi!” Nazneen keluar dari bilik dan berlari-lari di sekitar rumah mencari suaminya.

“Naz…you ni dah kenapa? I kat sini.” Adi memanggil isterinya. Dia muncul dari dapur dan melihat Nazneen mencari-cari dirinya.

“Adi you kena ikut I…” Nazneen menarik tangan suaminya. Dia mahu menunjukkan tulisan di bilik kepada I. Namun bila sampai di bilik tulisan itu tiada.

“Naz… apa yang you nak tunjuk kat I.” tanya Adi. Mereka berdiri di hadapan meja solek.

“Tadi ada tulisan kat sini… ada lagu getaran jiwa.” ujar Nazneen lemah. Ke mana hilangnya tulisan tu. Macam mana tulisan tu boleh hilang.

“Naz… please… I nak you sedar yang semua ni cuma ilusi. Jangan biarkan emosi you mengatasi akal waras you. I tak nampak apa-apa tulisan atau dengar lagu pun. Itu semua cuma perasaan you…”

Nazneen diam. Tak mungkin itu cuma perasaan dia. Dia nampak tulisan tu jelas ada dan wujud lagu itu pun betul ada. Siapa orang yang mahu menganiaya dia. siapa orangnya yang menuduh dia pembunuh. Namun dia tak boleh memaksa Adi untuk turut percaya. Dia yakin ini semua angkara Fuad.

“Naz… I kena pergi attend meeting kat Kuala Selangor kejap lagi. Bibik akan temankan you. Fuad pun ada. Tolong jangan buat sesuatu yang bodoh sepanjang I tak ada. I pergi tak lama. Malam ni jugak I balik…” Adi memeluk Nazneen. Hatinya berat untuk meninggalkan isterinya di rumah. Namun tuntutan kerja perlu juga dia utamakan.

“Adi jangan tinggal I sorang-sorang…” rayu Nazneen. Dia takut kalau ditinggal suaminya. Ugutan yang diterima mungkin bakal jadi kenyataan. Nyawa dia dalam bahaya. Apatah lagi dengan Fuad. Dalam kepalanya hanya terbayang Fuad yang selalau tersenyum sinis kepadanya.

“Bibik ada nak temankan you… I pun dah arahkan Fuad tidur sini malam ni.”

“Kenapa Fuad. I rasa dia punca semua ni… dia yang…”

“Stop it Naz… I dah mintak Inspektor Bakar siasat. Lagu dengan tulisan tu hanya perasaan you aje. Kan I dah pesan jangan ikutkan sangat perasaan tu. Lepas habis meeting I terus balik. I akan bawak you jumpa psychiatric …” Adi mengusap pipi Nazneen yang dibasahi air mata.

“I tak gila Adi… Kenapa kena jumpa psychiatric… I tak gila…” ujar Nazneen perlahan. Adakah dia sudah gila. Adi suaminya sendiri anggap dia gila.

“I tak cakap you gila… you perlukan pertolongan Naz. Please Naz…”rayu Adi.

Nazneen angguk. Dia sayangkan Adi. Dia tak mahu Adi turut tertekan dengan masalahnya. Dia akan turut semua kemahuan suaminya.

“Tapi jangan tinggal I malam ni. I takutlah…” Nazneen merengek. Memang dia takut. Takut dengan ugutan yang dia terima siang tadi.

“Please sayang jangan macam ni. Meeting ni penting sangat…”

“Okey…” Nazneen membalas pelukan Adi. Dia tak boleh pentingkan diri. Dia harus kuat untuk suaminya.

*****

‘Walau hanya sederhana…tetapi tak mengapa…moga dapat membangkitkan…sedarlah wahai insan…’

Nazneen pandang siling. Lagu itu lagi. Dia cuba buat tak tahu dan cuba untuk lelapkan mata. Namun gagal kerana dia langsung tak terasa mengantuk. Matanya masih lagi berkelip-kelip memandang siling. Dia menutup telinganya.

‘Ini cuma khayalan semua ini tak wujud’ bisik hati kecil Nazneen. Dia melafazkannya berulang kali hingga lagu itu tak kedengaran. Nazneen menarik nafas lega. Memang betul ini semua mungkin khayalan dia. Dia menarik selimut untuk tidur.

‘Getaran Jiwa… Melanda Hatiku… Tersusun nada…Irama dan lagu… ’

Lagu itu kedengaran lagi malah lebih kuat dari tadi. Nazneen menutup telinganya dengan bantal.

‘Ini cuma khayalan semua ini tak wujud’Nazneen menyebutnya berulang kali. Namun lagu getaran Jiwa tetap berkumandang. Malah semakin lama semakin kuat. Bantal yang menutup telinganya gagal untuk menahan bunyi lagu Getaran Jiwa tembus ke gegendang telinganya. Nazneen berpeluh-peluh menahan takut. Badannya menggigil. Dia merengkot di bawah selimut. Tiba-tiba lagu itu berhenti. Nazneen bangun. Dia harus keluar dari situ.

“Bibik! Bibik! Fuad!” Nazneen menjeritkan nama kedua-dua pembantunya. Kata Adi bibik akan tidur di bilik sebelah dan Fuad pula berjaga di luar bilik. Namun kedua-duanya tidak menyahut.

“Bibik! Argghhh.” Nazneen membuka pintu bilik sebelah. Dia terkejut melihat bibik terbaring di lantai dengan kepalanya berlumuran darah. Nazneen menjerit. Dia keluar dari bilik dan berlari turun ke ruang tamu.

“Fuad! Fuad!” Nazneen memanggil Fuad. Tapi tiada jawapan. Dia lihat gunting tukang kebung yang biasa digunakan Fuad untuk mencantas pokok bunga ada di atas meja ruang tamu. Dan apa yang paling mengerikan gunting itu berlumuran darah. Dia betul-betul yakin sekarang yang Fuad adalah orangnya. Tunang Fuad meninggal dunia dalam kemalangan lima tahun lalu. Dan akibatnya Fuad mengalami gangguan jiwa.

Nazneen cuba menghubungi pihak polis. Dia mencari telefon. Dia terlupa telefon bimbitnya tertinggal di dalam bilik. Dia cuba mendail telefon rumah.

“Kau nak telefon siapa? Tak payah susah-susah. Aku dah potong talian telefon tadi…” Nazneen berpaling. Dia tidak terkejut melihat Fuad di hadapannya. Fuad sekarang bukanlah Fuad tukang kebun yang dia kenal. Fuad kelihatan bengis.

“Aku tak bunuh tunang kau… bukan aku yang bunuh…” Nazneen mengundur ke belakang. Namun langkahnya terhalang dengan sofa. Dia terduduk di sofa. Fuad berdiri tegak di hadapan Nazneen.

“Aku akan bunuh kau perlahan-lahan sama macam kau bunuh dia… hahahahaha.” Fuad sudah hilang akal waras. Dia ketawa sekuat-kuat hati. Nazneen berasa takut. Dengan kekuatan yang sedikit Nazneen menendang celang kangkang Fuad. Fuad menjerit kesakitan. Nazneen mengambil kesempatan untuk lari.

“Tak guna punya perempuan…” Fuad menarik rambut Nazneen dan dihantukkan ke meja.

***

“Adik… kenapa datang sini tak bagitau abang.”

“Adik singgah kejap je ni nak jumpa Kak Naz…” Nerina tersenyum. Bangga mempunyai abang ipar berstatus jutawan muda seperti Adi. Rezeki kakaknya bersuamikan lelaki sempurna seperti Adi.

“Masuklah dulu. Tak elok pulak cakap kat pintu pagar ni…”Adi mengajak adik iparnya masuk. Namun hatinya terselit risau kerana tiada siapa pun di rumah. Bibik dan Fuad juga tiada.

“Tak apalah bang. Kawan-kawan dah tunggu kat kereta tu…. Akak pergi mana. Call pun tak dapat.” Keluh Nerina. Dia rindu pada Nazneen. Sudah hampir dua bulan Nazneen tak menghubungi dirinya.

“Abang pun tak tau kakak pergi mana. Mungkin dia keluar kejap kot. Kereta pun tak ada kat garaj tu…”

“Abang biar betul. Ina rasa dah bertahun akak tak pegang stereng kereta. Lepas dia kemalangan dengan ayah dan mak, dia langsung tak boleh tengok kereta. Apa lagi nak drive. Lepas setahun baru dia okey. Itupun memang jangan haraplah akak nak drive…” Nerina ketawa kecil. Kalau kakaknya sudah berani memandu ini merupakan satu perkembangan yang baik. Mesti kakaknya sudah hilang trauma.

“Betul ke Ina… betul ke akak trauma memandu. Habis tu kereta tak ada dia keluar dengan siapa pulak…” Adi mula risau. Bagaimana Nazneen memandu kalau trauma. Bukan senang nak menghilangkan trauma.

“Betul bang… ina tak tipu. Tapi Ina pun musykil macam mana akak boleh mengaku dia yang sebabkan kemalangan lima tahun lepas. Masa keluar dari rumah Kak Fika yang drive. Tiba-tiba masa kemalangan kak Naz yang drive. Kak Fika tu memang gila… kalau tak bawak seratus tu tak sah. Apa yang musykil ni mcm mana akak boleh hilang trauma dalam sekelip mata je.” Nerina menggaru kepalanya yang dibaluti tudung bawal Adijuma. Memang kemalangan lima tahun lalau sangat misteri.

“Abang tak tau pun…” Adi bersuara lemah. Begitu berat derita yang di tanggung isterinya. Dia tak pernah tau kerana Nazneen tak pernah buka mulut.

“Kak Naz tu memang tak suka nak ungkit benda yang lepas… okeylah bang. Ina gerak dulu. Nanti kirim salam kat akak….” Nerina melihat jam di tangannya. Sudah banyak masa yang di ambil untuk dia berborak dengan abang iparnya. Dia punya rancangan lain dengan kawan-kawannya. Sesekali turun Kuala Lumpur. Merayaplah… apa lagi.

“Ina nah ini duit belanja…” Adi menghulurkan beberapa keeping duit berwarna ungu.

“Tak apalah bang duit Ina yang akak bagi banyak lagi.” Nerina menolak.

“Itu dari akak… ini dari abang…”

Nerina girang. Dapatlah dia berbelanja sesuka hatinya. Dia bersyukur kerana dapat menumpang senang abang iparnya.

***

Nazneen buka mata. Tangannya yang luka berdarah tadi sudah berbalut. Kedua-dua ikatan ditangannya juga sudah tiada. Dia tertanya-tanya sendiri apa yang sudah terjadi. Dia gagahkan diri untuk bangun. Mayat Fuad juga telah tiada. Dia berpusing-pusing di sekeliling tempat dia di kurung. Dia tak pasti dia di mana sekarang.

Nazneen duduk di kerusi bersebelahan piano. Dia menyentuh papan kekunci piano. Kasihan lelaki itu terlalu menderita atas kehilangan adiknya. Kalau dia kehilangan Nerina dengan cara yang sama pasti dia juga akan menderita seperti lelaki itu.

Nazneen terdengar bunyi tapak kaki. Nazneen tegak berdiri. Pasti lelaki itu kembali lagi. Nazneen berhasrat untuk sembunyi. Di bilik itu hanya ada sebuah piano dan juga kerusi tempat dia di ikat tadi. Dia tak boleh lari ke mana-mana. Lelaki itu berdiri dihadapannya. Satu pandangan lembut terpancar dari wajah lelaki itu. Tiada lagi aura bengis dan marah. Pandangan penuh penyesalan.

“Nazneen Humaira… aku ceraikan kau dengan talak satu…”

Nazneen terpaku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.