Home Cerpen Cinta PUISI CINTA BUAT MU
PUISI CINTA BUAT MU
29/9/2016 04:14:44
1,729
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Bismillahi Allahuakbar…”

Irfan membenamkan mata pisau ke leher ayam hingga putus urat merih dah urat halkum. Darah memancut keluar dari leher ayam. Setelah dipastikan ayam itu tidak bernyawa barulah ayam itu di serahkan kepada Syah untuk proses seterusnya. Proses membuang bulu ayam. Ayam yang diminta oleh pelanggan adalah ayam kampung jadi ayam hanya akan disembelih bila diminta.

“Eeuw…” seorang gadis menjerit kecil. Irfan tergelak. Dia sudah biasa dengan semua ni.

“Lain kali call je abang Syah kalau nak order ayam kampung. Sampai sini je dah siap potong…” Syah mencampakkan ayam ke dalam mesin khas untuk mencabut bulu ayam.

“Maklah tiba-tiba suruh beli ayam kampung. Nak jamu saudara nak datang malam ni. Nak mintak no phone abang tukang sembelih ayam tu boleh tak?” gadis itu tersenyum malu-malu. Siapa tak menggatal kalau si penjual ayam tu hensem macam Edward Cullen. Pasti tuan punya gerai senyum lebar bila orang beratur panjang beli ayam semata-mata nak tengok abang sado tukang sembelih ayam ni.

“Abang tukang sembelih ayam tak ada no telefon lagi. Dia belum beli telefon…” Syah jadi tukang jawab. Sementara Irfan tersenyum sahaja. Gerai mereka jadi tumpuan sejak Irfan bekerja di situ. Sekejap sahaja nama Irfan jadi sebutan di pasar Taman Melati.

“Takkan sombong kot abang tukang sembelih ayam ni…” gadis tadi tak puas hati. Di zaman serba canggih ni telefon bimbit adalah satu benda wajib.

“Bukan sombong… tapi betullah abang tak ada nombor telefon.” Akhirnya Irfan menjawab. susah juga kalau jumpa perempuan terlebih peramah macam ni. Syah menghulurkan tiga ekor ayam kampung yang sudah licin tanpa bulu.

Bunyi pisau berlaga dengan papan pemotong menyapa halwa telinga. Gadis tadi memerhatikan penuh minat legan Irfan yang sasa. Nampak sangat seksi menghayun pisau pemotong. Di tambah pula dengan wajah yang tampan. Memang tak tidur malam lah jawabnya. Tak sampai sepuluh minit tiga ekor ayam siap di potong. Setelah selesai urusan jual beli gadis itu berlalu pergi. Irfan memerhatikan meja yang sudah kosong. Matahari juga sudah mula memancarkan teriknya.

“Hari ni tak ada tempahan… jadi kita boleh balik awal.” Ujar Syah girang. Hari ini lima puluh ekor ayam habis di jual. Kehadiran Irfan memang membawa rezeki buat dia dan ayahnya.

“Abang Irfan… ada hadiah untuk abang!” dari jauh kedengaran suara melaungkan nama Irfan. Syakirin remaja OKU sedang berlari terkoncoh-koncoh ke arah gerai ayam mereka.

“Syakirin janganlah lari nanti jatuh. Jalan perlahan-lahan pun tak apa…” Ifran menyambut bungkusan hadiah dari tangan Syakirin. Nama je OKU tapi lincah mengalahkan budak normal.

Irfan membelek-belek kotak berwarna merah jambu dari tangan Syakirin. Ini kali pertama dia mendapat hadiah. Terdapat sekeping kad di lekatkan di atas kotak. Syah memandang dengan penuh minat. Dah lama dia bekerja di situ tapi satu hadiah pun tak pernah dapat. Bertuah sungguh Irfan.

Saat engkau tersenyum

Pagi turut tersenyum dengan megahnya

Jiwaku tenggelam dalam senyumanmu

Izinkan aku memiliki seraut senyumanmu

Biar menemani seluruh hariku.

Irfan baca puisi yang dicoretkan. Dia mengeluh. Apa gunanya punya seraut senyum yang indah jika masa lampau yang kelam. Dia lari bersembunyi di sini. Dia pelarian.

“Kenapa?” tanya Syah.

“Tak ada apa-apa,” jawab Irfan.

*****

“Abang Irfan… ada hadiah lagi ni.” Syakirin hulurkan kotak berwarna merah kepada Irfan. Beberapa orang gadis yang sedang menunggu giliran untuk membeli ayam berbisik-bisik sesama mereka.

“Syakirin siapa yang bagi ni.”tanya Irfan. Sudah seminggu dia dihujani dengan kotak hadiah. Semuanya kelengkapan lelaki. Setiap kali Syakirin datang setiap kali juga dia bertanya. Namun jawapannya tetap sama.

“Kakak tu dah amanahkan Syakirin untuk buat kerja. Dia kata jangan bagitau apa-apa kata bang sampailah dia nak bagitau. Jadi Syakirin pun terpaksa diam.” Syakirin buat isyarat zip mulut. Irfan kecewa.

“Orang dah bagi ambik ajelah. Nanti dia muncullah tu. Cukup dah satu persalinan hadiah kau tu. Dah macam hantaran pulak aku tengok.” Kata-kata Syah membuatkan Irfan berfikir lebih dalam. Siapa gadis misteri yang meluahkan rasa cintanya melalui sekeping kad. Kalau gadis itu tahu masa silamnya pasti gadis itu akan takut. Tapi Syakirin langsung tak bekerjasama. Langsung tiada maklumat mengenai gadis itu.

Irfan meneruskan kerjanya. Soal hadiah nanti akan dia fikirkan. Dia harus cari cara untuk pulangkan kembali hadiah yang dia terima. Percintaan langsung tiada tempat dalam perancangan hidupnya.

“Abang nak ayam kampung dua ekor. Siap potong ye.” Sorang gadis berbaju kurung muncul.

Irfan hadiahkan semyuman. Manakala Syah sudah tersengih-sengih. Ayam kampung lagi. Lebat betul rezeki mereka sekarang. Gara-gara abang sado jual ayam ni.

*****

“Kau pasti ke Maira?” tanya Azlin.

“Aku pasti sangat.” jawab Humaira yakin.

“Tapi kau boleh cari orang lain.”

“No… aku nak dia jugak. tak nak orang lain.”

“Ada apa dengan penjual ayam tu sampai kau gilakan dia sangat. Kenapa kau tak cari orang yang sepadan dengan kau. Dia cuma penjual ayam.” Azlin kurang senang bila kawannya jatuh cinta dengan penjual ayam di pasar. Memanglah penjual ayam tu hensem dan sado tapi setakat jual ayam tak menjamin masa depan.

“Aku tau harta aku banyak tapi salah ke kalau aku jatuh hati pada dia. Penjual ayam tak sepadan ke dengan usahawan macam aku. Aku mesti cari usahawan jugak ke baru sepadan.” Tempelak Humaira. Hatinya dah berkenan dengan penjual ayam itu. Tak boleh dinafikan lagi.

“Suka hati kaulah Humaira. Apa yang penting kau bahagia. Dah banyak derita yang kau tanggung. Aku sebagai kawan akan sokong kau.”

Humaira senyum. Akhirnya Azlin mengalah. Azlin adalah kawan baik merangkap PA yang dikenalinya sejak enam bulan lalu. Walaupun pertemuan mereka singkat tetapi hubungan mereka sudah ibarat adik beradik.

“Hari ni hadiah apa kau bagi…”

“Minyak wangi…” Humaira memegang kemas kotak berwarna merah. Kad yang dia tulis tadi di abaca berkali-kali. Harapannya begitu besar.

Tok! Tok! Tok!

Pintu cermin di ketuk. Syakirin tersengih di luar kereta. Humaira senyum. Mujur juga ada kanak-kanak OKU ini membantu dia.

“Assalamualaikum kakak manis…”Syakirin memberi salam. Dia suka panggil Humaira kakak manis. Manakala Azlin dia panggil kakak cenge. Azlin agak garang sedikit berbanding Humaira.

“Waalaikumsalam Syakirin. Tolong bagitau dia ni….”Humaira membisikkan sesuatu di telingan Syakirin. Dia seakan merahsiakan sesuatu dari Azlin. Azlin buat tak tahu walaupun hatinya bergelodak ingin tahu.

*****

Hati ini inginkan cintamu

Diri ini inginkanmu

Cinta yang hadir membuat aku rindu

Salahkah aku mencintaimu

Masa lalu bukan ukuran

Bila hati sudah mencinta

Izinkan aku memilikimu

Izinkan aku jadi penawar duka

Izinkan aku rawat masa silammu yang kelam.

Izinkan aku bertakhta di hatimu.

Irfan membaca tiap-tiap bait kata yang tertulis. Gadis ini tahu ke masa silam dia. Masa silam dia yang kelam. Dan juga semua dosa-dosa yang dia lakukan. Adakah gadis ini melamar dia.

“Abang… kakak manis tu cakap dia nak jumpa abang kalau abang setuju terima dia.” Syakirin setia menanti jawapan. Irfan jadi serba salah.

“Kau cakap kau terima lepas tu slow talk dengan perempuan tu. Mungkin kalau dia tahu semuanya dia akan undur diri kot.” Syah memberi nasihat. Dia tahu semuanya mengenai Irfan kerana Irfan sudah berterus terang.

“Aku…” Irfan serba salah.

“Pergi ajelah… terus terang.” Syah meyakinkan Irfan. Nampak sangat gadis ini betul bersungguh.

“Syakirin bagitau kakak manis tu abang terima…” Irfan setuju untuk bertemu gadis misterinya.

“Ok kalau macam tu. Abang balik bersiap sekarang lagi sejam kakak tu hantar kereta kat sini. jangan lambat tau nanti Syakirin tak dapat gaji pulak. Okey…” Syakirin senyum lebar. Kalau abang Irfan setuju kakak tu dah janji akan tolong mak dia bukak gerai jual kuih. Syakirin juga untuk. Kakak manis dia memang baik.

“Pergi balik bersiap… aku jaga kedai. Lagipun tak ramai orang ni.”

Irfan angguk.

“Kakak manis pesan. Pakai baju yang dia hadiahkan…” pesan Syakirin lagi. Irfan menaggalkan apron yang dipakainya dan disangkutkan di paku. Dia mahu hidup tenang di sini. Tapi kehadiran gadis misteri ni membuatkan dia sesak nafas. Luahan cinta yang membuatkan dia rindu untuk mencinta.

Irfan balik ke rumah Syah. Rumah bujang yang jadi tempat dia berteduh sejak enam bulan lalu. Irfan mengeluarkan hadiah gadis misteri itu dari almari. Hadiah yang terakhir diletakkan bersama. Memang lengkap satu persalinan. Sut Armani berwarna hitam. Jenama kegemarannya.

Selesai mandi Irfan mengenakan pakaian yang dihadiahkan gadis misteri itu. Seorang Irfan yang baru muncul di cermin. Irfan palingkan muka. Tak sanggup dia lihat imej itu. Wajah seorang yang banyak melakukan dosa. Irfan lihat jam di tangan. Hampir tamat masa yang diberi. Baru dia perasan semua hadiah yang dia dapat dari jenama kegemaran dia. Haruman yang dia pakai juga kegemaran dia.

****

“Hensemnya…” Irfan senyum. Beberapa orang gadis yang berselisih dengannya terhenti melihat dia. Dia tahu itu memang kelebihan dia sejak dulu lagi.

“Wah segaknya kawan aku ni. Dah macam tokoh korporat aku tengok… macam nak buat poster je gantung kat sini. lagi ramai kot orang datang kedai ni.” Syah berseloroh. Memang Irfan yang dihadapannya ini lain dengan Irfan yang dia jumpa setiap hari. Seakan dia pernah tengok muka ni dimana-mana.

“Aku okey je. Asalkan boleh bantu bisnes kau maju.”

“Abang sado ni hensemlah. Patutlah ramai peminat.” Syakirin rasa kagum.

“Syakirin baru tau ke abang sado ni hensem. Ini sebab kenapa gerai abang Syah penuh…”

Mereka bertiga ketawa bersama. Syakirin kurang faham tapi dia tetap juga ketawa. Melihat abang sado muncul dengan penuh gaya dia rasa lega. Kakak manis pasti suka.

Sebuah kereta BMW berhenti betul-betul di depan gerai ayam mereka. Kata Syakirin itu kereta kakak manis dia. Irfan masuk dalam kereta seperti yang di arahkan. Dia melihat bayangan Syah dan Syakirin yang semaki mengecil di belakangnya. Harap-harap apa yang dia lakukan betul.

Kereta berhenti di sebuah banglo mewah. Irfan di arahkan oleh pemandu untuk terus ke taman mini di belakang. Irfan mengikut arahan. Dia berjalan perlahan menyusur laluan yang di buat khas. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri di tepi kolam ikan. Gadis itu berambut panjang melepasi ketiak. Tapi kata Syakirin kakak manisnya bertudung.

Irfan mendekat. Gadis itu berpaling dengan senyuman. Irfan terkejut. Peluh mula menitik. Benarkah apa yang dilihatnya. Masa lalu dia terimbau kembali.

“Assalamualaikum Adi… kenapa lama sangat you merajuk.”

Nazneen berdiri di hadapannya. Nazneen isterinya dan juga orang yang dia cuba bunuh enam bulan lalu. Nazneen mencari dia pasti untuk membalas dendam.

“Naz… I…”

“Kenapa lama sangat you merajuk… I rindukan you Adi.” Nazneen mendekat dan memeluk suaminya dengan erat. Dia rindukan suaminya.

“I dah ceraikan you Nazneen. Kita dah jadi orang asing.” Adi menolak tubuh Nazneen. Dia juga rindu pada Nazneen tapi apakan daya dia sudah melafazkan talak enam bulan lalu. Nazneen tetap tak perduli. Dia memaluk Adi lagi sekali.

“Nazneen please…”

“Kita rujuk balik. I really need you…” Nazneen memperkemaskan pelukannya.

“Nazneen, I pernah cuba bunuh you. Kenapa you nak kembali kepada I balik. Dan kenapa you tak report polis pasal I.” Adi menolak Nazneen lembut. Dia menjauhi Nazneen.

“Sebab you tak salah. Siapapun akan jadi macam you kalau kat tempat you…”

“I tak cintakan you… I kahwin dengan you sebab nak balas dendam.” Pengakuan Adi cukup untuk membuatkan Nazneen sedih. Dia sedar itu semua sebaik sahaja satu-persatu rahsia Adi terbongkar.

“I cintakan you.” Nazneen tak putus asa.

“I tak cintakan you…”

“Kalau macam tu tak boleh buat apa. I nak mintak tolong satu je. Boleh tak stay dengan I sampai anak kita lahir. I nak suami I di sisi saat melahirkan nanti. Tak lama Adi dua bulan je lagi. Please…” Rayu Nazneen dengan linangan air mata.

“Maksud you… Ya Allah.” Adi meraup wajahnya. Rupanya semasa dia meyeksa Nazneen isterinya itu sedang mengandung. Dia hampir membunuh zuriatnya sekali semasa berniat membunuh Nazneen.

“I baru tau I pregnant lepas malam kejadian tu. Mujur jugak you tak teruskan rancangan you…”

“Maafkan I… Nerina bagitau I yang you tak pernah drive sejak kematian mak dengan ayah you. Jadi I rasa orang lain yang drive masa kemalangan tu.”

“Fika yang drive tapi dia mintak I mengaku sebab dia nak pergi sambung belajar. I terima sebab upah. Dia janji akan biyai semua kos pelajaran Nerina kalau masuk universiti. Dan dia kotakan janji dia. sebab tu I tak salahkan you. I sanggup buat apa saja untuk adik I sama macam you sanggup buat apa saja untuk adik you.” Nazneen berkata jujur. Sudah lebih enam bulan dia mencari Adi. Akhirnya dia temui Adi yang bekerja sebagai penjual ayam.

“I dah lama cari you. Dan memang I sengaja dekat dengan you untuk balas dendam… I nak you merana macam mana I merana kehilangan adik I. Fuad tunang adik I. Dia yang tawarkan diri untuk menolong I. Jangan risau… dia dengan bibik tak mati. Fuad I hantar ke luar negara dengan bibik.” Terang Adi. Terjawab sudah persoalan kehilangan Fuad dan bibik. Nazneen menarik nafas lega. Rupanya Adi hanya mahu meyiksa jiwanya.

“I tak kisah tu semua… I Cuma nak suami I untuk dua bulan ni… please…lepas bersalin I akan tinggalkan tempat ni. I tak akan muncul depan you lagi.” Nazneen merayu lagi. Dia lelah dengan rasa rindunya pada Adi. Mungkin itu semua hanya pembawaan budak. Tapi dia pasti dia memang perlukan Adi saat ini.

Adi diam. Rayuan Nazneen menusuk tangkai hatinya. Seorang isteri merayu suaminya. Dia yang kejam meninggalkan Nazneen yang sedang menagndung. Kalaulah dia tahu pasti dia akan batalkan semua perancangan gilanya.

Dia memang berkahwin dengan Nazneen kerana ingin membalas dendam. Tapi lama kelamaan rasa cinta mula tumbuh membuatka dia berbelah bagi. Namun Fuad sentiasa mengingatkan dia akan tujuan mereka.

Adi raih tangan Nazneen dan tarik Nazneen ke dalam pelukannya. Dia cintakan Nazneen. Dia cintakan isterinya. Sekarang dia ada alasan untuk terus bersama Nazneen. Ada zuriat pengikat cinta mereka berdua.

“Kita akan besarkan anak ni sama-sama. Didik dia jadi anak yang soleh atau solehah. Kita juga akan tua bersama-sama. Jaga cucu sama-sama. Nazneen Humaira… please be wife again.” Bisik Adi di telingan Nazneen. Nazneen senyum gembira.

“Adi Irfan cinta Nazneen Humaira selamanya” Adi Irfan peluk isterinya erat. Besok perkara pertama yang dia akan buat pergi ke pejabat agama untuk mengesahkan status mereka. perkara kedua mengucapkan selamat tinggal pada Syah. Kenangan sebagai abang sado jual ayam tak mungkin dia lupakan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.