Home Cerpen Thriller/Aksi Laila
Laila
11/5/2016 13:04:33
2,193
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi
LAILA

Laila canggung…laila canggung…laila canggung…. 
Laila Canggung, Laila Canggung Laila Resah Hatinya Bingung

Suara Iyeth Bustami beralun merdu memecah keheningan malam. Laila mula menari mengikut rentak. Dengan berpakaian lengkap seperti penari, dia menari sepenuh hati. Lagu itu sering dinyanyikan oleh ayahnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ayahnya memang gemar nama Laila.Peminat setia cerita Laila dan Majnun. Sebab itu dia diberi nama Laila. Kata ayah kalau dia ada adik lelaki mungkin namanya Majnun.

Engkau Dipuji Engkau Dipuja, Laila Pandai Menari Cantik Parasnya Kemana-Mana Senyum Dibawa, Laila Riang Selasih Bertemu Gula, Tetapi Bunga Nasibnya Bunga, Laila Layu Dirayu Kumbang Nan Lalu.

Laila terus menari dan menari. Dirinya seakan sebati dengan lagu. Dialah Laila yang cantik jelita. Itu yang selalu ayah bisikkan di telinganya. Ya dia memang cantik dan jelita. Sejak kecil ramai yang memuji kecantikannya. Kecantikan yang diwarisi oleh dari ibunya Nur Laili, seorang penari. Namun ibunya meninggal dunia ketika melahirkan dia. Dunianya hanya ada ayah. Sama seprti bait lagu dia juga adalah Laila yang layu dirayu kumbang. Saban hari arwah ayahnya memutarkan lagu itu seakan menyesali apa yang terjadi pada dirinya. Dirinya hancur akibat lelaki. Hidupnya musnah sekelip mata akibat kealpaan dia.

Tiba-tiba Laila berhenti menari. Matanya terarah ke tengah-tengah bilik. Sekujur tubuh sudah yang sudah kaku menyapa pandangan matanya. Dia ketawa sekuat-kuat hatinya. Ketawa Laila bergema memecah kesunyian malam. Tiba-tiba terdengar salakan anjing dari luar rumah. Dia sambung menari sambil berpusing-pusing di sekeliling tubuh yang kaku itu. Darah yang membanjiri lantai dipijak-pijak oleh Laila tanpa sebarang perasaan.

****
“Hai you nampak cantik malam ni…”

Laila pandang sepi teguran pemuda itu. Siapa pemuda itu dia tak kenal. Tiba-tiba kata dia cantik. Laila pandang sekilas. Boleh tahan ada rupa ada body. Laila angkat kening dan senyum sekilas. Dia buat tak tahu. Perempuan harus pandai jual mahal.

“Margarita or tequila?” Tanya Ken. Laila senyum. Senyuman Ken memang memikat hati dia.

“No thanks Ken. Something non-alcohol tonight, Shirley Temple maybe.”

“Are you sure dear… this not Laila yang I kenal.”

“Tomorrow I ada meeting… tak boleh mabuk-mabuk.” Laila senyum.

“Ginger Ale or 7Up…”

“Seven up…” Jawab Laila yakin. Ginger ale dia tak suka.

Ken mengambil satu tin air seven up lalu dituangkan ke dalam gelas yang berisi air batu. Dan seterusnya menuang sedikit grenadine syrup untuk memberi perisa manis. Muzik yang kuat dan bingit tak menjejaskan tumpuan Laila ke arah Ken. Bartender yang sangat berdedikasi di mata Laila. Sekali-sekala di menjeling tubuh Ken yang sangat cantik di matanya. Six pack yang seksi. Laila telan air liur. Tapi Ken sangat susah untuk dipikat. Macam sombong pun ada. Tak sangka masih wujud lagi lelaki seperti Ken di dunia ni.

Laila Kamal merupakan pereka fesyen terkenal di Malaysia dan mula mencipta nama di persada antarabangsa. Sudah hampir dua tahun dia menjadi pengunjung setia kelab kecil yang diberi nama Destiny itu. Dan sudah hampir dua tahun juga dia mengenali Ken bartender di situ. Tumpuannya masih pada Ken. Dia perasan jejaka di sebelahnya asyik merenung dia. Mata-mata gatal ada di mana-mana.

“Nama I Hairi…”lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Sorry… not interested.” Laila jawab sekilas. Dia lebih berminat memerhatikan Ken yang sedang bekerja. Ken nampak lebih seksi dari Hairi yang sedang duduk di sebelahnya.

“Jemput minum Cik Laila…” Ken menyuakan gelas berisi minuman yang diminta Laila. Laila tergelak kecil. Ken sangat bersopan santun malam ni. Dia suka Ken. Lelaki yang tak pernah ambil kesempatan pada mana-mana perempuan di kelab ini. Yang datang semua macam dia dengan pakaian paling minimum di badan. Kalau mabuk tu toksah cakap lah semua nak ditanggal dari badan.

“I minat nak kenal dengan you Laila…” tegur Hairi lagi. Laila buat tak tahu. Dia menyicip minumannya sambil badannya bergoyang mengikut rentak lagu.

“Not interested…”jawab Laila lagi.

“Laila… you dah betul-betul sombong sekarang ni. Mentang-mentanglah dah terkenal. You tak ingat I siapa ke? You tak ingat Hairi Jamal ex-boyfriend you kat London dulu.”

Laila tersentak. Hampir dia tersedak. Sial punya Hairi. Berani dia tunjuk muka kat sini. Patutlah dia rasa tak ingin nak kenal walaupun pemuda itu tampan dan kena dengan seleranya. Laila mula panas. Minuman sejuk yang mengalir di tekaknya gagal membuatkan dia tenang. Puas hatinya menahan sabar dengan pemuda di sebelahnya itu sejak dari tadi lagi. Rupa-rupanya pemuda itu adalah Hairi. Lelaki yang paling dia benci.

“Berani you tunjuk muka kat sini. I kan dah cakap kalau you berani tunjuk muka depan I maut menanti you…” lembut sahaja suara Laila namun sangat tegas di telinga Hari. Ken menjeling Laila dan Hairi. Wajah Laila nampak sangat tegang.

“Come on Laila… takkan you ingat lagi hal kita sepuluh tahun lepas tu. Kita sama-sama muda masa tu…”

“I tak akan lupa Hairi sampai bila-bila. I hate you…”

“I tau you takkan lupa momen indah kita bersama kan… Momen istimewa antara kita berdua…” bisik Hairi di telinga Laila. Laila ketap bibir. Kalau boleh dia ingin lupakan semua itu. lupakan kebodohan dia sepuluh tahun lalu. Kerana Hairi dia begini. Hairi yang memusnahkan hidup dia.

“Memang I tak lupa Hairi tapi I pun tak nak ingat momen bodoh tu…”

“Laila… kata orang cinta pertama sukar untuk dilupa. Dan I pasti jugak lelaki pertama pun you tak akan lupa kan…” Hairi senyum sinis seakan mencabar kesabaran Laila. Hairi lupa barangkali beribu derita Laila alami kerana dia. Tak mungkin Laila lupa semua tu. Namun Laila punya rencana lain.

“Memang betul kata you… lelaki pertama memang susah nak lupa. You lelaki paling bertuah kerana memiliki mahkota I.” Bisik Laila sambil menggeselkan hidungnya di pipi Hairi. Tapak tangannya merayap di dada bidang Hairi. Lelaki tak susah untuk di goda. Dia harus beri pengajaran pada lelaki tak tahu malu macam Hairi.

Hairi bergetar dengan sentuhan Laila. Dia tahu sekeras-keras hati Laila akan terpujuk juga. Dia mahu memiliki Laila sekali lagi. Kalaulah dia tahu identity sebenar Laila semasa di London dia tak akan sekali-kali meninggalkan gadis itu. Laila anak seorang jutawan rupanya walaupun berasal dari kampung.

“Kalau nak nikmati moment tu lagi you kena ikut I balik…” Laila menarik kolar baju Hairi hingga bibir mereka hampir bersentuhan. Hairi kurang sabar dan hampir mencium Laila. Namun Laila pantas bangun.

***
 “Hairi you boleh sabar tak… I ada kat sini je…” Laila cuba menolak Hairi yang begitu rakus memeluknya sejak mereka masuk ke bilik tadi.

“I rindukan you…” bisik Hairi di telinga Laila. Tangannya sudah merayap di badan Laila. Laila diam dan membiarkan sahaja.

Tangan Laila mencapai piala kaca yang terletak di meja soleknya. Lalu dia memukul kepala Hairi sekuatnya. Ketinggian mereka agak sama jadi mudah untuk Laila memukul bahagian kiri kepala Hairi. Laila melihat badan Hairi mula melorot dan terbaring. Darah mula mengalir laju dari kepala Hairi.

“Lelaki bodoh… aku dah bagi kau amaran kan. Tapi kau degil jugak. Kenapa kau mesti muncul depan mata aku….” Laila berkata-kata ke arah Hairi. Dia meletakkan jari pada hidung Hairi. Masih bernafas lagi. Maknanya Hairi masih hidup.

“Hidup lagi rupanya. Habis kotor piala aku.” Laila mengesat darah di bucu piala yang berbentuk pyramid itu dengan bajunya. Laila langsung tak berasa geli atau takut. Dia meletakkan kembali piala di atas meja solek. Piala yang menjadi kebanggaan dia.

“Karpet aku pun kotor dengan darah kau… menyusahkan orang je.” Dengus Laila. Karpet berwarna kelabu di bilik tamu mula dicemari cecair berwarna merah. Darah Hairi mula bertakung di karpet. Laila hanya memerhati tanpa sebarang perasaan.

“Aku tak pernah jumpa orang paling pengotor macam kau ni tau tak… Dah satu hal aku nak buang kau…” Laila menjerit di telinga Hairi namun tiada balasan. Laila ketawa sekuat hatinya.

Laila menyeret tubuh Hairi ke bilik kosong di bawah tanah. Studio tempat dia menari melepaskan perasaan sebenarnya. Dan Hairi bukanlah lelaki pertama di situ. Ramai lelaki yang ‘pernah’ masuk ke studionya. Laila menarik Hairi dengan penuh kepayahan. Mujur juga banglonya dilengkapi dengan lif.

Laila tersenyum puas melihat tubuh Hairi di tengah bilik. Tangan Hairi diikat pada tiang yang ada di tengah-tengah studio. Kaki Hairi di ikat untuk mengelakkan lelaki itu lari. Tapi Hairi nak lari ke mana. Dia pun dah cedera. Laila mengambil pisau tanto yang di gantung khas di dinding. Laila menjeling peti sejuk beku yang terletak di sebelah meja. Hello semua apa khabar… Laila sengih. Tak lama lagi Hairi akan menyertai mereka semua.

Laila mengambil sebiji epal dan setin air coke dari peti ais mini. Lapar pulak rasanya. Ni semua Hairi punya pasal hilang seleranya untuk menikmati Pizza Papa John yang menjadi kegemarannya. Laila bersila di sebelah tubuh Hairi. Pening sangat kena ketuk agaknya sampai tak sedar diri. Kena heret pun tak sedar jugak.

Laila meneguk air coke dan menggigit epal tadi. Dia makan dengan agak rakus. Banyak tenaga yang dia guna untuk mengeheret tubuh Hairi tadi. Gila berat. Dulu Hairi kurus kerempeng je. Sekarang badan dah sado tentu berat dah tambah. Sebab tu dia tak kenal Hairi masa mula-mula tegur.

Laila menolak kepala Hairi dengan kaki. Di tolak berkali-kali tapi tak mahu jugak sedar. Laila bertambah geram. Kenapa tak nak bangun jugak.

"Bangunlah bodoh!" Dia hilang sabar lalu mencurahkan baki air coke ke atas muka Hairi. Biar tahu rasa. Di kejut tak nak bangun.

“Laila… you.” Hairi tersedar. Kepalanya dia rasa sakit sangat. Dia cuba untuk menggerakkan tangannya tapi terikat kemas. Kakinya juga terikat. Hairi memandang sekeliling bilik yang dipenuhi dengan cermin.

“Ye … kenapa?” jawab Laila selamba sambil menghabiskan baki epal.

“Apa you buat ni Laila. Kenapa you ikat I ni. Apa salah I?” soal Hairi berkali-kali. Senyuman Laila nampak lain. Senyuman menggoda tadi dah bertukar menjadi senyuman menakutkan.

“I dah cakap kat you dulu jangan pernah muncul depan mata I. Tapi you degil… you nak jugak kacau I. Kalau you tak desak I tadi ini semua tak akan terjadi. Lagipun I tak suka lelaki yang terlalu mendesak…” sini sahaja Laila. Pisau tanto yang ada di tangan di belek-belek berulang kali.

“Lepaskan I Laila… I janji tak akan muncul lagi.” rayu Hairi. Melihat pisau di tangan Laila dia tahu nyawanya dalam bahaya.

“Lepaskan you… No.” Laila senyum mengejek.

Laila melarikan pisau perlahan-lahan di atas badan Hairi. Hairi berasa takut. Dia menggerakkan kakinya. Untuk mengelak Laila. Laila mendengus. Salah dia sebab hanya mengikat tangan Hairi di tiang. Kakinya walaupun sudah diikat masih boleh bergerak.

“Kaki tu tak mau duduk diam…” Laila menghiris kedua-dua belah pergelangan kaki Hairi. Hairi menjerit kesakitan. Laila ketawa. Padan muka Hairi. Seterusnya Laila membuka kancing baju Hairi dengan menggunakan pisau.

“Laila please…” rayu Hairi lagi.

“No…” jawab Laila pendek. Hujung mata pisau sudah menari-nari di dada Hairi. Dada bidang Hairi ditoreh sedikit. Laila senyum. Dia mengukir namanya di dada Hairi.

“Laila tolong lepaskan I… I ada parents yang I kena jaga…”

“Parents? You ada parents ke? Kalau you sedar you ada parents you tak akan buat jahat kat anak orang lain. You tau tak sebab you ayah I meninggal...” Laila membenamkan pisau di perut Hairi. Dia geram dengan Hairi yang tiba-tiba sebut pasal keluarga.

“Sebab you ayah I menderita dihina dan dicaci diakhir hayat dia. Sebab you jugak I kehilangan kawan baik I Liela. You takkan lupa kot Liela yang mati bunuh diri sebab mengandungkan anak you tu!” jerit Laila sambil menikam perut Hairi berkali-kali. Darah merah mula mencemari tangannya yang putih dan mulus. Tak ada tanda-tanda Laila akan berhenti. Dia mengesat peluh di dahi. 

“Sial lah kau ni… habis darah kau kena dahi aku…” Laila mengelap tangnnya menggunakan kemaja Hairi. Dia menganggkat pisau tinggi.

“Allahuakbar… please Laila, stop.” Rayu Hairi. Laila menjadi tambah geram. Berani pulak Hairi sebut nama Allah. Laila benamkan pisau sekali lagi di perut Hairi.

“Baru nak ingat Allah… masa you buat dosa tak pernah nak ingat Allah. Masa you rosakkan hidup perempuan lemah macam I you tak ingat pun nama Allah!” Laila terus merobek perut Hairi dengan pisau. Hairi menjerit-jerit kesakitan.

“Lelaki sepatutnya melindungi perempuan bukan menghancurkan perempuan. Masa I rayu dulu untuk bertanggungjawab you gelak je…sekarang jangan harap I akan dengar sebarang rayuan you… pergi matilah.” Laila sudah hilang akal. Muka Hairi di toreh hingga hancur. Wajah tampan Hairi sudah hilang. Hairi mula senyap. Dadanya mendatar tidak lagi berombak.

“Aik… dah mati ke? Tak thrillah macam ni cepat sangat mati.” Laila kecewa. Banyak lagi dia nak buat. Tapi tak seronok kalau Hairi tak melawan.

“Kau tengok. Tangan aku pun dah kotor dengan darah kau… bencilah!” Laila menyepak muka Hairi berkali-kali. Perut Hairi yang sudah terburai isi dalamnya sedikit pun tak menakutkan Laila. Laila ketawa sekuatnya. Tiada lagi Laila yang cantik manis melainkan Laila yang berwajah iblis.

“Dah satu hal aku nak kena mandi pulak…”

Laila naik ke tingkat atas untuk membersihkan dirinya. Tiba-tiba dia terasa ingin menari.

***
Laila Canggung,Laila CanggungLaila Resah Hatinya BingungLaila Canggung, Laila CanggungLaila Resah Hatinya Bingung

Laila terus menari lagi. Dunianya hanya tertumpu pada lagu. Dia pejamkan mata. Tak mahu melihat imejnya sendiri di cermin. Laila yang cantik ini menyebabkan ayahnya mati. Dia mengalirkan air mata. Rindu pada ayahnya tak dapat diluahkan. Dia terus menari hingga kepenatan. Dia bersandar di dinding kaca. Lagu Laila canggung terus berputar berulang kali.

Tinggal Seruas Ujungnya Tebu Tawar Rasanya Laila Canggung Patah HatinyaKarena Bercinta Putus Bercinta Punai Terlepas Dari Genggaman Kasih PujaanLaila Bingung Apa SebabnyaSalah Tiada Dalam Bercinta

‘Maafkan Laila ayah. Laila gagal jaga diri sendiri. Laila dah kecewakan ayah. Laila rindu ayah. Laila nak ikut ayah.’

Laila ambil pisau tanto di sebelah jasad Hairi. Dia sudah penat dengan semua ini. Dia penat dibebani rasa bersalah jadi penyebab kematian ayahnya. Perlahan dia menghiris pergelangan tangannya sendiri. Darah merah mula mengalir. Laila pejam mata menunggu malaikat maut menjemputnya.

 ‘Laila rindu ayah’

Dia dihantar ke London untuk belajar tapi terjerat dengan cinta palsu Hairi. Dia menyerahkan segalanya kepada Hairi hingga dia mengandung. Dia pulang ke Malaysia dan kandas pengajian. Ayahnya orang yang begitu di segani di kampung menjadi bahan maki dan cacian kerana dia.

Akhirnya ayah dia meninggal dunia kerana tekanan. Dia dianggap menjadi punca ayahnya mati hingga diusir keluar dari kampung. Tinggallah dia sebatang kara dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia keguguran selepas mengalami kemalangan dan disahkan tak boleh mengandung lagi. Dia amat kecewa. Dia mula berdendam pada lelaki. Dia bertemu Hairi selepas dua tahun. Hairi sekali lagi membuat onar dengan menghancurkan kawan baiknya Liela. Liela juga seperti dia terpedaya dengan cinta palsu Hairi. Namun Liela mengambil jalan mudah dengan menamatkan nyawanya sendiri. Sejak itu dia bersumpah akan menamatkan nyawa Hairi dengan tangannya andai mereka berjumpa.

*** 
“Lelaki ni masih hidup tuan…”

“Call ambulans lekas… perempuan ni pun masih hidup …”

Laila mendengar suara sayup-sayup di telinganya. Seakan suara Ken. Dia cuba untuk membuka mata namun terasa amat lemah. Terasa sepasang tangan memaut tubuhnya.

“Open your eyes Laila… you have to be strong.”

Laila buka mata sedikit. Kenapa dia dengar suara Ken. Bagaimana Ken boleh masuk ke rumah dia. Ken berpakaian seragam polis. Siapa Ken. Laila tutup mata kembali.

“Tuan… kami jumpa lelaki yang hilang sejak dua tahun lepas dalam bilik sana…”

‘Siapa yang masih hidup. Bukankah mereka semua sudah mati’ Laila bingung. Kenapa mereka semua masih hidup.

***
 “Dia tak pernah membunuh. Itu cuma halusinasi dia sahaja. Dia membayangkan membunuh mereka semua tapi sebenarnya akal waras dia membiarkan lelaki-lelaki itu semua hidup. Malah memberikan mereka makan dan minum. Cuma yang tak bagusnya lelaki-lelaki itu semua dikurung macam haiwan.” Penerangan doctor membuatkan Inspektor Khalish menarik nafas lega. Laila tak pernah membunuh. Itu sudah cukup bagi dia. Wanita itu hanya mengalami gangguan mental dan bukanlah seorang pembunuh.

Khalish memerhatikan Laila yang sedang nyenyak tidur. Sepanjang mengenali Laila dia tahu wanita itu seorang yang sangat tabah dan bercita-cita tinggi. Namun sebaik sahaja latar belakang Laila diselidiki, dia tahu ada sesuatu yang tak kena pada wanita itu. Banyak kes kehilangan anak-anak VVIP yang melibatkan Laila. Itupun dia bongkarkan secara tidak sengaja semasa penyamaran dia sebagai bartender bernama Ken di kelab Destiny. Misi asal dia adalah untuk menjejaki ketua pengedar dadah yang dikatakan kerap datang ke Destiny.

Mujur Hairi hanya cedera ringan akibat satu tikaman di perut. Keluarga Hairi juga enggan memanjangkan hal ini kerana melibatkan aib anak mereka. Biarlah Hairi mendapat balasan atas perbuatan dirinya.

“Ayah… maafkan Laila.” Air mata mengalir dari kelopak mata Laila yang terpejam.
“Awak rehatlah Laila… tidurlah. Lupakan dunia yang kejam ni. Saya harap awak sedar sebagai Laila yang baru. Laila gadis manis cinta hati saya di sekolah dulu. Saya akan tunggu awak…” bisik Khalish di telinga Laila. Laila senyum

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.