Home Cerpen Cinta IZINKAN KU PERGI
IZINKAN KU PERGI
25/6/2016 00:06:27
2,942
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Keisha tak mampu menahan titis air matanya. Memori dua tahun lalu terbayang di matanya. Jiwanya seakan melayang keluar dari jasad di saat melihat insan tersayang yang baru sejam menikahinya terbaring kaku di tepi jalan raya. Baju melayu berwarna putih dipenuhi dengan darah. Wajah tampan milik suami tampak sangat tenang. Bibir merah Zaharis seakan menguntum sebuah senyuman.

Saat yang paling menggembirakan bertukar menjadi detik paling hitam dalam hidupnya. Dia hanya mampu memeluk jasad suaminya yang sudah kaku. Zaharis tak sempat menunaikan janji untuk membahagiakan dia sebagai seorang isteri. Acara persandingan yang dirancang menjadi upacara pengkebumian Zaharis.

"Keisha..." Suraya memegang bahu Keisha. Dia faham perasaan sahabatnya.

"Su aku rindukan dia... aku rindukan dia sangat-sangat." Keisha bersuara hiba. Dia memeluk erat Suraya.

"Sha... dia dah lama pergi. Lupakan dia... Lupakan Zaharis..."

"Aku belum mampu Su..." Tangisan Keisha bertambah kuat. Suraya yang tak dapat menahan hibanya turut menangis.

Suraya memeluk Keisha. Puan Kamisah yang menyaksikan semua itu turut menangis. Hati tuanya berharap agak semuanya berjalan lancar. Tetamu yang hadir makin ramai memenuhi khemah-khemah yang didirikan.

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama

"Ma... Aris mana?" soalan pertama terpacul dari mulut Keisha sebaik sahaja dia sedar. Dia lihat mama menangis. Papa yang garang pun menangis sama.

"Mama... Aris mana. Flight pukul empat nanti tapi ni dah pukul tiga tak gerak lagi. Nak pergi KLIA tu bukan dekat...Aris ni lupa ke. Dia yang plan nak pergi honeymoon dia pulak yang hilang." Keisha membebel. Dia pelik tengok mamanya menangis tersedu-sedan. Ni bukan cerita Hindustan bila pengantin perempuan pergi ikut suami semua ahli keluarga menangis.

"Ma, Aris mana!"

Puan Kamisah diam.

"Aris.... Aris..." Keisha menjerit-jerit memanggil nama Zaharis. Dia perasan tangannya diikat dengan rantai besi. Keisha menarik tangannya sambil terjerit-jerit memaggil nama Zaharis.

"Apa ni ma... kenapa mama rantai Sha. Sha dah jadi milik Aris kami dah nikah. Mama tak boleh buat macam ni. Lepaskan Sha, lepaskan Sha!"

Puan Kamisah tak mampu meluahkan kata-kata. Dia memandang suaminya yang turut hiba.

"Lepaskan Sha... lepaslahhh!" Keisha menjerit. Dia menarik rantai besi yang diikatkan di tingkap. Namun kudratnya begitu lemah hingga dia terduduk.

"Ariiisss! Ariiss...." Keisha memanggil nama Zaharis berulang kali.

"Sha... mengucap Sha. Aris dah pergi sayang. Aris dah meninggal." Tuan Zamil mengusap ubun-ubun kepala anak gadisnya. Tak sanggup dia melihat Keisha dalam keadaan begini. Tapi apa dayanya pantang dia dan isterinya lepa Keisha akan berlari keluar mencari Zaharis. Merayau-rayau dalam keadaan kurang waras.

"Papa tipu, papa tak suka Sha kawin dengan Zaharis sebab tu papa cakap dia dah mati!"

"Papa tak tipu sayang... papa sendiri yang nikahkan Keisha dengan Aris kenapa mesti papa tak suka dia... Zaharis dah tak ada. Zaharis dah meninggal. Keisha faham tak." Tuan Zamil cuba berlembut dengan Keisha. Dia tak mampu untuk marah walaupun Keisha terus berdegil mencari orang yang sudah tiada.

"Aris...Sha nak Aris... Sha nak Aris..." Keisha enggan percaya suaminya telah tiada.

Dia sering terlupa yang suaminya Zaharis meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri. Kereta yang di naiki Zaharis bertembung dengan sebuah kereta lain yang tiba-tiba masuk ke lorong bertentangan. Zaharis dah Kherol meninggal di tempat kejadian.


Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

"Alhamdulillah kita dah sah jadi suami isteri. Aris gembira sangat akhirnya kita bersatu." Zaharis mengucup pipi Keisha. Terpancar kegembiraan di wajah Keisha saat Zaharis menyarungkan cincin di jari manisnya. Percintaan mereka selama dua tahun akhirnya berkahir di jinjang pelamin.

"Aris sorang gembira. Sha tak gembira..." Keisha menghadiahkan senyuman paling manis buat sang kekasih yang bergelar suaminya. Keisha memeluk suaminya. Zaharis membalas pelukan isterinya. Dia mencium ubun-ubun isterinya.

"Pengantin baru... agak-agaklah. Kita kat masjid ni kalau nak berasmaradana. Tunggu malam tak boleh ke?" Kherol menjerit dari pintu sebelah pemandu. Keisha melepaskan pelukannya. Zaharis tersengih. Dia mengangkat tangan ke arah Kherol. Lupa pulak. Semua dah bersedia dalam kereta masing-masing untuk ke rumah Keisha untuk majlis persandingan. Dia dan Keisha sempat 'bermesra' di situ.

"Kherol ni bisinglah. Kenapa kita kena naik kereta asing. Kan dah nikah. Sha nak naik kereta dengan Aris." Rengek Keisha.

"Kali ni je kita ikut cakap mama dengan papa. Lepas ni kita dah hidup berdua jadi biarlah mama dengan papa dengan anak perempuan diorang yang comel ni. " Zaharis memegang bahu. Dia mahu Keisha faham dan patuh pada permintaan keluarganya. Keisha angguk. Dia membuka pintu kereta papanya. Zaharis pula bergerak ke arah tempat penumpang di sebelah Kherol.

"Keisha Ariana..."

Keisha toleh ke arah Zaharis bila namanya di panggil. Zaharis tersenyum ke arahnya. Senyuman yang sukar Keish tafsirkan. Seakan ada sesuatu yang tersirat di sebalik senyuman itu. Agak lama mereka bertatapan. Zaharis memandangnya dengan pandangan seakan sayu.

"Saya sayang awak... saya cintakan awak. Janji dengan saya awak akan terus tersenyum."

Keisha pelik. Sejak bila pulak Zaharis berawak saya dengan dia. Jarang Zaharis ber'awak' dan ber'saya', macam burung wak-wak katanya.

"I Love you too Zaharis... saya janji." Keisha balas senyuman Zaharis.

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

"Saya nak berkenalan dengan awak."
"Saya tak minat. Pergi main jauh-jauh."
"Saya tak boleh jauh dengan awak. Magnet Aris dah bertemu dengan magnet Ariana, jadi sekarang magnet tu saling menarik."
"Whatever..."

Keisha renung gambar Zaharis. Sudah setahun Zaharis meninggalkannya. Rindunya pada sang suami tak pernah terpadam. Hari ini sepatutnya ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama tapi tarikh ini juga genap setahun Zaharis pergi.

"Sha mama tak paksa Sha lupakan dia tapi Sha kena teruskan hidup. Kalau Aris nampak Sha macam ni tentu dia sedih. Sha tak ingat ke pesanan terakhir arwah?" Puan Kamisah tak jemu-jemu memujuk Keisha. Dia cukup bersyukur anaknya dapat menerima hakikat yang sebenarnya.

"Dia nak Sya janji untuk terus tersenyum." Keisha masih ingat lagi kata-kata terakhir Zaharis sebelum mereka berpisah selama-lamanya. Sekarang baru dia faham erti senyuman Zaharis. Pandangan sayu suaminya adalah tanda dia akan ditinggalkan selamanya.

"Kami semua rindukan senyuman Sha... papa rindu anak papa yang selalu temankan papa memancing. Papa rindu sangat..."

Keisha cuba menahan sebak. Ya Allah dia terlalu mengikut kata hati hingga membuatkan kedua orang tuanya terluka. Dia sibuk rindukan Zaharis hingga membirakan mama dan papa rindu padanya.

"Papa mama... Maafkan Keisha."

"Mama dan papa sayang Keisha. Kami berdua akan sentiasa berada di sisi Keisha."

Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

"Kenapa Aris kejam sangat tinggalkan Sha. Kenapa Aris pilih hari pernikahan kita untuk pergi... Kenapa Aris... kenapa?" Keisha terduduk lemah di kubur Zaharis. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke pusara arwah suaminya. Selepas setahun baru dia ada keberanian untuk 'bertemu' Zaharis. Air mata di biar mengalir laju. Dia tak mampu menahan rasa hatinya. Rindu pada Zaharis menjerut perasaannya.

"Sha... tak baik cakap macam tu sayang. Ajal maut di tangan Allah tak akan pernah lewat walau sesaat pun. Ajal Zaharis sampai masa tu. Kita kena terima ketentuan Allah." Puan Kamisah mengusap bahu anaknya. Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan orang yang terasayang apatah lagi di hari pernikahan mereka.

"Sha rindukan Aris..."

"Semua orang rindukan Aris... Mak rindukan Aris. Kalau Sha sayang Aris tolong lepaskan dia. Sha kena teruskan hidup."

Permintaan ibu mertuanya membuatkan dia bertambah sayu. Melepaskan Zaharis untuk pergi dari hatinya bukan sesuatu yang dia mahukan. Hatinya masih penuh dengan nama Zaharis.

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku...

"Keisha... Aku rindu sangat kat kau. Akhirnya kau sudi keluar jumpa aku." Suraya memeluk Keisha erat.

"Aku pun rindukan kau jugak tapi sekarang ni aku rasa paru-paru aku tambah sempit.." Keisha rasa lemas kerana dipeluk begitu kuat. Selepas setahun ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Secret Recipe ni. Suraya melepaskan pelukannya. Dia tersengih. Setahun dia tak jumpa Keisha memanglah dia rindu separuh nyawa dengan adik beradik lain mak lain bapaknya.

"So technically kau dah okey ke?" tanya Suraya. Setahun sahabatnya berkurung diri dan enggan berjumpa sesiapa. Dia puas merayu untuk berjumpa tapi Keisha mahu bersendirian. Mujur Aunty Kamisah rajin mengirim segala berita dan perkembangan Keisha.

"Kalau aku tak okey takkan aku duduk kat sini," jawab Keisha. Dia keluar pun sekadar untuk menjaga hati mama dan juga ugutan putus sahabat dengan Suraya. Kalau tak dia pun malas nak keluar. Duduk rumah layan perasaan lagi bagus.

"Kau duduk dulu... aku pergi beli air. Kau nak minum apa, nak makan apa cakap je, aku belanja."

"Apa-apalah..." jawab Keisha. Dia tak ada mood untuk makan atau minum. Tapi untuk menjaga hati Suraya dia ikutkan sahaja. Suraya bangun untuk megambil menu. Rajinnya. Keisha jeling Suraya yang sudah pun masuk ke dalam kedai. Patutlah Suraya terlebih rajin. Cashier yang menjaga kaunter memang stok buat pakwe.

Keisha memandang sekilas ke arah keretanya yang di parker didepan kedai. Dia terlihat Zaharis sedang berepeluk tubuh sambil bersandar di keretanya. Betul ke apa yang dia lihat. Keisha bangun dan melangkah laju ke arah Zaharis yang sedang tersenyum.

"Aris..." Dia tersenyum gembira. Langkahnya terhenti. Muka Keisha mendarat elok di dada bidang seorang jejaka. Dia mendongak.

"Cubaan yang baik untuk mengorat seorang lelaki tampan. Nama saya Ikhwan bukan Zaharis." Sinis sungguh kata-kata pemuda itu. Keisha melangkah ke belakang. Pemuda itu nampak tampan dan bergaya. Tapi mulut kalah orang perempuan.

"I'm sorry muka you tak cukup tampan untuk buat I jatuh cinta. Cashier kat dalam sana lagi hensemlah. Baik I ngorat dia." Keisha tak mahu kalah. Dia pun boleh sinis. Keisha pandang keretanya. Bayang-bayang Zaharis sudah hilang. Ni semua jejaka perasan ni punya pasal.

"Saya tunggu kata maaf dari awak bukan kata-kata sinis tu."
Keisha tambah angin. Dia yang sinis atau lelaki bernama Ikhwan tu yang sinis.

"Saya minta maaf... sekarang tepi sikit." Keisha menolak badan Ikhwan ketepi. Dia melangkah ke depan tanpa perasan yang dia bakal terjerumus ke longkang. Ikhwan segera menarik lengan Keisha. Tarikan Ikhwan begitu kuat hingga mereka berdua jatuh dalam keadaan berpelukan. Keisha jatuh ke atas badan Ikhwan. Dia berusaha untuk bangun. Namun melihat tatapan mata Ikhwan dia terkenangkan seseorang.

"Saya tau saya ni hensem dan kehenseman saya adalah magnet untuk menarik perempuan rapat dengan saya. Tapi tolonglah kalau awak nak terus melekat macam ni kita kena nikah. Magnet saya dan magnet awak boleh terus melekat."

Keisha tergamam.

Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku...
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi...

"Sha... boleh tak kau janji ini kali terakhir kau akan nangis untuk Zaharis. Kau dah janji nak teruskan hidup kau. Izinkan dia pergi..." Suraya mengesat air mata Keisha dengan tisu. Dia harap wajah mendung Keisha akan segera bertukar gembira. Bingkai gambar Zaharis masih lagi di tangan Keisha. tinggal itu sahaja barang berkaitan dengan Zaharis yang masih belum dia masukkan ke dalam kotak.

"Aris... saya izinkan awak pergi. Izinkan saya mencintai dia. Mata dia sama macam awak. Kata-kata dia sama macam awak. Tapi saya pilih dia sebab dia berjaya buatkan saya jatuh cinta lagi. Maafkan saya kerana terpaksa melupakan awak. Awak akan tetap saya kenang sebagai cinta pertama saya." Keisha mengucup gambar Zaharis. Dia berjanji dengan Zaharis untuk terus tersenyum dan dia telah berjumpa dengan orang yang berjaya membuatkan dia senyum.

Keisha menyerahkan gambar Zaharis kepada Suraya. Dia perlu kotakan janjinya untuk terus tersenyum. Suraya memasukkan gambar Zaharis ke dalam kotak. Seterusnya kotak tersebut di berikan kepada Puan Kamisah yang setia menunggu dari tadi. Puan Kamisah mengesat airmatanya. Air mata yang mengalir hari ini adalah air mata gembira.

"Kak Suri tolong betulkan make up dia ni. Habis comot sebab nangis... kau kena comel hari ni sebab mamat magnet tu janji nak belikan aku tiket konsert Big Bang. Jadi sila tadah muka untuk make up sekali lagi." Suraya tersenyum sambil memandang cermin. Dia gembira bila Keisha setuju untuk menikah. Semua gembira bila Keisha jatuh cinta lagi.

"Ikhwan dah sampai tu... pengantin perempuan dah siap belum." Tuan Zamil muncul di depan pintu. Tuan Zamil orang paling sibuk hari ini sebab dia akan menerima menantu. Keisha tak mahu menikah di masjid sebab trauma dengan pernikahan dulu. Jadi pernikahan kali ini di buat di rumah sahaja.

"Kejap je lagi uncle... saya nak touch-up sikit." Suraya pulak sibuk menilik wajah.

"Kamu pengapit je jangan nak overshadow pengantin pulak. Cepat sikit bawak Sha turun..."

Keisha senyum. Suraya dengan ayahnya memang selalu bertengkar manja. Suraya dengan keluarganya bukan asing. Suraya dah jadi sebahagian dari keluarganya sejak dari sekolah rendah lagi.

'Aris... Sha sekarang tengah senyum. Macam yang Sha janji dulu... Sha akan terus tersenyum.'


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.