Home Cerpen Keluarga Kisah Raja Along
Kisah Raja Along
Laila Qaisara
5/11/2012 15:43:44
2,370
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

“Sayang,” Zarina masih tidak menjawab. Dia leka menyiapkan hidangan tengahari.


“Sayang,” Zarina mengangkat kening. Apa-apa ajalah laki aku ni….


“Mama!”


“Oi!” Zarina melatah. Dijeling sekilas si suami yang tersengih di pintu dapur. Mati sengihannya apabila lengannya dicubit kuat Zarina.


“Aduh! Sakitlah sayang!”


“Tu la! Mengacau orang lagi,” getus Zarina geram.


“Dah abang panggil, sayang tak dengar. Leka sangat memasak tu. Sampai tetamu dah sampai pun tak sedar,”


“Tetamu? Siapa?”


“Lupa la tu. Zura dan Zarul kan nak datang dengan anak-anak dia,” si suami mengingatkan.


“Zura? Eh, lupalah! Dia janji nak masakkan ayam masak hijau hari ni! Mana dia?”


“Ni?” si suami menghulurkan bekas makanan yang berisi ayam masak hijau sambil tersengih.


“Abang ni kan…,”


“Along,” Zarina dan Along sama-sama menoleh ke arah Zura yang berdiri tidak jauh dari mereka. Bertambah lebar sengihan Along.


“Along ni kan, suka sangat menyakat Kak Ina. Pekk karang baru tau,” usik Zura. Zarina sudah ketawa kecil. Along mengecilkan matanya.


“Eleh, bukan siapa-siapa pun Along nak usik. Bini Along. Kalau Along usik Zura tu lain cerita. Sebab nanti Zarul kejar Along balik,” balas Along pula. Dia tersengih balik. Zura membesarkan matanya. Ada ke cakap macam tu…..


“Lagipun, kalau Zura nak pekk Along, sampai ke? Hahahahaaa…..,” Along sudah tergelak besar. memang diakui, Along jauh lebih tinggi daripada Zura, sehinggakan Zura terpaksa mendongak untuk melihat wajahnya.


“Dah la, layan Along ni, sampai tahun depan tak habis. Jom kak, Zura tolong akak siapkan makan tengahari,” ajak Zura.


“Eh, tak payah la. Zura kan tetamu,” tegah Zarina. Namun Zura sudah masuk ke dapur, menarik lengan Zarina untuk ikut bersama. Dahi Along berkerut. Ni rumah Along ke rumah Zura ni?


“Ala, tak pe la kak..,” suara Zura sudah mulai lenyap di balik dapur. Along menggeleng sendiri. Dia mahu melangkah menuju ke ruang tamu apabila terlihat sekeping gambar yang terselit di celah-celah rak buku. Perlahan dia mengambil gambar tersebut. Sebentar kemudian dia tersenyum lebar apabila mendapati itu adalah gambarnya semasa kecil.


Namun senyumnya hanya seketika. Mendung mula terbit di wajahnya saat dia mengamati gambar itu. Gambar yang menceritakan seribu satu kisah silamnya. Fikirannya melayang mengingati masa lalu….


*****


“Mak,”


Mak Senah yang sedang menyusukan anak bongsunya, menoleh melihat Along yang masih berbaju sekolah sudah duduk di sampingnya. Along mengusap perlahan kepala adik bongsunya. Tersenyum melihat dia tidur lena.


“Nasi tak masak lagi ke, mak? Along lapar ni. Adik-adik pun lapar,” tanya Along.


Mak Senah mengeluh berat. “Beras dah habis, Along. Semalam, yang kamu makan bubur tu, itulah yang penghabisan,”


Wajah Along muram. “Ayah tak balik hari ni, mak?” setahunya semalam ayahnya pulang ke rumah Makcik Liza.


“Hari ni ayah balik rumah Makcik Hani, Along,” jawab Mak Senah perlahan. Dia tunduk. Tidak sanggup memandang wajah ayahnya itu. Didodoi perlahan anaknya yang sedang lena diulit mimpi itu.


“Along, tukar baju, nak. Pergi rumah Makcik Ramlah. Pinjam beras dengan dia,” arah Mak Senah.


“Makcik Ramlah? Hutang beras hari tu pun kita tak bayar lagi, mak,”


“Cakap dengan dia, hujung bulan ni mak bayar ye, lepas dapat duit jahit baju Madam Tan. Dia janji nak bayar hujung bulan ni,”


“Tapi Along segan la, mak…,”


“Along… tak kesian dengan adik-adik? Kesian diorang…..,” pujuk Mak Senah. Along diam. Dia memandang wajah adik-adiknya satu persatu. Rasa kasihan terbit di hatinya. Lambat-lambat dia bangun. Mak Senah tersenyum pahit.


“Assalamualaikum….,” ucap Along. Pintu diketuk bebeapa kali. Alang berdiri di belakang, mengikutnya sejak tadi.


Tiada jawapan.


“Assalamualaikum….,” muncul wajah bengis Makcik Ramlah sebaik pintu dikuak. “Hah, kamu! Nak apa?”


“Makcik, mak nak pinjam sikit beras…,”


“Sikit-sikit pinjam! Sikit-sikit pinjam!kamu dah tak ada duit sangat ke sampai nak mengemis beras dengan aku??”


Alang terkejut. Along pun. Tapi Along terpaksa tebalkan muka.


“Tolong la, makcik. Mak cakap hujung bulan dia bayar semua tu…,”


“Ah, aku tak kira! Kamu kena bayar dulu hutang beras kamu. Kalautidak, jangan harap dapat pinjam beras dari aku!” Makcik Ramlah mah berlalu masuk ke dalam.


“Tolong la makcik…,” hujung baju Makcik Ramlah dopegang. Makcik ramlah terkejut.


Pang!


Wajah Along terpaling. Dia hilang imbangan. Mujur Alang berada di belakang. Dia mendapatkan Along. Mata Along berkaca.


“Jangan degil boleh tak?” pintu rumah dihempas kasar. Berdentum bunyinya. Air mata Alang merembes keluar. Cepat-cepat Along menyeka air mata itu. Dia tersenyum pahit.


“Kamu ni Ram, kenapa kasar sangat dengan budak tu? Dia kan kecik lagi,” kedengaran suara Pak Sahar, suami Makcik Ramlah dari dalam.


“Abang tu, kenapa bagi muka sangat kat budak-budak tu? Abang ada hati dengan si Senah tu kan? Mengaku je la!” suara Makcik Ramlah semakin meninggi. Tidak suka apabila suaminya mengambil berat tentang Senah sekeluarga.


“Hesh, kamu ni! Selalu sangat cakap yang bukan-bukan. Kelau selalu la kamu cakap macam ni, bukan Senah yang itu abang nak, Senah yang lain abang cari!”


“Abang! Apa abang buat ni?”


“Susah nak cakap dengan orang yang takde perasaan macam kamu ni! Dia minta beras je, bukan nak merompak kamu!” Pak Sahar menjinjit sekampit beras ke pintu.


Pintu dikuak perlahan. Pak Sahar jatuh kasihan pada dua beradik itu. Sekampit beras yang dibawa tadi, diletak perlahan. Betul-betul di sebelah Along. Dia melutut di hadapan dua beradik itu.


“Along, pakcik minta maaf ye,” Pak Sahar mengusap perlahan pipi Along yang ditampar isterinya. Merah pipi itu. Kuat sangat isteri aku tampar tadi, fikirnya.


“Ambillah beras ni. Tak payah pinjam-pinjam. Pakcik sedekah,” kata Pak Sahar lagi. Terketar-ketar tangan Along mengambilnya. Kemudian diserahkan kepada Alang yang setia di belakangnya.


“Terima kasih, pakcik,”


Pak Sahar menyeluk saku seluarnya. “Nah, ambillah ni,” dia menghulurkan not RM50 kepada Along. Terkejut Along melihatnya.


“Eh, tak payah la, pakcik,”


“Ambil. Buat belanja lauk. Takkan nak makan nasi saja,” kata Pak Sahar. Along tunduk, air matanya menitis juga.


“Terima kasih banyak-banyak, pakcik,” kata Alang. Pak Sahar tersenyum. Dia mengusap perlahan kepala Alang.


*****


“Along, kita nak buat apa masuk semak lagi?” tanya Alang.


“Kita cari apa-apa yang boleh dimakan la….,” jawab Along. Matanya meliar memerhati keadaan sekeliling. Parang di tangan digenggam kemas.


“Bukan kita dah cari ke semalam? Kan tak habis lagi? Kenapa nak cari lagi?” tanya Alang.


“Memang la tak habis lagi, tapi tak cukup. Kan tinggal sikit je semalam,” jawab Along lagi.


“Luka Along dah okey ke?” tanya Alang lagi. Teringat peristiwa semalam, di mana Along diserang sekumpulan ulat bulu. Sepanjang malam Along mengerang kesakitan dek kerana bias gigitan ulat-ulat bulu itu.


“Lebam je la, bukan luka pun,” jawab Along. Dia mengusap perlahan tangannya. Tangannya paling teruk diserang kerana ingin melindungi kepalanya. “Esok lusa elok la ni,”


“Along,”


“Apa lagi?”


“Tu…..,” Alang menunjukkan seekor makhluk berdiri betul-betul di hadapan mereka. Alang tergamam. Alang telan liur.


“Er…. Alang,” panggil Along. Namun tidak bersahut.


“Alang,” masih tidak bersahut. Along menoleh ke belakang. Hampir pecah tawanya apabila melihat Alang menggigil ketakutan.


“Alang, ni kambing la, bukan anjing,” kata Along. Bukan dia tidak tahu trauma yang melanda Alang setelah dibaham anjing tidak lama dulu.


“La, kambing rupanya! Ingatkan anjing. Penat je takut tadi,” Alang membetulkan seluarnya. Along ketawa kecil.


“Nak tunggang?” tanya Along.


“Hah?” Alang terkejut.


“Jom tunggang,” Along sudah menghampiri kambing itu yang diam dari tadi.


“Nanti kambing tu mengamuk!” tegah Alang. Namun sudah terlambat. Along sudahpun mendekati kambing itu dan mengusap kepalanya perlahan.


“Tak mengamuk pun,” balas Along selamba. “Jomlah naik,”


“Tak apa ke ni? Entah kambing siapa la ni….,” kaki Alang sudah melangkah menghampiri Along dan kambing tersebut. Perasaan takut masih menyelubungi dirinya namun kerana Along, digagahkan juga kakinya melangkah. Along tersenyum melihat telatah adiknya itu.


“Jom!” diangkat tubuh kecil itu ke atas kambing tersebut. Kamudian Along pula melompat naik ke atasnya. Dia tersenyum melihat senyuman bahagia di bibir Along.


Setelah beberapa lama….


“Along,”


“Ya,”


“Kalau kita sembelih kambing ni, mak suka tak?”


“Mana boleh sembelih!”


“Kenapa pulak?”


“Kambing ni bukan kita punya la, mana boleh sesuka hati je sembelih,”


“Habis tu kenapa kita naik atas kambing ni?”


“Err….,”


“Ya ALLAH! Kambing aku!”


Terkejut Along dan Alang apabila mendengar jeritan itu. Terkocoh-kocoh mereka turun dari kambing itu dan berlari balik ke rumah. Namun di hujung larian, mereka sama-sama ketawa.


*****


“Mana budak ni? Dah pukul 2.30 petang, tak sampai-sampai lagi,” rungut Abang Said. Berulangkali dia melihat jam di tangan. Janji Along, dia akan sampai pada jam dua petang. Abang Said risau kalau-kalau berlaku sesuatu di perjalanan.


“Assalamualaikum,”


“Walaikumsalam,” Abang Said menjawab salam sambil menoleh ke belakang. Dia tersenyum melihat Along yang tersengih memandangnya.


“Kenapa lambat?”


“Minta maaf, Abang Said. Rantai basikal buat hal pulak kat tengah jalan. Betulkan rantai tu dulu. Tu yang lambat ni,” tulus Along memohon maaf.


“Biasalah, basikal tua. Abang maafkan,” Abang Said melihat tangan Along yang kotor. Dia menggeleng perlahan.


“Pergi basuh tangan dulu. Lepas tu ambil tong air kat belakang tu. Abang tunggu kat sini,” arah Abang Said. Laju Along berlari ke tandas untuk membasuh tangannya.


Menjelang malam….


“Said, air tebu dua jag,” pinta salah seorang pelanggan.


“Orait bang!”


“Eh, lupa pulak! Kacang rebus dua bungkus,”


“Orait bang! Along, bungkuskan kacang rebus dua,” arah Abang Said. Along mengangguk. tangannya pantas membuat kerja.


“Said, budak ni umurnya berapa? Malam-malam macam ni ada kat sini lagi…,” bisik pelanggan tadi kepada Abang Said.


“Baru 11 tahun bang,” jawab Abang Said jujur.


“Mak bapak dia tahu ke dia kat sini? Entah-entah dia budak jahat…,” tangan Along yang sibuk membungkus kacang rebus terhenti. Hatinya tersayat apabila mendengar kata-kata pelanggan itu. Mujur sahaja kacang rebus yang diminta sudah siap dibungkus.


“Dia nak tolong mak dia. Saya cuma bantu mana yang perlu je. Tak apalah. Along, kacang rebus tu dah siap?” tanya Abang Said. Along tersentak. Pantas dia menghulurkan bungkusan kacang rebus sambil tersenyum hambar.


“Nah duitnya, Said. Budak, jangan lupa balik awal. Esok sekolah kan?” tanya pelanggan itu. Along hanya mengangguk perlahan.


“Barang semua dah siap, Along?” tanya Abang Said. Mereka baru sahaja sampai ke rumah Abang Said setelah menutup gerai mereka jam 12 tengah malam tadi. Dia mengerling jam di tangannya. Pukul 1 pagi.


“Dah, bang. Along dah basuh, Along dah lapkan, Along dah simpan dalam stor tu,” Along memberitahu. Abang Said mengangguk perlahan. Dia menyeluk saku seluarnya dan menghulurkan lima keping not RM 1 kepadanya. Along menyambutnya dalam senyuman.


“Terima kasih Abang Said,”


“Sama-sama. Esok, larat tak datang lagi?” tanya Abang Said. Dia sebenarnya kasihan dengan anak kecil itu. Semalam pun dia datang membantu. Balik jam 2 pagi.


“Eh, larat! Esok Along datang tolong lagi ye,” pinta Along penuh mengharap. Bukan boleh harap sangat Abang Said ni. Pernah sekali dia tidak membenarkan Along membantunya, kerana Along datang tujuh hari berturut-turut tanpa henti. Tak reti rehat ke budak ni?


“Ye la ye la, Along datang. Tapi datang awal. Nanti boleh balik awal,” pesan Abang Said.


“Ai ai, chif!” Along terus mencapai basikal tuanya dan terus mengayuh pulang ke rumah. Abang Said menggeleng perlahan. Kasihan memang kasihan dengan Along sekeluarga namun apa yang dia boleh buat, sekadar membenarkan Along membantunya. Lebih dari itu, dia tidak mampu.


*****


“Along, kenapa Along tersengih ni?” tanya Alang ketika sedang membonceng basikal tua yang ditunggangi Along. Sengihan Along melebar.


“Along! Alang tanya ni!” rajuk Alang. Bukan nak jawab soalan, sengih makin panjang adalah.


“Alang dapat nombor berapa, periksa hari tu?” tanya Along balik.


“Alang dapat nombor dua,” Alang menunjukkan dua jarinya.


“Dua?” tanya Along tidak percaya.


“Tolak satu,” Alang tersengih. Along buat muka geram.


“Nakal eh,”


“Along dapat nombor berapa? Along kan terer, mesti dapat nombor satu punya,”


“Along dapat nombor tiga,”


“Hah? Along dapat nombor tiga? Tak percayalah,”


“Betul la, Along dapat nombor tiga. Tolak dua. Hehehee…,”


“Along ni main-main la,” Alang menepuk lembut bahu Along yang sudah ketawa besar.


“Along, siapa tu?” tanya Along apabila melihat sebuah kereta di hadapan rumah mereka.


“Kawan mak kot, eh?” Along melihat sepasang suami isteri dihadapan pintu rumah, sedang berbual dengan Mak Senah. Si isteri mendukung erat adik bongsunya. Dia sudah berasa tidak sedap hati.


“Mak, siapa ni mak?” tanya Along sebaik sahaja dia menongkatkan basikalnya.


“Tipah, akak rasa baik kamu balik dulu,” gesa Mak Senah. Tipah mengangguk, lantas mengajak suaminya pulang.


“Mak, tu siapa mak? Kenapa dia bawak adik?” tanya Along. Nafasnya turun naik melawan gelora di hati.

“Dia nak jaga adik…,” jawab Mak Senah lemah. Along dan Alang terkejut.


“Mak, dia adik kitorang! Kenapa nak bagi orang lain jaga pulak?” tanya Alang.


“Kita tak mampu, nak….,”


“Along nak jaga adik! Acik, tolong jangan ambik adik!!!” jerit Along sambil cuba mengejar kereta itu yang sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumah itu.


“Along!” Mak Senah sudah terjelepuk di pintu.


“Mak!” Alang menerpa ke arah Mak Senah. Air matanya bercucuran membasahi pipi.


“Acik! Tolong jangan ambil adik!” Along terus berlari mengejar kereta itu. Namun apalah dayanya. Kereta itu terus menderum laju meninggalkan Along di belakangnya. Along terduduk di atas jalanraya.


“Acik…. Tolong jangan ambil adik….,” Along hanya melihat kereta itu meluncur pergi dalam tangisan.


*****


Tok! Tok! Tok! Pintu bilik disiplin diketuk kuat. Cikgu Seri yang sedang menyiapkan laporan disiplin pelajar tersentak. Lantas dia memandang ke arah pintu.


“Masuk!”


Pintu dikuak kasar. Muncul Ridzuan dan Along diikuti dua orang pengawas lelaki. Dahi Cikgu Seri berkerut. Apa lagi yang budak ni dah buat?


“Apa dia, Hariz?”


“Along dan Ridzuan bertumbuk kat kantin, cikgu,”


“Bertumbuk? Siapa yang mulakan dulu?”


“Along, cikgu,” pantas Farid menjawab. Dia menjeling sekilas ke arah Ridzuan yang tersenyum sinis ke arah Along yang hanya diam membisu sejak tadi.


“Along! Apa nak jadi dengan kamu ni? Minggu lepas pun kamu ditangkap sebab bergaduh kat padang sekolah! Kamu dah teringin nak jadi samseng ke?” meninggi suara Cikgu Seri bila nama Along disebut. Terkejut Along mendengarnya.


“Dia yang mulakan dulu…,” Along cuba membela diri.


“Dah! Kamu jangan nak tegakkan benang yang basah pulak kat sini! Bagi sini tangan tu!Cikgu Seri sudah memegang rotan. Dia cukup pantang apabila Along cuba menjawab kata-katanya. Sejak dari tingkatan satu lagi, Along sentiasa mencabar kredibilitinya sebagai guru disiplin di sekolah itu.


“Saya tak salah cikgu! Dia yang mulakan dulu! Dia cakap saya ni budak miskin, tak layak sekolah kat sini!” bentak Along keras. Dah memang dia tak bersalah, buat apa dia terima hukuman? Ini tidak adil!


“Dah memang itu pun hakikatnya! Yuran sekolah pun tak terbayar, ada hati nak jadi samseng kat sini? Dengan saya pulak tu!” Suara Cikgu Seri juga semakin meninggi. Kesabarannya mulai menipis.


“Cikgu tak ada hak nak cakap macam tu!”


Pang!


Spontan Along memegang pipinya. Pedihnya lebih dirasakan tatkala memandang senyuman sinis Ridzuan.


“Kamu juga tak ada hak melawan cakap saya! hulurkan tangan tu!”


Senyuman Ridzuan semakin sinis. Dia berjaya mengenakan Along kali ini. Dendamnya berjaya dilunaskan hari ini. Mindanya terbayang peristiwa dua tahun lalu.


“Ridzuan!” panggil Cikgu Azizah. Ridzuan melangkah dengan penuh macho ke hadapan kelas. Namun kemachoannya tercalar apabila Cikgu Azizah menyemburnya habis-habisan.


“Apa nak jadi dengan kamu ni hah? Main-main dalam kelas! Tengok, keputusan periksa kamu pun main-main macam kamu juga! Cuba tengok keputusan Along ni…,”


Along yang sedang menulis mendongakkan kepalanya apabila namanya disebut. Ridzuan menjeling tajam ke arahnya namun tidak dipedulikan. Dia kembali tunduk untuk menulis.


“Ridzuan!” satu suara yang dikenalinya memecah lamunannya. Dia tersenyum lalu menoleh. Hariz menghampirinya juga dengan senyuman.


“Seronok dapat kenakan budak miskin tu?” tanya Hariz. Dia juga berasa geram dengan Along yang sering dipui kerana kepintarannya. Tiba-tiba langkahnya mati.


“Puas hati aku,” Ridzuan pelik dengan tindakan kawannya yang berhenti melangkah secara tiba-tiba. Dia menoleh ke belakang, melihat wajah Hariz yang pucat. “Kau kenapa?”


“Hati kau puas ke? Kau tak terfikir yang dia nanti dia tak puas hati dengan kau, dia akan buat benda yang lebih teruk lagi?”


“Budak miskin tu boleh buat apa je? Cuba kau cakap dengan aku. Budak tu boleh buat apa je?”


“Tu,” Hariz menunjukkan motor aya Ridzuan yang selalu digunakan secara curi-curi. Ridzuan terkejut.


“Motor aku!!!!”


“Huh! Dasyat giler suara dia tu! Sampai ke sini boleh dengar,” ulas Amir apabila mendengar suara Ridzuan dari kejauhan.


“Long! Kenapa kau tak ambik je rim motor tu sekali? Takat buat lubang Segi Tiga Bermuda kat tayar tu, aku pun boleh…,” ulas Acai pula.


“Hei, teruk-teruk Along ni pun, dia masih ada perikemanusiaan tau! Kalau dia ambik rim motor tu sekali, mamat tu nak balik rumah dengan apa pulak? Hahahaaaaa………,”


“Ye tak ye jugak kan. Baiknya hati Along kita ni, kan Along? Along?”


“Hah? Apa? Korang cakap apa?”


“Eh, sejak bila puak Along pandai termenung ni? Kitorang tanya, Along puas hati tak dengan apa yang Along buat ni?”


“Hurm….,” Along bersuara sepatah. Amir menoleh seketika ke arah Along. Dia tahu jawapan itu tidak ikhlas.


Along merenung kosong pemandangan di hadapannya. Dia langsung tidak berasa puas dengan apa yang dilakukannya terhadap Ridzuan. Sebaliknya, dia berasa kosong. Osong yang amat sangat. Dia mengeluh perlahan.


*****


“Assalamualaikum,” salam diberi. Pintu juga diketuk bertalu-talu. Mak Senah yang sedang tekun menjahit terkejut mendengarnya. Dia menjeling jam di dinding. Pukul dua petang. Siapa yang datang waktu-waktu begini? Budak-budak belum balik dari sekolah lagi.


“Waalaikumsalam. Kejap,” kata Mak Senah sambil membuka pintu. Dia terkejut apabila mendapati dua orang polis berdiri tegak di hadapan rumahnya. “Ada apa, encik?”


“Puan ada anak nama Shahrien?”


“Itu anak sulung saya. kenapa?” jantung Mak Senah sudah berdebar-debar. Apa yang dilakukan Along kali ini….


“Kami tangkap anak puan mencuri di……..,” belum sempat anggota polis itu menghabiskan ayatnya, Mak Senah sudah rebah ke lantai. Alang yang baru pulang dari sekolah terkejut.


“Mak!!!!”


“Kenapa Along sanggup buat mak macam ni? Along dah tak sayangkan mak ke?” tanya Mak Senah dengan air mata yang berjuraian di pipi. Along hanya diam membisu, dia tunduk memandang lantai.



“Mak takde duit nak jamin kau, tahu! Mana mak nak cari duit? Adik-adik kau nak sekolah lagi!” Mak Senah sudah mula mengongoi. Alang yang berada di belakangnya hanya menggosok perlahan belakang ibunya. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Apabila Mak Senah bangun untuk keluar dari bilik itu, Alang cuba mengikutinya.


“Alang,” Alang menoleh memandang Along yang sudah memandangnya. Matanya merah kesan tangisan.


“Tolong bagitau Ucu, Along tak dapat belikan buku yang dia nak tu,”


“Along mencuri ni sebab Ucu?” tanya Alang berani. Lambat-lambat Along mengangguk.


“Along tak fikir ke apa yang Ucu fikirkan nanti?”


“Ucu dah banyak kali cakap dengan Along, dia nakkan buku tu. Tapi kita tak cukup duit,”


“Kenapa tak cakap dengan Alang? Kita boleh kumpul duit sama-sama,”


“Along tak nak kacau Alang. Alangkan PMR tahun ni,”


“Along…..,”


“Kirim salam dengan Ucu,” Along terus bangun. Alang sudah tidak tahu ingin berkata apa lagi.


Malam pertama di penjara, Along berasa sangat kosong. Tiada apa yang boleh dilakukannya. Dia hanya memandang ke langit yang luas terbentang. Bulan pada malam itu terang sekali. Tiada awan yang mencemburui untuk melindunginya. Along teringat kata-kata Mak Senah.


“Kamu dah tak sayangkan mak ke?”


Air mata Along mengalir.


“Menangis air mata darah sekalipun, takkan dapat kembalikan masa yang kita sia-siakan sebelum ni,” terdengar kata-kata Ustaz Salleh, guru sekolahnya. Along tersentak. Suara itu kedengaran sangat jelas sehinggakan dia berasakan Ustaz Salleh berada di sebelahnya sahaja.


“Apa yang penting sekarang ini ialah betulkan apa yang boleh dibetulkan sekarang. It’s never too late to change,” suara Ustaz Salleh kedengaran lagi. Merembes lagi air mata Along. Semakin laju air matanya mengalir apabila azan Isyak berkumandang. Dia mengesat air matanya, kakinya terus melangkah untuk mengambil wuduk.



*****


“Along,”


Lamunan Along terlerai. Dia memandang ke arah Zura yang sudah duduk di sebelahnya. Selamba sahaja dia mengambil gambar yang berada di tangan Along.


“Kau tak masak ke?”


“Eh helo! Zura masak ok! Kat rumah Zura masak. Datang sini untuk panaskan je. Along tu yang leka sangat. Kitorang dah siap hidang lagi kat atas meja tu. Tinggal nak makan je,”


Along mengukir senyum. Dia lalu bengun dan melangkah ke meja makan diikuti oleh Zura. Di meja makan, Zarina sedang menyenduk nasi ke pinggan anaknya. Zarul juga leka melayan puteri kembarnya.


“Hah, apa tunggu lagi. Makanlah! Abang, baca doa,” pinta Zarina. Along tersenyum lalu dia menadah tangan mebaca doa. Mereka yang lain turut menadah tangan, mengaminkan doa yang dibacakan.


Usai menikmati hidangan, Along mengambil tempat membasuh pinggan di dapur. Zura dan Zarina yang mengemas meja sekali sekala muncul di dapur untuk menghantar pinggan mangkuk yang digunakan.


“Along,” panggil Zura.


“Ya?”


“Along hutang dengan Zura satu cerita,”


“Cerita apa?”


“Cerita…. Macam mana Along boleh jumpa dengan Kak Ina,”


“Eh, ada janji ke?”


“Ada la! Kan hari tu Zura ada cerita macam mana Zura boleh jumpa dengan Zarul. Masa tu Along janji nak cerita macam mana Along jumpa dengan Kak Ina kalau Zura masakkan ayam masak hijau,”


Along tepuk dahi. Macam mana aku boleh lupa ni……


“Kena cerita jugak ke?”


“Haruslah, Long. Mana boleh mungkiri. Kan dah janji,”


“Ye la, ye la. Pada suatu hari…… si katak berjumpa dengan pasangannya….,”


“Along!”


“Hohoooo…. Ok, ok, serius,” Along tidak dapat menahan ketawa apabila melihat wajah Zura merah menahan marah gara-gara loyar buruknya. Zura memuncungkan mulutnya.


*****




“Ina,” Zarina yang sedang membaca novel mengangkat muka apabila mendengar namanya dipanggil. Dia melihat Along sudah duduk di hadapannya sambil tersengih. Zarina meneruskan pembacaannya. Tidak dipedulikan Along yang dah macam kerang busuk itu.


“Kau buat apa?”


“Tengah main masak-masak,” balas Zarina selamba. Tidak dipandang pun wajah itu.


“Jangan la nak perli aku…..,”


“Kau datang ni nak apa?” Zarina tahu benar dengan perangai lelaki di hadapannya ini. Kalau dah sampai mencarinya sampai ke sini, tidak lain dan tidak bukan ialah…….


“Kau rasa la kan, Natasya tu nak tak jadi awek aku?”


Aku dah agak dah…..


“Kau ni kan, asyik awek je yang kau fikirkan. Kau tau tak setakat ni dah berapa orang awek yang dah masuk koleksi kau?”


“Er…. er…..,”


“Lima belas,” jawab Zarina. Sendiri tanya, sendiri jawab. “Takkan kau nak jadikan 500 pulak?”


“Eh, boleh ke?”


Pekk!! Along sapu dahi.


“Kalau dah 15 ni pun kau tak terjaga, asyik aku je yang kena serang pasal kau, apatah lagi yang lagi 485 tu. Haru aku tau tak!”


“Huh, pandai kau kira. SPM haritu dapat gred apa Math?”


Pekk!! Sekali lagi Along menyapu dahi.


“Semalam Alang call aku. Dia kata kau dah lama tak balik,”


Along tersentak. “Aaaa….. dia kata apa lagi?”


“Dia kata mak kau dah rindukan kau sangat-sangat. Kau dah berapa lama tak balik kampung?”


“Er….. lima bulan kot,”


“Lima bulan…. Kot. Kau tau tak, dah tujuh bulan kau tak balik kampung. Memang patut la mak kau rindu,”


Along tunduk. Kalau dengan Zarina, memang dia akan mengalah. Kata-kata Zarina sentiasa ada kebenarannya, di sebalik sikapnya yang pendiam itu.


“Selama tujuh bulan kau tak balik kampung ni, ada kau hulur duit belanja kat mak kau? Tak kan? Kau sibuk dengan dunia kau. Aku ni pun, kau cari bila ada masalah je. Tu pun, masalah awek,”


“Ina…..,”


“Kau tak takut ke kalau mak kau dapat tau kau join kongsi gelap?”


“Kau janganlah bagitau mak aku…..,”


“Aku tak akan cakap, tapi orang lain? Kau tak fikir ke, orang lain akan bagitau dengan mak kau? Tu Makcik Ramlah tu, dia cari je topik panas nak kenakan mak kau, tau tak? Dia anggap mak kau punca Pak Sahar kahwin lain. Padahal, suami dia tu kahwin dengan orang lain,”


Darah Along menyirap apabila mendengar nama wanita itu. Namun belum sempat dia berkata apa-apa……


“Hai sayang!”


“Huh!” gumam Zarina. Dia tahu itu siapa. Atiqah. Awek ke-16 Along. Sabar je la.


“Sayang, kata nak pergi tengok wayang!” Atiqah bersuara mesra sambil memaut leher Along. Along terkejut dengan tindakan Atiqah yang dirasakan terlalu berani. Dia tidak pernah melakukan perkara yang bukan-bukan dengan teman-teman wanitanya yang lain. Dijeling sekilas Zarina yang merenung tajam ke arah mereka.


Zarina meluat melihat kelakuan Atiqah yang tidak tahu malu itu. Dia terus mengemas buku-bukunya dan bangun.


“Aku gerak dulu. Nak study. Lusa dah exam. Aku tak mahu gagal,”


“Ina….,”


“Takpe la. Lagipun kau dah ada Atiqah. Tak ak la kacau daun,” Zarina menjeling seketika Atiqah yang masih melekat bagaikan lintah di leher Along. Dia menggeleng perlahan.


“Ina! Tunggu! Aku hantar kau!” jerit Along sambil cuba meleraikan pautan Atiqah yang dirasakan semakin kuat.


“Sayang! Kata nak tengok wayang! Bentak Atiqah sambil menghentakkan kakinya. Persis kanak-kanak kecik minta gula-gula.


“ Hee! Kenapa kau ni? Siapa Sayang kau?” Along mula naik angin.


“Sayang tak sayangkan Iqa ke?”


“Aku tak orang gedik dan nampak murah macam kau, faham tak!” Along terus meninggalkan Atiqah yang terkulat-kulat di situ.


“Ina! Tunggu! Aku hantar….!”


Ponnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Along menoleh cepat. Namun segalanya sudah terlambat….


Dum!!!!


Zarina menoleh apabila mendengar dentuman di belakangnya.


“Along!!!!!!”


*****


Perlahan-lahan Along membuka matanya. Dia berapa pelik dengan apa yang berada di hadapannya.


“Aku kat mana ni?”


Di hadapannya ini adalah suatu cahaya yang luar biasa terangnya. Namun anehnya cahaya itu tidak menyilaukan matanya. Entah kenapa, Along dapat merasakan cahay itu memancarkan cahaya cinta, kasih dan sayang untuk dirinya. Entah kenapa juga, dia bahagia dalam dakapan cahaya itu.


“Sudah siapkah anda untuk mati?”


Along tersentak. Dia memerhati sekeliling. Tiada sesiapa di sisinya. Hanya cahaya meng mendamaikan itu yang menemaninya dari tadi. Along ingin menjawab namun entah kenapa, suaranya tersekat di kerongkong. Tidak mampu keluar.


“Apa yang kamu kerjakan selama ini? Apakah semua itu berguna untukmu?”


Along tersentak lagi. Bukan suara yang didengarnya!


Tidak lama kemudian Along melihat sesuatu. Dia tersentak lagi. Dia melihat segala perbuatannya sebelum ini.


Tempat apakah ini?


Segala perbuatannya sebelum ini ditunjukkan kembali kepadanya. Ia bukan dalam bentuk gambar tapi dalam bentuk kenangan. Tiada satu pun yang tertinggal. Dan dia menangis tanpa suara saat melihat segala perbuatan jahatnya dahulu.


Ternyata, dia telah lupa dengan janjinya dahulu!


*****

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.


Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.


Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Zarina menutup Al-Quran kecil yang sentiasa dibawa ke mana-mana sahaja. Dikucup perlahan kitab agung itu dan disimpan cermat. Lalu pandangannya jatuh pada sekujur tubuh yang kaku di atas katil.


Bertahanlah, Along. Mak dan adik-adik kau dalam perjalanan ke sini. Mereka perlukan kau. Aku perlukan kau. Bertahan ye, Along, bisik hatinya perlahan.


Zarina mendongak apabila mendengar pintu dikuak kasar. Dia segera bangun apabila melihat Mak Senah yang sudah bengkak matanya, mendakapnya erat. Air mata jatuh berderai saat mendengar sedu sedan wanita itu.


“Doktor kata dia dah takde harapan lagi…,” Mak Senah sudah mula mengongoi.


Terkedu Zarina mendengarnya. Along akan….. mati??


“Saya minta maaf, makcik. Sebab saya, Along jadi macam ni….,”


“Kamu tak salah, nak…..,”


“Uhuk uhuk!”


Tangisan mereka terhenti serta-merta. Masing-masing memandang Along yang terbujur kaku. Kemudian mereka memandang sesama sendiri.


“Uhuk uhuk!”


“Along!” Mak Senah sudah menerpa ke arah Along.


“Doktor!” Zarina sudah menjerit memanggil doktor.



*****


“Bila Along buka mata, Along nampak mak Along dengan Kak Ina. Masa tu baru Along sedar, yang Along dah terlalu banyak sakitkan hati diorang. Masa tu jugak baru Along sedar, Kak Inalah bidadari yang Along cari selama ni,” Along mengesat matanya. Zura memandang ke hadapan, melihat anak-anaknya bermain dengan Zarul dan anak Along yang usianya hampir mencecah lima tahun.


“Tak lama lepas Along keluar hospital, Along suruh mak Along pinang Kak Ina. Lepas tu, kahwin!” gurau Zura. Along tergelak.


“Tak ada la macam tu. Lama jugak la baru Along kahwin…. Bukan macam Zura tak tak menyabar-nyabar!” usik Along pula.


“Eh, orang pula yang kena. Pekk kang!”


“Hahahaaaa…….,”

“Mama!” muncul Nur Ain Sofia di hadapan mereka. Zura merangkul anak itu dengan penuh kasih sayang. Along diam sahaja apabila melihat dua beranak itu berbisik sesame sendiri.


“Pak Long!” panggil Nur Ain Sofia. Along terkejut. Dia memandang Zura yang tersengih sambil mengangguk. dia mulai faham dengan maksud Zura.


“Ye sayang, sayang nak Pak Long buat apa?”


“Pak Long main tingting dengan kitorang boleh?”


“Hah?” Along terlopong. Zura sudah tergelak besar, sehingga menarik perhatian Zarul yang leka bermain di halaman.


“Pergi je la, Long. Kata nak praktis main dengan anak perempuan….,” usik Zura. Along menjeling tajam ke arah Zura yang sudah terguling-guling ketawa.


“Boleh la, Pak Long….,”


“Ye la, ye la…. Tapi mama kena ikut,”


“I ok je, heheheeee……,” jawab Zura selamba sambil menarik tangan anaknya. “Jangan lambat, Pak Long,” usiknya lagi. Kemudian dia berlari-lari anak bersama anaknya itu.


Along hanya mampu menggeleng melihat telatah Zura yang tak serupa mak budak itu. Kemudian dia tersenyum lebar. lega rasanya dapat bercerita dengan Zura yang telah dianggap bagai adik sendiri itu. Sebentar kemudian barulah dia melangkah menyertai Zura sekeluarga dan anaknya itu. Ingin bermain tingting? Mungkinkah? Hahahahaaaa…. Zarina yang menjadi pemerhati sejak tadi hanya mampu ketawa melihat telatah suami dan anaknya bermain dengan Zura sekeluarga sambil mengusap perutnya yang memboyot. Ya, Zarina mengandung anak kedua. Seri di wajahnya semakin ketara sejak kebelakangan ini. Bertambah berseri melihat anak dan suaminya tersenyum gembira sebelum.……..


“Air ketuban dah pecah!!!!!!!!!”


*P/S : 90% dari cerita ini merupakan kisah benar yang dikongsi untuk memberi pengajaran kepada pembaca, sekali lagi saya minta maaf jika tulisan saya kali ini tidak memuaskan hati pembaca..... pertama kali buat cerita berdasarkan kisah benar.....*

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.