Home Cerpen Cinta Lelaki Versi Biskut Marie
Lelaki Versi Biskut Marie
Laila Qaisara
14/2/2013 16:58:41
3,940
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Sob…sob…sob…,”

Sehelai lagi tisu menjengah keluar dari kotak, lalu menyapu lembut air mata yang tidak segan silu mengalir di pipi Jaja. Dikesat perlahan lalu dicampak ke tepi. Zizi hanya menggelengkan kepala melihat ulah temannya yang seorang itu.

“Kau ni, teruk benar menangisnya. Kalau sebab ada perkara buruk yang jadi itu lain cerita la. Ini menangis sebab baca novel. Pirah!”

Jaja masih teresak-esak menangis. “Biar la. Aku punya air mata, aku punya suka la! Cerita ni sedih kot!”

“Aku bukan apa, kau tu mana boleh sedih sangat. Kalu kau sedih nanti kau penat. Kalau penat mula la pening la pitam la. Nanti siapa yang susah? Aku juga…,”

“Sampai hati kau kata macam tu, kan. Kau tak sayang aku ke?”

“Sebab aku sayangkan kau la, aku tegur ni cik akak oiii… kau tu esok kena kerja. Kalau piñata nanti semua kerja tak jalan,”

Jaja mengesat air matanya sambil tersenyum. “Terima kasih Zizi…,”

Zizi hanya diam, meneruskan kerja yang tertangguh di komputer riba. Kerja apa je? Melayan Facebook je la kerja dia sejak-sejak menganggur ni…

“Heh, mengumpat dalam hati la tu. Aku bukan saja-saja tau buat ni. Aku cari peluang pekerjaan juga kat sini,” Zizi bersuara tiba-tiba.

Jaja diam. Tahu pula dia, aku tengah kutuk dia. Heheee…

Tiba-tiba…

“Hahahahaaa!”

“Oh mak kau!”

Terbang novel yang dibacanya. Mati tawa Zizi tiba-tiba.

“Kau kenapa?”

“Kau la! Gelak macam Pontianak tak jumpa pakwe tu apahal?”

“Eh, Pontianak ada pakwe ke?”

“Ada! Pontianak tu namanya Zizi. Lagi mau tanya…,”

Zizi tersengih. “Sorry la Jaja, aku geli hati bila baca artikel dalam internet ni,”

Jaja mencebik. “Kata tadi cari lubang kerja…,”

“Sambil menyelam minum air beb!”

“Air milo ke air teh?”

“Air sirap!”

Jaja tepuk dahi. “Artikel apa yang kelakar sangat tu?”

“Ni ha…,” Zizi menghulurkan komputer ribanya kepada Jaja. Biar senang minah tu nak tengok.

Jaja membaca sekilas dan…

“Ini yang buat kau gelak tak ingat dunia?”

Zizi mengangguk. “Kelakar kan? Kenali lelaki melalui biskut,” Zizi gelak lagi.

“Biskut chipsmore. Sesuai dengan perkataan sekejap ada, sekejap tak ada. Lelaki jenis begini memang tak boleh diharap. Bila kamu memerlukan dia, dia tak ada. Bila tak perlu kat sana pula dia menyibuk.

“Biskut Oreo. Sesuai dengan putar, jilat dan celup. Euw, kedengaran lucah!” sempat lagi Zizi komen. “Lelaki jenis ni pun tak berapa boleh dipercayai, contohnya dari segi percakapan. Agak mementingkan diri sendiri. Dalam erti kata lain, playboy! Hamboi, selamba je aku tambah ayat.

“Biskut Hup Seng. Lelaki dalam kategori ini walaupun agak dingin tapi agak memahami anda. Dia agak romantic dan perangainya menyenangkan.

“Biskut marie. Lelaki biskut marie sukar difahami. Perwatakan yang menyenangkan dan agak berani dalam suatu perhubungan. Kelakar dan sentiasa tersenyum.

“Biskut wafer. Lelaki jenis ni adalah seorang yang agak serius, dingin dan setia. Senang dibawa berbincang.

Zizi ketawa lagi. “Aik, dah ada artikel kenali lelaki melalui biskut ni, tak ada ke artikel pasal perempuan dan biskut? Ke, aku yang terlepas pandang? Jaja? Oh, Jaja? Lah, dah tidur rupanya. Tu la, aku cakap jangan sedih sangat…,” dan Zizi mula membebel.

“Aku belum tidur lagi la!”

“Aik! Belum tidur? Habis tu kenapa muka macam kena simbah cuka je bila aku sebut pasal biskut ni?”

Jaja diam. Dia pandang ke atas.

“Siling tu ada ke jawapan untuk persoalan aku tu Jaja oii…,”

Gedebuk! Sebiji bantal dibaling ke arah Zizi. Tidak sempat gadis itu mengelak.

“Aku tengah susun ayat la!”

“Macam la boleh susun ayat macam susun lego bila pandang atas tu…,”

Jaja jeling tajam.

“Ye la, ye la. Cerita la,”

Jaja menarik nafas panjang. Kemudian dia memulakan cerita. “Hari tu, masa aku balik dari Tanjung Malim…,”

*****

“Maaflah kak, bas ke KL hanya akan bertolak pada pukul lima petang nanti,” beritahu gadis penjual tiket itu. Jaja mengerling jam di tangan. Lagi setengah jam.

“Akak beli satu ye dik. Terima kasih,”

“Sama-sama,”

Jaja mengeluh perlahan. Kalau tidak disebabkan keretanya rosak sebaik tiba di Tanjung Mali mini, agaknya dia sudah sampai ke rumah. Mungkin sudah terbaring kepenatan atau telah keluar membeli belah bersama Zizi.

Jangan berangan Jaja! Kau masih di sini! Tersangkut di Tanjung Malim ini!

“Alamak, lapar pula. Beli biskut dulu la,” langkah kakinya laju menapak ke kedai serbaneka yang terdapat di stesen bas itu. Eh, biskut? Kenapa biskut? Entah. Tiba-tiba Jaja ingin menikmati biskut.

“Biakut Chipsmore… Oreo… Hup Seng… Wafer… ambil wafer la,”

Jaja bercakap seorang diri. Kuat pula suaranya itu. Mata-mata yang berada di dalam kedai serbaneka itu memandangnya dengan perasaan pelik. Apa yang bermain di fikiran mereka? Pasti Jaja dikatakan gila!

Tapi Jaja tidak sedar semua itu.

“Eh, ada biskut marie…,”

Kring! kring!

“Ala, siapa pula yang telefon ni… helo, Assalamualaikum,”

Ah, sudah! Makin banyak pula mata-mata yang memandang bila suara Jaja semakin kuat.

“Aku balik naik bas, kereta aku rosak…,”

Diam.

“Kau tunggu aku kat Puduraya la…,”

Diam lagi.

“Puduraya dah tak ada? Habis tu bangunan tu jadi apa?” sambil-sambil itu kekinya melangkah ke kaunter bayaran.

“La, UTC. Cakap la dah tukar nama. Kau ni menakutkan aku je la. Berapa ni dik?”

“Er…,” gadis di kaunter termangu-mangu. Dia ni tanya siapa sebenarnya ni? Tapi tangannya lincah mengira harga barang-barang yang dibeli Jaja.

“Aku bukan tanya kau la. Aku kat kedai ni. Beli biskut. Berapa ni dik?”

“Sepuluh ringgit kak,”

“Aku jumpa kau pukul sepuluh kat sana,” ucap Jaja tanpa sedar. Namun dalam pada tidak sedar itu tangannya sudah menghulurkan not RM10 kepada gadis tadi. Tersengih-sengih gadis itu sambil tergeleng-geleng melihat gelagat pelanggannya yang satu itu.

Sambil melangkah keluar dari kedai itu dia melaung lagi. “Eh, aku ada cakap pukul sepuluh ke?”

Gadis di kaunter itu tepuk dahi. Namun Jaja tidak menyedarinya. Dia terus keluar dan melabuhan duduk di sebuah bangku panjang. Tidak dipeduli siapa yang turut menumpang duduk di situ.

“Aku jumpa kau pukul tujuh la macam tu,”

“Cik,”

Spontan Jaja menoleh. “Apa?”

“Erm… awak cakap kuat sangat. Banyak mata pandang sini ni. Malu saya,”

Pantas mata Jaja meliar melihat sekeliling. Baru dia tersedar, bilangan oenungjung stesen bas yang buat tidak peduli terhadapnya boleh dikira dengan jari. Jaja malu sendiri.

“Maaf…,”

Lelaki yang menegurnya tadi hanya tersengih.

“Zizi, nanti kita cerita lagi. Jangan lupa ambil aku nanti kat Puduraya,”

Diam.

“Ye la, UTC. Nanti kita jumpa. Assalamualaikum”

Talian ditamatkan. Jaja memandang lelaki tadi sambil tersenyum.

“Pertama kali naik bas ke?” tanya lelaki tadi sambil mengunyah biskut marie yang berada di antara mereka.

Mati senyum Jaja. Itu biskut aku! Pantas dia mengambil sekeping biskut dari bungkusan tersebut. Soalan lelaki itu langsung tidak berjawab.

Terkejut lelaki itu dengan tindakan Jaja. Namun kemudian dia senyum.

“Nama saya Jojo,” sekeping lagi biskut diambil dan dikunyah.

Jaja menjeling. Suka hati dia je nak pakai nama orang! Giliran dia pula mengambil biskut itu. Jojo mengerutkan dahi. Tapi senyum masih tidak hilang.

“Dari tadi bercakap macam murai tercabut ekor, sekarang dah bisu?” tanya Jojo sambil mengambil sekeping lagi biskut.

Jaja membentak geram di dalam hti. Perli aku la tu! Dia mengambil sekeping lagi biskut. Kemudian dia tersedar sesuatu.

Eh, biskut yang terakhir!

Jaja pandang Jojo tidakberkelip. Dia senyum sinis. Aku nak tengok kau nak buat apa dengan biskut yang penghabisan ni!

Suasana sepi seketika. Biskut terakhir masih di situ. Tak siapa pun yang mengambilnya. Baik Jaja mahupun Jojo.

Tahu pun takut! Desis hati Jaja. Dia senyum sinis lagi.

Tiba-tiba Jojo senyum. Diambil kepingan biskut terakhir lalu dihulurkan kepada Jaja. Jaja senyum kemenangan. Belum sempat Jaja menyambutnya, biskut itu dipatahkan kepada dua bahagian!

Jaja terkejut besar!

Jojo tersengih. “Barulah adil dan saksama. Sebelah untuk saya, sebelah untuk awak,”

Dengan kasar Jaja merampas biskut di tangan Jojo dan bingkas bangun meninggalkan lelaki itu. Namun Jojo hanya tergelak kecil.

*****

“Bertambah geram aku bila dengar dia gelak macam tu,”

“Lepas tu?” tanya Zizi tidak sabar.

“Aku terus naik bas. Masa aku nak cari tiket bas dalam beg, baru aku sedar sesuatu,”

“Apa dia?”

“Erm… biskut aku masih dalam beg aku. Terletak elok je, tak terusik pun”

“Apa?” jerit Zizi. Kemudian dia ketawa besar.

Jaja jeling tajam. Aku tengok Zizi ni kecik je…

“Habis tu yang kau dok gaduh biskut dengan dia tu, biskut dia la sebenarnya?” Zizi sambung gelak balik.

“Sudah-sudah la tu gelaknya…,”

“Ops! Okey, okey…,”

Tapi tawa Zizi masih tersisa.

“Ada juga yang aku baling ke dalam lombong kejap lagi…,” Jaja sudah memegang komputer riba milik Zizi. Kelam kabut gadis itu dibuatnya.

“Agak-agak la wei…,”

“Tahu takut…,”

Zizi sudah berhenti ketawa.

“Kau ni teruk la,”

Jaja tersengih. “Aku bercerita nak mintak simpati dengan kau. alih-alih kena gelak pula,”

“Dah cerita kau tu kelakar, aku gelak la. Takkan aku nak nangis pula,”

Jaja menarik muka masam.

“Dah la. Jom masuk tidur. Esok nak menghadap bos baru,”

“Jadi ke bos baru bertukar dari Taiping?”

“Jadi la,” pelik Zizi lihat wajah Jaja tiba-tiba bercahaya.

“Jangan nak gatal!”

Jaja tersengih.

*****

Solla’alaikallah huya adnani

ya musthofa ya saf watar rahmanni

Alhamdulillah hillazi atthoni

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

Solla’alaikallah huya adnani

ya musthofa ya saf watar rahmanni

Alhamdulillah hillazi atthoni

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

Solla’alaikallah huya adnani

ya musthofa ya saf watar rahmanni

Alhamdulillah hillazi atthoni

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

Solla’alaikallah huya adnani

ya musthofa ya saf watar rahmanni

Alhamdulillah hillazi atthoni

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

qad saa da fil mahdi alal zil mani

muiz zuhu bilbaiyti zil arkhani

hatta aro hubal lirul bunyani

antallazi sunni kahfi qurranni

Solla’alaikallah huya adnani

ya musthofa ya saf watar rahmanni

Alhamdulillah hillazi atthoni

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

Ahmad dumathuhu alal jumnani

salla’ alaikallah hufill ahyani

ahmad duhu fissil riwal burhani

haqqal alal islam riwal imani

Solla’alaikallah huya adnani

ya musthofa ya saf watar rahmanni

Alhamdulillah hillazi atthoni

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

hazzal hunamat thoyyibal ardhani

Tenang hati Jajaj seketika apabila mendengar alunan suara Imam Muda Najdi mendendangkan zikir terapi selawat. Terpejam matanya seketika sambil tersenyum apabila mengingatkan kelebihan-kelebihan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )

Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

“Jaja!”

Spontan mata Jaja terbuka. Kemudian dikecilkan apabila memandang Laila yang terkikih ketawa.

“Comelnya bila kau terkejut,”

“Kau ni, aku tengah berselawat, kau kacau pula,”

“Maaf la. Tapi bos bagitahu aku, dia nak jumpa kau. dia nak kenalkan dengan bos baru kot,”

Serta-merta Jaja tidak jadi marah. Wajahnya bercahaya.

“Mula la tu nak cucuk jarum…,” giat Laila.

“Ke kau yang nak cuba nasib?” balas Jaja tidak mahu kalah.

“Aku nak campak mana tunang aku tu?”

“Dalam lombong,” jawab Jaja selamba.

“Agak sikit…,”

Jaja ketawa. Dia mengambil buku nota dan mengemaskan dirinya. Kemudian langkah kakinya yakin menuju ke bilik Puan Syarifah Hawani yang terletak tidak jauh dari mejanya.

Tok! Tok!

“Masuk!”

Jaja menarik nafas seketika, kemudian tombol pintu dipulas. Ketika dia masuk, Puan Syarifah Haseena sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki yang membelakanginya.

“Puan panggil saya?”

“Siti Hajar Amani, saya kenalkan awak dengan bos baru awak, Encik Zafri Ahdan,”

Lelaki tadi memusingkan badannya dan kemudian…

“Jojo?”

“Awak?”

Dan Jaja merasakan kakinya lemah ketika ini.

***** 

“Zafri Ahdan Bin Zahid…,”

Mata Jaja terus pantas membaca resume yang diberi Puan Syarifah Haseena sebentar tari. Sambil-sambil itu mulutnya tercebik-cebik.

“MPhil in Economics, University Of Cambridge… hebat!”

Diam seketika.

“Tapi buat apa kalau perangai macam hantu!”

Geram Jaja memikirkan apa yang berlaku tadi. Semasa dia dipanggil wanita itu ke biliknya.

“Puan panggil saya?”

“Siti Hajar Amani, saya kenalkan awak dengan bos baru awak, Encik Zafri Ahdan,”

Lelaki tadi memusingkan badannya dan kemudian…

“Jojo?”

“Awak?”

Dan Jaja merasakan kakinya lemah ketika ini.

“Awak berdua dah kenal?” tanya Puan Syarifah Haseena. Bibirnya mengukir senyuman manis. Untuk apakah senyuman itu wahai bos anak mamiku?

“Saya kongsi biskut dengan dia hari tu… Puan!”

Aik? Apakah? Kenapa dia buat kenyataan begitu? Dah nampak macam…

“Oh, I see…,” Puan Syarifah Haseena senyum meleret. “Kiranya kalian dah berkenalan la ni?”

“Dia dah kenal saya, saya je yang tak kenal dia. Saya tanya nama dia tak bagi!”

Berderai tawa Puan Syarifah Haseena yang sememangnya suka ketawa itu. Jaja pula yang tidak senang duduk di dalam bilik itu.

Kenapa dia ada di sini? Kenapa dia pula yang kena jadi bos aku? Kenapa?

“Jaja,”

Diam. Mata Jaja masih tidak mahu lekang dari menatap resume lelaki itu.

“Jaja,”

Diam lagi.

“Siti Hajar Amani!”

“Kenapa dia kena jadi bos aku?” spontan Jaja melatah. Sejurus, dia menutup mulut. Zizi sudah tertawa tertahan-tahan. Jaja bingung. Tadi bukan suara Laila yang memanggil nama penuhnya tadi. Suara siapa?

“Awak khayal ye?” tanya Jojo sambil tersenyum sinis. “Kenapa dia kena jadi bos aku? Siapa yang awak maksudkan? Saya ke?” giatnya lagi.

Jaja diam. Buat-buat menulis di dalam buku nota. Malunya hanya Allah yang tahu.

“Cik Siti Hajar…,”

Kau nak apa lagi?

“Buku nota tu, saya punya,”

Sekali lagi Jaja tersentak. Spontan, buku itu dicampak ke lantai. Menambahkan perisa dalam tawa Jojo.

Jaja menarik muncung sedepa. Tak habis-habis nak mengenakan aku!

Jojo berdehem seketika, membetulkan pernafasannya setelah agak lama ketawa tadi. Kemudian dia bersuara serius. “Nanti awak tolong bawakan laporan kewangan untuk dua tahun lepas. Saya nak tengok. Dan…,” Jojo tiba-tiba senyum meleret. “Jangan berangan lagi,”

Jaja menggerutu. Suka sangat la tu!

*****

“Kenapa kau tak tolong aku tadi?”

“La, kau tak minta tolong pun!”

Jaja mendengus.

“La, marah?” tanya Laila sambil tersenyum. “Siapa yang leka sangat baca resume orang sampai tak ingat dunia?”

“Kau dengan dia sama je, suka kenakan aku!”

“Pulak…,” Laila menggaru kepala yang tidak gatal. “Daripada kau sibuk cari pasal nak marahkan dia tu, yang akhirnya akan malukan kau sendiri, lebih baik kau minta maaf dengan dia. Ada juga faedahnya,”

“Aku?”

Laila mengangguk.

“Minta maaf?”

“Ya!”

“Dengan dia?”

“Ya la!”

“Lelaki versi biskut marie tu?”

“Hamboi! Suka hati kau je samakan lelaki tu dengan biskut. Hempuk kang!”

“Eh, biarlah! Yang kau nak bela dia tu, kenapa?”

“Sebab lelaki tu, ada kat belakang awak!”

Jaja terkejut. Pantas dia menoleh ke belakang. Sejurus wajahnya pucat lesi. Jojo!

“Kalau iye pun awak tak nak minta maaf, saya tak kisah. Tapi samakan saya dengan biskut yang kita rebutkan haritu, memang tak patut!”

“Er…,”

“Kenapa? Takut? Mulai hari ni saya takkan kacau awak dengan perkara yang tidak sepatutnya. Saya hanya akan bekerjasama dengan awak pasal kerja je. Puas hati awak?”

Jaja tidak mampu berkata apa-apa lagi apabila melihat kelibat Jojo meninggalkannya. Kenapa aku rasa sedih sangat ni?

*****

“Siti Hajar, tolong serahkan fail itu pada saya…,”

“Siti Hajar, tolong serahkan fail ini pada saya…,”

“Siti Hajar, tolong betulkan laporan ni. Ada silap sikit…,”

Dan Jaja hanya menurut. Tanpa kata. Ya, tanpa kata. Tapi hati Jaja sakit. Sangat sakit.

“Jangan kau kata kau jatuh hati kat dia, Jaja,”

Tersembur air sirap yang diminum Jaja. Tepat kena di muka Zizi. Terkedu Zizi seketika.

“Aku dah mandi la! Tak payah la siram aku dengan air sirap! Dari dalam mulut kau pula tu!”

“Maaf…,”

“Yang kau terkejut ni kenapa?”

Jaja menarik nafas. “Aku rasa, aku dah jatuh cinta la dengan dia,”

Tersembur air sirap yang diminum Zizi. Tepat kena di muka Jaja.

“Kau balas dendam kat aku ke apa?”

Zizi tersengih.

*****

“Kau dah gila la Zizi!”

“Kau tu yang gila! Gilakan ‘Lelaki Versi Biskut Marie’ kau tu!”

“Laila! Tolong la aku!”

“Aku…,”

“Jangan tolong dia Laila!” potong Zizi. Jaj tarik muka. Zizi dengki!

“Tak ada maknanya aku nak dengkikan kau! kami cuma nak tolong kau!”

Eh, dengar pula dia!

Dan berbekalkan semangat yang diberikan dua orang kawannya itu, Jaja kini di sini. Di hadapan pintu bilik kerja Jojo. Namun hatinya masih berat untuk masuk.

Nak ketuk ke tak? Nak ketuk ke tak? Ah, ketuk je la!

Tangan diangkat tinggi untuk mengetuk pintu dan…

“Aduh!”

“Alamak!” Jaja terketuk kepala Jojo.

“Kalau iye pun awak tak suka saya, tak payah la sampai nak ketuk kepala saya!” Jojo terus berlalu dari situ, meninggalkan Jaja yang sendirian termangu.

Dan kejadian itu telah dilihat oleh seseorang. Puan Syarifah Haseena.

*****

“Awak tahu tak apa yang awak buat ni?”

Jaja diam. Memang salahnya.

“Sejak bila awak jadi tak matang ni?”

“Sejak jatuh cinta dengan ‘Lelaki Versi Biskut Marie’ tu,”

“Apa dia?”

Jaja terkedu. Eh? Aku cakap kuat ke tadi?

“Awak cakap, awak jatuh cinta dengan ‘Lelaki Versi Biskut Marie’ tu?”

Lambat-lambat Jaja mengangguk. Puan Syarifah Haseena senyum.

“Rupa-rupanya, cinta boleh menghilangkan kematangan kita,”

Jaja malu. Malu dengan kata-kata Puan Syarifah Haseena.

“Jangan malu. Sebab lelaki tu dah dengar semua yang awak cakapkan tadi,”

Jaja terkejut. Pantas dia menoleh ke belakang. Jojo berdiri di muka pintu sambil tersenyum. Manis!

“Sebenarnya, Jojo dah beritahu saya semuanya,”

Pandangan mata Jaja kembali ditumpukan buat Puan Syarifah Haseena. “Apa maksud puan?”

“Dan Jojo juga beritahu, dia berhasrat menyunting awak sebagai isteri,”

“Hah?”

“Macam mana pula…,”

“Saya tahu semua ni? Siti Hajar Amani, takkan awak tak tahu yang Zafri Ahdan ni anak saya?”

Jaja terlopong. Anak?

“Minggu depan, saya hantar rombongan merisik ye?”

“Er, puan. Tak cepat sangat ke?”

Lagi cepat lagi bagus!

“Lelaki Versi Biskut Marie awak tu, dah tak sabar dah kahwin dah!”

Merah kedua pipi Jaja mendengarnya. Cepat-cepat dia keluar. Namun langkahnya terhenti apabila Jojo menahannya.

“Tunggu kejap,” ujar Jojo. “Saya tunggu perkataan tu keluar dari bibir awak,”

“Perkataan apa?”

“Entah. Awak yang nak cakap kan?”

“Erm… maaf,”

Jojo tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. “Awak ingat ni?”

Mata Jaja terbeliak. Ini bukan ke…

“Ini yang membuatkan hati saya terpaut. Sikap sombong awak masa tu. Senyum awak, semuanya buat saya terpikat,”

Jaja tersenyum malu.

“Heh, dah. Tunggu dah kahwin nanti baru boleh manja-manja,”

Tersenyum simpul Jaja dan Jojo mendengarnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.