Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
23,292
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
22

“Alhamdulilah…,”

Dhia meraup wajahnya perlahan sebaik sahaja dia melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Kertas terakhir baru sahaja selesai dijawab.

“Last paper!”

Dhia terkejut. Lantas dia menoleh ke belakang.

“Hafiza!”

“Sampai hati kau lupakan aku,” tangan Hafiza sudah melingkar di bahu Dhia.

“Maaflah, aku terlupa,”

“Banyaklah kau punya lupa. Sebagai denda, kau kena belanja aku makan,”

Dhia ketawa.

“Kalau setakat nasi goreng pedas kegemaran kau tu, bila-bila masa aku boleh masakkan untuk kau. bagitahu je bila,”

“Comot je?” terdengar suara Mikhail dari belakang. Masing-masing menoleh.

“Hei, kan aku dah kata, jangan panggil aku dengan nama tu kat kampus ni!” marah Hafiza. Bahu lelaki itu ditumbuk manja.

“Ye ke? Kan dah habis peperiksaan, semua pun dah bebas. Jadi boleh la aku panggil kau dengan nama tu,”

“Tapi masih dalam kampus kan…,”

“Ala, bukan orang dengar pun…,”

Semua dah bebas… Dhia tersenyum sendiri mendengar kata-kata Mikhail itu. Ini bermakna…

“Kau ni dah kenapa senyum sorang-sorang?” tanya Hafiza tiba-tiba.

Mati senyum Dhia.

“Kau ni, kan dia dah nak kahwin dengan Syamil. Lepas habis periksa ni, langsung la kan?” tanya Mikhail. Senyuman masih melekat di bibirnya walaupun secebis hatinya…

“Kalau ikut perancangan memang macam tu la,”

“Ayah kau setuju jadi wali?”

Langkah Dhia terhenti. Dia senyum pahit.

“Aku hantar surat pada dia melalui Aaron. Tak tahu la sampai ke tidak. Harap-harap sampai la,”

“Kau yakin ke yang Aaron akan sampaikan surat tu?”

Dhia angguk. “Tapi terpulang pada dia juga nak sampaikan amanah tu atau tidak. Yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak,”

“Kenapa kau tak mahu jumpa dia?” tanya Mikhail.

Dhia mengeluh kecil. Dia pandang tepat ke mata Mikhail. “Bukan tak nak jumpa, tapi…. Datin Azura tu…,”

Suasana sepi seketika. Lalu Dhia tersedar sesuatu. Cepat-cepat dia menundukkan pandangannya. “Maaf,”

Di kejauhan, sepasang mata memerhati mereka dengan penuh kemarahan dan dendam. Niki Ardilla mengetap gigi. Siap kau Dhia Nadhira!

*****

Datuk Azlan mengeluh. Surat yang berada di tangannya dibaca sekali lagi. Sejurus, pandangan matanya dihalakan ke luar rumah. Dia termenung.

“Papa?”

Suara Aaron mengejutkan Datuk Azlan daripada lamunan. Lantas anak bujang itu dipandang dengan penuh kasih sayang.

“Aaron masih marahkan Papa?”

Aaron menggeleng. “Semuanya sudah terjadi, Papa. Buat apa Aaron marah?”

“Aaron nak marah kenapa?” tiba-tiba muncul Datin Azura entah dari mana.

“You bukan ke salun ke tadi? Cepatnya balik?”

“Eh? I dah tak boleh balik ke rumah sendiri?”

Datuk Azlan rasa tersindir. Dia tunduk, membaca kembali surat yang diterima tadi. Namun dapat dikesan oleh Datin Azura.

“Hah, tu baca apa pulak tu? Surat cinta?”

Datin Azura pantas merampas surat itu dari tangan Datuk Azlan. Terkejut lelaki itu dibuatnya. Aaron sendiri tergamam dengan tindakan Mamanya yang tidak disangka-sangka itu.

“Apa ni, Azura?”

Namun Datin Azura tidak peduli. Dia terus membacanya. “Daripada… Dhia Nadhira?” terus surat itu dironyokkan dan dicampak ke tong sampah.

“Buat apa dilayan budak tu lagi?”

“She is my daughter, after all,” balas Datuk Azlan, selamba. “Dan dia akan bernikah tak lama lagi,”

“So? Dia tulis surat nak buat apa? Nak minta duit nak buat kenduri? Tidak! I tak izinkan!”

“Tapi dia anak I, Azura! Dia berhak untuk dapat perhatian I!”

“Peduli apa I? Dia anak raja sekalipun, niat dia tetap nakkan harta you. Dan I tak izinkan!” Datin Azura hempas pintu. Datuk Azlan terkejut. Aaron pun.

Datuk Azlan mengeluh. “Papa tak tahu macam mana nak buat dengan Mama kamu lagi la,”

Aaron senyum nipis. “Dia rasa terancam tu. Selama ni kita hanya bertiga. Kehadiran Dhia dianggap sebagai pengacau dalam kehidupannya,”

“Kalau la dia tahu hakikat yang sebenar…,”

“Hakikat apa, Papa?” tanya Aaron, tidak sabar.

Datuk Azlan senyum pahit.

*****

Aleeya menyelak perlahan langsir bilik itu. Dua insan yang berada di dalamnya dipandang dengan senyum manis. Namun hanya seorang daripada mereka yang membalas senyuman itu.

“Kenapa, mak andam?”

“Entahlah. Dia kata takut nak kahwin. Padahal mak andam dah solek dia cantik dah ni. Macam mana nak cantik kalau muka tak mahu senyum?”

Aleeya masuk. “Tak apalah. Biar saya cuba bercakap dengan dia. Mak andam boleh tinggalkan kami sekejap?”

Mak andam tidak banyak tanya. Dia terus keluar dari bilik itu. Meninggalkan Aleeya dan bakal pengantin.

“Kenapa dengan bakal kakak ipar aku sorang ni?” tanya Aleeya lembut. Dagunya dielus lembut.

“Aku takut,”

“Kenapa kau kena takut, Dhia Nadhira?”

Diam.

“Kita buat majlis ni pun, bukannya kahwin lari. Kita ikut syariat. Ikut undang-undang. Apa yang kau perlu takut?”

“Aku takut sesuatu yang buruk terjadi je,”

“Haish…,” Aleeya genggam tangan Dhia erat. “Majlis kau ni, hanya keluarga terdekat yang tahu. Hafiza yang kau jemput pun, kau anggap sebagai keluarga kau. Selain daripada itu, ramai yang tak tahu. Mereka hanya akan tahu masa majlis persandingan kalian nanti, seperti yang kalian mahukan,” Aleeya senyum.

“Betul ni?”

“Betul…,” Aleeya menepuk perlahan paha Dhia. “Dah, jangan takut-takut lagi. Aku ada. Abang aku ada. Hafiza pun ada. Kalau kau masih tak yakin dengan kami, Allah ada,”

Dhia mengukir senyuman manis. Barulah Aleeya rasa lega melihat senyuman itu. “Aku keluar kejap. Ada urusan sikit kat luar,”

Dhia angguk. Dia hanya menghantar langkah Aleeya dengan pandangan matanya. Sebentar kemudian mak andam masuk semula.

Aleeya senyum apabila mengingat kembali telatah Dhia sebentar tadi. Macam tu punya gemuruh pun ada ke?

Telefon berdering. Respon Aleeya pantas. Dia menekan-nekan punat telefon itu. Mati senyumnya apabila membaca mesej yang baru diterima.

“Kenapa, Aleeya?” tanya Hafiza yang muncul dari dapur.

“Eh, Hafiza! Bila kau sampai?”

“Dah lama dah, kau tu je yang tak perasan. Tu kenapa muka tu dah macam…!”

“Hafiza, jangan sebut! Geli aku, tau tak?”

Hafiza ketawa.

“Pengantin dah siap?”

“Sikit lagi. Takut katanya,”

“Takut? Abang kau tu makan orang ke apa?”

Giliran Aleeya pula yang ketawa.

“Eh, kejap! Kau buat apa kat sini? Bukan ke kau patut temankan abang kau tu? Kau ni di pihak mana?”

Aleeya ketawa lagi. “Dhia kan anak yatim, jadi aku tolong dia apa yang patut. Lagipun, abang aku dah panggil kawan dia untuk bantu. Mak aku pun ada kat sini, takkan aku nak ke sana pula?”

Panjang muncung Hafiza mendengar penjelasan Aleeya.

“Eh, kau apahal muka ketat tadi?”

Aleeya geleng. “Aku memang tak boleh lari dari soalan tu kan?” Aleeya keluarkan telefon bimbitnya yang diseluk dalam saku baju kurungnya lalu diserahkan kepada Hafiza.

“Aku dapat mesej ni tadi,”

Berkerut-kerut dahi Hafiza membaca mesej tersebut. “Datuk Affandi kena penjara? Kau biar betul?”

“I have done my part. He deserve it,”

“Tapi hukuman yang dijatuhkan terlalu…,”

“Lama?” potong Aleeya. “Dia bukan hanya dihukum atas kesalahan menyerang Dhia di hospital tempoh hari. Kebetulan, bukti untuk satu lagi tuduhan ke atasnya telah cukup. Dia turut dihukum atas kesalahan itu,”

“Apa tuduhan tu?”

Aleeya hanya senyum tanpa membalas pertanyaan Hafiza.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.