Home Cerpen Cinta Sebulatnya
Sebulatnya
Laila Qaisara
15/11/2013 15:37:28
2,293
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Abang,”

“Iye, Syifa,” jawab Haikal sambil memeluk erat isteri tercinta dari belakang.

“Cantikkan itu?” tanya Syifa sambil menunjukkan ke satu arah. Berkerut Haikal melihatnya.

“Itu kan laut, sayang,”

“Iye, tahu. Tapi kan, laut juga kan ciptaan Allah. Ciptaan Allah semuanya cantik-cantik, kan?” Syifa bersuara manja. Kemudian dia tergelak kecil.

“Iyalah, sayang,” Haikal mengucup lembut ubun-ubun Syifa. “Jom balik. Malam ni nak cari hadiah untuk Ayesha. Nanti bising pula dia. Nanti dia kata “Mama dan Papa ni kan, dah la bulan madu tak ajak Ayesha. Hadiah pun tak nak beli. Macam ni, Ayesha nak merajuk la 2 minit!”

“Eleh, ikut perangai siapa? Papa dia juga!”

Nazurin hanya melihat gelagat suami isteri itu yang berdiri di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Selain Haikal dan Syifa, ada beberapa pasangan lagi sedang ‘bercanda di pasiran pantai’. Cuma dia yang berseorangan di pantai ini. Hanya dia.

Derusan ombak yang menghempas pantai membawa Nazurin kepada kenangan lama. Kenangan yang mengusik jiwa, di mana dia masih berdua.

“Oi!”

“Oi mak kau!” Nazurin melatah. Segera dia memandang Syifa yang terkikih ketawa. “Kau memang sengaja kan? Mengganggu ketenteraman aku. Aku tak kacau kau ‘dating’ pun!”

“Marah nampak?” Syifa masih ingin mengusik. “Dah senja ni. Masih nak mengelamun? Balik la, beb!”

Nazurin mengecilkan matanya. Ada juga yang kena belasah nanti, kesian pula pada si suami…

Namun Syifa buat tidak peduli. Dia terus menggapai tangan Nazurin dan menariknya agar bangun.

“Bangun la! Badan dahlah berat macam batu. Nak suruh aku dukung ke apa?”

“Eh, bukan ke kau janji nak sokong aku sampai bila-bila ke?”

“Itu sokong, bukan dukung! Dah, jangan nak mengada-ada. Kau bukannya Ayesha pun!”

Nazurin sengih. Dia bangun dan berjalan beriringan ke bilik hotel. “Mana suami kau?”

“Dia jadi orang bujang kejap. Dia balik sendiri,”

“Amboi!”

*****

“Rin sayangkan abang?” tanya Nazmi pada suatu hari. Ketika itu mereka berdua sedang menikmati rojak di tepi jalan. Nazurin pandang wajah Nazmi dengan rojak penuh di mulutnya. Matanya membulat, seolah-olah tidak mengerti pertanyaan Nazmi tadi.

Nazmi tergelak. Comel sungguh Nazurin di matanya. “Abang tanya, Rin sayangkan abang?” ulangnya sambil mengelus lembut rambut Nazurin. Cepat-cepat gadis itu menepis. “Apa ni, abang? Tak mahulah main-main rambut. Kusut la nanti,”

“Lain kali jawab soalan abang,”

“Macam mana nak jawab tadi kalau mulut penuh?”

“Sebab bila mulut tu penuh la Rin nampak comel,” Nazmi senyum. “Rin sayangkan abang tak?”

Pon! Pon!

Lamunan Nazurin terlerai apabila sebuah lori membunyikan hon. Kuat. Serentak dia berasakan tangannya ditarik. Spontan dia menoleh. Syifa memandangnya dengan marah.

“Kau ni kan! Sikit lagi nak kena langgar dengan lori! Kau nak mati cepat pun bukan dengan cara ni!”

“Maaf!” air mata Nazurin menitis. Dia tunduk. Cuba menahan kesedihan yang menjalar. Syifa pandang wajah Nazurin yang mendung. Marahnay serta merta hilang. “Kenapa ni?”

Nazurin menggeleng laju. Namun matanya tepat menatap gerai rojak yang dibuka di seberang jalan. Syifa pandang gerai itu dan wajah Nazurin silih berganti. “Kau kenapa ni? Emo semacam je bila nampak gerai rojak tu,”

“Aku teringatkan Nazmi,” air mata Nazurin tumpah jua. Dia tidak mampu bertahan lagi. Syifa mengeluh. “Kami selalu makan rojak sama-sama,”

“Kau ni…,”

“Aku tak mampu. Terlalu banyak kenangan kami berdua. Tiba-tiba dia hilang macam tu aje. Macam mana aku nak lupakan dia sedangkan antara kami tak pernah ada kata putus?”

“Siapa suruh kau lupakan dia? Kau dah buat apa yang aku suruh tu?”

“Buat apa?” Nazurin buat muka blur. Syifa tepuk dahi. Pasti Nazurin sudah lupa.

*****

“Ayesha nak makan apa, sayang?” tanya Nazurin sambil memimpin tangan anak kecil itu memasuki kompleks membeli belah. Terkedek-kedek Ayesha mengikuti langkah Nazurin.

“Esha nak patung Barbie boleh?”

“Hey, itu bukan makanan, sayang. Itu patung. Nanti-nanti kita beli. Aunty belanja,” Nazurin senyum.

“Ye la, tapi Esha nak Barbie,”

“Nanti kita beli ya. Sekarang ni, kita pergi makan dulu. Aunty lapar ni. Esha tak lapar ke?” tanya Nazurin sambil menggosok perlahan perutnya.

“Lapar,”

“Kalau macam tu, jom kita pergi makan. Esha nak makan apa?”

“Esha nak makan nasi ayam!” Ayesha bersorak riang. Semua mata tertumpu padanya. Malu pula Nazurin rasa. Namun matanya tertancap pada seseorang. Nazmi! Nazurin cuba mendekatinya namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang gadis muncul dan memeluk lengannya erat!

Tangannya menggigil. Matanya berkaca. Dia mengetap bibir. Marah! Kenapa Nazmi buat macam tu?

“Aunty, jomlah kita makan nasi ayam,” Ayesha menarik-narik baju Nazurin, membuatkan Nazurin tersedar. Dia cuba senyum pada anak kecil itu, walaupun hatinya terluka.

*****

“Kau cakap dengan aku, Rin. Kau tak ikut nasihat aku kan?” tanya Syifa. Ketika itu Haikal sedang asyik memilih hadiah untuk Ayesha.

“Syifa, aku tak buat lagi,” Nazurin tunduk. Namun cepat-cepat dia menyambung sebelum Syifa naik marah. “Aku tak tahu aku cukup kuat atau tidak untuk buat apa yang kau cakap tu,”

“Kenapa kau tak cakap dengan aku? Aku boleh temankan kau,” nada suara Syifa kembali lembut. Dia sedar, dengan Nazurin memang kena banyak bersabar. Nazurin lebih rela melukakan hati sendiri daripada melukakan hati orang lain.

“Kau dah berkeluarga. Aku tak nak susahkan kau,” Nazurin pandang wajah Syifa dalam-dalam. “Biarlah aku kumpul kekuatan dulu untuk hadapi semua ni,”

“Kalau nak tunggu kau kumpul kekuatan sampai bila pun kau takkan buat,” Syifa mula geram. “Allah bagi kau dugaan macam ni sebab dia tahu kau ada kekuatan tu. Takkan kau tak faham-faham?”

“Habis tu, apa patut aku buat?” tanya Nazurin. Syifa senyum, dia genggam tangan sahabatnya itu.

“Aku temankan kau,”

*****

Kereta yang Nazurin pandu bergerak perlahan-lahan menyusuri rumah-rumah agam di situ. Syifa memandang satu persatu rumah itu. “Waaa… kau tak pernah cakap pun yang Nazmi tu anak orang kaya,”

“Aku pun tahu beberapa minggu sebelum dia hilang. Itu pun sebab masa kami keluar sama, dia tertinggal telefon dia. Itu yang kami patah balik tu,”

“Jadi kau pernah la datang sini?”

“Pernah datang, tapi tak masuk rumah. Sekali tu je la,”

“Kau ingat jalan ke rumah dia?”

“Ingat-ingat lupa,” jawab Nazurin selamba.

“Beraninya kau,”

Nazurin senyum. “Kau juga yang cakap, aku takkan terima dugaan ni kalau aku tak kuat, kan?” Syifa sengih. Ingat juga dia dengan kata-kata itu.

“Ha, itu pun rumah dia! Vila Kencana,” ujar Nazurin. “Tapi kenapa banyak kanopi? Ada majlis ke?”

“Eh, aku nampak pelamin la ada majlis kahwin ke?” spontan Syifa bersuara. Namun sebentar kemudian dia menutup mulutnya. Takkanlah…

Berderau darah Nazurin mendengar pertanyaan Syifa. Dia melihat kembali kanopi di dalam rumah itu. Wanra biru putih. Warna kegemaran Nazmi.

“Jom kita turun!” Nazurin segera mematikan enjin kereta lantas keluar. Terkejut Syifa melihatnya namun dia terus ikut keluar. “Kau serius?” Nazurin angguk.

“Assalamualaikum, selamat datang! Mari masuk! Kawan pengantin lelaki ya?” ujar seorang gadis comel menyambut mereka berdua. Ahli keluarganya barangkali.

“Pp… pengantin dah sampai ke belum?” tanya Nazurin dalam getaran.

“Dah sampai. Itu, mereka tengah bergambar dengan Dato’ Mukhriz dan Datin Nora,” Nazurin pandang ke arah yang ditunjukkan gadis itu. Pucat wajahnya melihat pengantin lelaki yang sedang bergambar itu. Nazmi!

Nazurin terus berlalu meninggalkan gadis tu dan Syifa tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Tidak sempat Syifa berkata apa-apa, kereta Nazurin telah berlalu meninggalkan dia. Cis, kurang asam!

*****

“Aku yang bodoh, aku yang buta,

Percayakanmu sebulatnya…,”

Nazurin berjalan di tepi pantai sambil melihat laut. Entah kenapa, setiap kali ada masalah, dia pasti akan ke sini. Tapi kali ini, dia datang berseorangan. Tidak diemani Syifa dan Haikal. Dan kedatangannya ini adalah untuk selama-lamanya. Dia sudah berhenti kerja di bandar.

“Kau pasti dengan keputusan kau ni?” tanya Syifa. Dia hanya melihat Nazurin melipat kain bajunya ke dalam bagasi. Nazurin hanya diam. Tidak menjawab pertanyaan sahabatnya itu.

“Rin…,”

“Mungkin aku tak sesuai hidup di sini. Aku nak mulakan hidup baru di kampung. Jangan riisau, aku takkan buat benda yang bukan-bukan. Aku cuma kembali ke pangkuan keluarga,” Nazurin senyum. Namun siapa tahu gelojak hatinya di dalam.

Nazurin melihat cincin di jarinya. Benar, dia kini bergelar tunangan orang. Siapa sangka, sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke kampung, ibunya sudah membawa berita peminangan seorang lelaki dari bandar. Dia hanya menurut, tidak baik menghampakan orang tua. Nazurin senyum seketika. Kalaulah…

“Kakak! Mak panggil!” jerit Atan, adiknya di kejauhan. Nazurin senyum. Dia mendekati Atan.

*****

“Alhamdulilah, kau dah selamat jadi isteri orang sekarang ni,” ucap Syifa. Nazurin hanya tunduk. Diam membisu. Ayesha awal-awal lagi sudah bersama Papanya.

“Kenapa ni?” tanya SYifa lagi setelah ucapannya tidak mendapat respon. Dagu sahabatnya itu di tongkat perlahan.

“Aku masih ingatkan Nazmi…,”

Syifa senyum pahit. “Bersabarlah. Lama-lama nanti, kau akan lupakan dia. Kau kena ingat, lepas ni menyayangi suami adalah tanggungjawab kau sebagai isteri,” Nazurin angguk. Sebentar nanti majlis akad nikah akan diadakan.

“Nazmi bin Dato’ Mukhriz, aku nikahkan dikau dengan anakku Nazurin Harun dengan mas kahwin RM80 tunai,” sayu sahaja ayahnya melafazkan ijab. Tapi nama tu macam biasa kenal je?

“Aku terima nikahnya Nazurin Harun dengan mas kahwin RM80 tunai,” Allahuakbar! Itu suara Nazmi! Spontan Nazurin mengangkat muka. Dilihatnya Nazmi yang sedang bersalam dengan ayahnya. Dia pandang wajah Syifa yang sudah tersengih.

“Kau pula ke yang Nazmi tu ada kembar? Yang kahwin haritu tu abang kembarnya, Nazril. Kau ni kan, selalu macam ni. Lain kali tanya dulu, jangan main percaya sebulatnya je,”

Syifa sudah jeling maut. Nazurin pula yang tersengih. Dilihat kembali Nazmi yang sudah tersenyum memandangnya. Serta-merta bibirnya mengukir senyuman manis.

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.