Home Cerpen Keluarga Kasih Harapan
Kasih Harapan
shadatul
9/12/2012 20:32:51
1,395
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Sekolah baru sahaja dibuka Yana dan adiknya iaitu Meeza bersiap untuk pergi ke sekolah .Sekarang genap umurku 12 tahun.Ah…seronoknya dapat jumpa kawan-kawan setelah lama bercuti tapi ah…bencinya mesti jumpa dengan budak sengal tu siapa lagi kalau bukan budak tu,bencinya kalau jumpa dengan dia mesti dia sakitkan hati aku lagi.Ahh..lantak dialah, kata hati kecil yana.Tiba-tiba satu suara mengejutkan lamunan yana.

“Akak cepatlah bersiap dah pukul berapa dah ni mengelamun saja”. Meeza cuba mengejutkan lamunan Yana.

“Yelah..yelah akak bukan mengelamun akak cuma termenung” pintas yana kepada adiknya meeza.

“Hai kak tak kanlah akak tak dapat nak bezakan antara mengelamun dengan termenung .Bukan ke maksudnya sama saja Cuma sebutannya saja yang lain”.bunyi gelak tawa meeza menyakitkan hati yana.

“Eh..sejak bila kau pandai nak melawan ni,kalau kau sibuk berborak dengan aku sekarang ni macam mana aku nak bersiap cepat, dah pergi tunggu kat bawah cakap kat ibu sekejap lagi akak turun.” Meeza hanya mampu mengangguk dan tersenyum.

**************************

Yana bertemu dengan musuhnya iaitu Mohd Azwan Shahrizal b.Azimai abdullah. Yana cuba mengelak dari berselisih dengan musuhnya itu. Satu suara menerpa ke arah yana .

“hai kau apa khabar yana?” Shah cuba menegur yana walaupun hakikat sebenar mereka tidak pernah berbual mesra apatah lagi bersua muka.

‘Eh..menyibuk betul dia ni baru je sebut dah datang’.getus hati kecil Yana

. “Eh…yana sejak bila kau pekak ni?.Aku tanya kau,apa khabar kenapa tak jawab”?.Shah mula marah apabila soalannya tidak berjawab dan Yana menunjukkan wajah sombongnya. Shah cuba untuk berbaik tetapi hatinya berasa tidak wajar akan kelakuan Yana kepadanya ketika itu.

“Eh…sedapnya mulut kau kata aku pekak yang kau pula sejak bila jadi buta kalau aku tak sihat aku tak datanglah sekolah hari ini.” Tengking Yana mematikan langkah Shah. Shah hanya mengeleng

“Aku bukan kutuk engkau tapi tanya,siapa tak marah kalau kite tanya orang tak jawab”.yana terus berlalu dari situ. Shah hanya memandang sehingga kelibat itu hilang dari penglihatannya.

**************************

Apabila sampai ke kelas dilihat gurunya sedang menunggu.Yana duduk di tempat duduknya.``Nama saya Faridah Hanim,saya merupakan guru kelas awak semua untuk tahun ini,sekarang awak dah kenal saya jadi boleh awak perkenalkan diri masing-masing”.Kata Puan Faridah kepada anak muridnya.Seorang demi seorang memperkenalkan diri kepada Puan Faridah . nama M.Azwan Shahrizal b.Azimai Abdullah menghentikan pergerakan tangan Puan Faridah yang sedang menulis sesuatu di papan hitam.Puan Faridah cuba mengawal perasaannya. Dia memandang wajah Shah. Beberapa pelajar lain masih memperkenalkan diri mereka sehingga sampai ke giliran Yana.

“Nama saya Azima Elyana Baiduri bt Azimai Abdullah” Yana melabuhkan punggung ke kerusinya. Puan Faridah menahan getar hatinya saat mendengarkan nama itu pula. Airmata sudah mula bertakung di kelopak mata namun cuba juga dikawal dari jatuh ke bumi. Ada sesuatu yang sarat otaknya berfikir.Betapa kecilnya dunia akhirnya dipertemukan dengan kedua-dua anaknya yang telah terpisah sejak beberapa tahun dahulu. Sekarang apa yang mampu dilakukan adalah untuk menjalin semula kasih yang telah terputus itu.

“Shah mulai sekarang awak pindah tempat,awak duduk disebelah yana”.tegas cikgu Faridah

“Apa cikgu?”.Yana membentuk-bentukkan mulutnya kerana sakit hati dgn permintaan cikgunya itu begitu juga dgn shah.

Berita yang dimaklumkan oleh Puan Faridah cukup mengejutkan Encik Azimai Abdullah. Apa lagi harapan seorang ayah selain bertemu dengan anak yang telah lama terpisah. Airmata Puan Faridah diseka olehnya,tidak dibenarkan gugur dari kelopak mata. Dia cuba menenangkan isterinya. Encik Azimai membuat perancangan untuk bertemu dengan kedua-dua penjaga anaknya melalui rekod pelajar yang boleh Puan Faridah perolehi dengan mudah untuk mendapatkan alamat mereka.

*********************

Langkah diatur penuh debaran. Bagaimana penerimaan keluarga angkat Shah dan Yana untuk kehadiran mereka. Mereka cuba merampas kasih yang telah tercipta tetapi wajarkah mereka digelar perampas sedangkan itu anak mereka yang terpisah bukan untuk selamanya. Hak penjagaan diberi hanya untuk sementara dan bukan untuk selamanya. Tetapi keluarga itu yang menghilang tanpa berita. Hak penjagaan itu diberikan sehingga mereka tamat belajar dan berkemampuan untuk menjaga Shah dan Yana. Perkahwinan pada usia muda kewangan adalah masalahnya. Puan Faridah mengeluh berat memikirkan semuanya. Dia terlalu lama menanti kepulangan anaknya dalam pangkuannya. Dapatkah hak itu keatasnya?

Airmata merembas di pipi. Tiada ungkapan bermakna dari Puan Faridah selain bersyukur ke hadratNya.

“Lega rasa bila ibu bapa angkat shah dan yana sudi kembali kan anak kita.sekarang kita Cuma tunggu mereka menduduki UPSR supaya kita tak ganggu pembelajaran diaorang..”jelas Puan Faridah dan saat itu suaminya hanya mengangguk setuju.

****************************

Segala-galanya berjalan seperti biasa.Yana dan shah tamat menduduki peperiksaan UPSR yang di jalankan selama seminggu itu..

"Hoi…!!Yana jauhnya kau mengelamun dah sampai kat bulan ke tak pun kat planet Marikh..sampai aku panggil pun kau tak sedar" Sazawan mengejutkan lamunan Yana. Dia ketawa melihat tingkah Yana yang terkejut itu.

“Mana ada aku bukan mengelamun aku cuma…." Belum sempat Yana menghabiskan ayatnya Sazawan lebih dulu memotong kata-katannya.

“Dah stop pasal ni jom kita pergi makan..aku lapar dah ni..” kata sazawan mematikan bicara Yana. Yana dan Amirullatirah hanya membuntuti Sazawan.

“Kita nak berkumpul tak petang ni main piano. Tak sangka kelas dah habis kan. Berlatih sendiri jela lepas ni” kelu Yana perlahan. Dia terlalu sukakan kelas Piano tetapi Peperiksaannya telah berakhir menandakan kelasnya juga bakal berakhir dan dia akan ke alam baru pula pada tahun hadapan.

“Petang-petang boleh je kalau nak practice kat rumah aku. Tak ada masalah la. Korang main piano,aku main gitar macam biasalah. Tak ada kelas tak semestinya tak boleh main lagi kan. Muzik kan hobi kita” ujar Sazawan kepada Atirah dan Yana. Atirah hanya mengeyakan perbicaraan Sazawan itu.

“Oklah kita jumpa petang ni. Aku balik dulu lah!” Yana berlalu dari situ dengan segaris senyuman terukir buat kedua-dua rakannya. Sazawan dan Atirah menghantar Yana hanya melalui pandangan mata mereka sehingga kelibat Yana hilang dari penglihatan mereka.

****************************

Yana menangis semahu-mahunya tidak dia sangkakan bahawa guru yang amat baik dengannya itu adalah ibu kandung yang dia nantikan kasih sayang darinya tapi dia mula membenci mereka kerana saat yang dia nantikan terlalu lama sehinggakan dia rasakan tidak akan dapat dirinya memaafkan mereka sampai bila-bila pun.

“Yana maafkan Ibu! Pergilah dengan mereka sudah lama mereka nantikan kehadiran Yana dalam hidup mereka”hanya ungkapan itu sahaja mampu terluah setelah melihat keadaan Yana. Mungkin susah untuk Yana lalui itu. Dia sendiri kenal akan kedegilan anak gadisnya itu. Pernah dia menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi Yana tetap tidak mahu menerima hakikat itu. Puan Zana meninggalkan Yana keseorangan di dalam bilik itu supaya Yana memperolehi ketenangan dengan caranya sendiri.

Perlahan pintu bilik dikuak selepas tiada sahutan lagi,”Dia demam ni kita pergi bawa dia ke kliniklah” kata Encik Othman kepada isterinya.

Yana mendengar perbualan Ibu dan ayahnya. Perlahan matanya dibuka. Dia tidak tidur tetapi hanya melayan rasa luka dihatinya. Tangisannya seakan tidak mahu berhenti. Dia tidak mahu meninggalkan Ibu, Ayah dan Meeza. Terlalu dalam kasihnya buat mereka. Sedangkan tidak ada rasa sayang sedikitpun untuk kedua-dua ibu bapa kandungnya.

“Tak mahulah”.hanya itu sahaja mampu Yana ungkapkan saat itu. Akhirnya mereka akur kerana mereka cukup kenal dengan sikap Yana yang degil dan keras kepala itu.Puan Zana mengusap lembut pipi Yana. Bukan dia tidak simpati akan nasib gadis itu. Dua belas tahun tempoh yang cukup lama memelihara gadis itu sebagai anaknya. Kasih sayang itu tidak pernah berbagi,tidak pernah juga berkurang. Tetapi apa daya dia tidak punya hak kerana hak itu terletak kepada ibu kandung Yana. Dia hanya meminjam anak itu dari mereka. Airmatanya gugur jua tidak mampu ditahan lagi.

****************************

Puan Faridah mengusap lembut kepala Shah..Kemudian Shah terkejut dari lena saat merasa ada tangan mengusap pipinya lembut. Shah hanya memerhati wajah kedua-dua tamu itu.Wajarkah mereka digelar tetamu? Penjelasan kedua ibu bapa angkatnya membuat dia turut rasa terluka. Mengapa perlu dipisahkan rasa sayang yang sudah tercipta ini?hati shah mengeluh berat. Hakikat ini membuat dia terpaksa akur dengan kentuanNya. Takdir ini menemukan mereka kembali. Terlalu besar kebesaranNya. Mereka ditemukan kembali bermakna Takdir Ilahi ingin kami disatukan menjadi satu ikatan abadi. Shah memeluk kedua pasangan tersebut dia akhirnya akur . Untuk apa dia menidakkannya sedangkan itulah kenyataanNya. Puan Faridah tidak dapat mengawal perasaannya dengan penerimaan Shah terhadapnya. Dia hanya mampu mengukirkan senyuman kepada Shah dan suaminya. Mengingatkan Yana membuat Puan Faridah tidak sabar pula mengetahui penerimaan Yana terhadap mereka.

*************************

Pedih di hati melihat keadaan Yana yang tak bermaya itu.Puan Faridah memandang Yana tanpa menoleh kerana wajah itulah yang dia nantikan selama ini yang pernah di belai olehnya dan yang sentiasa dia rindui selama ini.Yana yang tidak sedar dengan kehadiran mereka lena di buai mimpi ditambahkan lagi dengan sakit kepala yang ditanggungnya ketika itu membuatkan dia tidak sedar tentang keadaan disekelilingnya.

“Meow…meow..meow..”.tiba-tiba bunyi kucing kesayangan Yana membuatkan Yana terjaga dari tidurnya lalu tanpa membuka mata dia memalingkan seluruh tubuhnya kearah suara Putih iaitu kucing Parsi kesayangannya.Yana mencium kucing kesayangannya itu,manakala Puan Faridah dan Encik abdullah hanya menonton rekreasi anak kesayangan mereka yang seterusnya. Mereka hanya berdiam diri tidak mahu menganggu emosi Yana saat itu.

Meow…meow..sambil itu Putih menjilat pipi Yana.Yana ketawa apabila diperlakukan begitu. Yana lupa seketika segala masalahnya apabila berdepan dengan putih. Dia hanya mampu mengukirkan senyuman.

“Yana..Yana dah okey” Puan Faridah memecahkan kesunyian itu.

Yana terpana mendengar suara itu dibelakangnya. Dia sudah mengagak empunya suara.“Emm….”hanya sepatah yang keluar dari mulut Yana. Dia sememangnya tidak punya minat untuk berbicara bersama mereka.

“Yana..tak baik kalau bercakap tak pandang muka orang yang sedang bercakap dengan kita”.kata Encik abdullah pula..Lantas Yana bangun duduk di atas katilnya lalu memandang muka mereka.

“Apa sebenarnya yang awak berdua nak dari saya haa…?”Yana bangun ingin pergi dari situ tapi lantas tangannya dicapai oleh Puan Faridah kemudian ditempis oleh Yana tapi tangan Puan Faridah tidak sempat untuk dia kawal.Ting…!!!bunyi mangkuk bubur di atas meja terjatuh ke bawah.Puan Faridah mengutip serpihan kaca yang jatuh di atas lantai,bimbang jikalau Yana terpijak serpihan kaca tersebut.Yana turut cuba untuk membantu tapi dihalang oleh Puan Faridah.

Puan Faridah terjerit kecil saat jarinya tertusuk serpihan kaca itu.Dia mengetap bibir cuba menahan sakit yang ditanggungnya. Pedih!!hanya itu terluah oleh hatinya..Yana dan Encik abdullah menghampiri Puan Faridah.Yana lantas bangun menghampiri laci almarinya,dia kembali dengan kapas,plaster dan ubat yang akan disapukan ke luka di tangan mamanya itu.Yana mencapai tangan Puan Faridah lembut, disapukan ubat perlahan. Puan Faridah hanya memerhati,dia tahu dalam kerasnya hati yana itu masih terselit sikit perasaan sayang cuma dia sedikit ego untuk meluahkannya.

“ Yana…terima kasih” Puan Faridah mengukirkan senyuman memandang anak gadisnya itu. Tiada apa lagi yang terluah selain rasa sayang yang membuak untuk Yana dan Shah.

“Untuk apa??” Yana pura-pura tidak mengerti akan ucapan yang dilafaz oleh Puan Faridah.

“Untuk ubat di tangan ini” kata Puan Faridah sambil menunjukan jarinya yang berbalut itu.

Yana terus berlalu pergi dari bilik itu dia rimas bersama mereka walaupun dia tahu bahawa mereka berdua adalah ibu bapa kandungnya tapi dia tak tahu kenapa dia tidak dapat menerimanya mungkin kerana penantiannya selama ini.. ‘jangan ingat untuk ubat tak seberapa itu tanda aku dah boleh terima kau!’ hati Yana terus memberontak.

“Yana…Yana dah sihat??”.tanya ibu angkatnya yang baru balik dari Bandar. Yana hanya diam dan berlalu ke ruang tamu.

*******************************

Pada hari itu Puan Faridah dan suaminya bermalam di rumah keluarga Yana atas permintaan ibu Yana.Yana terlalu marah dengan ibunya kerana membuat keputusan itu tanpa pengetahuan darinya.Yana hanya duduk di dalam biliknya tidak hiraukan apa yang berlaku di luar .Alunan lagu yang di alunkan oleh Yana begitu merdu tanpa Yana sedar ada orang sedang memerhatinya bermain piano.ketukan pintu mengejutkan Yana,Yana berpaling dia terus berhenti bermain piano apabila ternampak ibu kandungnya yang mengetuk pintu tadi..dia lantas bangun dan duduk di birai katil.

“Kenapa Yana berhenti main piano tadi..??”.Yana tidak endahkan kata ibunya itu.dia hanya diam tanpa kata..

“Nah..aiskrim untuk Yana..ibu Yana cakap Yana suka makan aiskrim betul ke??”

Puan Faridah menyambung bicaranya. Dilihat seperti tiada reaksi Yana akan membalas kata-katanya. Dia menyambung lagi bicaranya.

“Yana tak boleh ke Yana maafkan mama dan papa??besar sangat ke kesalahan kami bagi Yana?,Yana tolonglah jangan buat mama dan papa sentiasa dalam keadaan yang salah..please mama merayu pada Yana seandainya mama bersalah mama minta maaf..Puan Faridah masih merayu.

“Tolong jangan gangu saya..saya tak suka kat cikgu,saya tak dapat terima yang cikgu ni mak kandung saya..saya harap cikgu faham dan lagi satu kalau betul apa yang ibu cakap tadi yang saya akan tinggal dengan cikgu saya minta maaf saya tak mahu tinggal dengan cikgu..Saya harap cikgu faham.Tolong keluar dari bilik ni sekarang juga!!” tegas yana.

Lantas Puan Faridah bangun,dia menatap sayu wajah anak kesayanggannya itu,tidak dia sangkakan begitu hina dia pada anak kesayanggannya itu.Sememangnya tak ada maaf langsung buat dirinya dan suaminya tetapi dia pasti akan melembutkan hati anaknya itu juga suatu masa nanti.Itu janjinya.

Okay takpe kalau itu yang Yana nak,mama akan keluar dari bilik Yana tapi maafkan mama kerana tak boleh penuhi permintaan yana itu,yana tak boleh halang mama dan papa untuk ambil Yana tinggal bersama kami sebab kami ada hak..”selepas mengucapkannya Puan Faridah terus keluar dari bilik itu.

‘Hak apakah yang mereka mahu setelah meninggalkan aku bersama orang lain!!Hak apakah yang mereka ada setelah membiarkan aku menagih kasih orang lain!!Yana merengus geram.Hatinya tidak berhenti membentak.

****************************

‘Ibu yana rindu sangat dengan ibu,,tak adakah secalit rindu dari ibu untuk Yana?kenapa lah ibu paksa yana tinggal dengan mereka,dah sebulan ibu tapi yana masih tak dapat lupakan semua ini,ibu cakap semua ini untuk kepentingan yana tapi yana masih tak Nampak mana kepentingan tu bu..’ getus hati kecil yana dengan tangisannya yang tak pernah mati. Hati Yana merintih sayu.

“Yana tengok apa yang papa dan mama beli untuk yana..tengoklah” kata Puan Faridah. Yana berpaling mendengar bicara mamanya itu.

“Yana ambil la kucing ni,mama tau yana suka jadi mama suruh papa belikan jadi yana jaga elok-elok tau” kucing itu beralih tangan.Yana terpaksa akur dengan pemberian itu.sekurang-kurangnya hatinya terubat kerana adanya putih.

‘Manalah si putih ni. Getus hati kecil Yana memerhati sekeliling. Asyik memerhati Yana tergelincir dan hampir terjatuh dari tangga namun sempat tangannya dicapai oleh Puan Faridah dan nasib tidak menyebelahi Puan Faridah,,kerana mahu membantu Yana dia tidak dapat mengimbangi badannya. Dia pula yang terjatuh..Yana kaku melihat tubuh mamanya kaku. Hanya darah mengalir.

****************************

“Macam mana dengan isteri saya doktor?” Encik Azimai cuba mengawal perasaannya.

“Dia tak ada apa-apa cuma lukanya makan masa untuk sembuh,biasalah luka di bahagian kepala,tetapi memerlukan pemantauan kerana mungkin ada masalah akan datang,bimbang jika ada darah beku atau komplikasi lain kepada otak,oleh itu isteri Encik perlukan rawatan selanjutnya..”

‘Aku yang bersalah untuk nasib yang menimpa mama..mama? masih layak kah aku untuk mengelarnya mama?masih layak kah?permintaan kecilnya untuk mendapatakan sedikit maaf pun terlalu sukar untuk aku berikan jadi masihkah layak aku bergelar seorang anak?bolehkah aku lupakan semuanya dan buka buku baru bersama mereka..?’ getus hati kecil yana yang runsing dengan keadaan Puan Faridah.

Lama Yana memerhati wajah itu. Hanya dia dan Puan Faridah sahaja disitu. Sedih melihat sekujur badan itu.“Cikgu,,bangunlah yana minta maaf.sepatutnya semua ini patut berlaku pada yana.ermm yana minta maaf untuk semuanya,yana tahu yana salah,selama ni pun yana yang degil dan keras kepala..bangunlah dan dengar apa yang mahu yana katakan ini..bangunlah,,bangunlah mama..” ungkapan yana dengan penuh sayu dan terselit nada kesal di setiap bicaranya kali ini.

“Boleh sekali lagi yana pangil mama?boleh mama dengarkannya lagi??” kata Puan Faridah sambil airmatanya mencurah laju. Dia terjaga dari lena saat tangan Yana mengengam tangannya. Mendengarkan ungkapan Yana, hatinya dipagut pilu.

“Mama!!” mereka berpelukan. Hanya airmata mengiringi pelukan itu. Shah dan Encik Azimai hanya memerhati di sebalik pintu. Segaris senyuman terukir dibibir mereka..

“Mama kerana satu pergorbanan mama ini,,Yana lebih tahu untuk menghargai. Kerana satu perngorbanan mama ini, Yana lebih tahu untuk mensyukuri dan membuat Yana sedar bahawa ALLAH tak memberi apa yang telah Yana minta di dunia ini tetapi ALLAH memberi apa yang diperlukan oleh yana di dunia ini..Yana hilang ibu,ayah dan Meeza,,mereka ialah keinginan Yana selama ni..tetapi sekarang Yana dah diberikan apa yang sepatutnya yana perlukan iaitu mama,papa dan Shah..inilah kasih harapan dalam hidup yana…terima kasih mama..”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.