Home Cerpen Cinta Takdir Itu Bukan Untuk Kita
Takdir Itu Bukan Untuk Kita
shadatul
18/8/2015 15:40:55
2,874
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Pertemuan itu tercipta tanpa ada yang pinta.Hadirnya , bukan sementara sahaja, hadirnya juga meninggalkan kenangan manis dan pahit sehingga tidak tersisa. Sukarnya melupakan kenangan.Indahnya sebuah kenangan, indahnya sebuah pertemuan sehingga aku sendiri tidak ingin lari darinya.Namun, rasa ini menganggu hari-hari yang ada. Wahai kenangan dan pertemuan yang menganggu kotak hati, melekakan hari-hari pergilah dari jiwa ini kerana aku hanya menanti pahala yang menuntut kasih syurga yang abadi…

Titik peluh membahasahi dahi wajah gadis itu.Sudah lamanya dia disitu, sehingga tidak menyedari membiarkan titik peluh berlabuh.

“Apa yang dimenungkan sahabat?” soal Kaira menerjah kotak fikiran sahabatnya Hazwani Husnina.

“Hidup…Ya , ianya hanya mengenai hidup. Apa lagi yang manusia akan fikir jika bukan berkenaan dengan hidup..Kehidupan yang dilalui hari-hari.Semuanya, simpleterlihattapi untuk jiwa yang melalui hanya Tuhan sahaja yang tahu.Umpama orang gelarkan ‘senang macam kacang’.Hazwani tergelak kecil saat mengungkapkan perumpamaan itu lalu menghabiskan kembali bicaranya. “Hidup terlalu mencabar Kaira, betul kan?”

“Ada sesuatu yang sedang menganggu awak Hazwani?”Soal Kaira kembali tanpa mengendahkan soalan yang diajukan kepadanya sebentar tadi oleh Hazwani.Riak wajah Hazwani berubah saat persoalan itu ditujukan kepadanya.Dia yang memberi soalan tetapi muncul kembali soalan buat dirinya tanpa sebarang jawapan.Patutkah begitu?Hati kecil itu bermonolog sendirian.

NothingsahabatRasa terlalu lama berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar ni buat otak ni terlalu banyak berfikir.Terlalu banyak pengalaman yang saya tak sangka saya boleh lalui sehingga saat ini”.Jelas Hazwani dengan tenang.

“Hazwani..kalau bukan kerana pengalaman, Kalau bukan kerana hidup, kalau bukan kerana pertemuan dan kalau bukan kerana Allah kita tak bersahabat kan? dan mungkin tak pernah kenal pun kan? Inilah namannya takdir. Perancangan Allah , semuanya baik-baik. Bukankah awak selalu ingatkan saya mengenainya?”Ringkas dan cukup mendalam maksud tersirat dalam setiap bicara Kaira.Hazwani yang mendengar hanya mengangguk bersetuju tanpa banyak menyoal. Dia hanya membiarkan Kaira dengan telahannya tanpa Kaira tahu apa yang sebenarnya menganggu Kotak fikirannya.

*****

Semakin jauh ku dariMu,semakin dekat pula kau menghampiri daku..

Oh Tuhan yang maha pengasih siapalah diriku dipandanganMu,

Semakin cuba ku dekati,semakin kuat pula kau mendugai aku.

Oh Tuhan Yang Maha Sempurna kerdilnya diriku dihadapannMu..

Di bayangan mentari aku kealpaan,

Dusta dunia penuh kepura-puraan,

Dikala dinihari aku kepasrahan,

Mendamba jernih embun kasih sayangMu Oh Tuhan..

Airmata itu semakin laju tidak mahu berhenti mendengarkan lagu In-Team Damba Kasih berkumandang... Cinta pertama ini sakit sekali. Tidak pernah terluah jadi patutkah digelarkan cinta bertepuk sebelah tangan?.“Ya Allah, Izinkan aku hanya mendamba kasihMu untuk ku berlabuh.Buang cinta manusia ini sampai saatnya ia patut kunjung tiba”. Hazwani lantas mengamin kan doanya. Hatinya pedih tak tertanggung rasa.Untuk pertama kalinya dia merasa sakit itu.Airmata pula seakan tidak mahu berhenti dari bibir mata.Akhirnya, dia terlena dalam airmata duka.

****

‘Takdir apa yang sedang mendatangi aku ini.Bad boyalim ni selalu saja hadir menduga rasa hati ini. Aduyai macam mana kami boleh satu tempat praktikum.”Hazwani mengeluh perlahan saat melihat kelibat seorang lelaki. Ahmad Ammar, nama seorang lelaki yang telah berjaya mengetarkan jiwanya. Hazwani melihat wajah yang melintasinya itu.Saat itu perasaannya seperti di awang-awangan.Hazwani beristifar saat perkara itu telah melalaikan pandangannya.“Astafirullahalazim” perlahan bibir itu menutur kalimah itu.‘3 Tahun bukan masa yang singkat untuk aku disini dan melalui tiap perasaan yang wujud ini’ Hati itu masih bersuara meluah rasa.

Hazwani miring ke kanan saat terasa bahunya disentuh seseorang.Segaris senyuman terukir dibibir saat melihat wajah Kaira sahabatnya.

“Apa awak buat kat sini?”Soal gadis itu bersahaja.

“Ambil angin, rehatkan minda.”Ringkas jawapan Hazwani menjawab soalan sahabatnya itu.

“Hazwani….berminat tak kalau saya nak bercerita mengenai seseorang?”Soal Kaira menduga fikiran sahabatnya itu.Hazwani hanya tersenyum dan mengangguk.Hatinya seperti sudah dapat meneka dari buah bicara Kaira.Dia seakan sudah dapat meneka pengakhiran kepada bicara mereka.

“Ahmad Ammar tu nampak okay kan?” Hazwani awak rasa dia orang yang macam mana?.Soal Kaira mengunci mulut Hazwani dari berbicara. Dia buntu untuk menjawab persoalan itu.Dia akhirnya cuba sekuat mampu menyusun ayat untuk menjawab pertanyaan kaira.

“Ya..dia orang yang sangat-sangat okay, baik juga tetapi dalam baik lelaki ini tetap ada nakalnya jugak kan?bad boy alim. Hazwani tergelak kecil dalam menghabiskan ayatnya. Dia cuba mengawal perasaannya. Dia berasa aneh dalam bicara Kaira mengenai lelaki itu.Dia terkenangkan bicara sahabatnya satu ketika dulu. “Hazwani , awak ada segalanya tapi saya?hilangnya ayah saya hari ini, maka saya telah hilang segalanya dalam hidup saya. Saya hilang ibu saya,ayah saya,teman lelaki dan kawan baik sehingga saya tak tahu bagaimana rasa mempunyai seorang sahabat baik sehingga saya bertemu awak. Awaklah sahabat Syurga saya.Janji kita reunion di Syurga kelak.Itu janji kita Insya Allah sahabat hingga Syurga. Hazwani,hari yang saya paling tidak dambakan adalah hari ini,hari dimana saya telah hilang ayah saya . Takdir apa yang telah tertulis untuk saya ini kawan?”

“Hazwani…!Hazwani! panggil Kaira berulang kali. Hazwani yang baru tersedar dari lamunan sebentar tadi lantas kebingungan dia sekali lagi terperangkap dengan keadaan.Dia termenung saat kaira berbicara.Hatinya bimbang jika Kaira terusik dengan sikap tidak endahnya dalam bicara Kaira padahal dia tidak bermaksud sedemikian.Menyedarkan panggilan Kaira sebentar tadi masih tidak bersahut lantas Hazwani segera memula bicara.

“Ya saya masih mendengar cerita awak.Teruskan, pernahkah saya berhenti mendengar cerita awak?” Hazwani cuba menyejukkan hati gadis itu. Setelah melihat senyuman terukir dia kembali menarik nafas lega dan seterusnya berhenti menoleh kenangan lama. ‘kaira tolonglah berhenti berbicara mengenai lelaki itu. Tak tahukah kau betapa aku terluka saat kau berbicara mengenai Ahmad Ammar. Ya Allah ,kuatkan cinta aku hanya untukMu melebihi segalanya. Ambil segala rasa ini.Pergilah cinta manusia ini.Aku hanya ingin membiarkan rasa itu buat sahabatku dia masih memerlukannya.Satukanlah hati mereka.Aku sudah cukup ada segalanya.Lengkapkan hidup sahabatku yang sepi itu dengan penyatuan hati dari lelaki itu.Amin…’ hati Hazwani bermonolog.Hazwani akhirnya mengukirkan senyuman melihat telatah Kaira menceritakan mengenai lelaki itu ‘Ahmad Ammar’.

*****

‘Hari terus berlalu, penyeksaan apakah yang sedang melanda hati aku ini. Tiga tahun disini, terlalu menduga hari-hari yang ada….masih ada dua tahun yang bersisa tetapi mengapa rasa tidak tertanggung jiwa’ .Hati Hazwani bermonolog sendiri.Bunyi deringan pesanan ringkas mengejutkan lamunannya. ‘Apa yang tak kenanya dengan aku ini masa itu sangat berkualiti,tetapi pantang ada peluang berangan sahaja minda ini’ getus hati kecil Hazwani yang memarahi jiwanya sendiri. Dia lantas memerhati telefon bimbitnya, seukir senyuman tergaris dibibir itu saat melihat nama pengirim ‘Ahmad Ammar’. Berdosakah hati andai sering menantikan sms dari lelaki itu?Hati itu terusan menimbulkan persoalan tanpa sebarang jawapan.Mesej ringkas itu dibuka.Hanya gambar Hazwani dan pelajar semasa praktikum tertera di screen.‘Untuk apakah lelaki ini menghantar gambar ini tanpa sebarang tanda nota ringkas?’Akhirnya Hazwani hanya membiarkan persoalan itu tidak berjawab.Sejak mengenali lelaki itu, hatinya penuh dengan persoalan yang tidak terungkap dengan jawapan.Gambar itu diperhati satu persatu.“Sakitnya untuk melupakan cinta pertama” ada keluhan kecil saat kata-kata itu terungkap dari bibirnya.

“Hazwani, saya yang dulu bukan seperti yang awak kenali hari ini..”Jelas Kaira ringkas. Hazwani mengangkat kening tidak mengerti namun cuba untuk mendalami maksud tersirat dari rakannya itu.

“Jika bukan kerana Kaira yang dulu maka mungkin tak akanada Kaira yang hari ini. Dan kalau bukan kerana Kaira hari ini kita tak akan bersahabatkan?.Hazwani, kita sahabat sampai Syurga ya?” Soal Kaira cuba menyakinkan Hazwani akan ketulusan hatinya.

“Kalau macam tu, kita kenalah menjadi hamba yang selalu taat padaNya dan sentiasa mengingatiNya soInsya Allah kita akanreunion di Syurga kelak”. Hazwani mengukirkan senyuman.‘Jika pada pandanganmu sahabat bahawa engkau adalah gadis yang jahat, pernahkah kau terfikir bahawa bagaimana diriku sebagai seorang gadis yang nakal?Tetapi pengalaman hidup, pengajaran disini dan semua yang aku lalui telah mendewasakan aku sahabat. Ya…bukan hanya aku tetapi kita’ . Hazwani tersedar akan dialog yang bermain dihatinya itu lalu dia segera bersuara menjawab persoalan Kaira “I will hold your hand and help you stand up again”. Dia melihat senyuman terukir dibibir Kaira saat dia mengungkap kata-kata itu.Sambil tangan itu mengenggam jari-jemari Kaira.Hari itu, tercipta satu perjanjian antara dua sahabat itu dengan yang Maha Esa penentu segala-galanya.Hazwani kembali tersedar dari lamunannya. Dia terkenang akan bicara Kaira kepada dirinya satu ketika dahulu. Akhirnya , dia hanya membiarkan kenangan itu bersisa dalam sanubarinya.

*****

Bagai mahu luruh jantung Hazwani saat menerima satu sergahan dari belakang.Dia memerhati tingkah Kaira yang sedang ketawa melihat dirinya.Hazwani hanya mengeleng melihat tingkah sahabatnya itu.

“Apa yang sedang awak tuliskan tu?Tenung macam nak x-raykedalam kertas tu. Surat cinta ek?” . Kaira cuba meneka dan memerangkap bicara Hazwani saat melihat ketekunan sahabatnya itu pada bacaan yang tertera di dalam surat itu. Dia ingin tahu apa kandungan yang tersurat disebalik kertas itu.

“Tak ada apa, cuma seringkas puisi sahaja.” Hazwani menjawab ringkas berharap tiada persoalan panjang yang akan timbul oleh rakannya itu. Namun , telahannya meleset saat Kaira kembali menyambung bicaranya.

“Boleh saya baca?awak tulis ke?” soal Kaira. Saat itu, hati Hazwani bercelaru samaada perlu menjawab ‘Ya atau Tidak’. Kaira penuh dengan usikan nakal pada dirinya saat itu.

“Awak boleh baca tapi sebelum tu jangan nak salah faham ,Karya ni saya cuma copy and paste kat sebuah majalah, bukan hak milik saya”.

“Baiklah Teacher Hazwani. Saya baru nak salah faham tapi awak dah jelaskan dulu..Soterima kasih sebab jelaskan”.Kaira ketawa nakal dihujungnya melihat telatah Hazwani membuat mimik muka mencukasaat dia digelar ‘Teacher’.Sengaja ingin mengusik jiwa sahabatnya itu.Dia perlahan mencapai kertas itu.Puisi itu dibaca perlahan.

Takdir menyatu, sebuah pertemuan itu.

Hati berdetik cinta pertama berlalu..

Tak terungkai jawapan..Persoalan menjadi pilihan…

Wahai gelora hati, berhentilah menagih cinta ini..

Teruslah mengejar cinta hakiki..

Berlalu dari hati ini, berhenti menganggu kotak hati,berhenti menganggu hari-hari..

Terangi jiwa sahabatku ini..

Dia berhak memperolehi kerna ruang-ruang kosong itu perlu dilengkapi..

Pergilah cinta manusia itu dari sisi ini,

Kerna hadirnya belum pasti..

Hadirkan cinta hakiki kerna kasih Syurga menanti…

Perlahan kertas itu diajukan kepada Hazwani.Ada rasa tersentuh saat membaca karya itu. “Hazwani, karya ni terbaik….” Kaira mengajuk ungkapan ‘Terbaik’ dari sebutan kartun komedi ‘BoBoiBoy’. Saat itu Hazwani hanya tergelak melihat kelakuan Kaira yang seolah-olah meniru gaya perwatakan hero kartun itu. Dalam hati, Hazwani menarik nafas lega kerana kandungan puisi itu tidak dipersoalkan oleh sahabatnya itu.

*****

Hazwani memerhati dari kejauhan.Dua wajah, dua hati itu nampaknya saling tertaut.Dia tersenyum dalam duka.Kerana erti sebuah persahabatan dan cinta yang tiada sambutan.Tetapi benarkah cinta ini tiada sambutan sedangkan tidak pernah terungkap dan tidak pula pernah terluah. Namun, mungkin tidak akan pernah ada kerana tiada istilah perigi mencari timba. Lelaki itu selalu mendekati, tetapi tidak pula pernah mencuba.So , ia dikira cinta bertepuk sebelah tangan baginya. Hazwani berlalu dari situ kerana bimbang andai pandangannya disalah tafsir oleh sang pemerhati disekeliling mereka. “Ingatlah hatiku ,belum masanya lagi buat diriku” perlahan kata-kata itu diungkap untuk memberi sedikit kekuatan pada hati.

Destinasi cinta yang ku cari,sebenarnya terlalu hampir,

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati..

Telah ku redah daerah cinta yang lahir dari wadah yang alpa,

Tiada tenang ku temui hanya kecewa…

Lagu Destinasi cinta dari penyanyi Mestica itu terus berkumandang.Sayu sahaja lirik itu menyentuh kotak hati.

“Hazwani kenapa awak suka lagu tu?Lagu tu sangat bermakna ke pada awak?” Soal Kaira dengan penuh tanda tanya.

Hazwani mengeluh berat seakan ada bebanan berat yang menghempap dikepalanya.Perlahan mata beralih pada Kaira disebelahnya. “Lirik ini terlalu bermakna pada saya , Destinasi pengakhiran hidup dan tujuan kita hanya pada DIA bukan pada manusia. Saya dah banyak kali kecewa dengan cinta manusia.Jadi , saya cuma nak destinasi cinta saya berlabuh padaNya dan sampai waktu Allah mengkehendaki saya untuk memiliki cinta manusia saya terima . Kenapa awak tanya?” Setelah menjawab persoalan Kaira ,Hazwani kembali menyoal kepada rakannya kerana terasa aneh saat dirinya ditanya berkenaan dengan lagu itu.

“Awak rasa kalau ada ramai kawan macam saya ni diaorang tak akan tanya pada awak ke mana taknya termasuk ni dah berapa ratus kali duk ulang lagu yang sama?” Hazwani hanya menjengkilkan matanya.Akhirnya, bicara Kaira, meletuskan ketawa antara mereka.

Hazwani kembali menghabiskan bicaranya dalam ketawa yang masih bersisa.“Saya tahu takdir dan perancangan Allah untuk saya adalah sebaik-baiknya walaupun tanpa cinta manusia saat ini.”Hazwani mengukirkan senyuman memerhati tingkah Kaira.Kaira hanya membalas senyuman itu.‘Sahabat, aku tahu kita sama-sama mendambakan cinta dariNya melebihi segala-galanya’.Hati kecil Kaira bermonolog sendirian.

*****

Satu persatu wajah sahabat ditenung.Kelihatan mereka saling berjabat tangan bukan untuk meraikan perpisahan tetapi untuk mengakhiri satu pertemuan. Alam kesibukan akan datang sehingga mengekang masa untuk bersua akan datang. Lima tahun, bukan angka yang singkat untuk mereka.Di Maktab itu berbagai rasa dikongsi bersama, berbagai pengalaman dan kenangan telah tercipta. “Selamat Tinggal cinta pertama, Biar saja saat ini cintaku satu untuk yang Maha Pencipta..Sampai satu saatnya cinta terakhir itu akan tiba untuk bersama-sama ke jalan Syurga.”Ucap Hazwani perlahan.Dari kejauhan Hazwani memerhati pemilik wajah itu.Dia akhirnya akur.

“Hazwani!”.Laungan itu membuat Hazwani mencari-cari pada pemilik suara itu.Dia memerhati Kaira sedang menghampirinya.

“Tak tahu bila lagi kita boleh berjumpa. Entah macam mana tempat kita kena posting nanti, harap-harap tak sama macam ragam kat praktikum dulu. Kesibukan akan menghalang kita untuk bersua satu masa nanti so apa pun yang berlaku ingat pada janji kita Sahabat sampai Syurga..Janji?”Kaira meluah rasa.

“Insya Allah dengan izinNya sahabat sehingga Syurga.Saya doakan dimana saja awak berada awak dapat menyampaikan ilmu dengan sebaik-baiknya.Okay, take care sahabat..Mereka saling bersalaman dan berpelukan seakan tiada lagi esok untuk mereka bersua. Hari itu, berakhir dengan perpisahan yang nyata kerna entah bila akan ada realitinya pertemuan lagi buat jiwa-jiwa mereka.

*****

Hazwani memerhati satu demi persatu buku latihan pelajarnya.Ada masa dia tersenyum dan ada masa hanya mengelengkan kepala membaca isi kandungan buku itu.Bunyi pesanan ringkas membuat Hazwani bingkas bangun dari duduknya.

“Assalamualaikum sahabat…Esok kita jumpa…boleh?”

Hazwani memerhati screen rasa aneh sekali akan permintaan rakannya itu. Lantas perlahan dia menaip ringkas memberi jawapan akan permintaan rakannya itu.

“Boleh saja..set masa dan tempat ..

esok kita jumpa…”

Butang sent ditekan..mesej itu sudah dihantar ,Hazwani menanti balasan. Deringan itu berbunyi lagi tanda ia sudah berbalas. Dia memerhati screen telefon bimbitnya memerhati jawapan sahabatnya berkenaan lokasi dan masa untuk mereka bertemu esok hari lalu segala data itu umpama sedang di simpan terus ke otaknya.Hazwani menempatkan telefon bimbitnya kembali dimeja.Sekali lagi deringan pesanan ringkas itu berbunyi.Dia meneliti baris ayat yang terkandung di dalam mesej tersebut.

Hazwani! Allah dah letakkan masanya untuk saya… Tak sabar nak story, ingat temujanji kita…good night…J

“Apa yang tak kenanya dengan si Kaira ni?Apa pulak maksud mesej dia ni..emm nampaknya semua jawapan akan terungkap esok..Tunggu jelah Hazwani….Sabar itu indah…” .Perlahan Hazwani bersuara memujuk dirinya.

*****

“Assalamualaikum Hazwani…lama awak tunggu?” Soal Kaira ringkas menanti jawapan Hazwani bimbang akan kelewatannya.

“Tak, saya baru je sampai…Order dulu sambil tu boleh jugak awak story apa yang tak sabar sangat nak diceritakan semalam tu..” Hazwani menjuihkan bibirnya dengan penuh gaya dalam pertuturan cuba mengusik Kaira. Sepantas kilat Kaira menarik muncung yang dibuat-buat oleh Hazwani dengan jari-jemarinya.Kaira hanya ketawa melihat reaksi wajah Hazwani lantas melepaskan pegangannya.Mereka akhirnya sama-sama melepaskan ketawa.

“Hazwani, saya nak kawin” ujar Kaira membuatkan Hazwani tidak tentu arah.Otaknya ligat berfikir siapakah gerangan lelaki yang berjaya memiliki hati sahabatnya itu.

“Kaira, siapakah lelaki bertuah tu?” Hazwani menyoal cuba mengawal gelora hatinya. Dia seakan dapat meneka siapakah gerangannya.‘Tapi tak mungkin dia’ getus hati kecil itu.

“Ahmad Ammar”. Sekeping kad dihulur dengan senyuman terukir indah dibibir gadis itu.

Bagai mahu luruh jantung Hazwani saat nama itu berlalu dari gegendang telinganya.Dia cuba mengawal rasa. ‘Alhamdulillah,bahagia kini milikmu sahabat’. Menyedarkan huluran kad itu masih belum bersambut dan masih belum menyahut kata-kata Kaira, Hazwani kembali bersuara.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak saya rasa nasi minyak awak”.Segaris senyuman terukir di bibir Hazwani. Senyuman paling manis walau ada duka dihati namun baginya itu bahagia yang sebenarnya dia cari iaitu melihat sahabatnya itu bahagia.

“Saya tak tahu pun awak nak makan nasi minyak saya, kalau saya tahu dah lama saya tolong masak untuk awak” Kaira ketawa dalam menghabiskan ayatnya itu. Seakan tidak mahu berhenti ,cuba mengusik Hazwani.

“Kaira, okay tak pe ..memandangkan ini hari awak, lain kali hari saya pulak”. Hazwani tersenyum melihat tingkah Kaira.Ada sinar bahagia di sebalik matanya.Dia turut merasa bahagia.Hazwani terus memerhati gelagat Kaira menceritakan detik-detik bahagia dalam hidupnya. Dia ikhlas untuk apa yang telah tertulis. Seikhlasnya dia tidak merasa sebahagia seperti hari ini apabila melihat senyuman indah seorang sahabat.

‘Ya Allah, jadikan aku hamba yang mencintaiMu lebih dari segala-galanya.Lelaki itu sememangnya cinta pertamaku namun kekalkan sahaja dia sebagai cinta pertamaku dan kau hilangkan rasa ini dan kembalikan aku seperti Hazwani Husnina yang dahulu.Dia yang dulu, hidupnya cukup kuat tanpa insan bergelar lelaki meskipun aku tidak layak untuk membuat permintaan sebegitu tetapi kau hentikanlah rasa itu setakat itu sahaja sehingga saatnya tiba kau wujudkanlah kembali.Aku berharap perasaan yang wujud itu untuk kedua kalinya adalah bukan yang pertama lagi tetapi adalah cinta terakhirku yang membimbing aku menuju SyurgaMu.Ya Allah, satukan hati mereka.Kau buangkanlah erti kelukaan lama ini, Izinkan kebahagiaan baru untuk aku dan mereka’.Hati kecil itu bermonolog sendirian.

*****

Pergilah cinta pertamaku,

Sahabatku,

Itulah hadiah untukmu..

Erti kelukaanku..

Terimalah sahabat Syurga ku..

Sampai masa kita bertemu…

Kertas itu dilipat lalu dibiarkan hanyut oleh arus sungai itu ,membawanya pergi jauh. “Cinta hakiki, Ya… hanya itu yang aku dambakan saat ini” . Ujar Hazwani penuh yakin,segaris senyuman terukir dibibirnya. Dia akhirnya akur dengan ketentuan ilahi..

~TAMAT~

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.