Home Cerpen Cinta Saya, Kad dan DIA
Saya, Kad dan DIA
shadatul
26/12/2012 18:53:46
1,879
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Hai nama saya Muhamad Fiqrul Sazwan…selamat berkenalan semua…”

*Ahhh…penatnya asyik ulang perkataan sama je hari ni,nampaknya sampai ke petanglah…nak buat macam mana hari pertama masuk kuliah biasalah tu…Sesi orientasi,sesi perkenalkan diri..Bosan…tetapi harus aku akui seronok jugak sebab aku dapat tunaikan permintaan umi dengan ayah agar aku berjaya masuk universiti.Dan yang kedua aku dapat beri contoh pada adik-adik dan yang penting disini mengajar aku erti berdikari jauh dari keluarga…getus hati kecil fiq.Perasaannya bercampur baur.

fiq dan seorang rakan baru Syaqif keluar dari kelas dan meninjau seluruh kawasan universiti..

“Seronok jugak kat sini kan?”kata Syaqif ringkas

“Bolehlah,rumah sewanya ok…universiti ni pun okay…” hanya itu yang terluah oleh Fiqrul.

“Kita pergi makan ,aku belanja…” Syaqif menepuk bahu rakannya itu. Fiq yang merasakan ada sentuhan di bahunya terkejut dari lamunannya. Fiq hanya mengangguk setuju..Dia masih kebingungan,mungkin masih belum serasi dengan tempat itu..maklumlah selama ini belum pernah berjauh dengan ibu bapa dan adik-adik.

“Hello…kenapa kau ada masalah ke,asyik termenung je..dah sampai ke bulan ke?” soal Aqif

“Mana ada ,Cuma rasa boring je kat sini…” jawab fiq ringkas terlalu asing tempat itu baginya.

“ala…mula-mula biasalah……”kata Aqif yang cuba menenangkan hati rakannya. Akhirnya perbualan mereka mati disitu.

Kuliahnya bermula pada esok paginya…Fiq asyik melayani fikirannya..berjalan perlahan menuju ke kafe untuk sarapan pagi sebelum kuliahnya bermula.

“Maafkan saya”.seorang gadis memohon maaf pada seorang lelaki kerana Kecuaian gadis itu sehingga semua document milik lelaki itu bertaburan di atas lantai..Saat itu fiq hanya melihat kejadian itu kerana kebetulan kejadian itu berlaku berdekatan dengannya…namun dia terkaku…terkaku melihat kelibat itu…kelibat gadis yang begitu asing dalam dirinya.Siapa gadis itu?selepas itu gadis itu berlalu dari situ..

‘Siapa dia…?siapa gadis itu…berpeluangkah aku mengenali gadis itu…tapi siapa dia..?’getus hati kecil fiq. Fiq meneruskan pembelajarannya hari itu walaupun hakikat hatinya tidak tenang memikirkan akan persoalanya yang belum berjawab itu…

“Hei…kawan apasal ye…aku tengok kau termenung dari tadi lagi?”.soal Aqif tenang membongkar kegusaran hati rakannya

“Tak ada apalah qif,saja fikirkan assignment yang banyak ni tak tahu nak mula buat yang mana dulu…”terukir segaris senyuman di bibir fiq bagi menutup segala kekacauan fikirannya.

Dan saat itu Aqif hanya mengangkat bahu…

“Aku nak beli makanan sikitlah…nak ikut tak?” Soal Aqif menunggu jawapan dari rakannya fiq

“Tak apalah,kau pergi sorang jelah,malas nak gerak…”jawab fiq bersahaja

lantas saat itu Aqif bergerak keluar dari kelas yang kosong itu untuk ke kafe sedang saat itu fiq hanya memerhati langkah rakannya itu sehingga ia hilang dari pandangan.

‘Kalau aku keluar mungkin masih berpeluang bertemu dengan DIA,mungkin DIA juga ke Kafe..Ya…baik aku keluar..’ getus hati kecil Fiq. lantas fiq keluar dari kelasnya dan berlalu dari situ mengikut gerak hatinya.

‘Ahhh…mana DIA??’keluh fiq berat yang asyik memerhati sekeliling dengan kedudukannya di penjuru kafe.

“Eh…tadi cakap tak nak keluar,malas gerak…nasib aku lalu sini kalau tak aku masuk dalam kelas kau tak ada pulak…”mulut Aqif tak berhenti membebel dengan kelakuan aneh rakannya itu.

Sorry aku pergi tandas lepas tu duduk kat sini tunggu kau…”fiq kelam kabut memikirkan alasan akhirnya hanya itu yang terkeluar.

Aqif hanya mengangguk…

“Kau pandang apa…makanlah…”tegas Aqif mengejutkan Fiq lantas terus mematikan lamunan Fiq itu. Fiq terkaku sejenak melibat kelibat itu lagi.

“Hei…kenapa tak nak makan ke?” soal Aqif aneh melihat lamunan rakannya itu.

“Bukan…bukan…”.Fiq cuba mengawal perasaannya di depan rakannya itu..hatinya masih tidak tenang melihat kelibat itu…Siapa dia?Akhirnya kelibat itu hilang dari pandangannya…fiq mengeluh berat…

“Fikir apa,cakaplah mana tahu aku boleh tolong…Cerita je kalau kau ada masalah…kita kan kawan..”Qif bersuara lembut memancing apa yang menganggu fikiran rakannya itu..

“Entah…aku rasa lain sangat,masa lihat DIA…perasaan tu memang lain sangat qif…”

“Dia…?maksud kau…aku tak faham siapa Dia yang kau maksudkan tu…?soal Aqif bertubi-tubi menyoal siapa gerangan yang menganggu fikiran rakaknnya itu.

“Itulah yang menjadi persoalannya sekarang aku tak tahu siapa dia,aku jumpa dia di kafe pagi tadi…dan aku rasa betul-betul lain…aku nak tau sangat sape dia..tak tahu macam mana nak cakap tapi…”terang Fiq dengan seribu perasaan yang sangat aneh pada dirinya.

“Maksud kau…kau jumpa girl lah nie…jatuh cinta pandang pertamalah nie…aku ingat apa tadi…lain macam je,jauh je fikir macam orang yang dibebani masalah yang terlalu berat…rupanya Cuma nie…” Aqif tertawa kecil melihat gelagat rakannya itu..

“Ini tak lucu kawan…Jatuh cinta?tak mungkinlah…”Fiq cuba mengelak dengan telahan rakannya itu.

“Ok…cuba kau tanya diri kau,untuk apa kau fikir tentang dia?untuk apa kau risau-risau,tertanya-tanya siapa dia?Fikirkan itu kawan…kenapa?ok,pergi dulu…”Aqif pergi dari situ setelah memberi jawapan untuk Fiq rakan baiknya berfikir panjang lagi.

‘Betul ke aku jatuh cinta?tak akan sesingkat Cuma…?betul ke ini cinta?cinta pandang pertama,tak mungkin…ini bukan cinta,cinta itu tak mungkin datang sesingkat ini…tak mungkin…lupakan DIA,DIA Cuma mimpi untuk aku…Ya…itulah yang sebetulnya.Fiq cuba memperbetulkan segala telahan yang dianggap salah oleh Aqif sahabatnya,dia cuba untuk lupakan semuanya.

“kau nak terus disini ke…?soal Fiq ringkas.

“Ya..sorry Fiq tak dapat ikut kau ke kafe,aku nak siapkan assignment ni dulu…”jelas Qif kepada sahabatnya lalu Fiq hanya mengangguk membiarkan rakannya disitu sambil itu dia pun berlalu..

‘DIA lagi…kenapa aku selalu jumpa DIA,bila aku keluar dari kelas akan ku temu DIA..setiap ketika,setiap masa..tapi bukan ke ini yang aku mahu satu ketika dulu?

Akhirnya gadis itu hilang dari pandangan fiq..dan dia kembali ke kelas,selera makannya tiba-tiba hilang…

“Kejap nye kau makan?”soal Qif yang pelik dengan ketibaan sahabatnya kembali.

“Aku jumpa DIA lagi…”tegas Fiq dengan kegusaran didada.

“Betul ke…habis kau cakap apa dengan DIA..?” soal Qif itu mengangu benak fiq

“Nak cakap apa…aku tak tahu nak cakap apa Qif..entahla aku binggung dengan perasaan sendiri?”Fiq cuba menutup rasa getar di hatinya.

“Gila…jadi kau tak cakap apa pun…senang sangat macam nie…aku tahu macam mana nak tolong kau…” Aqif berbisik dengan Fiq dan setelah itu Fiqrul mengukirkan senyuman mendengar cadangan rakannya itu…


“ha…dah siap kad tu…?”soal Qif ringkas sambil otaknya memikirkan rancangannya.

“Dah…ini dia…” kad itu dihulurkan kepada Syaqif.

“Ok…kawan sekarang kad ini aku akan bagi pada DIA”sambil tersenyum Aqif menunjukkan lirikan mata nakalnya kepada sahabatnya fiq.

“kalau DIA desak tanya dari sapa,macam mana…?”tanya Fiq bimbang segalanya akan terbongkar..

“Jangan risau kawan…ni cadangan aku mesti berjalan dengan lancar…kau Cuma tunjuk je mana perempuan tu…okay?” kali ini Fiq hanya mengangguk…

Selepas tamat kuliah hari itu mereka sama-sama tunggu di kafe…Fiq pasti gadis itu akan mereka temu di situ…lama juga mereka nanti namun kelibat itu masih belum muncul…

“Qif….Qif…!! iTu DIA…tengok sana…” jerkah Fiq mengejutkan Aqif.

“Ok…gadis baju biru tu?” Fiq hanya mengangguk dengan pertanyaan Aqif itu.

”kau pergi dulu…” Arah Aqif kepada Fiq supaya gadis itu tidak curiga akan kehadiran Fiq disitu jika Fiq bersama dirinya. Fiq terus berlalu dari situ..manakala Aqif menghampiri gadis itu,menghulurkan kad itu.

“Dari siapa?awak ni siapa?”.soalan itu bertubi-tubi menerpa ke arahnya...Syaqif bingung untuk menjawabnya.

“aku tak tahu…aku Cuma diminta untuk kirimnya..”Syaqif terus berlalu dari situ..

Reen duduk bersendirian di dalam biliknya…sibuk menyiapkan assignment tiba-tiba dia teringat akan kad yang diterimanya di kafe petang tadi.lalu dia pantas bergerak ke katilnya mencapai beg sandangnya dan mengeluarkan kad itu lalu di bukanya…belum sempat dibuka pintu biliknya di ketuk..lalu dikuak olehnya.

“Sorry ganggu,tengah buat apa?tak keluar bilik dari tadi..saya dah masak tak nak makan ke?tanya lin kepada rakannya itu.

“Biarlah dulu…nak siapkan assignment” ringkas jawapan Reen

“Apa yang awak pegang tu??soal Lin mengejutkan lamunan Reen

“Kad…sekeping kad…”jawab reen ringkas.

“Wah…dari peminat la tu…”duga Lin

“Saya pun tak tahu baru nak baca…kita tengok sama” ujar Reen menarik minat Lin untuk turut serta melihat kad itu.

“Kad itu perlahan-lahan di buka oleh Reen dan isinya di baca…


Indah sungguh cinta ini…

andai dapat ku miliki,

cinta itu memang buta

berlaku sekelip mata

moga dapat ku realisasi

namun harus aku akui

cinta ini tidak mungkin beerti pada

dirinya,

kerna siapa aku untuk memilikinya

*dariku untuk DIA


“Dariku untuk DIA,apa maksudnya…siapa DIA yang di maksudkan oleh pengirim ni?’soal reen yang tidak mengerti akan maksud dari kad itu.

“mungkin awak yang pengirim ini maksudkan…saya pasti DIA yang pengirim ini maksudkan ialah awak…”jelas Lin.

“Tapi siapa pengirim ni…??”soal reen yang binggung dan kurang jelas akan pengirim kad itu.

“Kalau dia bagitahu bukan namanya peminat kawanku sayang…wah…hebat awak baru je tukar di sini dah ada peminat…”senyum lin mengusik rakannya.

“Awak perli saya ye…”kata reen menduga kawannya itu.

“Mana ada…awak kan kawan saya tak akan saya nak kutuk awak pulak…pengirim ni suka kan awak saya pasti…bukan itu saja dia satu universiti dengan kita..” jelas lin itu mengejutkan reen

“Macam mana…saya nak tahu yang mana satu dia?”soal reen pula menduga telahan rakannya

“Siapa yang bagi pada awak kad tu..?”lin menyoal rakannya lagi.

“Seorang lelaki tapi saya tak kenal dia…tapi saya pasti bukan dia yang kirim kad itu untuk saya…masakan pengirim berani memberinya sendiri…tapi saya tahu semua ni akan terungkap juga nanti…” Lin hanya mengangkat bahu…


Bila ku lihat ke langit…

Akan ku kenang DIA,

Akan ku lihat wajahnya,

Akan ku lihat senyuman miliknya

Bila ku Pandang ke Bintang,

Akan ku rinduinya,

Akan ku ingati segala detik bertemu dengannya..

Bila ku beralih ke awan nan biru,

Terasa Ingin ku lakarkan wajahnya

Untuk ku jadikan ilham dalam sanubariku,

Sepanjang zaman ku ingin ia hidup dalam diriku…

*Dariku untuk DIA..*




“kenapa Reen?”tanya lin kepada sahabatnya itu,perasaannya aneh melihat sahabatnya seakan melayani fikirannya sendiri…

“Saya dapat kad dari dia lagi,saya betul-betul nak tahu siapa dia?”reen gelisah memikirkan semua itu.

“Sabar je lah,saya pasti masa tu akan tiba…kalau betul dia sukakan awak tak akan dia nak berdiam diri saje,betul tak?saya pasti dia akan jumpa awak sendiri…” kali ini reen hanya mengangguk dengan penjelasan rakannya itu.

‘DIA??apa DIA buat kat sini…seorang diri di taman ini?nampak macam ada masalah je…bagi kad pada DIA,ya tu yang harus aku lakukan…nasib aku ada bawa kad untuk dituliskan untuknya…’getus hati kecil Fiq.

“Adik,boleh tolong bagi kad ni pada kakak yang duduk di kerusi sana…abang belanja adik makan Aiskrim ye…” kata Fiq kepada seorang budak sambil itu tangannya memegang aiskrim.akhirnya budak itu mengangguk..Fiq beransur lega lalu kad itu di hulurkan kepada kanak itu.

“kakak ada abang bagi nie pada akak…”

“Siapa dik??”

“tak tahu dia tak cakap nama pun…tadi abang tu suh bagi pada akak…”lantas kanak itu terus berlalu dari situ…

‘Ahh…kad lagi,mesti dari dia lagi…aku binggung siapa dia sebenarnya…’getus hati kecil Reen.


Andai senyuman itu tidak dapatku lihat lagi, Aku akan kehilangan senyuman milik DIA, Senyuman yang aku puja, Senyuman yang membawa aku kearah bahagia,

Kerna adanya senyuman itu,Aku mengenali DIA…Y

*dariku untuk DIA.*


“Fiq…aku ada berita baik untuk kau…nak tahu tak?Fiq hanya mengangguk.

“Aku dah tahu siapa nama DIA…”kata aqif dengan segaris senyuman.

“Betul ke ni,kau dapat tahu dari mana?DIA tahu pasal aku ke?Siapa nama DIA?” soal Qif tidak sabar mendengar jawapan dari rakannya itu.

“Ye..betul,aku dapat dari kawan sekelas DIA tapi bukan kawan rapat DIA…yelah nanti pecah rahsia kita kan..nama DIA,nama gadis idaman kau tu… Nur Sazreena Ileeya.

‘Nur Sazreena Ileeya…’ getus hati kecil lelaki itu…hanya itu yang mampu dinyatakan,dia tidak dapat bersuara lagi…


Akhirnya aku tahu nama itu,

Nama yang sering menjadi igauan ku,

Sehingga aku tertanya-tanya siapa dia?

Kini aku mengenalinya…

Terima kasih untuk pertemuan itu..

dariku untuk

Nur Sazreena ileeya


“Lin saya binggung,saya dapat kad dari dia lagi…dan kali ini dia tak bahasakan saya dengan panggilan DIA lagi tapi Nur Sazreena Ileeya.luah reen pada rakannya itu.

“Maknanya dia dah tahu nama awak…patutlah selama ini dia bahasakan awak dengan panggilan DIA,rupanya kerana dia tak tahu nama awak..saya pun tak sabar nak tahu apa cerita selanjutnya tentang awak,kad dan lelaki ini…”saat itu Reen hanya mengeleng mendengar kata rakannya itu..

“Fiq,aku rasa tak akan kau nak terus-terusan berhubung dengan DIA melalui kad…aku rasa kau perlu jumpa DIA..” kata Aqif cuba menyakinkan sahabatnya.

“Aku tak tahu macam mana nak jumpa DIA…?tak tahu nak cakap apa..?entah aku gementar nak jumpa dia…aku takut cinta aku DIA tolak…”kata Fiq dengan kegusaran menyelubungi dirinya.

“Aku percaya kalau ada jodoh kau dengan dia…tak akan ke mana,dia tetap milik kau…”Qif terus berlalu dari situ.

‘Mungkinkah aku akan jumpa dengan DIA…?Tak mungkin,itu tak mungkin…ego tidak menghalang aku kerna aku bukan seorang yang egois cuma aku berfikir mungkinkah dia akan menerima aku?mungkinkah DIA membenci aku dengan cara aku cuba mengenalinya selama ini…itu mungkin bukan,tambah lagi dapat ke DIA terima aku,siapalah aku dalam hidupnya..entah-entah dia sudah berpunya dan aku menganggu milik orang lain.Ahh…ini lagi teruk,aku tak sanggup menerima kemungkinan nanti…getus hati kecil Fiq.

“Fiq…muhamad Fiqrul Sazwan…!!” jerit Encik Rizman.

Fiq yang terpana namanya di panggil lantas berpaling.

“Kalau awak nak mengelamun ,tak payah datang sini…nak mengelamun balik rumah!!faham!!”tengking Encik Rizman.

Fiq masih kaku, tidak sepatah kata pun keluar dari mulutnya…malunya bukan kepalang, ibarat darah merah menyimbah ke mukanya.lantas dia hanya mengangguk..’Semuanya sebab DIA,bagaimana aku oleh lupakan DIA?aku bimbang seandainya kerana DIA pembelajaran aku menjadi nombor dua…bagaimana kalau gagal?mak dan ayah pasti sedih…lupakan DIA buat masa sekarang, ya itu yang tepat…sampai aku final exam baru aku boleh fikir pasal DIA..mungkin itu yang terbaik…tiada kad dan lupakan DIA..’

“Reen apa yang kau fikirkan??”tanya lin khuatir melihat keadaan rakannya itu.

“saya tak menerima kad dari DIA lagi…”terselit nada sedih dalam bicara itu.

“Oh jadi itu yang membimbangkan awak…?awak rindu kat dia ke?jangan-jangan awak jatuh cinta sama dia tak…?”soal lin itu lantas mengejutkan lamunan reen.

“Apa yang awak cakap ni?itu tak mungkinlah,saya tak pernah kenal dia.” Reen cuba menutup segala kegusaran di dadanya.

“Tapi itu tak mustahillah kawan…tak mustahil.”Lin terus berlalu dengan tawa yang masih bersisa.Manakala Reen masih lagi binggung dengan kenyataan rakannya itu,

‘mungkinkah ada benarnya..?Apa pun aku mesti tumpukan untuk final exam tahun ni.ya,mungkin itu pilihan yang tepat dari aku memikir orang yang tidak aku kenali itu’ getus hati kecil Reen

“Tak sangka kan Lin akhirnya kita tamat untuk tahun ni.” Lemah nada suara Reen

“Yup..eh apasal ni,bunyi macam sedih je..yang pasti bukan pasal saya kan?saya tahu mesti pasal DIA.”kata Lin penuh dengan nada perli.sambil itu tawanya mengusik gegendang telinga reen.

“Apa yang awak cakap ni?mengarut je.Tak ada kena mengena pasal dia,cuma ini kan cuti panjang saya pasti rindukan awak dan lain-lain itu je okay.Tak habis-habis nak salah faham.”

“Betul ke ni..?”Setelah jawapannya tak berjawab kali ini,Lin terus berhenti mengusik reen bimbang seandainya rakannya itu merajuk.lalu Lin kembali bersuara “Okay,saya tak sebut pasal dia lagi,maaf k..”

“Tak apa,saya tak ambil hati pun..dah la sekarang tak ada cerita pasal saya,kad dan dia,ini noktahnya.”

‘kemanakah lelaki ini menghilang?kenapa dia muncul meninggalkan persoalan dan menghilang tanpa memberi aku sebarang jawapan..ahh!untuk apa aku fikirkan tentang dirinya,tetapi aku masih binggung siapa dia??’ Hati reen terus memberontak memikirkan persoalannya yang belum berjawab.

“Awak Reen ke??” tetiba satu soalan muncul dari belakang.membuat reen digundang rasa aneh kerana suara itu tidak dikenalinya lantas dia miring ke kanan dan soalan itu dijawab dengan anggukan.

“Ni kad untuk awak…”kata lelaki itu

“Tetapi dari siapa??”tanya Reen kepada lelaki di hadapannya..terasa sakit hatinya apabila lelaki itu hanya mengangkat bahu dan berlalu dari situ..Reen perlahan-lahan membuka kad itu dan membaca kandungan kad itu



Coretan buat Nur Sazreena Ileeya…

Apabila mentari hadir bersama siang,

ku rasa seakan berada dalam malam..

Apabila malam muncul bersama cahaya

Bulan dan bintang,

Ku rasaseakan berada dalam kelam..

Kini ku rasa seakan ingin membongkar

Sebuah persoalan yang masih belum

terungkap jawapan…

jalanilah ia dengan penuh senyuman maka

akan kau temui jawapan..


Dariku untuk ..
Nur Sazreen Ileeya** saya tunggu awak di taman fakulti sains

Reen terus menutup kad itu lalu terus bergerak ke taman fakulti yang sememangnya tidak jauh dari tempat dia berada itu. Dia pasti lelaki itu sudah menantinya,dan dia tidak sabar ingin ketahui siapakah lelaki itu yang muncul hanya sekejap sahaja dalam hidupnya dan tidak pula dia mengenali siapa lelaki itu tetapi lelaki itu telah mengetarkan jiwanya..Siapakah Dia??

‘mana dia ni,kata kat sini..tapi yang mana satu dia..apalah dia tak bagi petunjuk langsung mana aku nak kenal dia..’getus hati kecil Reen lantas dia melabuhkan punggungnya di sebuah bangku berdekatan..

“Assalamualaikum..” satu salam muncul dari belakang

Reen menjawab salam itu lalu berpaling…Dia lantas terkaku melihat wajah itu,dia cuba mengingati seandainya ada sedikit memori mengenai lelaki itu tetapi hampa lelaki itu memang tidak dikenalinya.

“Awak??errmm…”

reen cuba untuk bersuara namun kata-katanya dipotong oleh lelaki yang kini berada di hadapannya.

“Ya..sayalah DIA itu bagi awak,tetapi bagi saya pula awak adalah DIA itu..” kata-kata ringkas yang diucapkan oleh Fiq, dia jadi kelu untuk menitir kalam. “ermm..nama saya Fiqrul Sazwan”

“Kenapa awak buat semua ini??” soal reen dengan penuh tanda tanya.

“Saya rasa awak tahu kenapa saya buat semua ini,tetapi maafkan saya andai kehadiran kad saya menganggu hidup awak..tetapi sememangnya saya tidak punya niat sebegitu..” fiq cuba untuk mengatur setiap bicaranya.

“Habis apa niat awak sebenarnya?” soal reen lagi untuk membongkar segalanya

“Saya cintakan awak Nur Sazreena Ileeya..” ungkapan yang tidak fiq sangka akan dikeluarkan olehnya.

‘Reen terkaku mendengar ungkapan itu,apa maknanya semua ini?ungkapan inilah yang aku nanti cuma aku rasa kabur dek mimpi..Segala jawapan aku telah berjawab..kini muncul persoalan baru dan mengkehendaki aku yang memberi jawapan..Namun,lidahku kelu untuk menitir kalam,hanya hati sahaja yang bersuara memberi pelbagai jawapan lantas aku hanya tersenyum,mengukir segaris senyuman buat si DIA..

“Hai cik abang, mengelamun kat sape tu?menunggu bulan jatuh ke riba ke?segaris senyuman terukir di bibir mungil Reen

“Ingat kat kekasih hatilah” apabila melihat sahaja Reen memuncungkan bibirnya,tahulah dirinya akan rajuk isterinya itu..lantas dia tersenyum “ingatkan Reen la…”

“Ada depan mata kenapa pandang jauh-jauh??”soal reen buat suaminya.

kali ini Fiq ketawa mendengar kata isterinya itu…

“Teringat kat buah hati yang satu ketika dahulu pernah menjadi persoalan dalam hidup abang,dan apabila terungkap jawapan…abang menambah persoalan yang mengkehendaki DIA memberi jawapan lagi..dan akhirnya segalanya bukan lagi persoalan kerna telah terjawab dengan beribu jawapan…”

wajah yang tadinya muram tiba-tiba terlahir seukir senyuman… “terima kasih” tanpa sedar airmata Reen jatuh dari bibir mata lalu terus diseka oleh Fiq..

*Aku,Dia dan Kad akhirnya bersatu*

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.