Home Cerpen Keluarga Ada Yang Tak Dapat Aku Lupakan
Ada Yang Tak Dapat Aku Lupakan
shadatul
4/12/2012 09:12:01
1,897
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Saat paling sakit itu apabila hadirnya pertemuan dan terciptanya perkenalan. Sesekali bila difikir, pertemuan itu umpama satu anugerah yang akan sentiasa ada cuma kekadang aku manusia tak mahu tergolong dalamnya.Pertemuan punca adanya perpisahan walau perpisahan itu menyakitkan namun aku tahu perpisahan tidak harus dipersalahkan kerna punca kepada perpisahan adalah pertemuan. Jadi aku manusia yang bencikan pertemuan. Bolehkah aku lari daripada pertemuan?tetapi kata ibu aku mesti hadapinya kerna itu hadiah untuk hari esok.Apa yang ibu maksudkan sukar untuk aku mengertikan dan masih menjadi persoalan. Tiba-tiba aku tersedar dari lamunanku. Apabila ku miring ke kanan ku lihat beberapa orang pelajar merenungku.Aku sudah biasa dalam situasi itu.

“Nama saya Nur Izrin Amira Binti Mohd Izwan Afiq”..Itulah yang sentiasa disebutkan hari ini. Sesi memperkenalkan diri adalah perkara yang paling bosan sekali namun sementelahan itu, aku terpaksa akur.

***************

“Macam mana dengan sekolah baru Reen?ayah harap Reen akan kekal disitu, ayah dah penat carikan sekolah untuk Reen. Hari tu nak sekolah kat bandar sekarang kampung pula. Sampai ayah terpaksa tukar tempat kerja. Reen dah banyak ketinggalan pelajaran mana taknya asyik tukar sekolah je. Kalau boleh setiap bulan Reen nak pindah sekolah .Aku hanya diam. Memandangkan segala katanya tidak mendapat sebarang jawapan Encik Izwan Afiq hanya mengeleng, dia sendiri bimbang dengan perubahan anak gadisnya semenjak isteri dan anak sulungnya meninggal dunia.

20 Mac 2003

Diariku,

Hari yang berlalu ini tetap sama dengan hari-hari sebelumnya. Bayangan ibu dan kak An

sentiasa bersamaku. Rindunya aku pada mereka hanya tuhan sahaja yang tahu. Kenangan bersama

mereka seakan menghimpit hari-hariku. Kehilangan Ibu dan kak An ialah ketentuan takdir. Kemalangan itu meragut segala-galanya. Namun,aku tak pernah salahkan takdir diatas perpisahan ini cuma aku panjatkan doa buat mereka berdua moga mereka tenang bersamaNya. Namun, aku diragut kenangan bersama Faz salah seorang sahabat yang aku sayangi. Perginya kerna kebencian yang tinggi terhadapku. Patutkah aku disalahkan diatas kesalah fahaman ini. Namun dia pergi sebelum sempatku perjelaskan. Perginya membawa seribu penyesalan, tetapi pernahkah dia fikir itu adalah kata fitnah dari yang mencemburui keakraban kami?. “Kita akan tetap kawan” kata yang pernah dinyatakan oleh Faz kini umpama mimpi padaku. Setelah itu, hadir Zita yang hanya mempersendakan keikhlasanku dan mengambil kesempatan keatas kelemahan diriku. Aku insan yang sangat lemah. Kehilangan ibu dan kak An lebih melemahkan semangatku. “Kak An adakah Reen salah kerana berfikiran begitu?Ibu adakah adik seorang insan yang lemah?atau Reen takut untuk menghadapi kemungkinan esok?

***************

“Nama saya Iqa”.tegur seorang pelajar. Aku menyambut huluran salam perkenalan itu malas dan segaris senyuman kelat terukir dibibirku. Lantas huluran tanganku beralih kepada pelajar bersebelahan Iqa.Pelajar itu mengukirkan senyuman manis namun aku tetap sama.Lalu aku berlalu dari situ.

“Sombongnya budak tu.Mentang-mentang dia orang bandar, apa dia ingat boleh berlagak dengan kita”.Kata Iqa dengan amarahnya.

“Tak baik cakap macam tu, mana tahu entah-entah dia ada masalah. Salah awak juga tadi sibuk nak berkenalan dengan dia.

“Kira okay apa saya yang mula dulu,tambah lagi itu menujukkan yang saya tak sombong.Alih-alih macam tu je dia pergi dah tu senyum nak tak nak je. Kita tak nak dia rasa macam dirinya terpinggir kalau saya tahu macam ni jangan haraplah, geram betul”. Kali ini amarah Iqa tidak dapat dibendung.Saat itu Sazmira hanya tersenyum melihat kelakuan rakannya itu.

***************

“Assalamualaikum!” Saat itu satu hentakan yang kuat menghentam meja aku. Alangkah terkejutnya disergah demikian oleh cikgu Matematik ku. “Awak nak belajar atau nak termenung. Kalau nak berangan jangan masuk kelas saya!” ibarat darah merah menyimbah kemuka ku. Betapa malunya diherdik sebegitu didepan pelajar lain, tidak terluah dengan kata-kata. Akhirnya aku diam seribu bahasa. Manakala cikgu hanya merenung tajam dan meneruskan pengajarannya.

“Nur Izrin Amira apa yang awak fikir sebenarnya?apa yang menganggu fikiran awak?sejak awak datang ke sekolah ni, saya nampak awak selalu termenung.Setiap kali ada waktu lapang itulah kerja awak.Awak ada masalah?bagitahulah, kongsilah kadang-kala masalah itu harus diluahakan barulah dapat diselesaikan malah dapat meringankan beban awak. Saya sanggup jadi pendengar awak. Ceritalah tak jadi masalah pada saya..Itu gunanya kawan”..

“Nak saya ceritakan lepas tu apa?lepas tu awak nak jaja cerita saya tu pada orang lain. Tak payah terima kasih sahaja dengan niat baik awak tu. Itu tak cukup baik pada saya. Saya tak perlukan sesiapa untuk ceritakan apa masalah saya”.

“Apa maksud awak?saya ikhlas Izrin. Saya nak tolong awak. Saya tak nak sebab masalah yang menghimpit awak itu, awak tak dapat tumpukan perhatian dalam pelajaran. Itu niat saya. Ira masih bewajah biasa walaupun kata-kata itu amat menguris hatinya yang sekadar ingin membantu. Dia tetap tenang. Reen terus berlalu dari situ. *Aneh apa yang difikirkan oleh gadis ini?salah akukah kerana meneka kegusaran hatinya. Aku dapat rasakan betapa dirinya dibelenggu oleh sesuatu yang amat memeritkan tetapi apakah itu?dapatkah aku mengunkapkan segala persoalan ini?semoga

segalanya berjawab. Semoga dapat aku cungkil apa yang menjadi persoalan pada Izrin. Getus hati kecil Sazmira.

***************

15 April 2003

Diariku,

Aku sendiri rasakan terlalu aneh dengan diriku.. Entah apa yang menganggu fikiranku. Yang pasti aku sakit terlalu sakit seakan penderitaan yang membebani pemikiranku. Hidup aku, ku rasakan terlalu kosong. Hari-hariku sepi.Ada ayah tetapi menghilang apabila terbitnya mentari, pulang apabila malam semakin menyepi. Mungkinkah ayah juga sepertiku, sunyi?sepi?. Apabila kehilangan ibu dan kak An dia mengisi segala kekosongan dirinya dengan kesibukan. Malahan aku semakin menjauh darinya membuatkan dia semakin sepi. Ibu adik bersalah pada ayah.. Kehadiran Sazmira merumitkan lagi hidupku. Dia semakin mendesak untuk menghampiriku. Semakin cuba untuk mengbongkarkan segala rahsia dihatiku. Aneh apa yang dia mahu dariku?kak An adik binggung.. Bantulah adik jalani hari esok.. Ya Allah semoga segala hari esok berjalan lancar..Amin..

***************

Aku menuju ke ruang makan. Usai makan aku terus kembali ke kelas. Aku menghampiri mejaku perlahan kerusi ku tarik dan melabuhkan punggungku disitu. Baru sahaja meletakkan punggung aku telah jatuh. Betapa sakitnya belakangku. Ku lihat kerusi itu dipenuhi gam. Jahanam!kerja siapa ini, kerusi yang patah kakinya diletakkan dengan gam. Pasti ada yang ingin mengenakanku.

“macam mana sakit tak?”.Aku terkesima mendengar suara itu.Iqa,ya..itu suara Iqa. Lantas aku miring kekanan untuk bangun aku tidak berdaya.Terasa bisa badanku. Aku hanya duduk sambil tangan kiriku memegang kerusi yang masih bersisa itu.

“kenapa terlalu sakit sampai tak tahu nak kata apa ke?”kata Iqa kali ini dengan gelak ketawa bersama beberapa rakan lain. Saat itu aku hanya merenung tajam padanya.

“Iqa apa yang awak buat?”tiba-tiba suara itu menerpa dibenakku.

“Apa masalahnya, ini hadiah untuk kesombongan dia. Jangan ingat kita orang kampung tak boleh berbuat apa-apa”. Kali ini kata Iqa penuh dengan sindiran. Setelah itu,Sazmira ketawa. Ketawanya membuat Iqa,rakan-rakan dan aku binggung.

“Apa bezanya awak dengan dia?sekarang awak sama dengan dia.Tak ada bezanya dia tunjukkan kesombongan dia, awak turut tunjukkan. Itu menunjukkan awak dan dia sama kesombongannya. Sepatutnya sebab kita orang kampung awak tunjukkan cara kita tetapi tidak sekali, awak tunjukkan pada dia yang awak juga seorang yang sombong. Jadi apa hak awak untuk kata dia sombong sedangkan awak juga sombong malah lebih teruk dari dia. Menggunakan kekerasan selebih-lebihnya.Siapa lebih hina?kesombongan siapa lebih jelas?awak atau dia?kali ini kata sindiran Sazmira membuat Iqa terpempan. Iqa berlalu dari dari situ.Dia kehilangan kata.

Sazmira menghulurkan tangan padaku. Aku menyambut huluran itu. Dia membantu aku bangun. Sazmira berlalu dari situ. Aku kelu,dia berlalu sebelum sempatku ucapkan terima kasih.

16 April 2003

Diariku,

Aku semakin binggung. Aku malu dengan Sazmira. Begitu sombongkah aku?. Aku buta,aku buta tak dapat menilai sikap diriku sendiri. Aku tak mahu terus-terusan menjadi manusia yang buta.Apa jalan yang aku harus ambil seterusnya?

***************

“Terima kasih untuk semalam”. Hanya itu yang mampuku ungkapkan.

“Izrin,saya betul-betul mahu tolong awak.Saya ikhlas”. Tiba-tiba airmataku menitis perlahan dari bibir mata. Benarkah dia ikhlas?akhirnya aku akur. Semuanya aku ungkapkan.

“Awak tak pernah lepaskan arwah mak dan kakak awak. Awak meratapi pemergian mereka. Awak dihantui perpisahan dengan Faz. Awak mendendami Zita. Dan orang lain menjadi kebencian awak. Selain itu ayah awak,awak pinggirkan. Bukankah masih ada dia?jangan menyesal jika awak terpaksa kehilangan dia juga”. Aku terpana,benarkah aku meratapi pemergian ibu dan kak An?

“Saya pasti awak sentiasa berdoa untuk mereka bukan?lepaskan mereka Izrin,mereka takkan tenang selagi awak tak lepaskan mereka.

***************

Ibu kasih adik pada ibu tak akan ada penghujungnya. Kini adik faham maksud ibu,benar pertemuan hadiah hari esok sebab pertemuan itu hari esok adik bermakna. Kak An sampai bila-bila Reen lah adik yang paling bahagia kerana punya kakak seperti kak An. Faz,segalanya cuma masa lalu untuk persahabatan kita. Zita kekesalan saya miliki sahabat seperti awak kini saya akhiri dengan sebuah pengalaman. Saya hidup berlandaskan pengalaman.

Coretan buat Sazmira,

Sazmira terima kasih sedarkan saya dari semua ini.Terima kasih akhirnya saya bukan manusia yang buta lagi.

Ada yang tak dapat aku lupakan,

Saatku renung keawan,

Bersama angin sepoi malam,

Pergilah angin,

Pergilah kau bawa bersama nafas pedih ini,

Moga terus pergi dan tak bersamaku lagi…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.