Home Cerpen Cinta Inikah dipanggil CINTA!!
Inikah dipanggil CINTA!!
shadatul
4/12/2012 08:18:24
2,471
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Ahhh…penatnya kena siapkan semua kerja ni hari ni…”keluh Safril.

Safril mengeluh berat di ruang istirehat yang berada di halamam rumahnya..Dia tenang disitu..Dia menyambung kerja-kerjanya yang harus disiapkan untuk mesyuarat di syarikatnya esok..

“Abang Safril…!! Abang bangunlah…”panggil Afif.Afif yang berusia 12 tahun yang merupakan anak jiran sebelah rumahnya.Afif sangat rapat dengan Safril..

Safril lantas bangun apabila namanya dipanggil berulang-ulang kali…Dan baru dia sedar dia terlena dan yang paling penting kerjanya masih tergendala.

“Kenapa Fif…Kenapa kejutkan abang..eh..bukan baguslah Fif kejutkan abang..tadi abang tertidur..”

lantas Safril bangun berlalu ke paip air,lalu membasuh mukanya untuk mengelakkan rasa mengantuk.Apabila berpaling alangkah terkejutnya apabila melihat ada satu kelibat yang terlalu asing pada dirinya..

*“Siapa gadis di sisi Afif?Cantik!.getus hati kecil Safril dan saat itu terasa malu dengan kelakuannya tadi..

“Abang sorry kejutkan abang..ni afif nak kenalkan kak Safiana sepupu Afif.Alaa…yang selalu Afif cerita tu,dia baru balik dari luar Negara.Afif fikir kalau nak tunggu abang bangun belum tentu dapat jumpa dia,entah-entah dah balik pun..”

“Ok takpe…oklah fif kejutkan abang kalau tak tentu abang tak dapat siapkan kerja abang ni..”Kata Safril menghilangkan kegusaran kanak itu..kuatir rasa bersalah menyelubungi dirinya.

“Yeke…ok tak apalah kalau macam tu…Ok kak kenalkan ni Abang Safril,dah lama Fif nak kenalkan pada akak..”

“Hai saya Nur Safiana Amira,gembira dapat kenal awak…”Kata Safiana ringkas sambil berjabat perkenalan.tidak mahu di buruk sangka oleh lelaki itu.Padahal dia hanya menurut kata adik sepupunya…Jika tidak diturut merajuklah alamatnya..

“Hai saya Mohd Safril Sazwan”.kata Safril yang turut sama tidak mahu berbicara panjang…

“Ok fif jom kita balik…”

“Apa balik,tak naklah mesti banyak yang akak nak cakap dengan Abang Safril kan”.

“Apa yang akak nak cakap?akak rasa tak ada apa-apa…jom balik..”lantas Safiana terus berlalu dari situ meninggalkan Afif seorang diri.

*Tak sangka rupa cantik tapi hati tidak secantik rupa…aneh..dunia-dunia…getus hati kecil Safril.setelah itu Afif pulang dengan hampa..Sedih,dia cuba menciptakan pertemuan itu tetapi tidak menjadi sebuah pertemuan yang bermakna.Safril menyambung kembali tugasannya..

Safril mengelamun jauh di dalam biliknya…Sebentar tadi segala kerjanya telah siap…Tiada siapa yang tahu apa yang bermain di fikirannya…

“Rill…Rill apa yang difikirkan tu..Rill ada masalah ke?ceritalah mana tahu ibu dapat Bantu…”Kata Puan hasimah lembut.Bimbang jika ada sesuatu yang menimpa anaknya itu kerana hanya Safril lah penawar dukanya selama ini setelah suaminya meninggal dunia..

“Tak ada apalah ibu…rehat-rehatkan kepala,penat baru siap buat kerja tadi..”

kata Safril…dia cuba melindungi apa yang sedang difikirkannya…*Nur Safiana amira…Ya…dialah yang membuat hati aku tak tenang dari kejadian petang tadi.dan kejadian masih bermain di minda..kenapa dia berkelakuan begitu,seakan membenci aku…tapi hakikatnya dia pun tidak menyukai gadis itu apabila melihat sendiri kelakuan sombong gadis itu dan kata-kata kasar yang keluar dari mulutnya.kata safril pada dirinya.

“Rill,tengok tu termenung lagi…”

“Tak ada apalah Ibu..maaf..maaf..”pujuk safril manja dan akhirnya mengukirkan segaris senyuman di bibir ibunya..

*************

“Bagus Safril,saya suka pebentangan tadi..”kata Encik Aizat yang merupakan pengarah Syarikat tempat Safril bekerja.

“terima kasih Encik”.Safril lega apabila kerjanya mendapat pujian..maklumlah kerja last minute..Dia pulang awal dari pejabat hari itu kerana sudah berjanji dengan ibunya untuk makan tengahari bersama.Namun dia dibekalkan tugasan baru laporan syarikat yang harus disiapkan untuk di beri pada Encik Aizat esok..

*************

Tiba-tiba Safril terlihat satu kelibat yang baru saja dikenalinya…*Ya..tak silap itu Safiana amira.Apa dia buat kat sini?jangan-jangan satu kerja dengan aku..?oh tidak…tak kan aku terlibat dengan gadis sombong ni..?

“Oi..safril apa yang kau pandang tu…oi…jangan pandang lama-lama tu anak Puan besar kat sini tahu..anak Puan Amirah Pemilik syarikat ni.Tak apalah aku ada kerja lagi ni,bye..”jerkah Farizat yang merupakan rakan setugas Safril..Safril lantas terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Farizat…

Safiana memandang ke arah Safril dia terdengar jerkahan seorang lelaki tapi tidak diketahuinya apa yang dibicarakan.Lantas dia terkesima melihat kelibat Safril disitu.lalu Safiana menghampiri safril yang tidak terlalu jauh darinya.

“Apa awak buat di sini?”tanya Safiana dengan selamba.

“Saya ada kerja kat sini…”wajah safril tampak tenang pada waktu itu..

Safiana terus berlalu setelah mendengar jawapan safril.begitu juga dengan safril mereka sama-sama berlalu dari situ dan sama-sama masuk ke dalam lif.Sunyi tanpa ada suara.sehingga pintu lif terbuka,mereka sama-sama keluar dan menuju ke tempat letak kereta.

**************

15 July 2008

Diariku,

Pelik rasanya tiap kali bertemu dengannya…Mohd Safril Sazwan.aku rasa aneh,kenapa ye??dah dua kali aku bertemunya tapi aku tetap rasa seakan membencinya kenapa?adakah aku seorang yang egois?ego pada diriku sendiri…tapi bila fikir kembali aku rasa amat malu sekali pada diri ini…berkelakuan bagai orang yang tidak mempunyai perasaan malu sedikit pun…Aneh…bila bertemunya ada getar di dadaku,mungkinkah ini cinta?tak mungkin aku rasa mungkin ini Cuma perasaan untuk orang yang asing dalam hidupku…Tapi kenapa aku cuba untuk melepaskan semua padanya dan dia tetap berwajah tenang..mungkinkah aku mahu membalas demdam padanya?tapi bukankah aku tidak pernah mengenalinya dan tak ada kesalahan pun yang telah dilakukannya.Mungkin kerana aku benci pada cinta,benci pada perasaan ini,benci pada getar ni…adakah aku ego kerana cinta yang lalu membuat aku buta…dan aku tak mahu terjerat dalam cinta ini lagi…semoga aku kuat,tidak akan jatuh ke jurang ini lagi…cukuplah hanya sekali..aku tak sanggup untuk kecewa buat kali keduanya…

“jangan Rif..saya tak setuju..kenapa bukan ke selama ni kita jaganya sebaik mungkin kenapa awak buat keputusan ni sekarang kenapa?”

“Saya rasa ni yang terbaik..”

Safiana bermenung sendirian…Dia teringat apa yang berlaku antara Rif dan dirinya.Dia tahu Rif pergi kerana memilih wanita lain..walaupun Rif cuba berselindung akhirnya rahsia itu terbongkar..Tidak di sangka cinta pertamanya musnah begitu saja..Rif lah yang mengajarnya apa itu cinta.Dan tidak di sangka perkataan itu terkeluar dari bibir Rif “mungkin ini yang terbaik”.hatinya benar-benar sakit.

**************

“Kenalkan Cik Nur Safiana Amira rakan setugas baru kita dan akan mula kerja hari ini..”

*“kenapalah aku harus berada dalam situasi ni…Perempuan ni lagi…Apalah nasib aku seterusnya jumpa dengan perempuan sombong ni.”getus hati kecil Safril.Namun Safril Masih berwajah tenang.semua berjabat tangan dengan safiana begitu juga dengan Safril.mereka berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain.Safril sibuk dengan kerjanya tanpa disedari ruang pejabatnya kosong,semua keluar makan.safril terkaku sejenak.

“Apa dia buat kat situ,tak keluar makan?pelik,dia boleh dapat pangkat lebih besar dari aku tapi kenapa dia jadi pegawai biasa je sedangkan dia anak bos…”lantas Safril keluar dari ruang pejabatnya dan pergi ke arah meja Safiana.Di biarkan soalannya tidak berjawab.

“Assalamualaikum…”salam yang diberikan oleh Safril kepada Safiana akhirnya berjawab dan seperti biasa gadis itu berwajah biasa,kelat tanpa seukir senyuman pun..

*sayang..gadis ni pasti cantik jika senyuman terukir di bibirnya..getus hati kecil safril

“kenapa duduk seorang di sini?tak pergi makan?”

“Saya tak ada selera nak makan..”

“meskipun ada masalah yang membebankan fikiran,tak bermakna perlu lupa makan…”

*Aneh..dia tahu apa yang aku fikirkan..

“Tak…saya memang tak ada selera nak makan”

“Saya tak mahu masuk campur masalah awak tapi maaf saya menganggu awak.Saya Cuma mahu tanya awak bagaimana dengan projek untuk syarikat luar tu sebab Encik Aizat tugaskan kita untuk Projek tu…Apa pendapat awak?dimana kita boleh Siapkan laporan itu…?

************

“ikutlah saya tak kisah”.jawab Safiana ringkas…menutup kegusaran dihatinya.

“Tak kisah betul,kalau begitu saya cadangkan laporan tu kita siapkan di rumah saya..Saya pasti awak tak ada masalah untuk datang ke rumah sayakan?tanya Safril lembut.Soalan Safril tidak berjawab dan dia tahu apa yang bermain di minda gadis itu lantas terus menyambung kembali bicaranya.

“Tak awak jangan risau saya bukan tinggal seorang dirumah,saya tinggal bersama mak saya,Kita siapkan laporan Syarikat luar itu di Tempat istirehat yang ada di halaman rumah saya…saya rasa di situ lebih selesa,terbuka dan lapang Ok tak?

Gadis itu hanya menjawab dengan mengangguk.

“Awak tak kisah ke?tanya Safril mendapatkan kepastian dari gadis itu bimbang jika dia dianggap ambil keputusan sendiri.

“Saya tak kisah lagipun saya tahu rumah awak dimana,jadi senang untuk saya cari…kalau siapkan dirumah saya awak tak tahu kat mana saya tinggal betul?kalau siapkan di Syarikat, saya tak selesa dengan pandangan mata-mata tertentu…betulkan?jadi lebih baik begitu….”

Kali ini Safril pula mengangguk,dia menyetujui setiap yang dibicarakan oleh gadis itu..

“Ok tak apalah kalau awak setuju begitu,saya keluar dulu…sebab tak manis pulak kalau diaorang masuk dan nampak kita disini…ok Assalamualaikum.”

Safiana menjawab salam itu perlahan.

*************

17 July 2008

Diari,

Apa yang aku harus lakukan kali ini…aku harus bekerjasama dengan lelaki ini,apa yang harus lakukan…?aku bimbang tidak dapat menutup kegusaran hati ini…aku takut tewas dengan lelaki ini…aku takut menerima kemungkinan nanti…………

Safiana menutup buku itu….Dia keluar rumah,Dia tak tahu kemana tujuan dia tapi yang pasti dia mahu keluar…

“Ana nak pergi mana…kan dah malam nie..”Tanya Puan Amirah pada anak tunggalnya yang terlalu sukar untuk mendengar katanya mungkin kerana silap dia sendiri yang terlalu sibuk menguruskan perniagaannya selepas ketiadaan suaminya dan kemudian menghantar Safiana ke luar Negara.

“Ana nak keluar jap”.Dia terus keluar mencapai kunci kereta dan berlalu tanpa mengendah kata mamanya itu..sedangkan Puan Amirah hanya mengeleng,dia tak tahu apa yang membuatkan anak gadisnya itu terlalu keras hatinya.

************

*Gila,ke taman malam-malam buta pulak tu…Ahh..biarlah kat sini lebih tenang dengan cahaya lampu,dengan pemandangan menghadap tasik lagipun taklah sunyi sangat ada jugak orang walaupun jauh tapi sekurang-kurangnya ada…ahh..biarlah pedulikan orang..

“Hai…awak buat apa sorang-sorang kat sini?”tanya seorang lelaki yang tak dikenali oleh Safiana itu.

Safiana tak menjawab..sememangnya dia tak mengenali siapa lelaki itu dan tidak mahu memanjangkan cerita.

“Hello bisu ke?”

lantas safiana naik marah…hilang rasa nak tenangkan diri,nak relaxkan kepala yang sedang tension ada pula ganguan lain.

“What your problem…dah tak ada kerja lain ke?yang sibuk-sibuk tanya apa saya buat kat sini…Hei! Suka hati saya lah nak buat apa ni bukan tempat mak bapak awak..

“Hei!perempuan,aku cakap dengan engkau.apa lepas ke mak bapak pulak…?”

Safiana tetap pandang kearah tasik tidak di pedulikan lelaki itu hatinya bertambah sakit.

“Hei…aku cakap dengan kaulah.”Bila dilihat tidak berjawapan menambahkan lagi kemarahannya… “Pang…ambik ni perempuan”.Sepintas lalu hinggap satu tamparan di pipi Safiana….Hatinya bertambah sakit manakala hati lelaki itu beransur lega.Safiana lantas bangun menolak lelaki itu.lelaki itu semakin membara,maruahnya seakan-akan dipijak oleh perempuan itu.Lantas tangannya naik sekali lagi…Tapi tamparan kali ni tidak mengena seseorang menghalangnya.Safiana terkejut dengan kehadiran Safril.

“Tak boleh ke,cakap elok-elok dengan perempuan…kenapa mesti gunakan kekasaran.”

“Aku peduli apa dengan kau…”

“Pergi saya tak mahu gaduh…lagi pun ni tempat awam…jangan ganggu dia,dia teman wanita saya.maafkan dia”.

“aku boleh terima kalau perempuan ni cakap dengan elok tadi…”lantas lelaki itu terus berlalu.

“Buat apa kat sini malam-malam,Tempat ni bahaya malam-malam jadi saya rasa elok awak balik,dan satu lagi saya mohon maaf dengan kata-kata saya tadi,tu Cuma untuk mengelakkan pergaduhan…”

Safiana terus berlalu dari situ..

*Hai perempuan hatimu memang keras…mujur aku lalu sini,dan mujur ibu mintak aku beli roti di kedai runcit depan ni…terima kasih bu kalau tidak, tak tahulah apa nasib gadis ni..nasib naluri ibu mintak nak sangat makan roti malam ni…

***********

Safril terkejut dengan kedatangan Safiana hari itu…memang dia menanti kehadiran gadis itu tetapi dia ingat gadis itu tidak akan datang selepas kejadian semalam.

“Terima kasih pasal semalam…”

“Sama-sama,lagipun kebetulan saya lalu situ..sekejap ye..”Safril masuk kerumahnya meminta ibunya membuat air dan dia mahu memperkenalkan ibunya pada gadis itu.Lalu dia ke halaman kembali..

“awak…Datang untuk Bantu saya siapkan laporan itukan?”

Safiana hanya mengangguk.sedang itu seorang perempuan membawa sedulang air kearah mereka.

“Ibu,ni kawan rill satu pejabat dengan rill,kan semalam rill cakap jumpa kawan masa beli roti sebab lambat balik tu jumpa kawan ni la…nama dia safiana ibu.”kata Safril jelaskan pada ibunya.

Mereka bersalaman.Puan Hasimah seperti menyenanginya lama jugak mereka berborak dan safril hanya memerhati tingkah mereka..*huh…kalau macam ni macam mana nak siap laporan ni..keluh safril.

“Oklah siapkan kerja ye…”lantas Puan hasimah masuk ke dalam rumah.

“Huh…biasalah kalau tunggu kaum wanita berborak,memang lama…tu pun saya rasa macam tak nak berhenti…”

“Abis kenapa awak kenalkan mak awak pada saya…biasalah perempuan kalau jumpa,tak akan tak tahu kami banyak cerita bila berjumpa…”terukir satu senyuman di bibir gadis itu.

“Awak cantik kalau senyum…”

“Pandai awak buat cerita…”

“tak ikhlas saya cakap,cantik bila awak senyum…kalau boleh saya nak tangkap gambar awak masa senyum tadi sebab mungkin susah untuk melihatnya lagi…dan kalau boleh saya nak lihatnya lagi…tapi tentu tak dapat…”

“Kenapa tidak…”

“Sure ni…”dan senyuman itu terukir di bibir gadis itu sekali lagi.Safril kembali tersenyum melihat senyuman itu.

“Kenapa awak balik lambat semalam…saya rasa sekejap je,awak cakap dengan lelaki itu semalam.”

“Memanglah sekejap je tapi saya ikut Awak ke park kereta jadilah lama”

“Awak ikut saya tapi kenapa?”

“Saya takut lelaki itu ganggu awak lagi,lagipun tempat awak letak kereta itu sunyi bahaya.tapi lepas awak masuk dalam kereta dan kereta awak berlalu dari situ saya tak risau lagi”.Safiana hanya diam tanpa kata,yang pasti hati wanitanya tersentuh dengan tindakan lelaki tiu.

“Terima kasih…”Safril hanya mengangguk.mereka sama-sama menyiapkan kerja itu.

*Tak sangka gadis ini seorang peramah…dan tidak sombong.secepat ini kami mesra.getus hati kecil Safril.

Kerja mereka disetujui oleh semua.

*************

1 ogos2008

Diariku,

Haruskah aku melupakan semuanya?lelaki ni terlalu baik padaku…aku benar-benar mengenalinya kini.Haruskah aku mendendaminya kerana kesalahan orang lain..?haruskah aku berbuat demikian...ya…jawapan itu ada pada diriku sendiri Cuma aku egois untuk menyatakan hakikatnya...Kejam ke aku…?Aku perlu berani pada kenyataan itu yang sebetulnya..kesalahan yang lalu tak mungkin akan berulang lagi..aku tak boleh terlalu menyesalinya itu kententuan Allah,itu takdirNya hanya dia yang berhak menentukannya dan yang pasti aku bukanlah seorang penyanyi melainkan aku adalah alunan melodynya..hidupku telah diaturkan dan aku tak berhak untuk menghalangnya…inilah kenyataanya..Ya aku sudah ada jawapan untuk Safril aku bersedia menjadi temannya dan tidak berhak untuk berkasar dengan dia……

**************

“Safril!!” panggil Safiana.

Safril terkaku apabila melihat Safiana datang kearahnya tanpa memandang ke kiri dan kanan dan Safril terkesima melihat sebuah kereta laju di jalan raya itu lantas terus berlari ke arah Safiana.Safril menolak Safiana ke tepi jalan…DAN…….

DaNg………………Bunyi dentuman kuat itu mengejutkan Safiana,lantas dia terus berlari kearah SAfril.Dia kaku melihat keadaan Safril.*Aku punca semua ni…Bodohnya aku,aku sebabkan dia jadi begini…Safiana menangis disitu..

Safril dikejarkan ke hospital.

**************

“Maafkan saya makcik…maaf…”Kata safiana dalam tangisannya.

“Dahlah,ni ketentuan tuhan…kita kena kuat…Safiana tolong tengokkan Safril kejap ye…makcik nak jumpa doctor sekejap.”Safiana hanya mengangguk.

Safiana tak terluah walau sepatah kata hanya tangisan yang menyelubungi dirinya.Dia kaku melihat keadaan Safril.Safril Koma…..

“Safril,tolonglah bangun jangan buat saya terus rasa bersalah…bangunlah…tolonglah…Saya rasa bersalah sangat,saya tahu awak tak akan biarkan saya diselubungi dengan perasaan bersalah betulkan?bangunlah jangan buat saya sedih,jangan tinggalkan saya…jangan biar saya kecewa untuk kali keduanya,jangan…..”Bibir matanya seakan tidak terhenti mengeluarkan airmata.

**************

4 September 2008

Diariku,

Safril masih tidak sedarkan diri…kini sudah sebulan dia koma…aku sudah tidak ada apa-apa yang mahu dituliskan lagi…aku sudah tak ada cerita mengenai safril untuk dikongsikan untukmu lagi…Aku sudah tewas dengan cinta kali ini….aku sudah tewas,aku mencintainya…ya aku mencintainya…aku tertewas akhirnya dengan lelaki ini…kata doctor Safril akan koma untuk selama-selamanya..aku mungkin tidak akan dapat berjumpa dengan Safril lagi.mungkin Cuma itu kenangan yang aku ada bersamanya.kan indah…jika aku dapat berjumpa dengannya walau hanya dalam mimpi dan detik itu akan aku hargai…namun aku tak layak untuk membayangi atau memiliki bayang lelaki itu…aku tidak layak walau menerima bayangnya sahaja…Safril tidak akan jadi begitu jika bukan kerana kecuaian aku…Kesian lelaki itu hidupnya susah kerana aku…maafkan aku Safril…

****************

“Ibu mana Safiana….?”

“kenapa rindu kat dia ye…kesian dia tiap-tiap hari datang tengok rill ibu tengok macam dia pun sakit”

“Ibu,nak tahu tak Safril bangun sebab dengar Safiana panggil.Hati rill nak bangun sangat,dengar suara tu tapi berat sangat mata ni nak buka tapi last-last rill kuatkan hati akhirnya rill dapat buka juga tapi sayang dia tak ada di sisi rill rupanya suara itu hanya mimpi je bu…”Suara Safril kedengaran hampa.kerana perempuan itulah dia sedar.

“tak apa mesti dia datang hari ni…selalunya dia tak pernah tak datang,ibu pasti hari ni rill dapat jumpa dia…”

Itu Cuma harapan wajah Safiana tidak muncul hari itu,Safril gelisah menanti bayang itu.

“Ibu,boleh Safril keluar dari sini tak…Rill risau jika ada yang tak kena…sebab selalunya dia datangkan…tolong ibu benarkan.rill janji pandai jaga diri dalam keadaan rill sekarang.”

hati wanitanya tersentuh dengan keinginan anak tunggalnya itu.lantas dia mengangguk.

Safril tahu mana tempat yang harus ditujunya… “Taman”

Safril tenang apabila melihat kelibat itu…dia lega..lalu dia menghampirinya.

“Kenapa awak tak datang hospital…lama saya tunggu awak…”

safiana terkedu mendengar suara itu lantas dia miring ke kanan…Tiba-tiba air matanya menitis melihat wajah itu…lantas dia bangun..

“kenapa?,awak tak suka saya datang sini..?”

Safiana mengeleng…

“Habis?”

“Saya teruja sangat,saya ingat awak tak nak jumpa saya lagi…saya…”dia tak mampu meneruskan kata,airmata laju seakan tidak mahu berhenti…

“Saya Cintakan awak…Ya…saya cintakan awak Nur Safiana Amira…”

Safiana terkaku sejenak…Dia akhirnya mengukirkan senyuman itu…

AKHIRNYA EGOKU PERGI KERNA ADANYA DIA

DAN…HILANG..

TANPA AKU PINTA..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.