Home Cerpen Cinta My Dear,My Friend Boyfriend!
My Dear,My Friend Boyfriend!
Bunga Mardiah
12/2/2016 09:52:47
4,205
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

My Dear,My Friend Boyfriend!

“ Lina,Syafiq nak jumpa kau . Dia tunggu dekat bawah!” Hani menyampaikan pesanan Syafiq yang kebetulan bertemu dengannya di bawah asrama mereka tadi. Dia sendiri tidak tahu mengapa Syafiq tidak menghubungi Lina terus.

“ Malaslah.” Jawab Lina.

“ Korang berdua bergaduh lagi ke?” Soal Hani.Pelik betul dengan mereka ini.Seminggu dua tiga kali bergaduh.Kalau sudah tidak suka mengapa diteruskan?Lina dan Syafiq telah berkawan semenjak minggu pertama mereka berada di kolej ini lagi.Syafiq adalah senior mereka.Syafiq berlainan fakulti dari mereka berdua.

“ Yelah, dia tak habis-habis cemburu aku dengan Riz .” Cerita Lina lagi. Setiap kali bergaduh ,Hani lah tempat dia meluahkan rasa.Riz adalah rakan sekelas mereka.Lina dan Riz memang cukup rapat semenjak dua menjak ini.

“ Kau suka Riz?” Soal Hani .Keakraban Lina dan Riz menjadi tanda tanya.Ada juga beberapa rakan sekelas mereka bertanya pada Hani.Hani sendiri tidak tahu mengenai itu.Dia bukanlah kaki kepoh.

“ Entahlah. Aku pun tak tahu.Riz jauh lebih semua perkara .Dia kaya, kacak.Entahlah aku pun macam dah tawar hati dengan Syafiq itu.” Jawab Lina selamba sambil tersenyum.Hani yang mendengar cuma mengeleng kepala sahaja.Lina antara perempuan yang paling cantik di kolej mereka itu.Dia memang menjadi rebutan lelaki –lelaki di kolej mereka itu.Tidak hairanlah jika dia kerap kali bertukar pasangan.

“ Habis itu kau tak nak jumpa Syafiq lah ini?”Soal Hani.Lina menggeleng.Tak faham betul dengan mereka berdua ini.Setiap kali bergaduh, dia menjadi pendamai tak bergaji pasangan ini.Letih kut!

Hani terus menyarung semula tudung di kepalanya .Dia menyarung selipar dan terus turun semula ke tempat menunggu di bawah asrama mereka untuk menemui Syafiq semula.

“ Lina tak nak jumpa dengan Abang Syafiq.” Hani memberitahu Syafiq yang ketika itu sedang bersandar di tepi keretanya .Syafiq tersenyum sinis. Sudah diagak jawapan Lina.Hani cepat-cepat ingin melangkah pergi.Pesanan telah disampaikan.Apalagi ditunggu? Blahlah!

“ Hani tunggu!” Syafiq cuba menahan. Tanpa sedar dia telah memegang lengan Hani.Hani terus memandang lengannya.Amboi sesuka hati pegang tangan orang ini.!Syafiq yang baru perasan ketelanjurannya,segera melepaskan tangan Hani.

“ Ops! Sori.” Ucap Syafiq sambil tersenyum.Dia terlupa yang dihadapannya ini Hani bukan Lina yang boleh disentuh sesuka hati.

“Hani kawan baik Linakan? Jadi Hani mesti tahu apa hubungan Lina dengan Riz ,classmate korang itu kan.?”Soal Syafiq. Hani yang mendengar dah rasa macam nak tercekik biji nangka walaupun tak makan apa-apa waktu itu. Tidak sampai hati untuk dia cakap yang Lina dah tawar hati dengan Abang Syafiq. Payah jadi orang ketiga ini!

“ Abang tanya sendiri dia ea.”Jawapan yang paling selamat yang boleh diberikan ketika ini. Dia malas mahu masuk campur lebih-lebih dalam urusan mereka ini.Dia terus meninggalkan Syafiq.Lebih lama nanti lagi bermacam-macam soalan yang ditanya Abang Syafiq tentang Riz.Walaupun jauh disudut hati Hani,dia kesian melihat Abang Syafiq diperlakukan seperti itu oleh kawan baiknya tapi dia sendiri tidak boleh berbuat apa-apa.Dia sendiri pun tidak tahu mengapa Lina bersikap sedemikian.

Abang Syafiq memang tidak sekaya dan sekacak Riz tapi Abang Syafiq boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang baik dan pandai.Abang Syafiq pernah mendapat tawaran untuk menyambung pengajiannya di luar Negara tetapi disebabkan Lina tidak suka ,Abang Syafiq menolak tawaran itu.Abang Syafiq memang sayang gila dengan Lina dari dahulu lagi.Beruntung Lina!

Seminggu kemudian..

“Assalamualaikum,Hani.Lina ada?” Soal Abang Syafiq petang itu.Tiba-tiba sahaja Abang Syafiq menelefonnya.Hani menjadi pelik.Apa yang harus dia jawab.Baru sebentar tadi Lina memberitahu yang dia ingin keluar bersama Riz.

“ Tak ada.” Tipu Hani ringkas.Dia tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan.

“ Hani ,boleh tak abang nak jumpa Hani kejap.Lagi lima belas minit abang ambil.” Arah Abang Syafiq sebelum menamatkan perbualan telefon itu.

“ Aku tak cakap ok pun.”Rungut Hani.‘Aduh! Nanti mesti Abang Syafiq tanya aku macam –macam pasal Lina. Apa yang patut aku cakap?’Hani sudah mula risau.

Turun sahaja dari asramanya,Abang Syafiq sudah menunggu Hani.Hani terus melangkah masuk ke dalam kereta Abang Syafiq. Ketika itu muka Abang Syafiq agak tegang.Hani tidak berani untuk menegur.Abang Syafiq terus memandu keretanya ke sebuah pantai berdekatan dengan kolej mereka.Sampai sahaja di tepi laut ,Abang Syafiq terus turun.Hani Cuma mengikut.Hani takut untuk bersuara.

“ Lina pergi mana?” Soal Abang Syafiq.Ketika itu mereka berdua sedang duduk di atas pasir di pesisiran pantai itu.

“ Em tak tahu.” Jawab Hani berbohong.Dosanya sudah mengunung semenjak dua menjak ini kerana terpaksa berbohong dengan Abang Syafiq yang berada di sebelahnya ini.

“Abang terserempak dengan Lina tadi dekat pusat membeli belah.Hani cuba tipu abang ke?” Soal Abang Syafiq lagi keras nada suaranya. Hani sudah rasa bersalah.Kantoi!

“ Bukan macam itu.”

“ Habis macam mana?Apa lagi Hani nak tipu abang?Semua perempuan memang macam ini ke?” Soal Abang Syafiq. Belum sempat Hani menerangkan pada Abang Syafiq.Abang Syafiq sudah memotong kata-katanya. Suaranya agak pelahan. Mungkin menahan sebak.

“ Bukan niat Hani nak tipu abang ,tapi Lina itu kawan baik Hani.Tak semua perempuan macam itu .Mungkin suatu hari nanti akan bertemu dengan perempuan yang ikhlas sayangkan abang sepenuh hati abang sehingga akhir hayat abang.” Pujuk Hani.Tanpa sedar ada air mata yang mengalir di tepi pipi Syafiq tetapi dengan pantas diseka.

“ Kalau Abang nak teman bercerita , Hani sudi mendengar.”Pujuk Hani lagi. Dia tahu Syafiq memerlukan seseorang untuk dia meluahkan rasa.

“ Abang ikhlas sayangkan Lina. Tapi Lina tak pernah menghargai kasih sayang abang.Tadi ibu bapa abang dah telefon dari London,dia suruh abang sambung belajar disana.Mungkin hari ini hari terakhir abang berada di Malaysia.” Syafiq memberitahu sendu suara itu. Niat dihati dia ingin berbincang dengan Lina tadi tapi bila terserempak Lina dengan Riz di pusat membeli belah tadi kelihatan begitu mesra maka dia sudah mendapat kata putus.Dia akan menyambung pengajiannya di London!

Itu adalah hari terakhir Hani bertemu dengan Abang Syafiq.

Lima tahun selepas itu.

“ Selamat datang encik boleh saya bantu?” Tanya Hani pada lelaki yang berada dihadapnnya ini. Segak bergaya orangnya dengan kaca mata hitam itu.Muka seperti kacukan melayu inggeris ini membuatkan ciptaan dihadapannya begitu indah.Wajah itu seperti pernah dikenali.

“ Hani?” Soal lelaki itu.Hani mengangguk. Mana dia kenal aku.?

“Encik kenal saya?” Soal Hani.

“ Abang Syafiq” Jawab Abang Syafiq sambil membuka cermin mata yang dipakainya.Abang Syafiq?Hani mengerutkan sedikit keningnya cuba menginggati kembali siapa lelaki dihadapannya ini.Yes! Abang Syafiq kawan Lina dulu.Baru Hani teringat.

“Ok. Dah ingat.Abang Syafiq dah lama balik sini ke?” Soal Hani mesra.Ya Allah dia sungguh tidak menyangka yang dia kan bertemu dengan lelaki itu hari itu. Dulu memang Abang Syafiq kacak tetapi sekarang lagi bertambah kacak.

“Baru dua hari.Itulah ingatkan nak cari cupcake untuk mama abang dekat sini. Tak sangka pula Hani Cupcake ini ,Hani punya.” Puji Abang Syafiq. Dia tidak menyangka wanita yang berada dihadapnnya ini sudah berjaya seperti sekarang.

“ Haa . Ini kedai Cupcake Hani yang ketiga. Nasib baik abang datang hari ini, kalau tak mesti kita tak berjumpa.” Jawab Hani.Ingin sekali dia bertanya sama ada lelaki ini sudah berkahwin atau belum.

“ Comel-comel Cupcake Hani ini macam tuannya jugak.” Puji Abang Syafiq.Hani pura-pura tak dengar.Ini nak beli Cupcake ke nak beli pembuat cupcake ini?

“Hani dah kawin?” Soal Abang Syafiq.Syafiq sengaja ingin mengetahui status wanita yang anggun berjubah dihadapannya ini.

“ Belum . Abang datang seorang je ke ini?”Soal Hani pula.Sebenarnya soalan lain yang ingin ditanya tetapi tidak manis pula untuk gadis sepertinya bertanya.

“ Datang seorang.Abang belum kawin lagi.” Jawab Abang Syafiq pula. Sengaja ingin memberitahu status dirinya itu.Selepas memilih beberapa set Cupcake Hani,Abang Syafiq mempelawa Hani untuk minum petang.Hani bersetuju.Selepas petang itu mereka masih berhubung.Ada sekali dua mereka keluar bersama.

Syafiq mengakui dia sudah jatuh hati dengan Hani. Hani seorang wanita yang lemah lembut dan solehah.Dia suka .Hani ada ciri-ciri isteri idamannya.Tetapi dia msih belum meluahkan rasa untuk memperisterikan Hani lagi. Dia takut Hani menggangapnya seperti kawan biasa sahaja. Sehinggalah petang itu.

Selepas membuat pesanan mereka berbual kosong.

“Dari tadi cerita pasal Hani. Abang tak nak tanya tentang Lina?” Soal Hani . Mungkin Abang Syafiq ingin bertanya tetapi tidak disampaikan sahaja.Fikir Hani selepas beberapa kali mereka bertemu Syafiq tidak pernah menyebut nama Lina lagi.

“ Abang kalau boleh tak nak tahu apa-apa tentang Lina lagi.Biarlah dia bahagia dengan pilihan hatinya” Tutur Abang Syafiq lemah.Lima tahun telah membuatkan dia kuat untuk menerima takdir cintanya dikhianati.

“Tapi mesti ada sekelumit rasa ingin tahu tentang dia kan? Dia dah tiada apa-apa hubungan dengan Riz lagi.” Belum sempat Hani meneruskan ayatnya.Ada suatu suara yang menyapa mereka.

“ Abang Syafiq! Lama tak jumpa.Sampai hati tak begitahu dah balik Malaysia.” Lina terus meraih tangan itu sambil terlentok manja dibahu Abang Syafiq.Syafiq berasa tidak selesa. Dia cuba untuk melepaskan pegangan itu. Ada beberapa mata yang memandang gelagat gedik Lina itu.

“ Lina lepaskan tangan saya.Apa yang awak buat ini!” Marah Syafiq lantas melepaskan pelukan manja Lina itu.Lina sudah lupa atau buat-buat lupa yang mereka sudah tiada apa-apa hubungan?Melihat pakaian Lina yang seperti tidak cukup kain itu membuatkan dia meluat.Hani yang berada dihadapannya ini cuma berdiam dari tadi.Hani juga sudah lama tidak bertemu dengan Lina. Lina cuma ada datang mencarinya beberapa kali untuk meminjam duit.

“Abang ini kenapa?Sudahlah pergi ke London bertahun-tahun tidak contactLina langsung. Abang pergi London pun tak bagitahu Lina.Penat tau Lina tunggu abang.” Rajuk Lina manja.Terus dia mengambil tempat disebelah Syafiq dan minum minuman Syafiq dengan selamba.Syafiq sudah membuat muka tidak berpuas hati. Niat dihati dia bertemu Hani hari ini adalah untuk meluahkan rasanya.Tapi lain pula jadinya.

“ Aku tak pernah suruh kau tunggu aku.” Jawab Syafiq sinis.Marahnya lima tahun dulu seperti datang kembali. Masih terbayang-bayang lagi bagaimana mesranya Lina dengan Riz dahulu.Sakit hatinya masih terasa hingga kini.

Lina yang mendengar terkejut. ‘Aku kau?’ Dia tidak pernah mendengar lelaki itu membahasakan dirinya begitu.Dulu lelaki ini terlalu mencintainya .Dia yang bodoh untuk menilai ,boleh pula dia bercinta dengan Riz yang papa kedana itu.Barang-barang berjenama milik Riz semua dahulu adalah hasil pendapatan Riz menjadi anak ikan mak-mak datin.Hampeh!

“Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi Lina.Kita dah lama putus dan aku bakal berkahwin.”Terang Abang Syafiq.

“ Abang nak berkahwin dengan siapa?”Soal Lina tidak berpuas hati. Dia yakin lelaki disebelahnya ini masih tidak boleh melupakan dirinya. Yakin sangat!

Dengan Hani.Jom Hani!” Ajak Syafiq sebelum mengajak Hani berlalu dari situ.Hani cuma menurut dengan keadaan yang masih terkejut dengan jawapan Abang Syafiq itu.Lina mengejar mereka berdua hingga ke tempat letak kereta.Belum sempat Hani membuka pintu kereta. Satu tamparan melekat di muka Hani. Pijarnya hanya tuhan yang tahu.Syafiq yang terperanjat terus membalas tamparan pada muka Lina.

“ Kau dah gila ea?”Marah Abang Syafiq.Sesuka hati tampar muka anak orang.

“ Aku tak sangka selama ini kau tikam aku dari belakang.Kau tahu Abang Syafiq ini teman lelaki aku.Kau memang dah syok kan Abang Syafiq dari dahulu lagikan? Kau sengaja goda diakan!!!” Hembur Lina sambil menuding jari pada muka Hani. Air mata yang ditahan Hani dari tadi terhembur keluar.

“ Kau dengar sini ea.Hani tak pernah rampas aku dari kau.Kau yang perempuan tak sedar diri.Kau ingat kau cantik , semua lelaki akan tergila-gilakan kau? Untuk pengetahuan kau, Hani ini selama ini selalu cover kau ! Dia tidak pernah sekalipun buruk-burukkan kau.Kau pergilah cari jantan lain yang kau boleh kikis.Aku tak pernah menyesal tinggalkan kau dulu. Hani akan berkahwin dengan aku tidak lama lagi.” Selepas menuturkan ayat terakhir itu, kereta Syafiq dan Hani terus meluncur laju.

Di dalam kereta Hani terus-terusan menangis.Dia tidak menyangka Lina sanggup menuduhnya sedemikian rupa. Selama ini ,Lina telah dianggap seperti adiknya sendiri.

“ Sudah jangan menangis lagi.” Pujuk Syafiq sambil menghulurkan sapu tangannya kepada Hani.

“ Betul ke saya rampas awak dari dia?” Soal Hani pada Syafiq.

“ Awak tak pernah rampas saya dari sesiapa.Awak tak perlu rasa bersalah. Saya dengan dia dah lama berakhir. Dia je yang tak sedar diri.Insyallah saya akan berjumpa dengan keluarga awak dalam masa terdekat ini.”Syafiq cuba memujuk lagi. Dia tidak mahu Hani rasa bersalah. Dia bertemu dan jatuh cinta pada Hani selepas lima tahun.Bukan dia yang curang, tetapi Lina yang curang dahulu.

Perbualan mereka terhenti bila sampai di pintu pagar rumah Hani.Hani terus masuk kedalam rumah.Dia penat dengan semua yang berlaku hari ini.Pengakuan Abang Syafiq dan tuduhan Lina tentang dia membuatkan dia letih untuk memikirkannya.

Malam itu,selepas solat Maghrib,Lina menghubungi Hani.

“ Hani, aku nak kau tinggalkan Abang Syafiq.Kalau kau masih anggap aku ini kawan kau.!”Ugut Hani lagi tanpa salam.

“ Kau memang kawan aku sampai bila-bila. Aku tak pernah rampas Abang Syafiq dari kau.Kami berjumpa semula pun baru beberapa hari sahaja pun. Aku pun tak sangka yang Abang Syafiq nak kawin dengan aku.” Jelas Hani lagi.

“Sudahlah aku malas nak dengar apa-apa lagi. Kalau kau tak nak dicop perampas Kau tinggalkan Abang Syafiq sementara hubungan korang masih baru lagi ini.”Arah Lina sebelum mematikan telefon .

Hani menjadi serba salah.Dia akui yang dia sudah mula ada perasaan cinta pada Abang Syafiq selepas mereka berjumpa beberapa kali.Tetapi bila menginggatkan yang Abang Syafiq itu pernah menjadi teman lelaki kawan baiknya itu membuatkan dia rasa bersalah yang amat.

Keesokan harinya beberapa kali juga panggilan Abang Syafiq tidak dijawab. Whatsup juga tidak dibalas.Apabila Abang Syafiq datang ke butiknya dia akan menyuruh pekerja untuk menipu ketiadaanya.Apabila dirumah ibunya juga turut diminta berbohong.

“ Kenapa dengan kamu ini?Kalau tak suka cakap terus terang.Jangan biarkan orang tertunggu– tunggu.” Nasihat Puan Maisara pada anaknya itu.

“Entahlah ibu,Hani kusut sekarang ini.Abang Syafiq itu teman lelaki Lina.Lina kawan baik Hani.Hani takut dicop sebagai perampas lah ibu.” Luah Hani pada ibunya. Dia tidak tahu pada siapa yang harus dia luahkan perasaanya itu.

“Dengar sini ibu cakap.Abang Syafiq itu dah putus dengan Lina sebelum dia ke luar negara lagi. Itu cerita lima tahun lepas.Lagi satu,kamu sahaja yang anggap Lina itu kawan baik kamu.Dia tak anggap pun kamu ini kawan baik dia.Dia datang jumpa kamu bila susah sahaja.Bila nak pinjam duit. Masa dia senang ada dia jumpa kamu?”Soal Puan Maisara lagi. Geram pula dia dengan anak daranya ini seorang.

Hani yang mendengar terdiam.Apa yang dikatakan Puan Maisara ada kebenarannya juga.Sepanjang malam itu juga dia meminta bantuan petunjuk dari Yang Maha Kuasa.Hanya Dia yang mampu memberi jawapannya.Hampir tiga hari berturut-turut Hani Solat Istikharah.Akhirnya dia mendapat petunjuk dariNya.

Keesokan harinya ,Hani terus menelefon Abang Syafiq.

“ Awak teman saya jumpa Lina esok boleh?”Soal Hani lembut. Abang syafiq terus bersetuju . Hampir sebulan dia tidak bertemu dengan pemilik hatinya itu .Rindunya !

Keesokan harinya ,mereka berdua terus kerumah Lina.Alangkah terperanjatnya Hani apabila melihat seorang lelaki yang bertuala sahaja yang membuka pintu rumah Lina.Kemudian Lina datang melihat mereka dengan Cuma berpakaian tidur yang seksi itu.

“ Kau buat maksiat ke?” Soal Hani keras pada Lina.

“Itu bukan masalah kau.Kenapa kau datang?”Soal Lina selamba.Dia sudah malas hipokrit dihadapan temannya itu.Memang kehidupan dia sudah bergelumang dengan dosa semenjak dari kolej lagi cuma Hani yang tidak tahu.!

“Aku nak bagitahu kau.Aku nak kawin dengan Abang Syafiq bulan depan.Aku harap kau tak kan ganggu hidup aku lagi lepas ini .Aku tak pernah rampas dia dari kau.Lagi satu,aku takkan lepaskan lelaki sebaik dia pada perempuan macam kau ini.Last sekali, aku nak pesan taubatlah sebelum terlambat.Allah itu maha pengampun.”Tutur Hani dengan penuh lembut tetapi sinis.Apabila dia melihat apa yang terhidang dihadapan matanya tadi.Itu menguatkan lagi yang Allah sedang memberi petunjuk untuk dia supaya dia tidak lagi merasa bersalah.

Lina cuma terdiam. Dia ingatkan Hani akan mengundur diri tetapi tidak untuk kali ini.Biarlah.Dia bukan mahu sangat dengan Abang Syafiq itu.Dia sudah mendapat lelaki yang lebih kaya lagi.Whatever.!

Didalam kereta ,Syafiq tidak henti-henti memuji Hani.Gembira dengan kata-kata Hani tadi.Dia tidak salah memilih Hani untuk dijadikan isteri.Pemilik kedai Cupcake itu sudah menawan hatinya dari dulu lagi .Bukan setakat comel macam Cupcake-cupcake di kedainya sahaja tetapi cukup sedap lagi.

“Hani perasan tak kisah cinta kita ni macam cupcake-cupcake Hani?”Soal Abang Syafiq lagi. Hani menggeleng.Mesti ada sesuatu yang Abang Syafiq ingin katakan cuba untuk mengusiknya.

“ Yelah warna –warni pada cupcake Hani itu, pembuatnya itu yang tentukan nak warna apakan?Corak pun ikut suka hati pembuatnya kan?” Soal Abang Syafiq.

“ Yup.Ikut mood dan ikut suka Hani.”Jawab Hani jujur.

“ So kenapa bila tentang perasaan Hani kena dengar cakap orang?Bila Lina suruh Hani jauhkan diri dari saya ,Hani terus jauhkan diri Hani.Rindu tau tak waktu Hani tak jumpa saya itu.Dekat sebulan kut!”Luah Abang Syafiq.

“Sorry. Terima kasih sebab sudi terima Hani.” Syukur Hani.Tidak menyangka yang jodohnya adalah teman lelaki kawan baiknya satu masa ketika dahulu.Tetapi dia bukan seorang perampas!Akhirnya pemilik kedai Cupcake ini sudah dimiliki orang!

Mulai hari itu,dia sendiri yang akan mewarnai kisah cinta mereka berdua macam warna warni pada cupcake di kedainya itu! Moga kegembiraan ini selamaya Ya Allah.!Amin!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.