My Dear,My Friend
Boyfriend!
“ Lina,Syafiq nak jumpa kau . Dia tunggu dekat
bawah!” Hani menyampaikan pesanan Syafiq yang kebetulan bertemu dengannya di
bawah asrama mereka tadi. Dia sendiri tidak tahu mengapa Syafiq tidak
menghubungi Lina terus.
“ Malaslah.” Jawab
Lina.
“ Korang berdua bergaduh lagi ke?” Soal Hani.Pelik betul dengan mereka
ini.Seminggu dua tiga kali bergaduh.Kalau sudah tidak suka mengapa
diteruskan?Lina dan Syafiq telah berkawan semenjak minggu pertama mereka berada di kolej ini lagi.Syafiq
adalah senior mereka.Syafiq berlainan fakulti dari mereka berdua.
“ Yelah, dia tak habis-habis cemburu aku dengan Riz .” Cerita Lina lagi.
Setiap kali bergaduh ,Hani lah tempat dia meluahkan rasa.Riz adalah rakan
sekelas mereka.Lina dan Riz memang cukup rapat semenjak
dua menjak ini.
“ Kau suka Riz?” Soal
Hani .Keakraban Lina dan Riz menjadi
tanda tanya.Ada juga beberapa rakan sekelas mereka bertanya pada Hani.Hani
sendiri tidak tahu mengenai itu.Dia bukanlah kaki kepoh.
“ Entahlah. Aku pun tak
tahu.Riz jauh lebih semua perkara .Dia kaya, kacak.Entahlah aku pun macam dah
tawar hati dengan Syafiq itu.” Jawab Lina selamba sambil tersenyum.Hani yang
mendengar cuma mengeleng kepala sahaja.Lina antara perempuan yang paling cantik
di kolej mereka itu.Dia memang menjadi rebutan
lelaki –lelaki di kolej mereka itu.Tidak hairanlah jika dia kerap kali
bertukar pasangan.
“ Habis itu kau tak nak
jumpa Syafiq lah ini?”Soal Hani.Lina menggeleng.Tak faham betul dengan mereka berdua ini.Setiap kali
bergaduh, dia menjadi pendamai tak bergaji pasangan ini.Letih
kut!
Hani terus menyarung
semula tudung di kepalanya .Dia menyarung selipar dan terus turun semula ke
tempat menunggu di bawah asrama mereka untuk menemui Syafiq semula.
“ Lina tak nak jumpa
dengan Abang Syafiq.” Hani memberitahu Syafiq yang ketika itu sedang bersandar
di tepi keretanya .Syafiq tersenyum sinis.
Sudah diagak jawapan Lina.Hani cepat-cepat ingin melangkah pergi.Pesanan telah
disampaikan.Apalagi ditunggu? Blahlah!
“ Hani tunggu!” Syafiq cuba menahan. Tanpa sedar dia telah
memegang lengan Hani.Hani terus
memandang lengannya.Amboi sesuka hati pegang tangan orang ini.!Syafiq yang baru
perasan ketelanjurannya,segera melepaskan tangan Hani.
“ Ops! Sori.” Ucap
Syafiq sambil tersenyum.Dia terlupa yang dihadapannya ini Hani bukan Lina yang
boleh disentuh sesuka hati.
“Hani kawan baik
Linakan? Jadi Hani mesti tahu apa hubungan Lina dengan Riz ,classmate korang itu kan.?”Soal Syafiq.
Hani yang mendengar dah rasa macam nak tercekik biji nangka walaupun tak makan
apa-apa waktu itu. Tidak sampai hati untuk dia cakap yang Lina dah tawar hati
dengan Abang Syafiq. Payah jadi orang ketiga ini!
“ Abang tanya sendiri
dia ea.”Jawapan yang paling
selamat yang boleh diberikan ketika ini. Dia malas mahu masuk campur lebih-lebih
dalam urusan mereka ini.Dia terus meninggalkan Syafiq.Lebih lama nanti lagi
bermacam-macam soalan yang ditanya Abang Syafiq
tentang Riz.Walaupun jauh disudut hati Hani,dia kesian melihat Abang
Syafiq diperlakukan seperti itu oleh kawan baiknya tapi dia sendiri tidak boleh
berbuat apa-apa.Dia sendiri pun tidak tahu mengapa Lina bersikap sedemikian.
Abang Syafiq memang tidak sekaya
dan sekacak Riz tapi Abang Syafiq boleh
dikategorikan sebagai seorang lelaki
yang baik dan pandai.Abang Syafiq pernah mendapat tawaran untuk menyambung
pengajiannya di luar Negara tetapi disebabkan Lina tidak suka ,Abang Syafiq
menolak tawaran itu.Abang Syafiq memang sayang gila dengan Lina dari dahulu
lagi.Beruntung Lina!
Seminggu kemudian..
“Assalamualaikum,Hani.Lina
ada?” Soal Abang Syafiq petang itu.Tiba-tiba sahaja Abang Syafiq
menelefonnya.Hani menjadi pelik.Apa yang harus dia jawab.Baru sebentar tadi
Lina memberitahu yang dia ingin keluar bersama Riz.
“ Tak ada.” Tipu Hani
ringkas.Dia tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan.
“ Hani ,boleh tak abang
nak jumpa Hani kejap.Lagi lima belas minit abang ambil.” Arah Abang Syafiq
sebelum menamatkan perbualan telefon itu.
“ Aku tak cakap ok pun.”Rungut Hani.‘Aduh! Nanti mesti Abang Syafiq tanya aku macam –macam pasal Lina.
Apa yang patut aku cakap?’Hani sudah mula risau.
Turun sahaja dari asramanya,Abang Syafiq
sudah menunggu Hani.Hani terus melangkah masuk ke dalam kereta Abang Syafiq.
Ketika itu muka Abang Syafiq agak tegang.Hani tidak berani untuk menegur.Abang
Syafiq terus memandu keretanya ke sebuah pantai berdekatan dengan kolej
mereka.Sampai sahaja di tepi laut ,Abang Syafiq terus turun.Hani Cuma mengikut.Hani
takut untuk bersuara.
“ Lina pergi mana?”
Soal Abang Syafiq.Ketika itu mereka berdua sedang duduk di atas pasir di
pesisiran pantai itu.
“ Em tak tahu.” Jawab
Hani berbohong.Dosanya sudah mengunung semenjak dua menjak ini kerana terpaksa
berbohong dengan Abang Syafiq yang berada di sebelahnya ini.
“Abang terserempak
dengan Lina tadi dekat pusat membeli belah.Hani cuba tipu abang ke?” Soal Abang
Syafiq lagi keras nada suaranya. Hani sudah rasa bersalah.Kantoi!
“ Bukan macam itu.”
“ Habis macam mana?Apa
lagi Hani nak tipu abang?Semua perempuan memang macam ini ke?” Soal Abang
Syafiq. Belum sempat Hani menerangkan pada Abang Syafiq.Abang Syafiq sudah
memotong kata-katanya. Suaranya agak pelahan. Mungkin menahan sebak.
“ Bukan niat Hani nak
tipu abang ,tapi Lina itu kawan baik Hani.Tak semua perempuan macam itu
.Mungkin suatu hari nanti akan bertemu dengan perempuan yang ikhlas sayangkan
abang sepenuh hati abang sehingga akhir hayat abang.” Pujuk Hani.Tanpa sedar
ada air mata yang mengalir di tepi pipi Syafiq tetapi dengan pantas diseka.
“ Kalau Abang nak teman
bercerita , Hani sudi mendengar.”Pujuk Hani lagi. Dia tahu Syafiq memerlukan
seseorang untuk dia meluahkan rasa.
“ Abang ikhlas
sayangkan Lina. Tapi Lina tak pernah menghargai kasih sayang abang.Tadi ibu
bapa abang dah telefon dari London,dia suruh abang sambung belajar
disana.Mungkin hari ini hari terakhir abang berada di Malaysia.” Syafiq
memberitahu sendu suara itu. Niat dihati dia ingin berbincang dengan Lina tadi tapi bila terserempak Lina dengan Riz
di pusat membeli belah tadi kelihatan begitu mesra maka dia sudah mendapat kata
putus.Dia akan menyambung pengajiannya di London!
Itu adalah hari terakhir Hani bertemu
dengan Abang Syafiq.
Lima tahun selepas itu.
“ Selamat datang encik boleh saya bantu?” Tanya Hani pada lelaki yang
berada dihadapnnya ini. Segak bergaya orangnya dengan kaca mata hitam itu.Muka
seperti kacukan melayu inggeris ini membuatkan ciptaan dihadapannya begitu
indah.Wajah itu seperti pernah dikenali.
“ Hani?” Soal lelaki
itu.Hani mengangguk. Mana dia kenal aku.?
“Encik kenal saya?”
Soal Hani.
“ Abang Syafiq” Jawab
Abang Syafiq sambil membuka cermin mata yang dipakainya.Abang Syafiq?Hani
mengerutkan sedikit keningnya cuba menginggati kembali siapa lelaki
dihadapannya ini.Yes! Abang Syafiq kawan Lina dulu.Baru Hani teringat.
“Ok. Dah ingat.Abang
Syafiq dah lama balik sini ke?” Soal Hani mesra.Ya Allah dia sungguh tidak
menyangka yang dia kan bertemu dengan lelaki itu hari itu. Dulu memang Abang
Syafiq kacak tetapi sekarang lagi bertambah kacak.
“Baru dua hari.Itulah
ingatkan nak cari cupcake untuk mama
abang dekat sini. Tak sangka pula Hani Cupcake ini ,Hani punya.” Puji Abang Syafiq. Dia tidak
menyangka wanita yang berada dihadapnnya ini sudah berjaya seperti sekarang.
“ Haa . Ini kedai
Cupcake Hani yang ketiga. Nasib baik
abang datang hari ini, kalau tak mesti kita tak berjumpa.” Jawab Hani.Ingin
sekali dia bertanya sama ada lelaki ini sudah berkahwin atau belum.
“ Comel-comel Cupcake
Hani ini macam tuannya jugak.” Puji Abang Syafiq.Hani pura-pura tak dengar.Ini
nak beli Cupcake ke nak beli pembuat cupcake ini?
“Hani dah kawin?” Soal
Abang Syafiq.Syafiq sengaja ingin mengetahui status wanita yang anggun berjubah
dihadapannya ini.
“ Belum . Abang datang seorang je ke ini?”Soal Hani pula.Sebenarnya
soalan lain yang ingin ditanya tetapi tidak manis pula untuk gadis sepertinya
bertanya.
“ Datang seorang.Abang belum kawin lagi.” Jawab Abang Syafiq pula. Sengaja
ingin memberitahu status dirinya itu.Selepas memilih beberapa set Cupcake Hani,Abang Syafiq mempelawa Hani untuk minum
petang.Hani bersetuju.Selepas petang itu mereka masih berhubung.Ada sekali dua
mereka keluar bersama.
Syafiq mengakui dia sudah jatuh hati dengan Hani. Hani seorang wanita yang
lemah lembut dan solehah.Dia suka .Hani ada ciri-ciri isteri idamannya.Tetapi
dia msih belum meluahkan rasa untuk memperisterikan Hani lagi. Dia takut Hani
menggangapnya seperti kawan biasa sahaja. Sehinggalah petang itu.
Selepas membuat
pesanan mereka berbual kosong.
“Dari tadi cerita pasal
Hani. Abang tak nak tanya tentang Lina?” Soal Hani . Mungkin Abang Syafiq ingin
bertanya tetapi tidak disampaikan sahaja.Fikir Hani selepas beberapa kali mereka bertemu Syafiq
tidak pernah menyebut nama Lina lagi.
“ Abang kalau boleh tak nak tahu apa-apa tentang Lina lagi.Biarlah dia bahagia
dengan pilihan hatinya” Tutur Abang Syafiq lemah.Lima tahun telah membuatkan
dia kuat untuk menerima takdir cintanya dikhianati.
“Tapi mesti ada sekelumit rasa ingin tahu tentang dia kan? Dia dah tiada apa-apa hubungan dengan Riz lagi.”
Belum sempat Hani meneruskan ayatnya.Ada suatu suara yang menyapa mereka.
“ Abang Syafiq! Lama tak jumpa.Sampai hati tak begitahu dah balik
Malaysia.” Lina terus meraih tangan itu sambil terlentok manja dibahu Abang
Syafiq.Syafiq berasa tidak selesa. Dia cuba untuk melepaskan pegangan itu. Ada
beberapa mata yang memandang gelagat gedik Lina itu.
“ Lina lepaskan tangan saya.Apa yang awak buat
ini!” Marah Syafiq lantas melepaskan pelukan manja Lina itu.Lina sudah lupa
atau buat-buat lupa yang mereka sudah tiada apa-apa hubungan?Melihat pakaian
Lina yang seperti tidak cukup kain itu membuatkan dia meluat.Hani yang berada
dihadapannya ini cuma berdiam dari tadi.Hani
juga sudah lama tidak bertemu dengan Lina. Lina cuma ada datang mencarinya
beberapa kali untuk meminjam duit.
“Abang ini
kenapa?Sudahlah pergi ke London bertahun-tahun tidak contactLina langsung. Abang pergi London pun tak bagitahu
Lina.Penat tau Lina tunggu abang.” Rajuk Lina manja.Terus dia mengambil tempat
disebelah Syafiq dan minum minuman Syafiq dengan selamba.Syafiq sudah membuat
muka tidak berpuas hati. Niat dihati dia bertemu Hani hari ini adalah untuk
meluahkan rasanya.Tapi lain pula jadinya.
“ Aku tak pernah suruh kau tunggu aku.” Jawab Syafiq sinis.Marahnya lima
tahun dulu seperti datang kembali. Masih terbayang-bayang lagi bagaimana
mesranya Lina dengan Riz dahulu.Sakit hatinya masih terasa hingga kini.
Lina yang mendengar terkejut. ‘Aku
kau?’ Dia tidak pernah mendengar lelaki itu membahasakan dirinya begitu.Dulu
lelaki ini terlalu mencintainya .Dia yang bodoh untuk menilai ,boleh pula dia
bercinta dengan Riz yang papa kedana itu.Barang-barang berjenama milik Riz semua dahulu adalah hasil pendapatan Riz
menjadi anak ikan mak-mak datin.Hampeh!
“Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi Lina.Kita dah lama putus dan aku
bakal berkahwin.”Terang Abang Syafiq.
“ Abang nak berkahwin dengan siapa?”Soal Lina tidak berpuas
hati. Dia yakin lelaki disebelahnya ini masih tidak boleh melupakan dirinya.
Yakin sangat!
Dengan Hani.Jom Hani!”
Ajak Syafiq sebelum mengajak Hani berlalu dari situ.Hani cuma menurut dengan
keadaan yang masih terkejut dengan jawapan Abang Syafiq itu.Lina mengejar
mereka berdua hingga ke tempat letak kereta.Belum sempat Hani membuka pintu
kereta. Satu tamparan melekat di muka Hani. Pijarnya hanya tuhan yang
tahu.Syafiq yang terperanjat terus membalas tamparan pada muka Lina.
“ Kau dah gila ea?”Marah Abang Syafiq.Sesuka hati tampar muka
anak orang.
“ Aku tak sangka selama
ini kau tikam aku dari belakang.Kau tahu Abang Syafiq ini teman lelaki aku.Kau
memang dah syok kan Abang Syafiq dari
dahulu lagikan? Kau sengaja goda diakan!!!” Hembur Lina sambil menuding jari
pada muka Hani. Air mata yang ditahan Hani dari tadi terhembur keluar.
“ Kau dengar sini
ea.Hani tak pernah rampas aku dari kau.Kau yang perempuan tak sedar diri.Kau ingat kau cantik , semua lelaki akan tergila-gilakan
kau? Untuk pengetahuan kau, Hani ini selama ini selalu cover kau ! Dia tidak pernah sekalipun buruk-burukkan kau.Kau
pergilah cari jantan lain yang kau boleh kikis.Aku tak pernah menyesal
tinggalkan kau dulu. Hani akan berkahwin dengan aku tidak lama lagi.” Selepas
menuturkan ayat terakhir itu, kereta Syafiq dan Hani terus meluncur laju.
Di dalam kereta Hani terus-terusan
menangis.Dia tidak menyangka Lina sanggup menuduhnya
sedemikian rupa. Selama ini ,Lina telah dianggap seperti adiknya sendiri.
“ Sudah jangan menangis
lagi.” Pujuk Syafiq sambil menghulurkan sapu tangannya kepada Hani.
“ Betul ke saya rampas
awak dari dia?” Soal Hani pada Syafiq.
“ Awak tak pernah
rampas saya dari sesiapa.Awak tak perlu rasa bersalah. Saya dengan dia dah lama
berakhir. Dia je yang tak sedar diri.Insyallah saya akan berjumpa dengan
keluarga awak dalam masa terdekat ini.”Syafiq cuba memujuk lagi. Dia tidak mahu
Hani rasa bersalah. Dia bertemu dan jatuh cinta pada Hani selepas lima
tahun.Bukan dia yang curang, tetapi Lina yang curang dahulu.
Perbualan mereka
terhenti bila sampai di pintu pagar rumah Hani.Hani terus masuk kedalam
rumah.Dia penat dengan semua yang berlaku hari ini.Pengakuan Abang Syafiq dan
tuduhan Lina tentang dia membuatkan dia letih untuk memikirkannya.
Malam itu,selepas solat
Maghrib,Lina menghubungi Hani.
“ Hani, aku nak kau
tinggalkan Abang Syafiq.Kalau kau masih anggap aku ini kawan kau.!”Ugut Hani lagi tanpa salam.
“ Kau memang kawan aku sampai bila-bila. Aku tak pernah rampas Abang Syafiq
dari kau.Kami berjumpa semula pun baru beberapa hari sahaja pun. Aku pun tak
sangka yang Abang Syafiq nak kawin dengan aku.” Jelas Hani lagi.
“Sudahlah aku malas nak dengar apa-apa lagi. Kalau kau tak nak dicop
perampas Kau tinggalkan Abang Syafiq sementara hubungan korang masih baru lagi
ini.”Arah Lina sebelum mematikan telefon .
Hani menjadi serba salah.Dia akui yang dia sudah mula ada perasaan cinta
pada Abang Syafiq selepas mereka berjumpa beberapa kali.Tetapi bila
menginggatkan yang Abang Syafiq itu pernah menjadi teman lelaki kawan baiknya
itu membuatkan dia rasa bersalah yang amat.
Keesokan harinya beberapa kali juga panggilan Abang Syafiq tidak dijawab.
Whatsup juga tidak dibalas.Apabila Abang Syafiq datang ke butiknya dia akan
menyuruh pekerja untuk menipu ketiadaanya.Apabila dirumah ibunya juga turut
diminta berbohong.
“ Kenapa dengan kamu ini?Kalau tak suka cakap terus terang.Jangan biarkan
orang tertunggu– tunggu.” Nasihat Puan Maisara pada anaknya itu.
“Entahlah ibu,Hani kusut sekarang ini.Abang Syafiq itu teman lelaki
Lina.Lina kawan baik Hani.Hani takut dicop sebagai perampas lah ibu.” Luah Hani
pada ibunya. Dia tidak tahu pada siapa yang harus dia luahkan perasaanya itu.
“Dengar sini ibu cakap.Abang Syafiq itu dah putus dengan Lina sebelum dia
ke luar negara lagi. Itu cerita lima tahun lepas.Lagi satu,kamu sahaja yang
anggap Lina itu kawan baik kamu.Dia tak anggap pun kamu ini kawan baik dia.Dia
datang jumpa kamu bila susah sahaja.Bila nak pinjam duit. Masa dia senang ada
dia jumpa kamu?”Soal Puan Maisara lagi. Geram pula dia dengan anak daranya ini
seorang.
Hani yang mendengar terdiam.Apa yang dikatakan Puan Maisara ada
kebenarannya juga.Sepanjang malam itu juga dia meminta bantuan petunjuk dari
Yang Maha Kuasa.Hanya Dia yang mampu memberi jawapannya.Hampir tiga hari
berturut-turut Hani Solat
Istikharah.Akhirnya dia mendapat petunjuk dariNya.
Keesokan harinya ,Hani terus menelefon Abang Syafiq.
“ Awak teman saya jumpa
Lina esok boleh?”Soal Hani lembut. Abang syafiq terus bersetuju . Hampir
sebulan dia tidak bertemu dengan pemilik hatinya itu .Rindunya !
Keesokan harinya
,mereka berdua terus kerumah Lina.Alangkah terperanjatnya Hani apabila melihat
seorang lelaki yang bertuala sahaja yang membuka pintu rumah Lina.Kemudian Lina
datang melihat mereka dengan Cuma
berpakaian tidur yang seksi itu.
“ Kau buat maksiat ke?”
Soal Hani keras pada Lina.
“Itu bukan masalah
kau.Kenapa kau datang?”Soal Lina selamba.Dia sudah malas hipokrit dihadapan
temannya itu.Memang kehidupan dia sudah bergelumang dengan dosa semenjak dari
kolej lagi cuma Hani yang tidak tahu.!
“Aku nak bagitahu
kau.Aku nak kawin dengan Abang Syafiq bulan depan.Aku harap kau tak kan ganggu
hidup aku lagi lepas ini .Aku tak pernah rampas dia dari kau.Lagi satu,aku
takkan lepaskan lelaki sebaik dia pada perempuan macam kau ini.Last sekali, aku
nak pesan taubatlah sebelum terlambat.Allah itu maha pengampun.”Tutur Hani
dengan penuh lembut tetapi sinis.Apabila dia melihat apa yang terhidang
dihadapan matanya tadi.Itu menguatkan lagi yang Allah sedang memberi petunjuk
untuk dia supaya dia tidak lagi merasa bersalah.
Lina cuma terdiam. Dia
ingatkan Hani akan mengundur diri tetapi tidak untuk kali ini.Biarlah.Dia bukan
mahu sangat dengan Abang Syafiq itu.Dia sudah mendapat lelaki yang lebih kaya
lagi.Whatever.!
Didalam kereta ,Syafiq
tidak henti-henti memuji Hani.Gembira dengan kata-kata Hani tadi.Dia tidak
salah memilih Hani untuk dijadikan isteri.Pemilik kedai Cupcake itu sudah
menawan hatinya dari dulu lagi .Bukan setakat comel macam Cupcake-cupcake di
kedainya sahaja tetapi cukup sedap lagi.
“Hani perasan tak kisah
cinta kita ni macam cupcake-cupcake Hani?”Soal Abang Syafiq lagi. Hani
menggeleng.Mesti ada sesuatu yang Abang Syafiq ingin katakan cuba untuk mengusiknya.
“ Yelah warna –warni pada
cupcake Hani itu, pembuatnya itu yang tentukan nak warna apakan?Corak pun ikut
suka hati pembuatnya kan?” Soal Abang Syafiq.
“ Yup.Ikut mood dan
ikut suka Hani.”Jawab Hani jujur.
“ So kenapa bila
tentang perasaan Hani kena dengar cakap orang?Bila Lina suruh Hani jauhkan diri
dari saya ,Hani terus jauhkan diri Hani.Rindu tau tak waktu Hani tak jumpa saya
itu.Dekat sebulan kut!”Luah Abang
Syafiq.
“Sorry. Terima kasih
sebab sudi terima Hani.” Syukur Hani.Tidak menyangka yang jodohnya adalah teman
lelaki kawan baiknya satu masa ketika dahulu.Tetapi dia bukan seorang perampas!Akhirnya
pemilik kedai Cupcake ini sudah dimiliki orang!
Mulai hari itu,dia
sendiri yang akan mewarnai kisah cinta mereka berdua macam warna warni pada
cupcake di kedainya itu! Moga kegembiraan ini selamaya Ya Allah.!Amin!