Home Cerpen Cinta My Dear, My Double Date!
My Dear, My Double Date!
Bunga Mardiah
1/3/2016 20:50:28
2,980
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

My Dear, My Double Date!

“ Dibah,jomlah teman aku.” Pujuk Farah. Masuk kali ini, sudah enam kali dia memujuk Adibah untuk menemaninya berjumpa dengan Amin.

“ Malaslah aku ,nanti aku jadi patung cendana je masa korang date” Tolak Adibah lembut.

“Mana ada. Amin bawa kawan dia. Nanti kalau kau tak pergi,kawan dia yang jadi patung cendana.Bolehlah..Jomlah. Mana tahu boleh jadi double date.” Pujuk Farah lagi.Sebenarnya dia sudah mempunyai perancangan tersendiri.Mereka ingin menemukan Adibah dengan Khushairi,sahabat baik Amin.Selama mereka berkawan sehinggalah mereka sudah berada di tahun akhir mereka,Farah tidak pernah melihat Adibah keluar dengan mana-mana lelaki.Kawannya ini boleh dikira sedap mata memandang ,cuma tidak membuka hati pada mana-mana lelaki lagi.

“ Em yelah.Kejap aku siap.” Akhirnya Adibah mengalah juga.Penat betul melayan karenah kawan baiknya itu.Layankan jelah!

Amin menjemput mereka di rumah sewa mereka dalam pukul 10.00 pagi.Adibah dan Farah terus masuk kedalam kereta.

“ Hai Adibah.” Tegur Amin mesra.Adibah cuma tersenyum. Dia memang sudah biasa dengan kemesraan Amin itu.Semenjak tahun satu lagi,Farah dan Amin sudah berkawan.

“Ini Khusairi.”Amin memperkenalkan seorang budak lelaki yang duduk disebelah pemandu itu.Adibah cuma mengangguk. ‘ Jadi mamat ini lah yang akan sama-sama menjadi patung cendana bersamanya sekejap lagi’

“ Hai Adibah.” Tegur budak lelaki itu mesra.Adibah cuba mengangguk dan membalas senyuman Khusairi.Mereka sampai di Jusco lebih kurang 10.30 pagi.

“ Em korang jalan-jalan jelah ,nanti jumpa balik dekat sini pukul 5 petang.” Farah memberitahu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Khusairi dan Adibah terpingga.Belum sempat Adibah membalas ,bayang Farah terus lesap dari pandangan.

‘Pergh! Minah ini dah dapat berkepit dengan teman lelaki dia, aku dia ditinggal terpingga-pingga dekat sini.Siap dia balik nanti!’. Marah Adibah didalam hati.

So,mereka berdua itu dah tinggalkan kita ,kita nak pergi mana.?” Tanya Khusairi pada Adibah yang masih diam membatu di tempat parking kereta itu.Dia sudah menganggak perkara ini akan terjadi bila tiba-tiba sahaja Amin mengajaknya keluar.

“ Entahlah ,saya pun tak tahu ikut awaklah.”Tutur Adibah perlahan.Serius! dia tidak selesa untuk berjalan-jalan dengan orang yang tak dikenali ini.Mereka terus bergerak.Berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah itu.Makan aiskrim.Main bowling.Adibah lebih banyak berdiam. Khusairi ada juga bertanya itu ini. Tetapi disebabkan respon yang diterima dari Adibah seperti hendak tak hendak, akhirnya dia pun diam.

“ Awak tak selesa ke?” Soal Khusairi.

“ Tak. Saya tak pernah keluar dengan lelaki berdua macam ini.” Jawab Adibah jujur.

“ Owh …patutlah.Ada lagi anak dara macam awak dalam dunia millennium ini ea.” Khusairi kagum.Sepanjang dia keluar dengan ramai perempuan ,dia tidak pernah jumpa ada perempuan yang tidak pernah keluar berdua dengan lelaki.Ini first time kut.!

“ Ramai je..Awak je yang tak tahu dan tak kenal kut.”Tutur Adibah.Tak pelik pun kalau tak pernah keluar dengan lelaki ajnabi berdua. Ramai sahaja sahabatnya begitu.Dari segi pakaian Khusairi,Adibah tahu yang Khusairi seorang lelaki yang metroseksual yang mementingkan penampilan dan mesti uptodate.Barang-barang berjenama yang ada di badannya pun Adibah tahu , lelaki ini bukan anak orang sebarangan.Sudah tentu dia selalu keluar dengan perempuan sepertinya juga.

“ Owh, mungkinlah.Habis itu biasanya hari minggu macam ini awak buat apa je kat bilik.?”Soal Khusairi.Entah mengapa dia ingin mengetahui mengenai wanita yang bertudung sopan dihadapannya ini.

“ Buat assigmentlah.”Jawab Adibah.Memang betul,hujung minggu dia akan duduk sahaja dibilik.Dia malas mahu keluar.Jika keluar pasti menggunakan duit yang banyak. Dia bukan dari kalangan orang senang pun untuk membazirkan wang untuk berpeleseran di pusat membeli itu.

“ Nak aiskrim?Saya belanja.” Soal Khusairi yang kebetulan mereka berdua sedang melalui sebuah kedai Buskin Robins.Cepat Adibah menggeleng.Dia tidak mahu terhutang budi dengan lelaki yang berada didepannya ini.

Tanpa mempedulikan gelengan Adibah,Khusairi melangkah ke kedai tersebut dan membuat pesanan.Selesai membuat pembayaran,satu mangkuk diserahkan kepada Adibah.Adibah teragak-agak untuk mengambilnya. ‘Mahal gila aiskrim ini’. Seumur hidup dia ini kali pertama dia merasai ais krim berjenama Buskin Robins itu.Sedap!

Mereka melangkah duduk dimeja yang disediakan di luar kedai itu.

“Awak asal mana?” Soal Khusairi.

“Pahang.”Jawab Adibah sepatah.Khusairi mengangguk.Dia tidak tahu apa tajuk yang boleh dibawa berbual dengan gadis manis didepannya ini. Selama ini , sepanjang dia keluar dengan perempuan,dia sahaja yang banyak menjawab.Tapi berlainan apabila dia keluar dengan Adibah.

“ Apa pendapat awak kalau orang islam minum arak.”Soal Khusairi tiba-tiba.Dia ingin mendengar pendapat gadis didepannya ini.Entah mengapa banyak-banyak soalan,soal minum arak yang ingin dipersoalkan.Kadang-kadang dia juga meneguk air setan itu.Dia ingin mendengar pendapat perempuan yang bertutup litup seperti Adibah ini kerana dia pasti perempuan ini tidak pernah meneguk air setan itu.

Kalau dia ingin bertanya pada perempuan-perempuan yang dia pernah keluar, hampir semua mereka meneguk air setan itu.

“ Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa arab dinamakan khamar,berasal dari kata khamara ertinya menutupi.Seseorang yang minum arak ,biasanaya dia akan mabuk,hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud ,Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.Faham?” Terang Adibah dengan penuh semangat.

“ Faham.Gaya awak boleh jadi ustazah pilihan.” Puji Khusairi sambil berseloroh.Dia kagum dengan ilmu agama Adibah.Adibah bukan perempuan-perempuan sebarang .Walaupun luarannya nampak cukup sedarhana tetapi penuh ilmu didada.Tiba-tiba dia rasa begitu kedil dan berasa insaf dengan semua kelakuannya selama ini.Ya Allah ampunilah hambamu ini!

“ Mana ada.Ilmu itu kita yang cari.” Adibah merendah diri.

“Katakanlah kalau awak dapat suami yang pernah minum arak ,tapi dia dah meninggalkan tabiat itu.Awak boleh terima?” Soal Khusairi.

“Semua orang boleh bertaubat sehinggalah matahari terbit sebelah barat.Jadi siapa saya untuk menghukum.Insyallah saya boleh terima dengan syarat dia benar-benar bertaubat.”Jawab Adibah jujur.Khusairi mengangguk faham.

“ Adibah ,sebenarnya saya dibesarkan dengan kemewahan hidup tapi bukan dengan kemewahan ilmu agama.Hidup saya sekarang seolah-olah tiada pegangan yang kuat.Saya rasa saya terlalu banyak buat dosa.”Luah Khusairi.Selama ini ibubapanya terlalu sibuk mengejar dunia sehinggakan lupa untuk memberinya ilmu akhirat.

“Belum terlambat untuk belajar.Insyallah Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang benar-benar ingin bertaubat. Allah akan bantu.”Adibah cuba memberi galakan.

“ Kalau lepas ini kita jumpa lagi boleh?Saya nak belajar tentang agama .Walaupun Farah dan Amin tak keluar sekali. Saya nak jumpa awak lagi.” Tutur Khusairi.

“ Insyallah saya akan tolong awak.” Jawab Farah lembut.Selepas makan dan berjalan-jalan sekitar pusat membeli belah.Mereka pulang ke rumah sewa mereka semula.

Semenjak hari itu hubungan Khusairi dan Adibah semakin baik.Adibah banyak mengajar Khusairi tentang ilmu agama. Selalunya mereka akan ke kuliah agama bersama-sama. Alhamdullilah,kini Khusairi sudah tidak lagi meneguk air itu lagi.

“Dulu aku tengok macam krik-krik je kau dengan Khusairi itu,tapi sekarang macam belangkas.Amin cakap Khusairi dah banyak berubah semenjak kenal dengan kau.” Usik Farah.Selepas pertemuan mereka hari itu ,perhubungan Adibah dan Khusairi nampak positif.

“ Tak lah kami selalu bersama pun mungkin untuk bincang benda yang dia tak faham tentang agama. Biasanya kami tak keluar berdua pun ada je kawan-kawan dia yang ikut.”Jawab Adibah.

“Takkanlah cakap tentang itu je? Pasal hubungan korang berdua?” Soal Farah seperti polis pencen sedang menyiasat.

“Mana ada hubungan .Hubungan tak lebih dari seorang sahabat.” Jawab Adibah cuba berselindung.Dia mengakui Khusairi telah mendapat dalam hatinya.Hati Khusairi?Entah Adibah sendiri tidak mengetahui. Dia seorang perempuan ,takkan dia ingin memulakan.Memang tak lah!

“Cliché nya jawapan.” Farah tidak berhenti mengusik sahabat baiknya itu.

Dua bulan selepas itu….

“Adibah tunggu !!!” Jerit Farah. Adibah yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari dewan kuliah terhenti.

“Kenapa kau jerit nama aku satu kampus ini?” Soal Adibah pelik.

“Khusairi nak jumpa kau dekat padang.”Farah menyampaikan pesanan sambil termengah-mengah.

“ Kenapa dia tak telefon aku sendiri?”Soal Adibah pelik.Farah Cuma menjungkit bahunya.Dia sendiri tidak mengetahui. Baru sebentar tadi Amin menelefonnya.Adibah dan Farah beriringan ke padang.Keadaan sunyi sepi.

“ Tak ada pun.Kau main-mainkan aku.” Soal Adibah memandang Farah. Entah-entah kawan dia ini ingin memainkannya. Tiba-tiba ada satu suara datang dari arah belakang dengan petikan gitar.

Selamat hari jadi!

Selamat hari jadi.!

Adibah sudah tersenyum .Beberapa orang kawan yang rapat dengan mereka semua ada membawa sebiji kek dan belon.Adibah terperanjat.Dia tidak menyangka yang mereka semua ingat hari lahirnya.Selesai sahaja mereka semua makan kek ,mereka yang lain semua meninggalkan Adibah dan Khusairi di tengah padang itu.Amin dan Farah berada dihujung padang sedang berlari-lari berkejaran. Adibah yang melihat cuma tersenyum sahaja. Bahagia betul pasangan itu.

“ Kita jumpa sebab teman mereka berdua dating kan?”Tutur Khusairi .Adibah mengangguk.

“ Terima kasih sebab buat semua ini untuk saya.”Adibah mengucapkan terima kasih atas kejutan yang dilakukan oleh mereka semua. Adibah tahu ini semua rancangan Khusairi.

“ Sama-sama.Awak kena balas balik tau.”

“ Balas?”Soal Adibah semula.

“ Awak kena kawin dengan saya.” Tutur Khusairi selamba sambil memandang ke hadapan.Adibah terperanjat .Dia mencari keikhlasan kata-kata itu dari mata Khusairi.

“ Tak lawak.”Khusairi memang suka membuat lawak hambar begitu.

“ Saya serius.Sudah hampir setahun kita kenal.Saya rasa sudah tiba masanya kita ambil satu langkah lagi kehadapan.Awak yang banyak mengubah saya Adibah.Lagipun tak lama lagi kita sama –sama dah nak habis belajar.” Tutur Khusairi romantik sambil memandang Adibah. Adibah tidak membalas pandangan itu. Selama setahun mereka berkawan ini pertama kali Khusairi meluahkan rasa padanya.

“ Saya masih ada ibu bapa.” Adibah menjawab ringkas sebelum meninggalkan Khusairi terpinga-pinga dengan jawapan Adibah itu.Moga bahagia menjadi mereka berdua selamanya.Dia Encik Double Date!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.