Home Cerpen Cinta My Dear, My Next
My Dear, My Next
Bunga Mardiah
15/1/2016 09:35:19
2,947
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Kerana Dilwale

“ Aida kau dekat mana ini?” Soal Intan apabila panggilan nya bersambut.Sejak dari tadi lagi dia cuba menghubungi Aida.Macam nak tercabut tangan!

„Wei Sori aku tak dapat join kau petang ini tengok Diwale, mak aku tiba-tiba suruh balik awal.“ Tutur Aida lambat.Dia rasa serba salah untuk memberitahu Intan .Mereka sudah berjanji untuk keluar menonton Dilwale petang itu tetapi tiba-tiba sahaja ibunya menghubunginya menyuruhnya untuk pulang awal malam itu.

„Sampai hati kau.Em tak apalah aku tengok sorang-sorang je“.Rajuk Intan berjauh hati.

„Alah kau janganlah macam ini.Aku minta maaf. Tiba-tiba je .Lain kali aku janji aku teman kau.“ Janji Aida.

„ Yelah.Janji.Kalau lagi sekali kau buat macam ini. Siap kau!“Ugut Intan.Kalau Aida ada depan mata confirm kena jadi gulai kawah minah itu.Aida yang beria-ia mahu menonton Diwale ,tapi tiba-tiba dia pula yang terpaksa tengok.Geram betul! Dia bukanlah minat sangat Hindustan ni tapi disebabkan kawan baiknya itu mengajak ,dia layankan aje.!

Intan terus masuk ke dalam panggung wayang itu lagi dua minit ,Filem kegilaan ramai itu akan bermula.Dia terus mencari tempat duduknya.Betul-betul dibahagian paling atas .Itu sahaja tempat yang masih kosong.Tadi waktu dia membeli tiket itu pun sudah hampir ke waktu tayangan jadi memang dia tak dapat memilih tempat duduklah.Lantaklah! Dia bukan minat sangat pun dengan cerita itu!

Kerusi disebelah kanannya masih kosong.Harap-harap jangan lah lelaki yang duduk!Harapan tinggal harapan bila seorang lelaki duduk disebelahnya.Disebelah kerusi Aida yang kosong juga lelaki dengan teman wanitanya.Aida jadi serba tak kena.Ini semua disebabkan Aida!

Intan cuba membiasakan diri.Muka lelaki disebelahnya ini juga samar-samar sahaja kerana waktu lelaki tadi masuk panggung itu telah pun digelapkan.Intan buat seperti biasa sahaja.Baik dilayankan sahaja cerita Dilwale ini .

Hampir 5 minit ditayangkan,tiba-tiba dia terasa kerusinya bergegar dan nada dering.Lelaki disebelahnya tadi terus segera menyeluk poket seluarnya.Intan terus memandang.Potong betul mamat ini!

„Sorry“ Tutur mamat disebelah Intan ini.Johan rasa bersalah.Dia terlupa untuk menukar mode telefonnya tadi.Malu kot!Satu pangung memandangnya!Nasib baik gelap.

„Ada apa you call I ini.Please jangan kacau saya lagi.” Tutur Johan perlahan.Masa-masa ini jugalah Anita ingin menganggunya.

„ Please baby ,I rindukan you.Forgive me.“ Tutur Anita dihujung talian.

Intan yang berada disebelah sudah mula panas !Orang lain makan bertih jagung,Mamat sebelah ini makan bekas bertih jagung pula ini karang!Ini aku nak dengar drama mamat ini ke nak tengok Shah Rukh Khan ini.?Sabar Intan..sabar.

“ Dah lah Anita.Please move on.” Balas Johan pula,dia terus meletakkan pangilan itu.Menganggu betul.

Tidak sampai lima minit selepas itu,telefon Johan bergetar lagi.Tahap kesabaran Intan sudah ditahap maksimum.

“ Encik boleh tak matikan telefon itu kalau tak nak jawab.”Bisik Intan dengan nada perli.Dia tidak mahu bergaduh pula disini.

“Sorry ea.Saya tak boleh matikan telefon .Saya tengah Oncall”Jawab Johan.Dia tahu perempuan disebelahnya sudah tidak selesa dari tadi lagi.Tugasnya sebgai doktor membuatkan dia terlalu sibuk.ini pun dia curi-curi masa .

“Kalau dah tahu On call tak payahlah datang tengok wayang.”Perli Intan lagi.Intan sendiri tidak tahu mengapa dia seberani begitu dengan mamat yang tidak dikenali disebelahnya ini.

“Saya minat gila cerita Hindustan .Jadi tak nak terlepas tengok cerita ini.”Jawab Johan lurus.Memang dia menantikan cerita itu sudah lama.Baru hari ini dia berkesempatan.

“Pelik.Lelaki minat Hindustan.”Kutuk Intan dengan nada yang perlahan.

„Suka hati sayalah.“Balas Johan bengang.Ikut suka hati je minah ini kutuk-kutuk aku.

„Em ok suka hati.Tapi lagi sekali bergegar telefon awak ini ,Siap! Saya nak tengok wayang dengan tenang“ Ugut Intan berbisik.Kalau kuat mahu dia kena halau pula dari panggung itu.!

„Ok“ Janji Johan.

Tapi belum sampai setengah jam,telefon Johan sekali lagi bergegar.Intan terus pandang tajam Johan disebelah .Umpama seekor helang yang sudah nampak mangsanya.!Potong betul!Baru Intan nak feel-feel sedih melihat babak Shah Rukh Khan dengan Kajol ini.

„Sorry.“ Johan sudah buat muka bersalah.Dia tahu dia tidak akan dimaafkan untuk kali ini.Habislah dia!

„Ea menyakitkan hati je.“ Marah Intan sebelum berlalu keluar dari panggung itu.Sebalnya hati dia,biarlah baki satu jam setengah lagi itu.Dia tak kisah!Dari dia tidak boleh fokus dengan apa yang dilihat.Baik keluar!

Johan yang menyedari kesalahan nya pun terus mengekor langkah perempuan di depannya itu keluar daripada panggung itu.Dia rasa amat bersalah.

„Cik tunggu.Saya minta maaf.Saya tahu salah saya.“Johan cuba menghalang perempuan yang berada di depannya ini.Dia terpegun dengan kecantikan wanita didepannya ini.Tadi didalam gelap samar-samar sahaja wajah perempuan ini.Tapi bila sudah keluar dan bercahaya perempuan disebelahnya itu memang cantik tapi boleh tahan angin juak perempuan ini!.Dari sisi wanita itu ada mirip pelakon Raja Ilya.

„Tak apalah encik,saya memang dah tak ada mood pun.Encik pergilah masuk.Ada satu jam setengah lagi itu.“Suruh Intan pada lelaki didepannya ini.Dia akui lelaki ini ada karisma yang tersendiri.

„Cik janganlah macam itu.Kalau cik rasa tak selesa duduk sebelah saya It’s okay.saya boleh balik.Cik masuklah semula.“ Pujuk Johan lagi.Dia rasa bersalah sangat!

„ It’s okay encik.“Jawab Intan .Dia terus meniggalkan lelaki tadi.Serius dia tiada mood sekarang ini! Johan cuma melihat perempuan tadi meniggalkannya.Tiada rezeki untuk berkenalan!

Malam itu,Aida menelefon Intan untuk mengetahui tentang cerita Dilwale kesayangannya itu.

„ Macam mana best tak Diwale.? Berapa bintang?” Soal Aida teruja apabila Intan menjawab panggilannya.

“Bulan aku bagi.” Jawab Intan malas.

“ Amboi sampai bulan.! Best sangat kut!” Soal Aida teruja.Ruginya dia tak ikut !.

“ Aku tak tengok sampai habis pun.Ada mamat mana entah.Potong mood aku nak tengok.Asyik lah telefon dia vibrate.Menggangu mood aku sahaja.” Cerita Intan berterus terang.

“ Alah.Baru nak tahu cerita dia.Mamat itu macam Shah Rukh Khan tak?Kalau macam Shah Rukh Khan aku maafkan dia.” Lawak Aida.

“Em tak sangat.Tapi tinggi.Dia doktor.”Jawab Intan cuba mengingati muka mamat itu semula.

“Woahh..Em oklah esok kita pergi tengok lagi ea.” Ajak Aida .

“Tengoklah macam mana.” Balas Intan.Malas sebenarnya!

Keesokan harinya,sekali lagi Intan menemani Aida untuk menonton Diwale.Penat betul melayan kawan baiknya itu seorang.!Kalau lagi sekali Aida tidak dapat datang petang itu memang masak dia kerjakan perempuan itu!

Mereka mendapat tempat yang strategik kali ini.E10 dan E 11.Hampir kesemua tempat duduk telah penuh kecuali kerusi disebelah Intan.Pemilik kerusi itu sampai ketika cerita itu baru sahaja bermula.

“ Hari ini saya tak bawa telefon.” Bisik suara lelaki di telinga Intan.Intan terus menoleh.

“Awak yang semalam ?”Soal Intan terperanjat .Dia yakin lelaki disebelahnya ini adalah lelaki yang sama duduk sebelahnya semalam.Bau wangian dia juga sama!

“ Yup.Saya Johan.Nampak tak jodoh kita kuat? Hahaha.” Gurau Johan berbisik ditelinga Intan.Entah mengapa dia sangat yakin Intan akan datang lagi pada hari itu.Semenjak semalam lagi dia tidak dapat melupakan rupa perempuan disebelahnya itu.Tadi dia nampak Intan datang membeli tiket.Intan beratur di depan dia ketika membeli tiket tadi. Tapi Intan tidak perasan dengannya.Dia terus membeli tiket disebelah Intan .

Intan sudah mula tergelak.Tidak disangka dia akan berjumpa dengan mamat Dilwale ini sekali lagi.Kebetulan atau Jodoh?

„Mungkin.Saya Intan.“ Jawab Intan.

Selepas tamat sahaja tayangan,lampu dipasang.Semua penontot sudah mula meniggalkan dewan.Tinggal Johan ,Intan dan Aida sahaja.

„ Best tak bahu saya?” Soal Johan bergurau.Tadi sewaktu tayangan,Intan tidak perasan yang dia sudah menangis beria-ia di bahu Johan. Malu gila!

“ Bolehlah.Sorry.Saya kalau tengok Hindustan kali ke sepuluh pun tetap menangis. ” Jawab Intan segan. Rasa macam nak lari keluar dari dewan itu .Intan yang berada disebelah sudah tersenyum-senyum.Kelakar kawannya ini.Semalam marah beria hari ini boleh pula tanpa segan silu menangis dibahu lelaki itu.

“Jom makan.Saya belanja .Ganti tiket semalam .” Pelawa Johan.Sengaja masuk jarum. Mana tahu mengena.Dia memang sudah jatuh suka dengan Intan.Intan dan Aida mengangguk setuju.Semenjak itu hubungan mereka semakin rapat.

Hari ini genap tiga bulan ,Intan berkawan dengan Johan.Malam ini Intan akan membawa Ibubapanya berjumpa dengan Ibubapa Johan .Mereka akan makan malam bersama-sama.Seperti yang dijanjikan Intan dan ibubapanya tiba di restoran yang ditempah khas oleh Johan .Ketika mereka sampai Johan dan ibubapanya telah sampai.

Intan mendekati meja mereka.

“ Assalamualaikum.” Lembut suara Intan memberi salam.

“ Waalaikumsalam” Jawab mereka serentak.Ibu bapa Johan berpaling memandang mereka.

Ibu Johan kelihatan terkejut.Ibu Johan yang tadi tersenyum terus berubah .Dia kelihatan tidak suka dengan Ayah Intan.

“ Mama nak balik.Mama pening kepala.”Tiba-tiba ibu Johan terus mencapai beg tangannya dan berlalu keluar.Semua yang berada disitu terkejut.Johan dan Intan bermain kening.

“Maafkan saya.Saya balik dulu.Isteri saya tak sihat.”Bapa Johan juga turut bangun meminta diri.

“ Ibu pun rasa tak sihat jomlah kita balik.” Ajak Ibu Intan pula.Intan cuma menurut.Rancangan makan malam mereka terpaksa di tangguhkan.Intan dan Johan cuma mengikut kehendak orang tua mereka.Apa yan disembunyikan oleh orang tua mereka?Something fishy….

Sampai sahaja dirumah.Mama Johan terus masuk .Dia sempat berpesan pada Johan.

“Tinggalkan Intan kalau Johan sayangkan Mama.”Johan terperanjat dengan ayat yang keluar dari mulut mamanya.

“ Kenapa ma?Johan cintakan Intan.”Bukan mahu membantah tetapi dia perlu tahu kenapa tiba-tiba mamanya berubah selepas sahaja berjumpa dengan orang tua Intan tadi.

“Intan tak sesuai untuk Johan.” Tegas jawapan Ibu Johan sebelum masuk kedalam biliknya.

Perkara yang sama juga berlaku kepada Intan.Bapanya juga sekeras-kerasnya membantah hubungan Johan dan Intan.

„ Awak tahu kenapa orang tua kita tak setuju dengan hubungan kita ini?“Soal Johan bila Intan menelefonnya malam itu.

„ Saya tak tahu.Ayah saya tak cakap apa-apa sebab pun.Dia cuma suruh saya jangan berhubung dengan awak.” Tutur Intan sedih.Perlahan suaranya menahan tangis.

“Then ,awak nak give up?Awak tahukan saya serius suka dekat awak.”Tutur Johan tegas. Dia perlu kuat demi hubungan mereka ini. Dia ikhlas berkawan dengan Intan dan Intan sahaja calon terbaik untuk menjadi isterinya.

„ Kita kena dapatkan jawapan.Awak jangan give up.Cuma buat masa ini ,kita jangan berhubung dahulu.“Pujuk Johan.Intan cuma mengikut sahaja.

Keesokan seawal pagi lagi Johan mengikut papanya ke surau berdekatan rumah mereka untuk bersolat Subuh.Tujuannya hanya satu.Dia perlu mengetahui punca Ibunya tidak mengizinkannya berkawan dengan Intan.Ini sahaja masa yang dia ada.

Ketika berjalan kaki pulang ,Johan memulakan langkah.

„ Papa tahu tak kenapa ibu nampak macam tak suka dengan ayah Intan semalam.Kenapa ea papa?“ Soal Johan .

„Benda ini sudah hampir 20 tahun lebih.Sebenarnya,ayah Intan bekas tunang mama kamu.Mereka dulu pasangan yang sangat sepadan.Sama cantik ,sama kacak.Mereka berdua satu kampung.“Cerita Papa Johan.

„Habis itu kenapa mereka putus tunang?“Soal Johan pelik.

“ Sampailah satu malam itu.Malam itu mama kamu bertugas shift malam di Hospital di kampung kita.Pagi esoknya selepas dia balik kerja,dia tengok Ayah Intan ada didalam rumah dengan pisau ditangan.Waktu itu,atuk dan nenek kamu dah terbaring dengan lumuran darah dan ada tikaman didada.Kamu rasa?” Papa Johan menceritakan apa yang berlaku.

“Ayah Intan bunuh?”Soal Johan tidak percaya.Mustahil.!

“Makhamah memutuskan yang ayah Intan tak bersalah.Ada orang lain yang telah bunuh nenek dan atuk kamu.Tapi sampai sekarang tak tahu siapa.Tapi pada mama kamu dia tak boleh maafkan Ayah Intan atas apa yang berlaku.”Sambung Papa Johan.

“Ayah Intan tak pernah cuba terangkan hal sebenar?”Soal Johan pula.Mungkin semua ini salah faham sahaja.

“ Entahlah papa pun tak tahu .Ayah tahu cerita ini pun dari ketua kampong kita dulu.Papa tak pernah tanya mama apa-apa.”Jawab Papa Johan.Itu sahaja yang dia tahu.Dia sendiri tidak pernah tanya pada isterinya.

Dirumah Intan pula.

“Ayah kenal mama Johan ke?” Soal Intan kepada ayahnya.Ketika itu mereka sedang bersarapan.

“Ayah tak nak kamu berhubung dengan Johan lagi.Itu keputusan muktamad papa.”Tegas suara ayahnya .

“Tapi kenapa?Intan cuma nak tahu kenapa?” Soal Intan tidak berpuas hati.Bukan niat ingin menderhaka tetapi dia perlu tahu kenapa.

“Baiklah kalau kamu nak tahu,mama Johan bekas tunang ayah.Ayah terlalu cintakannya dulu.Kami berpisah sebab dia tuduh ayah bunuh ibu dan ayahnya.”

“Ayah bunuh atuk dan nenek Johan?” Soal Intan terperanjat.

“Tak.Pagi itu mama Johan bertugas shift malam sebagai jururawat jadi ayah pergi ke rumah mama Johan untuk hantar sarapan pagi itu .Bila ayah sampai sahaja dekat rumah itu,ayah tengok pintu terbuka ,ayah pun masuklah .Bila ayah masuk,ayah tengok atuk dan nenek Johan sudah pun berlumuran darah.Silap ayah bila ayah pegang pisau yang ada dekat sebelah atuk Johan.Ketika jugak mama Johan sampai.Dia tuduh ayah bunuh orang tuanya.Dia langsung tak nak dengar penjelasan ayah sampai ke hari ini.”Cerita Ayah Intan panjang lebar .Lega ! Akhirnya selepas 20 tahun perkara yang dipendam selama ini terluah juga.Itu lah perkara yang paling dikesali hingga kini.Satu penjelasan!

Petang itu Johan dan Intan berjumpa.Masing-masing menceritakan semua yang mereka tahu.

“Jadi semua ini salah faham?”Soal mereka serentak antara satu sama lain.Mereka berdua membuat rancangan untuk mereka berdua baik balik.

Selepas bersepakat dengan ibu Intan dan papa Johan ,Insyallah rancangan mereka akan berjalan lancar.Hari itu mama dan papa Johan menghadiri sebuah ‘majlis’ yang dirancang untuk anak-anak mereka.Sebuah dewan telah disewa khas.Ayah dan ibu Intan juga turut datang.Kemudian apabila sampai sahaja di dewan terus sahaja PapaJohan dan Ibu Intan meminta diri ke tandas. Mereka menyuruh mama Johan dan Ayah Intan masuk dulu.Mereka masuk sahaja dewan itu.Dewan itu kosong!

Tiba-tiba kedengaran lagu Gerua dari filem diwale dimainkan.Suasana dewan begitu gelap.Kemudia terpancar gambar-gambar mereka berdua di layar projektor.Baru mama Johan perasan cuma dia dan ayah Johan sahaja yang berada di dalam dewan itu.Mama Johan terus berjalan kearah pintu.dia mahu pergi dari situ.

“Tolong maafkan saya.Saya tak bersalah.”Tutur ayah Johan.Dia perlu menjelaskan segala-galanya hari ini.Biarlah apa pun yang akan berlaku hari ini semuanya perlu dijelaskan.Ayah Johan menceritakan semuanya.Hampir sejam juga mereka berbalah dan menyelesaikan masalah yang terpendam selama 20 tahun ini.

Baru hari ini mama Johan tahu ,ayah Intan tidak bersalah.Dia yang salah faham.Hampir dua puluh tahun lebih dia marah tidak bertempat pada orang yang tak bersalah.

Alhamdullilah akhirnya semuanya selesai.Masalah Johan dan Intan juga turut selesai.Mereka berdua disatukan secara gilang –gemilang.Penyatuan mereka berdua telah menyatukan dua hati yang telah bertahun berdendam dan rasa bersalah.

“Awak perasan tak ,kita jumpa sebab Dilwale.Mama dan ayah punya cerita pun macam cerita Dilwale jugak.Saya tak sangka apa yang saya tengok dalam cerita Diwale itu berlaku dalam hidup saya.” Tutur Johan gembira.Akhirnya hari ini mereka berdua disatukan juga.

“ Kerana Diwale.”Tutur mereka serantak.mengingati kali pertama mereka berjumpa membuatkan mereka berdua tergelak.

‘Siapa yang tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi Dan siapa yang tidak mahu memaafkan maka ia tidak akan dimaafkan(Diampunkan)-HR Ahmad No-18447’


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.