Home Puisi Cinta My Dear,Not mine
My Dear,Not mine
Bunga Mardiah
12/12/2015 23:01:32
1,582
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Biarkan Aku

Hati mengapa kau rasa begini?

Setiap kali ada yang berada disampingnya,

Jiwa kau terseksa,

Jiwa kau menangis diam,

Sedarlah,

Kau bukan sesiapa padanya,

Mengenali kau juga tidak pernah,

Bertutur denganmu juga tidak sekali,

Hanya memandang dari jauh,

Hanya kau yang merasai rasa itu,

Sakit!

Sampai bila?

Sampai bila kau memendam rasa ini,

Sampai bila kau menanggung rindu ini,

Hati kecil selalu mengejekmu,

Biarkan..

Biarlah,

Biarlah,

Aku sanggup begini,

Biarkan rasa ini ku saja yang rasa,

Biarlah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.