Home Cerpen Cinta My Dear,My Best Friend!
My Dear,My Best Friend!
Bunga Mardiah
30/11/2015 23:03:03
8,502
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

My Dear, My Best Friend!

“Wei macam mana ini?Lagi sebulan kalau aku tak bawa bakal isteri,confirm mak aku kawinkan aku dengan anak Cik Bedah hujung kampung itu.”Adu Luth. Munirah yang mendengar sudah membuat muka bosan.Balik-balik kawan baiknya itu mengadu benda yang sama.Bosan!

“ Kau tak ada cerita lain ke?Kucing bertelur ke,anak kucing warna merah ke?” Balas Munirah malas.

“ Kalau kucing bertelur kiamat mangkuk!”Kutuk Luth sambil menyekel kepala Munirah yang sedang duduk terkangkang menghirup jus tembikai disebelahnya .Ea minah tomboi seorang ini,pakai bantai je!

“ Tak delah balik-balik cerita pasal kawin.Aku bosan tau!Susah-susah kau kawin jelah dengan budak itu.Habis cerita. Kau ingat kau muda lagi ke?Umur dah seabad kau tau,jangan nak memilih sangat!” Kutuk Munirah.

“Amboi! sesedap hati nak kata aku tua ea.Aku baru 27 kut!Muda belia lagi.Kau kawan baik aku ,jadi aku nak mengadu dekat kaulah.Aku bukan tak nak kawin dengan anak Cik Bedah itu,cuma aku tak sanggup nak dengar bebelan Cik Bedah yang mulut tak bertapis itu.!” Balas Luth selamba.Munirahlah satu-satunya kawan perempuan merangkap kawan baiknya sejak dari universiti lagi.Sudah biasa sangat dengan mulut tanpa insuran kawan baiknya itu. Cakap main lepas, tak bayar tol punya!

Menginggati Julia anak Cik Bedah membuatkan dia rasa seram sejuk.Julia boleh dikatakan cantik, bijak tapi satu sahaja kurangnya mulut dia mengalahkan mak dia.Tiada insurans!Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi?

“Ok lah itu .Sekurang-kurangnya dia boleh bebel-bebel dekat kau kalau susah nak bangun subuh.Tak payah aku susah-susah kena kejut kau setiap pagi lagi.”Perli Munirah. Dia sendiri tidak tahu mengapa kawan baiknya itu seperti takut untuk berkahwin.

Luth boleh dikategorikan lelaki yang baik ,beragama dan mempunyai masa depan yang cerah.Pada usia dia sekarang,Luth sudah memiliki kereta dan rumahnya sendiri.Tidak seperti Munirah sehingga sekarang masih belum mendapat pekerjaan tetap lagi.

“ Cakap dengan kau ini,memang menyakitkan hati je.” Rajuk Luth.Dia sudah mula mengangkat kaki meniggalkan Munirah.Mendengar jawapan Munirah membuatkan dia sakit hati. Kawannya ini bukan nak menolong,tetapi tolong menyakitkan hati dari tadi lagi.

“ Wei kejap lah.Sori . Tak payah lah nak sentap sangat!Ok aku tolong kau.” Pujuk Munirah sambil menghalang Luth dari terus meninggalkannya.

“ Ok bagus. Kau belakon jadi calon isteri aku.Boleh?” Soal Luth.

“ Kau gila!?” Marah Munirah. Rancangan bengong apelah yang kawannya ini ingin buat?Calon isteri?

“ Tak. Aku cuma nak mak aku tahu, yang aku ini tak sonsang macam mana yang dia pernah terfikir.Jadi dia taklah asyik tanya aku sahaja.”Pujuk Luth. Buat masa ini itu sahaja yang dapat dirancang sebaiknya.Sekurang-kurangnya setahun dua ini ,maknya tidak akan bertanya lebih-lebih mengenai teman wanitanya atau menyuruhnya berkahwin.

“ Habis itu kalau mak kau terus suruh kawin?” Soal Munirah kebinggungan.Serius merepek gila cadangan Luth ini!

“ Nanti aku cakaplah ,kau tak bersedia.Aku akan ubah kau jadi perempuan ala-ala Kate Middleton” Pujuk Luth.Menyusun perancangan.Mengikut perancangan maknya akan datang ke Kuala Lumpur Ahad ini.Jadi dia masih ada masa untuk mentransformasikan perempuan ala-ala lelaki didepannya ini menjadi perempuan sejati.

“ Alah malaslah nak pakai-pakai baju kurung bagai. Dah lama aku tak ada baju kurung.” Munirah memberi alasan.Malas! Kali terakhir dia memakai baju kurung sewaktu semester akhir di unversiti dulu.Itu pun sebab ada pembentangan.

“Tak apa nanti aku transform kau.” Pujuk Luth lagi.Munirah sahajalah satu –satunya harapannya ketika ini.Harapan nusa dan bangsa.

Malas mahu bertekak Munirah ikutkan sahaja.Hampir seminggu ,habis sahaja waktu kerja dia akan bertemu dengan Luth.Pergi beli bajulah,pergi beli makeup lah, salon semua.Penat betul melayan kawan baiknya ini!

Petang itu ketika mereka berdua sedang sibuk memilih baju ,tanpa sedar Luth terlangar seseorang yang tak dikenali.

“Minta maaf. Saya tak sengaja.”Tutur perempuan itu lembut sambil membalas senyuman Luth.

“Owh tak apa.” Belum sempat Luth membalas dengan penuh panjang lebar,pekerja di kedai itu memanggil wanita di depan mereka berdua itu.Tidak lama selepas itu,perempuan tu keluar semula dan menghmpiri mereka.

“ Boleh saya bantu?” Soal wanita itu lembut.Entah mengapa Munirah rasa tak senang .Dah kenapa dengan perasaan aku ini?Pelik!Luth membalas senyuman perempuan didepannya itu lain macam.Bukan seperti Luth memandang wanita lain sebelum ini.

“ Saya nak cari baju untuk kawan saya ini.”Balas Luth.Wanita itu terus mengambil sehelai gaun berwarna merah di depan mereka.Potongan gaun itu memang cantik.Dia menghulurkan gaun itu kepada Munirah.

“Cik boleh pergi cuba. Fitting room ada dekat belakang.” Saran perempuan itu.Munirah terus bergerak meninggalkan mereka berdua.Selepas mengenakan gaun itu ,dia keluar.Wanita itu sedang berbual mesra dengan Luth .Langsung tidak perasan akan kehadirannya.

“Ehemn..ehemm”

Mereka berdua terus memandang Munirah yang baru saja keluar dari bilik fitting!Perghh! Inilah pertama kali Luth melihat Munirah sangat cantik. Selama ini,dia sedar yang Munirah memang cantik tetapi dengan seluar jeans lusuh,t-shirt lengan pendeknya telah mengaburi kecantikan sebenar Munirah.

“ Cantik .” Puji wanita itu tadi.Pemilik butik itu mungkin.Luth yang terkelu sejak tadi lagi tidak berkata apa-apa.

“ Kau kenapa ? Buruk sangat ke aku pakai?” Soal Munirah pada Luth. Dari tadi Luth tidak berkelip memandangnya.Kenapa pulak Si Luth ini? Kena sampuk ke?

“ Saya beli baju inilah.” Tutur Luth pada wanita itu. Wanita itu hanya tersenyum.Alhamdullilah rezeki.

“ Wei tak payahlah.Aku bukan pakai selalu pun.Mahal kut.”Larang Munirah yang telah bergerak ke kaunter bayaran.Luth yang mendengar buat tidak tahu sahaja.Tanda protes,Munirah tidak bercakap sepatah pun dengan Luth ketika Luth menghantarnya pulang.

“ Wei janganlah sentap. Aku saja nak belikan untuk kau gaun itu.Cantik kut!” Pujuk Luth.Dia tidak betah Munirah senyap dari tadi.Sebenarnya Munirah bukan sentap sebab baju itu tetapi dia sentap melihat kemesraan Luth dengan wanita di kedai itu tadi. Siap tukar-tukar nombor telefon lagi. ‘Tapi kenapa aku perlu rasa macam itu?’.Whatever!

Keesokan harinya seperti yang dijanjikan Munirah dijemput Luth untuk bertemu dengan ibunya.Emaknya seawal pagi tadi lagi sudah tidak sabar untuk bertemu dengan bakal menantunya itu.Sampai sahaja di rumah Luth,Munirah terus bersalaman dengan mak Luth.

“ Cantiknya bakal menatu mak ini” Puji Puan Haslinda.Munirah yang mendengar terus tersenyum malu.Selepas berbual-bual kosong ,mereka menjamu selera.Munirah pandai melayan dan mengambil hati Puan Haslinda. Luth sudah tersenyum gembira.Rancangan berjalan dengan lancar.

“Bila rancang nak berkahwin ini?” Soal Puan Haslinda.Luth yang ketika itu sedang menyuap makanan tersedak.Terus Munirah menghulurkan air.

“ Munirah tak bersedia lagi lah mak.” Luth memberi alasan.Luth terus menendang kaki Munirah di bawah meja.

“Haa. Makcik Munirah tak bersedia lagi.” Sokong Munirah. ‘ Saya ini bakal menantu tipu je mak cik’

“Apa pula. Perempuan tak elok kawin lambat-lambat.Sekarang umur kamu dah 27 tahun. Sesuai sangat sekarang ini.Kalau risau pasal keewangan ,mak cik akan tanggung semua.”Cadang Puan Haslinda. Dia sanggup berhabis untuk melihat Luth berkahwin.

‘Arghh sudah! Apa aku nak cakap ini?Mampus!’Luth dan Munirah berpandangan antara satu sama lain.Kemudian mereka berdua tersenyum.

“ Mak cik ada dua hari ini dekat sini.Nanti kita boleh cari baju tunang.Lagipun Munirah sudah tiada orang tuakan.Jadi kita buat dekat sini sahaja pun.Kita buat ringkas sahaja .” Luth dan Munirah terdiam lagi .Terkaku.Terkesima mendengar perancangan Puan Haslinda.

Luth sudah mula pening.Ini bukan seperti yang dirancang mereka berdua.Habislah!

Selepas makan,mereka makan pula puding yang disediakan oleh Puan Haslinda.Tidak lama selepas itu,Puan Haslinda meminta diri untuk menunaikan solat.Kini yang tinggal hanya Munirah dan Luth di meja makan itu.

“ Macam mana ini?Takkanlah aku nak kawin dengan kau kut.Kau ini bukan perempuan sangat pun!”Kutuk Luth separuh berbisik. Entah mengapa Munirah terasa hati dengan ayat terakhir Luth itu.Walaupun dia berpakaian macam lelaki ,tapi dia masih perempuan sejati dan ada perasaan.

“ Kau ingat aku heran nak kawin dengan kau? Aku dah tolong pun dah cukup baik.Bukan nak berterima kasih.Kutuk aku lagi.”Marah Munirah.Entah kenapa dia naik angin pula.

“ Kau kenapa datang bulan?” Soal Luth pelik. Tiba-tiba nak melenting.

“ Kau selesaikanlah sendiri . Berterus terang lah dengan mak kau siapa aku sebenarnya.Aku ini cuma menantu yang bukan perempuan sangat pun.Aku ini cuma kawan kau je .Aku nak balik.” Munirah terus mencapai beg tangan di ruang tamu.Dia nak balik!Luth yang melihat cuma terpinga-pinga.Selama mereka berkawan inilah pertama kali Munirah marah dengan dia.

Selepas Munirah balik Luth terus naik ke bilik.Di tangga dia terserempak dengan ibunya. Semua perbualan mereka tadi telah didengari oleh Puan Haslinda.Hampir dua hari Munirah tidak menelefonnya dan berjumpa dengannya.Munirah hilang entah kemana.Luth pula sudah macam orang mati bini. Banyak kali dia cuba menghubungi Munirah tetapi semuanya masuk ke peti simpanan suara.

“ Kalau sayang,cakap sayang.” Perli Puan Haslinda. Bukan dia tidak nampak ,Luth sebenarnya memang sayangkan Munirah.Tapi tak nak mengaku.

“ Luth sayang dia sebagai kawan baik Luth dari universiti lagi.Luth tak nak kehilangan dia. Luth tahu ,Luth tak patut cakap dengan dia macam itu dan suruh dia pura-pura jadi calon isteri Luth.” Luah Luth.Puan Haslinda sudah mengetahui semuanya. Dia cuma tersenyum sahaja. Melihat kemesraan Munirah dan Luth pada hari kelmarin ,dia dapat merasakan anaknya menyimpan perasaan pada wanita itu.Begitu juga Munirah.

“ Pergilah rumah dia. Perempuan ini,sekasar mana pun dia kalau kena pujuk rayu akan cair juga.Naluri wanitanya itu tetap ada.” Luth terus mengambil kunci keretanya. Benarnya juga kata ibunya itu,dia perlu pujuk Munirah. Kalau Munirah tiada ,siapa ingin mengejut dia waktu subuh, siapa yang ingin lepak dengannya di mamak lagi?

Sampai sahaja di Rumah pangsa itu,dia terus melangkah ke rumah Munirah . Selepas memberi salam beberapa kali,Munirah membuka pintu.

“Telefon kau mana? Campak dalam laut?” Marah Luth.Risau tau!Munirah cepat sahaja ingin menutup pintunya semula.

“ Ok. Sori .Jom keluar aku nak cakap sikit.” Pujuk Luth.

“ Malas” Jawab Munirah selamba.Selepas dipujuk Luth beberapa kali barulah Munirah mengikut. Mereka keluar di taman permainan dihadapan. Sejak tadi lagi Munirah senyap sahaja.

“ Wei janganlah senyap. Bosanlah. Kau marah aku lagi ke? Aku minta maaf kalau kau terasa dengan apa aku cakap.Aku tak ada niat nak pertikaikan kewanitaan kau. Aku tau kau tomboi biasa-biasa.Mak aku dah tahu semuanya.Mak aku suruh datang pujuk kau.”Luah Luth.Dia rindu dengan gelak tawa Munirah.

“ Kalau mak kau tak suruh mesti kau tak datang kan?”Soal Munirah.

“ Aku datang juga sebab aku rindu kau. Mana ada orang kejut aku subuh lagi,lepak dengan aku.Aku rindu semua itu.Walaupun baru dua hari.”

“Cik butik yang lawa itukan ada.” Perli Munirah lagi.

“ Kau cemburu?Orang kata cemburu tanda sayang.” Sengaja Luth ingin menduga kawan baiknya itu.

“ Kalau ya.Kau rasa apa aku rasa?”Soal Munirah berani.

“ Rasalah .Rasa kari mamak” Gurau Luth.Terus Munirah memukul lengannya. Orang cakap betul-betul. Main-main pulak.

“ Aku sayang kau!” Luah Luth.Munirah yang mendengar tersenyum senget.Lama baru dia membalas.

“ Aku pun sayang kau!” Munirah luah perlahan.Ya sayangnya pada bukan sekadar kawan baik tetapi sebagai seorang perempuan yang mencintai seorang lelaki.

“ Jom kawin” Ajak Luth selamba.Munirah yang memandang tersenyum.Kecil tapak tangan ,Stadium Bukit Jalil ditadahkan.”

Moga kebahagian ini selamanya.Dia kawan baik saya!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.