Home Cerpen Cinta My Dear ,My Bos!
My Dear ,My Bos!
Bunga Mardiah
14/5/2016 14:33:18
4,036
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta


Ramai orang kata ,kita akan bertemu dengan jodoh yang salah sebelum bertemu yang betul-betul ditakdirkan untuk kita .Tapi betul ke?Tapi tidak untuk Shima .Bekas tunangnya adalah jodoh yang terbaik untuknya .Dia yakin akan itu.Keyakinan itu tidak dapat melawan kuasa Allah.Bertemu dengan seorang yang mirip dengan arwah tunangnya merupkan satu dugaan baginya.

“ Berangan!” Sergah Kak Siti.

“ Owh mak kau!” Shima termelatah.Shima merenung Kak Shima tajam.Bagai nak gugur jantungnya disergah sebegitu rupa.Itulah tabiat Kak Siti ,rakan sepejabatnya.Suka sangat mengusiknya.Kak Siti yang perasan renungan itu tersenyum.

“ Mana ada.Orang tengah buat kerja.” Shima pantas mencapai pen dan membelek kertas dihadapannya.Apa yang dibacanya pun dia tidak difahami langsung!Memang benar,dia sedang berangan tadi.

“ Tak payah nak buat-buat sibuk.Shima ingat akak tak tahu?Shima teringat dekat Encik Adam ea?” Usik Kak Shima. Memang tiada modal lain kalau Kak Shima ingin mengusiknya.Balik-balik Encik Adam.

“ Mana ada.”Jawab Shima selamba. Encik Adam ? Menyebut nama itu pun sudah membuatkan dia sakit hati. Inikan pula menginggatinya. Entah mengapa dia sendiri tidak mengetahui mengapa dia cukup anti dengan nama dan tuan punya nama.

“ Akak tak faham kenapa Shima tak suka sangat dengan Encik Adam itu. Anti benar kamu dengan dia.Akak rasa dia tak pernah marah mana-mana staf dia ,termasuk kamu.” Tanya Kak Siti.Sudah hampir 5 bulan Encik Adam bekerja dengan syarikat mereka.Selama itu jugalah Shima sebolehnya tidak mahu tahu atau bertembung dengan lelaki itu selepas kejadian hari itu.

Pada hari pertama Encik Adam melaporkan diri di pejabat mereka,Encik Adam diperkenalkan kepada semua staf termasuklah Shima.Selepas Shima melihat Encik Adam ,dia terus pengsan. Gempar juga satu pejabat! Semenjak itu,jika terdapat sebarang urusan Shima dan Encik Adam akan diuruskan olehnya.

“ Mungkin dia dengan saya aura negatif kut! Sebab itu tak boleh bertembung!” Tipu Shima.Bertemu dengan Encik Adam akan membuatkan hatinya bagai ditoreh belati tajam.Dia tidak kuat.Dia bukan membenci bosnya itu.Cuma dia tidak cukup kuat.

“ Kamu jangan .Esok lusa,jatuh suka pula nanti.” Balas Kak Siti.Suka benar dia mengusik Shima. Dia memang rapat dengan gadis disebelahnya ini.Hampir setahun dia Shima sudah bekerja di Syarikat itu. Sepanjang mereka berkawan,Shima tidak pernah bercerita dengannya tentang sejarah hidupnya.Shima juga tidak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki.Shima memang seorang perempuan yang cantik dan lemah lembut.

Tiba-tiba perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Encik Adam yang muncul secra tiba-tiba.

“ Shima saya nak awak ikut saya ,kita kena jumpa dengan Encik Ahmad ,supplier bahan mentah untuk kilang kita.Naik kereta saya.”Arah Adam lembut.

“Ok. Tapi kita pergi asing –asing boleh?” Soal Shima tidak memandang muka Adam. Dari tadi lagi ,dia menunduk .Dia tidak boleh mengelak,itu adalah urusan kerja.

“ Tak payah, kita pergi sekali.Ini arahan!” Jawab Adam.Adam pelik. Dari tadi lagi Shima tidak memandang mukanya.Dia sendiri tidak tahu kenapa.

“ Baiklah.” Jawab Shima. Nak buat macam mana ?Itu arahan. Adam terus meninggalkan Shima dan Kak Siti.

Petang itu seperti yang dijanjikan ,Shima dan Adam perlu berjumpa dengan Encik Ahmad.Selepas 15 minit ,Shima menunggu Encik Adam turun dan terus ke keretanya.Janji melayu betul!

Shima terus masuk ke bahagian sebelah pemandu.Hampir lima minit ,kereta mereka meninggalkan pejabat ,suasana sunyi sahaja tanpa sebarang bunyi.Macam naik kereta dengan orang bisu!

“ Saya nak tanya sikit boleh?” Soal Adam .Shima mengangguk.Perasaan dia kini sangat sayu.Menaiki kereta Encik Adam berdua begini membuatkan dia teringatkan Johan.Arwah tunangnya.

“ Kenapa awak tak suka tengok muka saya? Saya ini tak cukup kacak lagi ke?Ramai orang kata muka saya macam Shah Jasle pelakon itu kut!”Seloroh Encik Adam.Shima cuma tersenyum. Dia tidak tahu mahu membalas apa.

“Tak penting pun Encik Adam.” Balas Shima selamba.

Selepas selesai sahaja urusan mereka bersama Encik Ahmad,Adam terus membawa Shima keluar makan.Shima tidak boleh berbuat apa-apa. Lebih banyak masa mereka ,lebih sayu hatinya.

Selepas membuat pesanan,mereka berdua diam sahaja.Encik Adam lebih suka bermain dengan telefon bimbitnya.Shima lebih suka begitu. Mana tidaknya, sepanjang dia berurusan dengan Encik Ahmad tadi ,Encik Adam asyik memandangnya.Tidak lama selepas itu ,pelayan menghantar pesanan mereka.Encik Adam terus mengambil pesanan Shima,dan memotongkan Chicken copnya menjadi kecil.Entah mengapa ,Shima cukup terasa dengan perlakuan Encik Adam.Sama!

Shima terus meninggalkan Adam ,air mata yang di tahan dari tadi tidak boleh ditahan lagi.Dia menghemburkan tangisannya sepuas-puasnya. Tangisan kerinduan terhadap Johan.Perilaku Encik Adam tadi,membuatkan dia teringat akan arwah tunangnya itu.Bukan sekadar rupa sahaja,tapi layanan yang diberikan Encik Adam juga sama.

Setahun yang lalu…

“ Shima ,Johan kemalangan.Dia meninggal.” Berita itu umpama petir di pendengarannya.

Baru sebentar tadi,dia bergurau senda dengan Johan ketika Johan menghantar makanan kepadanya.Sepatutnya mereka berdua keluar makan bersama tapi disebabkan Shima terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan,Johan cuma menghantar makanan kepada Shima sahaja.Tidak menyangka pertemuan tadi adalah pertemuan terakhir dia dengan Johan. Mereka telah menjalin hubungan selama dua tahun kemuadian baru mengikat tali pertunangan.Baru dua bulan mengikat tali pertunangan ,Johan telah meninggalkannya untuk selamanya. Kesedihannya ini Allah sahaja yang tahu.

Selepas mendapat perkhabaran itu,terus Shima bersiap untuk ke hospital.Sampai sahaja di hospital,ibu Johan terus memeluk Shima dengan linangan air mata.Bukan mudah untuk menempuh semua itu.

“ Johan sudah tinggalkan kita.” Tangis Ibu Johan.

“ Mak cik ,saya faham perasaan mak cik .Allah lebih menyayangi dia.Siapa kita untuk menidakkan ketentuannya.Kita doakan yang terbaik untuknya .” Pujuk Shima.Shima cuba memberikan kekuatan kepada ibu itu.Jika dia,cuma tunangan sudah amat terasa dengan kehilangan Johan apatah lagi ibu yang mengandungkan Johan selama 9 bulan dan membesarkannya. Lebih terkesan .

Tuk! Tuk! Tuk!

Shima terus mengesat air matanya.Ketukan pintu tandas itu membuatkan dia tersedar yang dia bukan berada di rumah tetapi di sebuah restoran.Terus Shima membuka pintu.

“Awak ok tak?” Soal Encik Adam. Adam nampak mata Shima sedikit merah seperti selepas menangis.

“ Em ok. Jom balik.Saya rasa tak sihatlah Encik Adam.”Pinta Shima sebelum melulu keluar dari restoran itu.Adam terus mengikut sahaja.Di dalam kereta Adam cuba bertanya.

“Shima boleh saya tanya sikit?”Soal Adam.Dia ingin tahu mengapa Shima bersikap begitu dengannya.Shima mengangguk.

“Boleh saya tahu kenapa bila awak dengan saya ,awak tak suka tengok muka saya.Tadi lepas saya potongkan ayam awak ,awak terus menangis.Saya minta maaf kalau perbuatan saya itu membuatkan awak marah sampai bersedih.” Adam berterus terang.

“ Sebenarnya ,muka Encik Adam sama dengan muka arwah tunang saya .Perangai Encik Adam pun sama.Saya teringatkan dia apabila saya melihat Encik Adam.” Cerita Shima.

“ Owh.Itulah sebabnya awak pengsan waktu saya perkenalkan diri pada awak dulu.?”Soal Adam lagi.Shima mengangguk.

Lama mereka berdua diam,sehingglah mereka sampai di pejabat semula.

“Shima.Kalau awak tak kisah mungkin kita boleh berkawan? Bukan niat saya untuk awak lupakan pada arwah,tapi saya rasa awak patut bagi diri awak peluang untuk mengenali orang lain.Saya tahu selepas kematian tunang awak,awak tak berkawan dengan mana-mana lelaki.Tapi saya rasa kalau dia masih ada,dia tak nak tengok awak menyeksa diri macam ini.”Tutur Adam lembut.

“Entahlah Encik Adam,saya rasa selepas kematian tunang saya itu,saya tak pernah kawan dengan lelaki lain.Saya rasa tunang saya tiada galang gantinya.”Balas Shima sebelum dia meninggalkan Encik Adam yang masih di dalam kereta.

Shima tak bersedia dengan semua ini.Dia tidak pernah membuka hati dengan mana-mana lelaki selepas Johan meninggal.Dia rasakan jodohnya telah pergi di bawa bersama.Mungkin dia akan bertemu dengan Johan di sana nanti.

Adam kena menerima apa pun keputusan Shima ,walaupun semenjak hari pertama dia bertemu dengan Shima,entah mengapa hatinya telah terusik dengan perempuan cantik di pejabatnya itu.Dia ingin mengenali Shima dengan lebih rapat.Dia tidak menyangka rupanya sama dengan arwah tunang Shima.

Adam tidak berhenti disitu sahaja,hampir seminggu dia menghantar bunga kepada Shima memujuknya untuk mereka berkawan.

Bagi saya peluang untuk mengenali awak dengan lebih rapat lagi-Adam

Shima sudah mula tidak selesa.Rakan-rakan di pejabat telah mula mengusik lagi-lagi,Kak Siti.Akhirnya mereka berdua keluar bersama,apabila dipujuk berkali-kali .Mereka mula rapat semenjak hari itu.Walaupun ada beberapa sikap Adam sama dengan Arwah Johan tetapi mereka berdua ada keistimewaan tersendiri.Tiga bulan selepas itu,mereka bertunang .Ahli keluarga Shima terkejut melihat muka Adam pada pertama kali Shima memperkenalkan Adam.

“ Shima ,betul ke keputusan kamu ini?” Soal mak .Ketika itu mereka berdua sedang sibuk mengubah hantaran untuk majlis pertunangan esoknya.

“Kenapa mak tanya macam itu?”Soal Shima pelik.Mengapa maknya bertanya begitu.Dia yakin keputusannya untuk bertunang dengan Adam.

“Taklah,mak takut kamu buat keputusan ini tergesa-gesa.Muka Adam ini sama dengan muka Arwah Johan dulu.Mak tak nak kamu permainkan perasaan orang.”Nasihat Mak.Mak Shima terlalu risaukan anaknya.Selepas kematian Johan,Shima tidak pernah membawa sesiap berjumpa dengan mereka.Tup-tup ,bawa Adam jumpa mereka.Adam yang rupanya sama dengan Johan.

“ Insyallah mak.Shima tengah cuba untuk mencintai dia.Dia bukan penganti Johan.Johan tiada pengantinya.Selamanya dia dalam hati Shima.Adam pun tahu yang dia tidak boleh gantikan Johan.” Luah Shima.

“ Ingat,berdosa seoarang isteri bila mengingatkan lelaki lain ketika bersama dengan suami.” Nasihat mak lagi.

“Insyallah mak ,Shima tahu.Mak doakan”

Alhamdullilah genap 3 bulan mereka bertunang,mereka berkahwin.Insyallah Shima akan menerima Adam sebagai suaminya.Adam seoarang lelaki yang terlalu baik.Mungkin inilah yang telah ditakdirkan tuhan untuk dirinya.Johan adalah kenangan,Adam adalah masa depannya.Moga mereka bahagia.Doa Shima.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.