Home Cerpen Seram/Misteri My Dear, My Soul
My Dear, My Soul
Bunga Mardiah
2/2/2016 15:03:02
2,663
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Sumpah Anne!

Pap!

“Owh mak kau meletup!”Latah Melinda.Terpelanting tepung yang ada ditangannya.Tengah syok-syok berangan kacau daun betul !

“Kamu ini memang kan suka buat mama terkejut.” Marah Melinda sambil memukul lembut anaknya itu. Hilang marahnya bila melihat anaknya sudah tertawa gembira kerana berjaya mengusiknya.

“Sori Mama” Erin meminta maaf bila mamanya sudah mula berangin dengannya.Dia memang suka kacau mamanya itu.

“ Em it’s okay.Awal Erin balik?” Soal Melinda .Tadi pagi anaknya itu ke kelas.

“Dah habis kelas.Lagipun Erin tak sabar nak makan cupcake mama yang sedap itu.”Puji Erin.Dia betul-betul teruja apabila mamanya memberitahunya yang dia akan membuat cupcake untuk Erin petang itu.

“ Ini baru pertama kali mama nak buat cupcake .Mana kamu tahu sedap.” Balas Melinda. Ada-ada sahaja anaknya itu ingin mengusiknya.

“ Mama masak apa pun mesti sedap punya.!”Puji Erin lagi.Melinda cume tersenyum sahaja.Malas mahu melayan anaknya itu.Terus dia memukul mentega dan gula yang berada di dalam mangkuk itu.Semua barang sudah disediakan lebih awal lagi.Erin cuma duduk melihat sahaja.

Dia bukan tidak mahu memolong tetapi memang kepantangan mamanya jika dia mengusik ketika mamanya membuat kerja.

“Mama kenapa tiba-tiba sahaja mama nak buatkan cupcake untuk Erin?Erin dah lama minta tapi baru hari ini mama nak buatkan .” Soal Erin pelik.Dia sudah meminta mamanya membuatkan cupcake untuk sudah lama sudah tapi baru hari ini mamanya ingin membuatnya.

“Erin nak dengar suatu tentang cupcake?” Soal Melinda tiba-tiba.

“ Nak.” Jawab Erin teruja.Dia sudah mengambil segelas air dan duduk dihadapan mamanya.Begitu teruja untuk mendengar tentang cerita tentang cupcake dari mamanya ini.

Pada abad ke -19

“Anne tolong mummy buatkan cupcake lebih petang ini ya?” Pinta Angela pada anak gadisnya itu.Setiap petang Anne akan membantunya untuk menjual cupcake disekitar kawasan rumah mereka itu.

“Baiklah mummy.”Jawab Anne.Dia tahu ramai orang yang mengemari akan cupcake buatannya.Itulah mata pencarian Anne dan mummynya selepas daddynya meninggal dunia.Menjual cupcake!

Angela cuma tersenyum mendengar jawapan anaknya itu.Anaknya itu memang seorang anak yang baik dan cantik.Ramai yang memuji akan kecantikan anaknya itu.Anaknya itu mewarisi kecantikan dari keluaraga suaminya yang kacukan Sepanyol dan Belanda.

Peatang itu ketika Angela sedang menyiapkan bakul jualan cupcake mereka Brenda datang.

“ Hai aunty.” Tiba-tiba Brenda muncul dirumah mereka.Brenda adalah kawan baik kepada Anne.Mereka berkawan sejak kecil lagi.

“Anne ,Brenda datang.” Jerit Angela memanggil anaknya yang berada dibiliknya.Brenda memang kerap datang ke sini membantu Anne menjaja cupcake.

“ Sekejap mummy.” Jerit Anne dari biliknya.Tidak lama selepas itu Anne turun .Dia cuma mengenakan sepasang gaun putih berbunga merah dan mengikat rambutnya dengan reben berwarna merah.Menampakkan lagi kejelitannya.Kulitnya yang putih itu menyerlahkan lagi gaun putih yang dipakai.

“ Cantiknya kau.Macam tuan puteri.” Puji Brenda.Dia menganggumi kecantikan Anne.Ketinggian Anne sangat sesuai untuk kawan baiknya itu mengenakan gaun.

“ Biasa sahaja.Jom kita sudah lambat.” Anne merendah diri.Begitulah ayat yang selalu dibalas Anne apabila orang memuji kecantikannya.Memang setiap hari apabila mereka ingin menjaja cupcake dia akan memakai pakaian yang cantik.Dia harus mempamerkan wajah yang bersih untuk menarik orang membeli cupcakenya.

Anne dan Brenda pun mula meninggalkan rumah untuk menjaja cupcake mereka.Harap-harap cupcake mereka akan habis dijual hari ini.

“Cupcake! Cupcake!” Jerit Anne.Sudah hampir sejam mereka berjalan.Cupcake mereka juga tinggal sedikit sahaja lagi.

“Anne.!” Jerit Mikail apabila melihat Anne dan Brenda lalu dihadapan rumahnya .Anne dan Brenda menoleh.Brenda sudah tersenyum-senyum.

“Cantik kau hari ini Anne.Aku nak 3 cupcake kau.” Puji Mikail lembut.Sudah lama dia menaruh hati terhadap Anne.Anne seoarang perempuan yang baik dan cantik.Anne yang mendengar pujian Mikail cuma tersenyum.Suka dia apabila Mikail memujinya sebegitu.

“Anne je cantik.Aku?” Soal Brenda pula.

“Kau pun cantik.Tapi tak boleh kalahkan Anne.”Puji Mikail lagi.Brenda sudah mula panas.Dia sudah lama menyukai Mikail.Mikail adalah anak hartawan dikampung mereka itu.Jika dia memiliki Mikail tujuh keturunannya akan hidup senang lenang.Tetapi malangnya Mikail tidak pernah memandangnya.

“ Sikit..sikit Anne…” Balas Brenda berjauh hati.Anne dan Mikail cuma tergelak sahaja.Sudah biasa dengan sikap Brenda.

“ Sudahlah.Ini duitnya Anne.Anne boleh kita berbual kejap?”Soal Mikail sambil menyerahkan bayaran cupcake kepada Anne.Anne mengangguk.Mereka melangkah ajuh sedikit dari Brenda.

“ Anne saya sudah lama suka dekat awak.Saya kagum dengan kecantikan awak dan kebaikan hati awak.Awak suka saya tak?” Soal Mikail .Dia sudah meluahkan rasa hatinya kepada Anne.Sudah lama dia menaruh hati pada wanita kecil molek itu.

“Saya orang biasa sahaja Mikail.Cuma penjaja cupcake.” Anne merendah diri.

“Saya tak kisah pun .” Jawab Mikail memujuk.

“Sebenarnya saya pun sudah lama suka dekat awak .” Jawab Anne malu-malu kucing.

“Ok .Kalau macam itu saya akan cakap dengan orang tua saya yang saya nak kawin dengan awak.”Ceria suara Mikail.

“Betul ke awak nak kawin dengan saya.?”Soal Anne ragu.

“ Betul.Saya janji saya akan sayang awak sepenuh hati saya Anne. Awaklah satu-satunya wanita yang bertahta dalam hati saya.”Janji Mikail.Muka Anne sudah merah menahan malu.Terharu dia dengan luahan hati Mikail.Dia berjanji Mikail seoarang sahaja cinta sejatinya.

“ Terima kasih Mikail.Esok jangan lupa beli lagi ya.” Tutur Anne lembut.Mikail memang pelanggan tetapnya.Anne dan Brenda pun berlalu pulang.Tinggal dua biji sahaja lagi cupcake nya.

“ Kau ambil sahaja dua biji cupcake ini ya. Ini sebagai balas budi kau teman aku menjaja petang ini.” Tutur Anne lembut.Dia memang begitu.Selalu memberi Brenda cupcake jika cupcakenya tidak habis.Anne memang pemurah.

Brenda tersenyum.Yeah! Dapat cupcake percuma!

“ Anne boleh tak kau ajar aku buat cupcake?” Soal Brenda ketika mereka berdua berjalan pulang.

“ Boleh.Nanti aku ajar kau.Esok pagi kau datang rumah aku.Tengok macam mana aku buat ya.?” Jawab Anne .Dia tidak kisah untuk berkongsi rahsia resepi cupcakenya itu kepada kawan baiknya itu.

Brenda sangat gembira.

“ Esok pagi aku datang.”Jawab Brenda teruja.

Keesokan harinya ,awal-awal pagi lagi Brenda sudah pergi ke rumah Anne.Dia ingin belajar cara membuat cupcake kegilaan ramai itu.

“Teruja betul kau nak belajar kan?”Usik Anne.

“Yelah.Aku pun nak buat cupcake yang sedap macam kau ini.”Jawab Brenda teruja.Anne tersenyum sahaja.

Hampir seharian Anne mengajar Brenda cara membuat cupcake.Brenda betul-betul teruja apabila sudah tahu membuat cupcake dari Anne.

“ Aku balik dulu.Aku nak cuba buat dekat rumah pulak.”Brenda terus bergegas pulang.Petang itu juga dia ingin membeli bahan-bahan.Esok pagi dia ingin membuat cupcake untuk Mikhail.Dia yakin selepas Mikhail akan jatuh suka padanya! Dia yakin!

Keesokan selepas sahaja dia membuat cupcake mengikut sukatan dan cara yang diajar Anne semalam. Dia terus membawa Cupcake itu ke rumah Mikhail.Dia ingin Mikhail merasainya.Sampai sahaja dirumah Mikhail,Brenda terus menghulurkan cupcake yang dibuat tadi kepada Mikhail.

“ Brenda buat cupcake ini?” Soal Mikhail.Brenda mengangguk teruja.Dia yakin selepas ini Mikhail akan jatuh suka padanya sama seperti Mukhlis suka pada Anne.!

Mikhail terus merasa cupcake.Baru sahaja satu suapan ,Mikhail terus meludahkan semula.

“ Tak sedaplah Brenda.Tak macam Anne punya cupcake.”Mikhail berterus terang.Brenda yang mendengar sudah mula bengang.Dia terus bangun meninggalkan Mikhail.

“Sikit..sikit Anne..Anne cantiklah,Anne punya cupcake sedaplah…tak apa ..tak apa aku yakin bila Anne tak cantik nanti .,mesti Mikhail pun tak nak dekat dia lagi.Aku akan buat kau jadi hodoh Anne.Biar semua orang nampak kecantikan aku.Siap kau!”Rungut Brenda sendirian.Dia sudah memasang perancangan untuk mengenakan kawan baiknya itu.

Hampir berbulan juga Brenda tidak datang ke rumah Anne.Anne pun risau jika Brenda ada terkecil hati dengannya.Esok dia akan berkahwin dengan Mikhail.Dia ingin Brenda menjadi pengapitnya.

Petang itu tiba-tiba sahaja Brenda datang ke rumahnya.

“ Kau pergi mana?Lama tak datang rumah aku.Aku tanya mummy kau,dia kata kau pergi pekan.” Teruja betul Anne dengan kedatangan Brenda.

“ Aku pergi belajar buat cupcake.Aku nak kau rasa cupcake aku tau.Esok kau dah berkahwin dengan Mikhail.” Brenda memberi alasan.

“ Haa. Nasib baik kau datang hari ini. Esok kau jadi pengapit aku ea?” Soal Anne lagi.Dia ingin kawan baiknya menjadi pengapit untuknya.

“ Okey ,tapi dengan satu syarat .Kau kena rasa cupcake yang aku buat ini.”Pujuk Brenda.Anne perlu makan cupcakenya itu.Untuk memastikan Anne makan cupcake itu ,Brenda yang menyuap Anne.Dia menyuap Anne dengan senyuman sinis di mulut.

‘.Padan muka kau! Lepas ini orang lain tak kan pandang kau lagi Anne.Mikhail pun akan tinggalkan kau.!’

Tiba-tiba Anne merasakan muka dia gatal-gatal yang amat.Dia mengaru-garu mukanya .

“ Brenda muka aku gatal!” Rintih Anne.

“Eah yeke.Kenapa ea.?” Soal Brenda berpura-pura.Menjadi betul lakonan Brenda!

“ Kau letak apa dalam cupcake kau itu?” Soal Anne merintih menahan sakit.Serius sakit!

“Owh lupa aku dah sihir kan cupcake ini.Sihir supaya orang yang makan cupcake ini akan bertukar menjadi hodoh.”Bisik Brenda ditelinga Anne.

“ Sampai hati kau Brenda.Aku ingat kaulah kawan baik aku.”Rintih Anne sambil menangis.Sekarang dia masih tergaru-garu.Mukanya sudah berdarah-darah.Brenda terus meninggalkan Anne yang berada didalam kesakitan itu.

“ Mummy..mummy..!! Tolong!” Jerit Anne.Angel terul berlari masuk kedalam bilik anaknya.Alangkah terkejutnya dia melihat muka anaknya dipenuhi dengan darah yang mengalir pekat.

“Siapa yang buat kamu begini.?” Soal Angel.Kesiannya anaknya itu.

“ Brenda mummy.Dia sihirkan cupcake yang dibawanya itu.Lepas sahaja Anne makan cupcake itu terus ,muka Anne jadi gatal-gatal mummy.” Cerita Anne perlahan-lahan.Muka dia sudah mula panas pula sekarang ini!

Sebulan selepas itu..

“Anne hodoh.!!. Anne hodoh..!!” Ejek beberapa orang budak disitu.Itulah ejekan yang selalu didengarinya kini.Kehodohan mukanya menyebabkan dia dipandang hina sekarang ini. Mikhail terus membatalkan perkahwinan mereka .

Mummynya pula terkena serangan jantung ketika Mikhail membatalkan perkahwinan itu.Anne keseorangan .Anne tidak lagi menjual cupcake kerana semua orang kampung tidak mahu membeli cupcake darinya lagi.Sekarang Anne cuma bercucuk tanam sahaja untuk menampung kehidupannya.

Setiap hari Anne akan ke rumah Mikail dan setiap hari juga Mikail akan mengahalaunya.

“ Kau cermin diri kau dulu kalau nak berkahwin dengan aku.Perempuan hodoh!” Jerkah Mikail.

Anne berasa sangat sedih dengan hinaan Mikail.

“ Kau kata ,kau akan sayang aku dan kau cintakan aku kan?” Soal Anne dengan tangisan .Kejam sungguh kata-kata Mikail.Dia boleh menerima penghinaan semua orang.Tetapi dia tidak sanggup mendengar penghinaan dari lelaki yang amat dicintainya.Selama ini Mikail mencintainya kerana paras rupanya semata-mata.

“ Aku cintakan kau sebab kau cantik dulu.Tapi bila kau sudah hodoh macam ini ,kau ingat aku suka?”Soal Mikail mengejek.

“ Baik kau berambus dari sini sebelum aku heret kau keluar.”Mikail menghalau Anne tanpa rasa belas kasihan.

Anne pulang dengan hati yang lara memikirkan nasib dirinya yang malang.

Sekarang….

“ Habis itu mama apa yang berlaku lepas itu?” Soal Erin teruja untuk mengetahui apa yang berlaku pada Anne.

“Erin rasa?” Soalan dijawab dengan soalan pula oleh Melinda.

“ Anne berjumpa dengan lelaki lain kemudian sihir itu hilang selepas Anne dapat cinta sejati?” Erin mengaggak.Itulah kebiasan mitos yang didengarinya.

“Tak.Cerita Anne tidak berakhir dengan kemanisan .Selepas dia pulang dari rumah Mikail.Anne merasakan dirinya benar-benar tidak berguna lagi.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengantung dirinya .”Sambung Melinda lagi.

“Serius bunuh diri? Anne itu bukan islam ke mama?” Soal Erin tidak percaya.

“ Anne bukan seorang islam.Kisah ini berlaku di Eropah.Jadi Anne rasa dengan bunuh diri dia dapat menyelesaikan masalah.”Jawab Melinda.

“ Owhh…”

“ Tapi cerita ini tak berakhir di situ.Erin nak tahu apa yang berlaku pada Brenda dan Mikhail?” Soal Melinda .ketika itu tangannya lincah mencantikkan cupcake buatannya itu.

“ Apa berlaku pada mereka ma.?” Soal Erin lagi.Terlupa pula pada mereka yang terlalu jahat pada Anne.

“ Sebelum kematian Anne,Anne ada bersumpah.Anne bersumpah tujuh keturunan Mikail dan Brenda tidak boleh memakan cupcake.Jika keturunan mereka makan cupcake mereka akan mati dengan tragisnya.Selepas kematian Anne ,Brenda dan Mikail makan cupcake tanpa mengetahui akan sumpah itu.jadi mereka mati dengan tragisnya.” Tutur Melinda dengan penuh suspen.

“Woahh..serius mama dia bersumpah macam itu?” Soal Erin tidak percaya.

“ Serius.Dah siap cupcake Erin.Makanlah.So apa pengajaran yang Erin dapat dari kisah Anne itu?”Jawab Melinda .Ketika itu cupcake sudah terhidang didalam pinggan.Erin mengambil cupcake yang berada di dalam pinggan itu.

“Jangan percaya sangat dengan kawan baik.Cinta Mikail bukan cinta sejati.Jangan hasad dengki dengan orang.”Jawab Erin serius.

“Bagus.Mama naik atas dulu ea.” Pinta Melinda .Dia belum solat Asar lagi.

“ Mama tak nak join makan cupcake?” Pelawa Erin .

“ Tak nak sebab mama keturunan Mikail.” Jawab Melinda sebelum melangkah keluar dari dapur.

Erin terus terdiam mendengar jawapan mamanya.Terus dia meninggalkan cupcake yang siap dihidang tadi.

“ Mama !!!!!!!!” Jerit Erin.Kalau dia keturunan Mikail? Dia akan mati dengan tragik?Tidak!!!!!!!

Melinda cuma tergelak melihat telatah anaknya itu….

‘Benarkah Melinda dan Erin keturunan Mikail?’


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.