Home Cerpen Cinta My Dear, My Mr Wrong Number!
My Dear, My Mr Wrong Number!
Bunga Mardiah
9/4/2016 10:54:47
3,120
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

My Dear…My Mr Wrong Number!

“ Mila ada telefon.” Jerit Nabila dari dalam bilik.Ketika itu Mila masih ada berada di dalam bilik air sedang mandi.Mila baru sahaja pulang dari kelasnya tadi.

“ Biarkan nanti aku telefon balik.” Balas Mila sedikit kuat yang masih berada di dalam bilik air. ‘ Siapalah yang telefon aku maghrib-maghrib macam ini?’ Mila sudah mula tidak sedap hati. Takut pula jika emaknya yang menelefon dari kampung. Tetapi kebiasaanya emaknya tidak akan menghubunginya pada waktu begitu.

Nabila terus membiarkan telefon Mila terus –terusan berdering.Dia mengambil telefon itu semula. ‘ Unknown’. Kalau ibu Mila pasti nombornya telah disimpan didalam memori telefon.Nabila menjadi pelik.Takut pula dia untuk mengangkat panggilan itu. Takut panggilan peribadi untuk Mila.Walaupun hubungan Nabila dan Mila umpama adik beradik tetapi ada sesetengah perkara yang harus Nabila hormati .

Tidak lama selepas itu ,Mila keluar dari dalam bilik air.

“ Siapa telefon?” Soal Mila sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

“ Entah. Unknown” Jawab Nabila selamba sambil menghulurkan telefon Mila yang berada ditangannya. Sekali lagi panggilan dari nombor yang tak dikenali itu menghubungi Mila.Mila malas nak melayan.Kebiasaanya ,dia memang jarang mengangkat telefon orang yang tak dikenali.

“ Angkat lah.Entah-entah penting.” Suruh Nabila.Mila menjadi serba salah. Mungkin benar panggilan itu penting.Dia pun mengangkat panggilan itu.

“ Woi! Dah kebas tangan aku ini telefon kau . Tak reti nak angkat ke?Kau kat mana?” Marah orang dihujung talian itu.Mila menjauhkan sedikit telefon dari telinganya. Boleh pekak jadinya begini! ‘ Siapalah yang telefon aku nak marah-marah ini?Tak ada adab betul’

“ Woi kau pekak ke, aku tanya dekat mana?Dah setengah jam aku tunggu kau ini tau.” Sambung Muaz lagi.Boleh pulak si Mikail ini diam sahaja .Bengang pula dia dengan Mikail ini.Hampir setengah jam dia menelefon kawannya itu.Tetapi tidak berjawab. Sekarang sudah berjawab diam seribu bahasa pula.

“ Assalamulaikum.Encik ini boleh tak cakap pelahan-pelahan sikit. Sakit telinga saya ini.Lagi satu lain kali telefon orang, adab sopan santun sikit.Bagi salam.” Balas Mila dengan nada geram dan nada perlian dihujung ayat-ayatnya itu. Muaz sudah memandang telefonnya.Alamak! Siapa pula aku telefon ini?

“Ops ! Sorry. Assalamualaikum.Saya nak cari Mikail.” Nada suara Muaz sedikit kendur. Mengakui kesilapannya sebentar tadi.Itulah lain kali telefon orang itu dengan penuh adab, ini tidak main sergah je. Kan dah kena sedas!

“ Mikail tak ada.Sorry salah nombor.”Jawab Mila sebelum mematikan panggilan tersebut.Malas dia mahu melayan lelaki itu.Lebih baik dia menunaikan kewajipannya terlebih dahulu.

Selesai solat Maghrib berjemaah bersama Nabila,Nabila bertanya.

“ Siapa telefon kau tadi?” Soal Nabila yang sedang mengantung sejadah di tempat penyidai.

“ Entah. Salah nombor.” Jawab Mila selamba.Belum sempat Mila melipat telekungnya ,telefon bimbitnya berbunyi lagi.Nombor yang tak dikenali lagi!Mila sudah mula bengang apabila nada dering itu tidak berhenti-henti berdering.

“ Awak nak apa ni?Saya dah cakap tak ada orang nama Mikali dekat sini.Tak faham bahasa ke?” Marah Mila .Sakit hati tau!

“Waalaikumsalam.Saya tak nak cari Mikail pun ,saya nak cari awak.” Jawab Muaz sambil memerli perempuan yang tidak diketahui namanya di hujung talian itu.Mesti Mikail ingin mempermainkannya.Ingat boleh jalan?

“ Assalamualaikum.Sorry saya tak cakap dengan orang yang saya tak kenal.Sekali lagi awak telefon nombor ini, saya buat laporan polis.” Ugut Mila.Dia tidak faham mengapa lelaki dihujung sana perlu menelefonnya berulang kali sedangkan dia sudah mengetahui orang yang dicari itu tiada.

“ Eah ,garangnya.Cuba bawa bertenang sikit. Saya nak cari Mikail.Mikail kau tak payah nak propa aku dengan buat suara perempuan ea.” Balas Muaz selamba.Tak jalanlah Mikail propa kau!

“ Gila!” Terus sahaja Mila meletakkan panggilan dari orang gila dan tak reti bahasa itu. ‘Orang dah cakap tak ada nama orang nama Mikail tak faham bahasa.’

Muaz dihujung talian sudah mula terpingga-pingga.

“ Suka hati aje kata aku gila!” Marah Muaz lagi.Kurang ajar punya kawan.Tidak lama selepas itu,Mikail datang menghampiri Muaz yang sedang menunggunya.Mikail terus duduk dihadapan Muaz.Muka Muaz .Pergh! Mengalahkan tapai peram sebulan !Masam .

“ Woi kau pergi mana?Janji 6.30 .Sekarang kau tengok jam.Pukul 8 tau.” Hembur Muaz.

“ Sorry ,jalan sesak gila tadi.” Pujuk Mikail.Dia mengakui kesilapannya. Memang dia berjanji untuk berjumpa dengan Muaz pada pukul enam setengah tapi dalam perjalanan tadi, jalan sesak.

“ Yelah itu kau.Lepas itu aku telefon ,perempuan angkat tau.Siap kata aku gila lagi! Awek mana yang kau bawa ?” Soal Muaz yang masih tidak berpuas hati.

“ Perempuan?” Soal Mikail pelik. Bila masa pula dia bawa perempuan?

“ Haa.Ini nombor baru kau kan?” Soal Muaz lagi sambil menunjukkan nombor yang didail sebentar tadi.Mikail sudah memandang pelik.

“Nombor aku 019-7765678.Bukan 0197765768. Ini nombor siapa lah yang kau telefon ini.” Jawab Mikail.Kawan dia ini tidak cukup lagi dengan dua mata tambahan ini kena buat empat mata baru nampak agaknya.Entah nombor perempuan mana lah yang di telefonnya.Buatnya perempuan itu bini orang! Tak ke menempah maut.?

“ Lah yeke? Malu aku tau.Dia siap cakap aku gila lagi. Aku ingat kau nak buat ‘prang’ dekat aku.” Malunya Muiz!

“ Tapi garang-garang,sedap jugak suara dia.”Puji Muiz .Mengenang kembali pemilik suara yang tak dikenali itu,membuatkan dia tersenyum sendiri.

***

Selepas dua minggu.

“ Mila ,lepas kelas ini kau nak pergi mana?”Soal Nabila ketika itu mereka baru sahaja keluar dari dewan kuliah untuk makan tengahari.

“ Pergi perpustakaan kut. Banyak kertas kerja yang belum siap lagi.” Jawab Mila sambil mencari telefon bimbit di dalam begnya.Telefonnya bergetar dari tadi lagi. Dia sendiri tidak tahu siapa pemanggilnya yang sanggup menelefonnya tanpa henti .

Mila memang membiarkan telefon bimbitnya dalam nada senyap sepanjang kelas.Takut menganggu sesi pembelajarannya.

“ Assalamualaikum siapa ini?” Soal Mila apabila dia menjawab panggilan telefon tadi.

“ Waalaikumsalam.Saya Muiz.saya yang awak panggil gila dua minggu lepas itu.” Jawab Muiz.Mila sudah berkerut-kerut kening memikirkan orang yang dipanggilnya gila minggu lepas? Muiz?

“ Owh . Minta maaf saya tak ingat.Ya ada apa?” Soal Mila . Serius !Dia tidak ingat langsung tentang pemanggil yang menelefonnya dua minggu lepas.

“ Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?” Soal Muiz lagi memulakan perbualan.Dia memang ingin sangat mengenali orang yang menjawab panggilannya sewaktu dia tersilap menelefon dua minggu lepas. Sepanjang dua minggu ini dia tidak tenang. Dia sendiri tidak kenapa ,dia teringat-ingat suara itu.Lembut tetapi tegas.

“ Nama saya Mila.Encik sebenarnya kalau tiada urusan penting saya rasa lebih baik encik tak menghubungi saya lagi.” Mila berterus terang. Malas dia mahu melayan panggilan-panggilan yang tidak bermanfaat seperti ini. Banyak lagi kerja yang perlu diuruskan.Nabila yang berada disebelahnya sudah tertanya-tanya.

“ Owh ok Cik Mila,sebenarnya saya telefon ini nak minta maaf sebab menganggu cik waktu hari itu.Saya ingat kawan saya nak kenakan saya.Saya minta maaf sekali lagi.”Muiz menerangkan tujuan dia menelefon Mila semula. ‘ Mila..Comel nama’ .

“ Owh kalau macam itu. Saya dah maafkan.Oklah saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Ucap Mila sebelum mematikan talian telefon itu.Ketika itu dia sudah beratur untuk membeli makanan.

“ Siapa telefon tadi?” Tanya Nabila. Ketika itu mereka berdua sedang menikmati nasi ayam dihadapannya ketika ini.

“ Mamat yang salah nombor telefon minggu lepas itu.Dia nak minta maaf.” Jawab Mila sambil menyuap makanan makanan yang masih banyak di dalam pinggannya itu.Nabila mengangguk mengerti.

Malam itu sekali lagi Muiz menelefon Mila.Mila telah menyimpan nombor ‘ mamat nombor sesat’ di dalam memori itu untuk memudahkan dia mengenalpasti jika ‘mamat nombor sesat’ itu menghubunginya sekali lagi.Mila malas untuk menjawab.Masuk panggilan ke sepuluh Muiz menghubungi Mila, Mila mengangkat.Selesai memberi salam.Mila terus berterus terang .

“ Encik tiada apa-apa urusan dengan saya lagi. Tadi siang saya dah maafkan encik kan? Jadi tidak perlu telefon saya banyak-banyak kali lagi.Saya sibuk.”Pintas Mila sebelum Muiz berkata apa-apa.

“ Okey saya minta maaf.Tapi saya cuma nak berkawan dengan Cik Mila sahaja. Tiada niat lain.” Muiz berterus terang.Dia memang ingin berkawan dengan pemilik suara itu.Walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada pemilik suara itu sudah berpunya atau belum.

“ Maaf saya tak berkawan dengan orang yang tidak dikenali.Encik ,boleh pergi cari orang lain mungkin untuk berkawan.Saya tak berkawan dengan lelaki yang bukan atau tiada kaitan dengan saya.”Pelik manusia ini!Tak kenal , tak pernah berjumpa tiba-tiba nak berkawan.

“ Jadi kita kenallah dulu.Kalau awak jenis yang tak berkawan dengan lelaki,saya boleh jumpa ibubapa awak untuk meminta izin.” Jawab Muiz ikhlas.Ikhlas ,dia sendiri tidak tahu mana datangnya keberanian dia berkata begitu.Tetapi yang dia yakin ,dengan sikap Mila ini,Mila seoarang perempuan yang pandai menjaga diri.

‘Gila mamat ini! Dia baru dengar suara dan cuma tahu nama panggilan aku,dia dah nak jumpa mak ayah semua.Serius gila!’

“ Boleh tak?” Soal Muiz sekali lagi.Mila terdiam.Dia tidak pernah bertemu dengan lelaki seberani ini.Serius karut! Mila terus memberi nombor telefon ibubapanya.Saja…Dia tahu lelaki ini tidak akan berjumpa dengan ibubapanya.Dia berani jamin! Tapi kalau dia berani?Nanti sahaja Mila fikirkan tentang itu.

Selesai sahaja Mila memberi nombor telefon keluarganya,terus dia mematikan telefon.Terus dia bercerita dengan Nabila. Nabila sudah mentertawakan Mila tak ingat dunia.

“ Aku rasa dia gila.Percayalah dia takkan jumpa keluarga kau punya. Kau jangan risau.”Nabila cuba menenangkan Mila yang kelihatan cuak.Harap-harap dia tak seberani begitu.Doa Mila.

Hari itu Nabila dan Mila telah mengikuti satu program bakti siswa universiti mereka di sebuah rumah anak yatim.Mila dan Nabila memang kerap mengikuti program sebegitu.Di sana , mereka diminta untuk bersama-sama bergotong royong bersama-sama.Selesai bergotong royong mereka dihidangkan dengan jamuan ringan.Ketika Mila ingin mengambil air ,tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan air padanya.Mila mengambil gelas yang dihulurkan lelaki tersebut dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu kearah Nabila yang berada dihujung meja.

“ Kacaknya mamat yang bagi kau air tadi.” Puji Nabila. Mila tersenyum.Mila akui mamat itu memang kacak dan nampak baik.

“ Aku tak rasa dia budak universiti kita.”Sambung Nabila. Pantang nampak lelaki kacak sikit, pasti dijadikan bahan bergosip.

“ Dia itu penyumbang terbesar dekat rumah anak yatim ini.Anak datuk.Baik.Peramah.” Celah Ika . Ika semestinya mengenali lelaki itu kerana dia antara jawatankuasa untuk program itu.Ketika itu lelaki itu sudah menghampiri meja mereka. Mila cuma buat bodoh sahaja.Dia leka menikmati makanan didepannya kini.

“ Assalamualaikum.Nama awak Mila ea?” Soal Muiz ramah ketika itu dia sedang mengambil tempat di kerusi kosong disebelah Mila.Nabila dan Ika yang berada disitu sudah tersipu malu.Untungnya Mila! Lelaki kacak itu menegurnya.

“ Ya, saya.Mana encik tahu nama saya?” Soal Mila .Pelik.Dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu tetapi dia seperti pernah mendengar suara lelaki itu.

“ Saya Muiz.Muiz Haikal .” Muiz memperkenalkan dirinya.Muiz?

“ Saya rasa macam pernah dengar nama itu. Tapi saya tak pasti dekat mana.” Jawab Mila ramah.Mereka berbual kosong hampir lima belas minit.Mila selesa berbual dengan Muiz.Dia dapat rasa ‘chemistry’ antara meraka.

“Jadi sekarang awak dah kenal saya .So awak kena terima lamaran saya.”Sebelum berlalu meninggalkan Mila , Muiz bertutur lembut di tepi telinga Mila. Mila terperanjat .Ha? Tak faham? Apa maksud Muiz?

Seminggu selepas itu,Mila mendapat perkabaran dari orang tuanya yang dia dilamar seseorang.Mila tidak bertanya banyak, dia cuma bersetuju sahaja.Sebulan selepas itu ,dia dinikahkan.Alangkah terperanjatnya dia ,apabila suaminya adalah Muiz yang dikenali di rumah anak yatim itu.Kini dia faham mengapa Muiz bertutur seperti itu dahulu.Jadi dia adalah ‘mamat salah nombor’ yang ingin berkawan dengannya dua bulan lepas. Mila tidak menyangka suaminya adalah orang yang sama .Mila paling tidak sangka ,Muiz serius ingin mengenalinya.

Pertemuan dirumah anak yatim itu adalah ,pertemuan yang telah diketahui Muiz.Dia sengaja untuk mendekati Mila pada hari itu untuk melihat Mila secara terang-terangan dan berbual-bual dengan Mila secara dekat. Selama ini dia cuma memerhati Mila dari jauh sahaja.Selepas malam Mila memberi nombor telefon ibubapanya , Muiz telah mengetahui banyak tentang Mia.Selepas pertemuan dirumah anak yatim itu ,dia semakin yakin yang Mila adalah calon isteri terbaik untuknya.

Sikap Mila yang keibuan itu membuatkan Muiz semakin tertarik.Suara Mila yang lembut tetapi tegas itu membuatkan dia menjadi tidak keruan untuk mengenali pemilik suara itu.Kesilapan nombor telefon Mikail menyebabkan dia bertemu dengan isteri pilihannya.

“ Kerana salah nombor mereka bertemu”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.