Home Novel Cinta Getar Hatiku
Getar Hatiku
SRI WAHYUNI
4/9/2014 22:15:10
4,876
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 4

Tekak Sarah Adelina terasa haus. Dia terus menghayun langkah menuju ke pantry. Laci paling bawah ditarik lalu milo 3 dalam 1 di keluarkan. Sebiji mug di ambil lantas di bancuh milo tersebut. Dia menjeling jam di dinding dalam pantry. Hampir menuju jam sepuluh pagi. Fail yang dikehendaki oleh Encik Hakim sudah di sediakan oleh Sarah. Dia dimaklumkan ada perbincangan bersama wakil syarikat ZZ Engineering & Construction pagi ini.

Jari-jemarinya ligat membancuh minuman. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Mata kirinya sejak semalam asyik berdenyut. Entah apalah petandanya.

“Sarah… Sarah… where are you?.”

Hadi dengan langkah gediknya menjengah di celah pintu. Sudah seperti anak-anak kecil main sorok-sorok pula lagaknya.

“Ha. Kat sini rupanya kau. Encik Hakim cari kau Sarah.”

Sarah tersenyum memandang Hadi. Ini tentu berkaitan fail ZZ Engineering & Construction yang diminta semalam.

“Oh. Okey Hadi. Sekejap lagi aku keluar.”

“Heyyy pompuan,Heidi okey.”

Hadi berjalan ala catwalknya sambil mulutnya tak henti mengomel membuatkan Sarah tertawa gelihati. Mug di tangan yang berisi milo panas segera di bawa keluar.

“Sarah. Sarah Adelina.”

Elok sahaja pintu pantrytertutup setelah Sarah meloloskan diri, namanya dipanggil. Suara itu seakan dikenalinya. Pantas dia berpaling. Jantung berdegup laju. Terasa rentak dan iramanya amat berlainan sekali. Seraut wajah yang begitu dikenalinya.

“Ha… kim… .”

Mata mereka bertaut seketika. Auranya walau tidak sehebat dahulu tetapi masih ada.

“Err… Cik Sarah. CD saya…” Satu suara dari arah berlainan pula kedengaran.

‘Zasss…’

“Auchhh… .”

Belum pun habis kata-kata Raizil terhadap Sarah, dia sudah basah mandi dek air milo panas. Tidak semena-mena dia terjerit kecil akibat simbahan itu. Hampir separuh pakaiannya basah. Sudahlah basah, panas pula tu. Raizil mengaduh kesakitan.

Sarah Adelina sedikit panik dengan kejadian tak diduga itu. Mujur meja Hadi tidak berapa jauh dari situ. Cepat-cepat beberapa helai tisu di tarik keluar.

“Maaf… Maafkan saya Encik Raizil. Saya terkejut tadi.”

Gumpalan tisu cepat-cepat dilapkan pada pakaian yang membaluti tubuh Raizil. Sedikit menggelatar jari-jemarinya. Lelaki itu hanya tersenyum walau hakikatnya perit terkena simbahan air panas.

“Encik… saya bawa encik ke klinik ya. Takut melecur.”

“Heyy… pompuan. Kau ni ingat apa ha?. Hishhh… .”

Suara Hadi mengomel itu dan ini jelas kedengaran sambil berlalu pergi. Mahu memanggil tukang cuci katanya. Kejadian sepantas kilat itu membuatkan banyak mata-mata yang memandang.

“Encik Raizil, saya betul-betul minta maaf. Saya tadi memang terkejut bila encik tiba-tiba panggil saya.” Gementar rasa hatinya. Takut pun ada. Semuanya menjadi satu. Desah nafas Raizil kedengaran begitu dekat dengan cuping telinga Sarah.

Kata-kata maaf itu langsung tidak diendahkan malahan sebaliknya Raizil menghadiahkan satu kenyitan buat gadis di hadapannya. Kini mata mereka pula bertaut sesaat dua. Jika tadi sewaktu wajah Hakim Nuqman yang kelihatan rentak irama nadinya tidak keruan, kini ianya semakin bertambah hebat lagi.

Giliran Sarah terkejut buat kali kedua. Sudahlah perasaan terperanjatnya masih belum reda kerana Hakim Nuqman muncul di hadapan mata sebentar tadi ditambah pula dengan perbuatan tanpa sedarnya tersimbah milo panas pada Raizil. Kini, perbuatan Raizil pula membuatkan nadinya bagaikan tiada rentak.

“Mulut tu. Masuk lalat nanti.”

Cepat-cepat Sarah menekup mulutnya yang ternganga. Dia jadi tidak keruan. Terus sahaja dia menghilangkan diri ke bilik air membiarkan Raizil yang kebasahan dek air milo.

‘Kenapa ni?. Kenapa dengan aku ni?.’

Sarah memandang wajahnya di cermin. Air mukanya kemerah-merahan menahan malu. Dia bermonolog sendiri. Perasaan apakah yang sedang menjalar ke seluruh nadinya?. Dia jadi tidak keruan dan cuba untuk mententeramkan perasaan itu sebelum beredar keluar.

“Manalah kau pergi ni nyah. Kau tau tak Encik Hakim dari tadi cari kau. Penatlah aku harini asyik cari kau sahaja Sarah. Dah cepat. Encik Hakim minta kau bawa fail ZZ Engineering tu.”

Sarah mengambil kunci peti besi yang menempatkan banyak fail sulit di dalamnya. Fail yang tertulis ZZ Engineering & Construction ditarik keluar. Hadi masih lagi dengan bebelannya.

“Encik Hakim, ini fail yang encik minta.”

Sarah bagaikan terpukau dengan tetamu yang ada di dalam bilik Encik Hakim. Hakim Nuqman bertemu dengan Encik Hakim?. Dia buntu seketika.

“Sarah, kenalkan ini Encik Hakim juga. Cuma nama dia ada Nuqman di belakangnya,” ujar Encik Hakim seraya menyambut huluran fail.

Sarah Adelina hanya tersenyum. Dalam senyumnya ada getar. Getaran yang entah mengapa tiba-tiba menghantui diri.

“Ermmm… Sarah, awak ada nampak Raizil tak?. Tadi saya rasa dia dah sampai. Tapi ke mana pula hilangnya.”

‘Alamak. Raizil.’ Cepat-cepat Sarah menggeleng. Segera dia teringatkan Raizil yang kebasahan sebentar tadi. Sarah meninggalkan lelaki itu begitu sahaja tadi.

“Encik Hakim, saya minta diri dulu ya. Ada pengguna sedang tunggu di luar,” dia berdalih. Rimas dengan pandangan Hakim Nuqman yang bagaikan tidak reti bahasa itu.

‘PATUTLAH tak ada bunga yang sampai. Tuan punya bunga yang sampai rupanya.’ Tidak pula dia menyangka Hakim Nuqman akan berurusan dengan syarikat tempat dia mencari sesuap nasi. Satu keluhan panjang dilepaskan sebaik sahaja dia kembali ke mejanya.

“Eh, Sarah. Kau ni dah kenapa harini?. Aku tengok kau lain macam aje. Ada apa-apa yang kau nak shareke?.” Lily yang duduk berhadapan dengan Sarah menegur. Sejak dari pagi lagi dia nampak Sarah yang seolah-olah serba tidak kena pula lagaknya.

“Entahlah Lily. Harini aku rasa macam hari malang aku sahaja.”

“Tak baik tau kau cakap macamtu. Tak ada satu hari pun Allah jadikan hari itu hari yang tak baik. Cuba kau fikirkan yang baik-baik, insya-Allah akan datang yang baik.”

Sarah beristighfar menginsafi kekhilafan diri dalam berkata-kata. Apa yang dikatakan oleh Lily itu ada benarnya. Dia sahaja yang mengandaikan hari itu hari malang untuknya.

“Harini aku tak nampak pun Sharon hantar bunga untuk kau Sarah.”

“Baguslah. Kalau ada pun tu ha tempat yang paling sesuai untuk bunga-bunga tu semua.” Muncung bibir Sarah menujuk tong sampah di sisi meja. Dalam kepalanya sarat dengan wajah Hakim Nuqman sebentar tadi.

“Kau ni peliklah Sarah. Orang lain tu punyalah happy kalau dapat bunga. Cukup bangga tau. Tapi engkau… huh.”

“Itu orang lain… bukan orang ini,” balas Sarah sambil menunjuk diri sendiri dengan jari telunjuknya.

“Jangan-jangan kau ni lain macam harini sebab bunga tak?.” Bercahaya mata Lily memandang Sarah. Dia bagaikan dapat meneka apa yang sedang bersarang dalam kepala rakan pejabatnya itu.

“Assalamualaikum… Nah air untuk cik Sarah.”

Raizil datang membawa dua buah mug terus diletakkan di hadapan Sarah. Serta-merta perbualan antara Sarah dengan Lily terhenti. Komputer riba dikeluarkan dari beg galasnya. Perasaan bersalah Sarah pada Raizil bertandang lagi. Apatah lagi bila dia melihat baju kemeja yang tersarung bertukar kepada baju t-shirt leher bulat warna gelap.

Terkebil-kebil mata Sarah memandang Raizil yang seolah-olah tidak terkesan langsung dengan peristiwa tadi. Sedangkan dia, terasa malu hingga sekarang.

“Tadi tak sempat minum kan?. Minumlah. Jangan risau, saya tak letak racun pun.”

Masya-Allah, baru teringat tentang tekak yang kehausan dan tidak diberikan walau seteguk air pun dari tadi. Rasa hausnya hilang dengan insiden tadi.

“Untunglah… Tak dapat bunga, ada orang buatkan air.” Kedengaran suara berbaur cemburu dari Lily.

“Awak nak juga Lily?. Saya buatkan.”

“Eh, tak payahlah Encik Raizil. Saya saja je mengusik Sarah ni. Dari pagi lagi dia nampak macam orang yang ada masalah aje.” Dalam diam dia mencemburui Sarah. Gadis itu selalu sahaja mendapat perhatian.

“Sarah. Apa yang awak tenung dalam air tu?. Dalam air ku terpandang wajah ke?.”

Sedikit tersentak Sarah. Cepat-cepat mugdi sua ke bibir. Serentak itu kelihatan pintu bilik mesyuarat terbuka dan diiringi suara dua orang sedang berbual-bual. Sarah dapat merasakan ada sesuatu yang sedang merobek tangkai hatinya bila salah seorang dari yang bernama Hakim itu kelihatan. Mahu sahaja air yang dihirup itu tersembur keluar bila Hakim Nuqman memberikan isyarat kepada dirinya. Sudahnya, dia tersedak.

Wajah putih bersih itu kelihatan kemerah-merahan. Beberapa kali dia berdehem memandang Sarah. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia menepuk-nepuk belakang Sarah sebagaimana biasa emaknya lakukan bila mereka semua tersedak. Tapi dia tidak mampu melakukan sedemikian.

“Sarah, okey?,” soal Raizil bila melihat Sarah yang kian pulih.

Sarah mengangguk.

Fail dipulangkan kembali oleh Encik Hakim kepada Sarah. Peluang itu di ambil oleh Hakim Nuqman untuk menatap kembali wajah Sarah Adelina seenaknya. Dia memberikan isyarat pada Sarah sekali lagi supaya membalas sms yang di hantar. Sarah Adelina hanya buat-buat tidak mengerti.

“Raizil, sedaplah air yang youbuat ni. Terima kasih ya,” ujar Sarah dengan sedikit manja. Suaranya sengaja dikuatkan sedikit dengan harapan Hakim Nuqman mendengarnya. Raizil yang sedang tekun dengan tugasnya segera mengangkat muka memandang Sarah. Terasa agak pelik pula ianya kedengaran namun untuk tidak memalukan Sarah dia hanya membalas senyuman Sarah yang kian melebar.

“Amboi Raizil, aku pun tak pernah tau kau rajin buat air. Sedap pula tu,” usik Hakim sambil membuka satu lagi fail lain dan mencatitkan sesuatu.

“Kau nak juga ke?. Nanti aku buatkan untuk kau,” balas Raizil seraya memandang Hakim yang berdiri di sebelah meja Sarah.

“Encik Hakim, minum pagi ada disediakan. Silakan,” Vee datang mempersilakan Encik Hakim dan tetamu yang ada.

“Oh ya. Saya terlupa. Nuqman, mari.”

“Kita berdua sahajakah?. Tak mahu ajak yang lain sekali Hakim?.” Hatinya di pagut rasa cemburu melihatkan telatah manja Sarah sebentar tadi.

‘Siapa lelaki di hadapan Sarah?.’

“Jom, Vee dah sediakan minum pagi untuk kita. Raizil, Sarah… Jom minum sama,” pelawa Encik Hakim.

Cepat-cepat Sarah menyiku sedikit Raizil di hadapannya. Memohon agar mengerti.

“Jemput minum Encik Hakim dan Encik… .” Lama Sarah memandang Hakim Nuqman. Dia berpura-pura tidak mengenalinya.

“Hakim Nuqman cik Sarah.”

“Haa… Jemput minum Encik Hakim Nuqman. Saya dan Raizil dah janji nak keluar minum sama sekejap lagi.” Terkebil-kebil mata Raizil memandang Sarah. Bila masa pula dia berjanji mahu keluar minum dengan Sarah?. Sarah yang baru sahaja dikenalinya tidak sampai dua minggu itu amat berbeza sekali sikapnya hari ini.

Encik Hakim dan Hakim Nuqman beredar dari meja Sarah. Raizil segera memandang Sarah sekali lagi.

“Jom kita minum.” Dia sengaja mahu memancing Sarah. Seolah-olah mahu menguji sejauh mana kata-kata Sarah.

“Saya ada kerja ni.”

“Bukan ke awak beritahu Encik Hakim tadi yang awak dah janji nak keluar minum dengan saya.”

“Tak kuasa lah saya.”

Sarah bangun dan terus menuju ke arah mesin photostat untuk meneruskan tugas sebagaimana yang tercatat dalam nota kecil Encik Hakim sebentar tadi.

Raizil memandang Sarah yang sudah berlalu. Entah apa agaknya yang sedang bersarang dalam fikiran gadis ini, bisik hati kecilnya. Dia kemudiannya meneruskan tugas yang terhenti.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.