Home Novelet Thriller/Aksi ROOM FOR RENT
ROOM FOR RENT
Ummu Hanan
4/8/2017 15:09:18
11,639
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 1

BAB 1

“Alah, bukan jauh pun rumah mak muda kau dari kilang tempat kau kerja tu” Kedengaran emak membebel dari corong handphone  Naleen. 

Naleen merengus kencang. Saranan emaknya langsung diprotes.

“Dekat ke jauh. Kalau orang tak nak, tak nak la,mak,” gusar Naleen.

Emak mengeluh di hujung talian. Naleen memang degil dan keras kepala.

“Sampai bila kau tak nak terima mak muda kau tu? Sedangkan mak ni dapat terima dia. Tak paham aku budak ni!” Emak kedengaran marah.

“Mak tak payah risau lah. Pandailah saya usaha sendiri nanti cari tempat tinggal. Biarpun cuma sewa bilik, saya tak akan sesekali tinggal dengan mak muda. Hurm!”

“Terpulang engaku lah, Naleen. Mak ni cakap aje. Kau dengar ke tak, terpulang. Asal kau tahu jaga diri.”

“Baiklah makku sayang dunia akhirat. Saya dengar cakap mak. Tapi, bukan rumah mak muda, ok?” 

Naleen tekad. Tiada siapa yang akan dapat mengubah pendirian nya saat ini. Kalau dia dah tak suka..tetap tak suka. Noktah!

Selepas berlaku perdebatan kecil antara emak dan Naleen, Naleen mematikan panggilan. Dia mengeluh lagi. Sesak otaknya bila memikirkan nak tinggal kat mana nanti. Nak tolak tawaran kerja tu, sayang pula. Lagipun dalam era modenisasi yang menuntut kenaikkan taraf hidup sekarang ini agak sukar untuk memcari pekerjaan. Lagi-lagi yang graduated seperti dia. Lagipun posisi kerja tu pun elok juga walaupun jauh benar daripada bidang yang dia ceburi yakni Grafic Designer . Kerja tu pula sebagai kerani di unit Pengurusan Sumber Manusia. 

‘Ah, boleh lah daripada tak ada. Kira bersyukur dah tu, Leen oi! Sampai bila nak habiskan beras mak? Takat kau kerja jadi cashier kat butik tu..apalah sangat.’ – Monolognya.

Hah!

Naleen memetik jari. Cari facebook jer! Bersinar matanya dengan idea yang dirasakan brilliant dia tu.

Dia menaip dicarian facebook..

“Rumah Sewa”

Pelbagai paparan yang keluar mengenai rumah sewa. Terdapat banyak pages yang memaparkan carian rumah sewa. Akhirnya, dia tertarik dengan satu pages yang mempunyai 50K followers itu.

Scroll punya scroll..

“Room For Rent. RM 250. Full Furnised. Kemasukkan segera. Tak ada deposit. Jalan Batu 4, Taman Tursina. Tidak jauh dari pasaraya dan perhentian bas.”


Blink-blink mata Naleen melihat iklan tersebut. Dengan teruja, dia mengambil contact number pemilik bilik tersebut untuk dihubungi. Sekali cubaan mendail. Gagal. Dua kali. Gagal lagi. Tiga kali. Ada deringan namun tidak diangkat. Akhirnya, Naleen memutuskan untuk menghantar mesej sahaja.

“Leen!”

Muka Arini muncul tiba-tiba di hadapan pintu. Dengan tersengih-sengih, Arini masuk kemudian duduk di birai katil Naleen .

“Macamna?” Arini seakan tahu masalah Naleen.

“Jumpa. Room for rent. Murah dan Nampak berbaloi. Tapi tunggu owner dia reply dulu.” Jawabnya acuh tak acuh.

“Kat mana?”

“Kat Batu 4.”

“Wah, rezeki kau lah! Kilang kau tu boleh jalan kaki je ke situ.”

Naleen mengangguk. Berharap agar bilik yang diidamkannya itu masih kosong. Dia perlu kuatkan tekad. Semenjak berpindah di bandar sebulan lalu dan menetap di rumah keluarga Arini kerana bekerja sebagai cashier di sebuah butik pakaian dia rasakan perlu adanya rumah sewa atau bilik sewa sendiri agar tidak mengganggu privacy keluarga sahabat baiknya itu. Walaupun rasa kekok, namun dia harus bertahan. Dan sekarang, alhamdulillah dia telah mendapat tawaran bekerja di sebuah kilang eletronik yang terletak di bandar selatan. Agak jauh dari rumah Arini. Oleh hal yang sedemikian, mahu tidak mahu dia perlu mencari tempat tinggal sendiri.

Seharian Naleen menunggu jawapan, namun pemilik ‘Room For Rent’ itu tidak menghantarkan sebarang balasan sehingga Naleen sendiri terlupa mengenai hal itu.

Tik. Tik.

Naleen tersedar dari tidur-tidur ayamnya apabila mendapat satu pesanan ringkas telah masuk dalam handphonenya

Dalam keadaan mamai dia membuka mesej tersebut.

“Bilik tersebut masih kosong. Cik orang yang ke-5 bertanyakan pasal bilik itu. Kalau cik berminat, boleh pergi ke lokasi untuk melihat rumah tu. Saya tunggu dalam pukul 6 petang esok. Kalau cik tak datang, saya anggap cik tidak berminat. Tq”

Naleen blurr seketika. Masih mamai. Otaknya belum dapat bersambung dengan mesej yang telah disampaikan.  Akhirnya kerana terlalu mengantuk, Naleen tertidur semula.


Keesokkan harinya, selepas melapor diri dalam unit Pengurusan Sumber Manusia di kilang eletronik itu, Naleen terus pergi di kediaman yang memiliki bilik untuk disewa yang dia cari  kelmarin.

Apabila tiba di hadapan pagar rumah seperti alamat yang tertera dalam kertas catatannya, Naleen agak terpegun melihat sebuah rumah besar  bercat warna putih. Dikelilingi deretan bunga allamanda kuning yang dijaga rapi. Namun, tidak semena-mena angin yang berhembus dari rumah itu tiba-tiba sahaja menyebabkan bulu roma Naleen naik. Seolah-olah mengalu-alukan kedatangan Naleen.

‘Rumah ini nampak kemas, bersih dan terjaga. Tapi, kenapa seperti seram je?’ bisik Naleen.

“Assalammualaikum”

Melambung rasa badan Naleen apabila disapa seseorang. Naleen mengurut dada. Kelihatan seorang lelaki bercermin mata dan berpakaian kasual berdiri dibelakangnya dengan keadaan serba salah kerana telah menyebabkan Naleen terperanjat.

“Maaf. Cik ke yang sms saya kelmarin, kan?,” tanya lelaki itu. 

Naleen mengangguk lalu senyum sipu.

“Ya, saya. Saya Naleen,” katanya memperkenalkan diri. 

             Lelaki itu mengangguk dan tersenyum lebar .

            ‘Boleh tahan handsome’, bisik hati Naleen.

           “Saya Amran. Ni rumah keluarga saya. Saya yang jaga. Tapi, saya tak tinggal sini. Disebabkan besar sangat, saya sewakan bilik-bilik untuk yang memerlukan bagi siapa yang tak mampu nak sewa rumah.” Lelaki bernama Amran itu memulakan mukadimahnya dengan tutur yang bersopan.

            Naleen mengangguk sahaja. Rumah dua tingkat yang besar itu mula nenarik minatnya.

          “Nak masuk tengok ke?”

           Naleen berjeda seketika. 

          “Oh, jangan risau. Ada penyewa lain dalam tu. Saya dah maklumkan kepada mereka yang saya nak ke rumah petang ni. Dan, cik jangan risau..semua penghuni bilik sewa tu adalah perempuan,” ujar Amran seolah-olah tahu apa yang ada di fikiran Naleen. 

          Naleen melepaskan kelegaan.

          Sejurus itu, Naleen mengiringi langkah Amran untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Dia agak terpegun apabila melihat perkarangan rumah itu sungguh besar dan dalam anggaran dapat memuatkan lima atau enam buah kereta. 

        “Besarnya rumah ni..” kata Naleen.Terlopong.

         Amran mengangguk sahaja dan Cuma membalas dengan senyuman. Selepas membunyikan loceng di muka pintu, tersembul muka seorang perempuan dengan memakai tudung  berwarna hitam dan baju lengan panjang sambil tersenyum sunging.

           “Masuklah, bang,” pelawa gadis itu ramah.

Naleen sempat menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan gadis kurus tinggi lampai itu.

“Ini Rugayah.”Perkenal Amran. 

Gadis yang bernama Rugayah itu mengangguk dan tersenyum ramah.

“Naleen.” Perkenal Naleen ringkas.

Tanpa berlengah, Amran terus membawa Naleen menuju kearah sebuah bilik yang terletak di belakang sekali. Agak jauh daripada ruang tamu dan bilik-bilik yang lain.

Sekali lagi Naleen terpegun apabila pintu bilik itu dibuka dan melihat keadaan bilik yang sangat cantik, kemas dan besar. 

Katilnya queen saiz. Bercadar warna kuning cair dengan corak bunga kecil yag kelihatan lembut. Di sudut kanan terdapat meja tulis dan rak buku. Hanya berberapa buah buku tersusun di situ. Satu sofa empuk yang panjang diletakkan menghadap televisyen. Almari pakaian yang besar dan meja solek juga turut disediakan.Dan terdapat sebuah peti sejuk sederhanan besar juga. Selain itu, bilik yang berwarna krim lembut dengan langsir berwarna kuning mustard itu memiliki toilet sendiri.

“Macammana?” sapa Amran lagi ketika Naleen leka membelai bunga ros berwarna putih dan kuning yang terletak di atas meja ditepi tingkap.

“RM250 untuk bilik ni?” sekali lagi Naleen inginkan penjelasan. 

Amran mengangguk.

“Mahal sangat ke cik?”

“ Tak. Tak. Maksud saya, bilik sebesar dan secantik ni hanya RM250?”

Amran tersenyum lalu mengangguk.

Tanpa berfikir panjang, Naleen mengangguk setuju dan menyatakan bahawa esok dia akan berpindah ke situ.

Wajah Amran tampak ceria mendengar persetujuan Naleen. 

Keesokannya, tengah hari lagi Naleen telah berada di rumah itu. Tidak banyak kerjanya untuk mengemas bilik tersebut kerana bilik itu sudah  bersih dan kemas. Naleen hanya mengemaskan pakaiannya sahaja didalam almari. 

Prakkk!

Bunyi pinggan kedengaran jatuh dari arah dapur menyebabkan Naleen terkejut. Mula-mula Naleen enggan peduli kerana fikirnya tentu penyewa lain yang punya angkara. Namun, apabila dia fikir-fikir semula tak kan dia hanya membiarkan sahaja tanpa membantu. Lagipun, dalam rumah besar yang mempunyai 7 buah bilik ini dia hanya kenal Rugayah sahaja. Penghuni lain belum lagi bertegur sapa. Elok kiranya dia bertegur sapa dengan penghuni yang lain.

Dengan langkah perlahan, Naleen menapak ke dapur. Satu pinggan kaca dibiarkan sedang pecah berderai diatas lantai. Tiada siapa-siapa disitu  Tertoleh-toleh Naleen dibuatnya kot-kot ada kucing yang masuk. Namun, pergerakkan Naleen terhenti apabila merasakan badannya ditiup oleh angin yang berlalu lembut. Sehingga menyebabkan Naleen berpeluk tubuh. Terasa sejuk dingin.

Dia tiba-tiba sahaja merasakan ada seseorang sedang berdiri dibelakangnya. Dengan jantung yang berdebar, Naleen menoleh laju.

“Allah!” ucap Naleen apabila mendapati seorang gadis yang mungkin sebaya dengannya berdiri di belakangnya sambil memegang penyapu dan penyodok. Gadis itu juga turut terkejut melihat Naleen.

“Terkejut aku,” kata Naleen sambil menepuk dadanya. 

Gadis itu tersenyum serba salah lalu tertunduk-tunduk meminta maaf.

“Maaflah buat kau terkejut. Aku kebelakang tadi, ambil penyodok dan penyapu. Masuk je tengok kau dah tercegat kat sini” kata gadis itu. 

Naleen tersengih-sengih. Lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi meja makan.

“Aku Nasuha. Berjiran dengan bilik kau je” katanya ramah.

“Naleen kan?” tanyanya lagi. 

Naleen terpegun.

“Macammana tahu?” tanya Naleen.

Gadis bernama Nasuha itu kelihatan tekun membersihkan pecahan pinggan kaca itu tanpa menyahut soalan Naleen.

“Kat rumah ni buat macam rumah sendiri je. Feel free untuk masak. Asal kau sanggup beli barang dapur. Penghuni lain jarang masak. Awal bulan terutamanya. Kalau hujung bulan, ramailah yang turun dapur masak. Itupun, masak maggi. Kau untung toilet tak kongsi. Nak tengok tv pun tak berebut siaran,” terdengar Nasuha ketawa kecil.

Naleen cuma tersenyum mendengar kata-kata Nasuha. Selepas Nasuha membersihkan sisa kaca itu, dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan jus apple dalam kotak dan menghidangkannya kepada Naleen. Serba salah Naleen dibuatnya kerana Nasuha kelihatan sungguh baik dan peramah.

“Rumah ni siang-siang sunyi. Bilik atas sana dihuni geng sales assistant yang kerja kat pasaraya Parkson. Yang bawah ni, aku, Rugayah, Hazel dan Eton. Eton baru lagi. Bulan lepas masuk. Aku dan Rugayah paling senior. Tu pun aku dengar Rugayah nak keluar jugak tak lama lagi. Rugayah masih study. Tahun terakhir dah rasanya. Hazel dan Eton kerja-kerja biasa je kat area ni.” Nasuha berjabeh bercerita mengenai penghuni dirumah itu.

“Kau?” tanya Naleen.

Nasuha berjeda seketika lalu menghirup jus apple.

“Aku kerani biasa je. Kat company security,” balasnya acuh tak acuh.

“Mereka ni tak tentu jugak masa ada dirumah. Kadang-kadang time malam pun tak seorang pun ada dirumah. Tinggal aku seorang ni je lah.” Nasuha sungguh ringan mulut membuka bicara.

“Tak takut ke jaga rumah besar ni sorang-sorang?” Naleen menguji. 

Nasuha ketawa kecil.

“Tak. Dah biasa..”

“Bang Amran tu..okey ke?” Naleen menyoal lagi.

“Kau rasa?” soalan itu dikembalikan semula.

“Macam okey. Handsome lagi tu. Ala-ala pelakon bollywood gitu,” Kata Naleen lalu ketawa. 

Nasuha juga turut ketawa.

“Okeylah, aku balik bilik dulu. Hari ni aku cuti. Nak rehat puas-puas,”  ujar Nasuha lalu berlalu meninggalkan Naleen.

Di muka pintu dapur, Rugayah memicingkan telinga dan pendengaran. Berdegup kencang jantungnya melihat kelakuan Naleen yang berada di dapur. 

“Lagi sekali?” bisiknya perlahan lalu laju-laju memisupkan diri ke dalam bilik.

Sementara itu, di dalam dapur, Naleen mengisi botol airnya untuk di bawa ke dalam bilik. Ketika dia hendak membuka pintu bilik, telinganya seolah-olah dapat menangkap bunyi seseorang tengah menangis. Lama kelamaan bunyi itu semakin sayu dan sendu. Berdegup kencang jantung Naleen dibuatnya. Perlahan-lahan Naleen memulas tombol pintu. Namun, apa yang disaksikannya adalah kosong!


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.