Home Novelet Thriller/Aksi ROOM FOR RENT
ROOM FOR RENT
Ummu Hanan
4/8/2017 15:09:18
11,638
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 3

Bab 3


Naleen menyikat rapi rambutnya dan bercadang hendak keluar. Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. Cepat-cepat dia berlari ke muka pintu dengan harapan Nasuha atau Rugayah yang sedang mengetuknya. 

Namun, sangkaannya meleset. Kosong!

Tiada sesiapa yang berada di situ. 

Dan, tanpa berlengah Naleen terus mencapai tas tangannya lalu meninggalkan bilik tersebut. Ketika Naleen berada di ruang tamu, langkahnya terhenti abpabila dia terdengar bunyi lagu tiba-tiba berkumandang disekitar rumah tersebut. Lagu yang dinyanyikan tanpa alunan muzik. Hanya suara seorang lelaki yang menyanyi dengan penuh emosi yang memberat..


Indah sinar sang suria

merdu irama sang bayu

tiada seindah wajahmu

tiada semerdu suaramu


Lembut bayu membelai

merdu burung berlagu

tiada selembut belaianmu

tiada semerdu kau berlagu


Berdegup kencang jantung Naleen dibuatnya. Tangannya menggigil apabila nyanyian tanpa muzik itu rupa-rupanya datang dari arah biliknya. 


"Ya Allah...selamatkan aku'' bisiknya dengan perlahan. Peluh dingin meleleh di dahinya. Nyanyian itu ulang berulang lirik yang sama. Bagaikan sebuah CD yang rosak dan tersekat-sekat. Otaknya tidak mampu mencerna apa yang telah berlaku keatas dirinya saat itu. Namun, perasaan takut itu segera disingkirkan daripada membelenggu. Dengan memberanikan diri, Naleen mengangkat muka seraya memalingkan badannya kebelakang. Dia kini berada 10 kaki dengan pintu biliknya. Pintu bilik itu direnung tajam. Nyanyian tidak lagi kedengaran. Terpinga-pinga Naleen memerhati sekeliling. Hati dapat mengagak yang dia bakal berhadapan dengan kecelakaan. 


"Eh, sekejap!"-Monolognya.



Dia menoleh lagi kearah pintu biliknya kerana dia merasakan ada sesuatu yang tak kena terhadap bilik-bilik di rumah itu.

‘Bilik bawah cuma ada 3 kalau termasuk bilik aku. Kalau tak silap, bilik depan tu bilik Hazel. Yang tengah bilik Eton dan yang tu bilik Rugayah. Jadi, Nasuha tinggal di bilik mana? Tak kan dia tinggal dengan Rugayah. Mustahil. Setahu aku diorang tinggal sorang-sorang’ Naleen mulai curiga. Kenapa dia tak perasaan selama ni?

“Naleen...” 

Berdegup kencang jantung Naleen apabila terdengar seseorang sedang memanggilnya. Dengan perlahan-lahan, Naleen menoleh. Di hadapan pintu biliknya, kelihatan seseorang sedang berdiri kaku dengan mengenakan kurung lusuh berwarna kelabu dan berbunga kecil merah jambu.

“Nasuha?”

“Kau pergilah, Leen. Bilik ini tak selamat untuk kau.” Kata Nasuha dalam nada yang sedih.

“Apa kau cakap ni? Oh, by the way, aku ada banyak benda nak tanya kau” kata Naleen dengan cemas dan dia mulai rasa lega apabila melihat Nasuha. Naleen menapak perlahan mendekati Nasuha yang masih tercegat dengan rambut yang panjang paras pinggan itu.

“Sekali kau masuk semula dalam bilik ni, kau tak akan pulang sampai bila-bila,” kata Nasuha seakan memberi amaran.


Naleen kehairanan. Dia memicingkan mata merenung wajah suram Nasuha yang pucat lesi.


“Ada apa dengan bilik tu? Dan, yang penting...kau siapa? Kau hantu eh?” tanya Naleen enggan mendengar kata-kata Nasuha.

“Kau baik, Leen. Kau tak seharusnya berada di sini. Pergi!” kata Nasuha sambil menjerit kecil. Air mata mengalir perlahan di pipinya.


“Apa yang kau repek ni, Nasuha? Kenapa demgan bilik tu?”  tanya Naleen lagi. 


Semakin degil. Kini, dia sudah berhadapan dengan Nasuha. Namun, apa yang mengejutkannya wajah Nasuha semakin kelihatan pucat sehingga menampakkan urat-urat biru di wajahnya. Matanya dipenuhi oleh mata hitam. Air matanya berwarna merah darah!


“Kau...” kata-kata Naleen tersekat disitu. Terbeliak matanya melihat keadaan Nasuha.

“Pergi!” Jerita Nasuha dengan mulut yang ternganga besar sehingga  menampakkan lohong hitam yang berbau bangkai. 

Namun, Naleen enggan berganjak. Naluri ingin tahunya lebih membawa dia untuk memusing tombol pintu dan merempuh badan Nasuha yang akhirnya pecah berderai berselerakkan bagaikan kepulan asap.

Apabila pintu bilik di kuak, suasana sepi kelihatan memenuhi ruangan bilik yang tersusun rapi itu. Tiada lansung kedengaran bunyi-bunyi aneh Cuma telinganya berdesing kerana terlalu sunyi. Dengan perlahan-lahan, Naleen menutup pintu bilik tersebut.

TICK!

Pintu auto lock!

Terkial-kial Naleen memusing tombol pintu itu semula. Namun, gagal! Sejak bila pintu tersebut auto lock pun dia tak tahu. Selama ni, oke je!

“Hoii! Jangan nak main-main dengan aku. Keluarlah kalau berani!” Jerit Naleen. Namun suasana masih sepi. Suaranya hanya berdengung di sekitar bilik itu sahaja. 


"Wallpaper kalis bunyi?" Terbeliak mata Naleen sambil menyentuh dinding bilik tersebut.


"Sejak bila ni??!" -Cemas.


Naleen kemudiannya berlari kearah tingkap. Tingkap sliding itu terasa kukuh dan seolah-olah telah dikunci.

‘Hantu atau manusia yang punya angkara ni?!’

Naleen mengumam sendirian.

Dengan perlahan, Naleen berjalan dan matanya memicing tajam mencari-cari sesuatu yang diraskan boleh menarik perhatiannnya. Segala almari, sofa, meja dan rak ditiliknya. Namun, dia lansung tidak mempunyai tanda.


"Siapa yang punya angkara ni? Keluar lah wei! Kalau kau hantu yang cuba nak takut-takutkan aku..kau silap! Aku tak takut! Tapi, kalau kau manusia, bersemuka dengan aku. Jangan jadi pengecut!" Jerit Naleen kuat sehingga sakit renkungnya.


‘Tandas!’ kata hatinya mengarahkan untuk pergi ke tandas.

Di tandas, Naleen juga turut memerhati dan memicingkan tumpuannya kalau-kalau terjumpa sesuatu yang mencurigakan sehingga dia melihat sesuatu cahaya merah berkelip-kelip dari dalam cermin. Apabila lampu tandas dipadam, cahaya itu semakin jelas kelihatan. Dengan hati yang berdebar-debar, Naleen mengutil dan mengopek cermin yang merlekat di dinding tersebut. 

Apa yang ditemuinya benar-benar membuatkan jantungnya merasa hendak pecah. 

‘Kamera?!”

"Sah kerja manusia!"

Dia rupanya selama ini telah diperhatikan di dalam bilik tersebut. 

‘Bermakna, ketika mandi, berak , tukar baju apa semua tu adalah dirakam dan diperhatikan?! Keparat! Siapa yang nak aniaya aku ni? Nasuha? Rugayah? Atau..’

Dengan pantas Naleen memecahkan kamera yang sekecil kepala paku payung itu dengan menghentaknya dengan kaki lalu berlari semula kearah ruang bilik. Pada sudut dinding bilik terdapat sebuah kalendar yang telah digantung. Naleen menuju kearah kalendar itu lalu memerhatinya dengan penuh minat.

Tarikh 12 haribulan hingga 17 haribulan telah dipangkah dengan menggunakan marker pen berwarna merah. Dan tarikh 18 haribulan telah dibulatkan.

‘Sejak bila aku tanda kalendar ni? Ada orang lain kedalam bilik ni dengan aku?’


Naleen berjeda seketika. Namun, otaknya ligat berfikir sekiranya dia terlepas pandang akan sesuatu.

‘Masya-Allah! 12 haribulan aku masuk menyewa bilik ni. Jadi, 18 haribulan adalah pada hari ni!’ 

Menggeletar rasa seluruh tubuh Naleen dibuatnya. Ada apa dengan hari ini sehingga ia dibulat sebegitu rupa? Dan yang paling mengasak otaknya adalah siapa yang empunya angkara ini?!

Dalam keadaan Naleen yang masih tertanya-tanya dengan persoalan yang mengasak dan menembak bertubi-tubi di pangkal otaknya kelihatan seseorang berjalan dengan perlahan-lahan sambil mencengkam kayu besball ditangannya tanpa pengetahuan Naleen. 

Naleen yang merasakan ada sesuatu yang bergerak dibelakangnya ingin menoleh. Namun..

DUSH!

Tengkuk Naleen terlebih dahulu dipukul dengan kuat sehingga Naleen tersungkur kelantai. Dalam samar-samar, Naleen melihat kelibat seseorang di hadapannya dan akhirnya Naleen pengsan tidak sedarkan diri.


1992

Banglo besar itu kelihatan suram. Sesekali kelihatan kilat kecil merecik di dada langit yang telah berawan hitam. Jemat berjalan beriringan dengan anaknya Zul yang berumur 11 tahun itu. Wajah Jemat kelihatan sedih dan hiba.

“Zul pergilah tidur. Bapak nak rehat sebentar,” kata Jemat dengan sayu. 

Zul mengangguk. Dia tahu bapanya sedang bersedih. Dia tahu bapanya sedang marah. Sedih dan marahnya bapak bergabung bagaikan mencipta gunungan dendam dalam hatinya.

Bapa lelaki baik. Setia. Kerja keras. Sehingga mereka tinggal dengan selesa di rumah besar itu. Tapi, kenapa emak tinggalkan bapa? Persoalan itu sering bermain-main dalam kepala Zul. Mak lari meninggalkan bapa sebulan lalu, sampaikan surat dari mahkamah datang menyatakan mak menutut cerai. Apa salah bapa? Bapa bukannya kaki perempuan. Bukan kaki botol. Bapa baik! Bapa baik!

Semenjak Jemat dan isterinya Huriah bercerai, Jemat menjadi semakin murung. Dia jarang keluar bekerja. Dia asyik berkurung sahaja di dalam bilik. Zul semakin runsing dengan keadaan bapanya. Untuk seorang budak yang berumur seperti Zul, dia lansung tidak mengerti masalah orang dewasa seperti mak dan bapanya. Dia cuma mampu melihat apa yang ada dihadapan mata dan berkongsi emosi. Apa yang dia perhatikan, bapanya kelihatan menderita dan sakit!

Suatu hari, selepas pulang dari sekolah, Zul menaiki bas awam untuk menuju ke kota untuk menjejaki Huriah. Dia rindukan maknya itu. Semenjak bercerai, emak jarang menghantar khabar berita kepada mereka sehingga bapanya mulai kelihatan hilang arah. Berpandukan alamat yang dia curi daripada dompet bapanya dia berjaya menjejaki emaknya itu.

Zul berdiri di hadapan sebuah rumah teres yang sederhana besar. Lama dia berdiri di situ dengan pakaian sekolahnya sehingga peluhnya memercik di dahi. Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin sebaya dengannya keluar daripada rumah itu. Dia kelihatan curiga melihat Zul yang tercegat di hadapan pagar.

“Nak jumpa siapa?” tanya budak perempuan yang berambut tocang dua itu. 

“Mak..hmmmm..Hu..Hu..Huriah,” tergagap-gagap dia membalas.

“Kau siapa?” tanya budak itu lagi. Dia masih curiga.

“Zul.”

Budak itu diam seketika seolah-olah cuba mengingati nama itu. Apabila dia berjaya mengingati, dia tersenyum lebar. 

“Zul! Masuklah! Mak....mak...!” budak itu kelihatan gembira lalu membuka mangga di pagar tersebut lalu melulu masuk kedalam rumah. 

Zul hairan . Budak tu kenal dia ke?

“Zul mana?. Apa kamu merepek ni Suha?” kedengaran suara orang yang dirinduinya berada di hadapan pintu. Melihatkan wajah itu tersembul di muka pintu, kaki Zul kaku. Itu adalah emaknya. Orang yang dipanggil emak juga oleh budak tadi. 

Huriah juga tercegat disitu. Terlopong dan terpegun melihat Zul berada di hadapannya. Air matanya mula mengalir perlahan dipipi. Dengan pantas, di melulu mendekati Zul dan memeluk Zul dengan penuh kerinduan.

“Zul sihat, sayang?” tanya Huriah. 

Zul mengangguk.

“Zul naik apa ke sini. Meh masuk. Makan dengan kami,” pelawa Huriah. 

Zul masih terpaku. Ada sesuatu bermain di kepalanya.

“Mak kenapa tinggalkan kami? Tak hantar khabar langsung!” tanya Zul dengan dingin. Ada banyak benda yang dia ingin tahu. Dan, dia ingin meluahkan kemarahannya kepda emaknya itu. Namun, jauh dalam hati..dia rindu! Jujur!

“Mak..mak..” Huriah tergagap-gagap. Dia tidak tahu apa yang perlu disampaikan kepada anaknya itu. Anak. Bukan anak kandung. Andai sahaja Zul tahu..

“Bapak sakit disebabkan mak! Bapak berkurung je dalam bilik! Bapa tak turun kerja! Kami tak makan apa-apa! Kenapa mak?!” Zul tidak mampu menahan gelora di hatinya. Merah padan kulitnya yang putih itu kerana menahan rasa.

“Bapa Zul memang dah lama sakit. Mak tak tahan tinggal dengan dia!” Huriah cuba menerangkan.

“Tak! Mak yang menyebabkan bapak sakit!”

“Jangan macam ni ,Zul. Kalau Zul tahu hal yang sebenar Zul akan lebih terluka,” kata Huriah. Dia cuba memegang bahu Zul. 

Namun, Zul menepis.

“Mak yang curang, kan? Mak gembira di sini, kami kat sana menderita. Kejam!” kata Zul lalu berlari meninggalkan perkarabgan rumah itu. Dia menangis semahunya. Panggilan daripada Huriah langsung tidak diendahkan. Baginya, emaknya kejam! 

Huriah memeluk anak perempuannya yang dari tadi menyaksikan pertemuan itu. Andai sahaja dia boleh bawa Zul bersamanya, pasti Zul tidak berburuk sangka padanya. Andai sahaja Zul tahu ayahnya itu sakit..bukan sakit fizikal, tapi sakit mental! Sehingga dia sering disakiti dalam diam.

 Dia bernikah dengan Jemat kerana Jemat telah memerangkapnya. Jemat merupakan majikannya dahulu. Dia dituduh dengan bermacam-macam hal sehingga suaminya menceraikan dia. Dia ditinggalkan oleh suaminya dan anak perempuannya dibawa pergi bersama. Sehinggakan Jemat memerangkapnya dengan memanggil penguatkuasa agama dan mereka telah ditangkap basah. Ketika itu Jemat adalah duda anak satu. Dia terpaksa bernikah dengan Jemat kerana dia lansung tidak berdaya. 

Selama bernikah dengan Jemat, dia sungguh rasa tersiksa. Jemat bukan sahaja mendera fizikalnya, malah batinnya juga! Katanya, cinta! Cintakah Jemat sehingga terlampau obses sebegitu? Badannya ditoreh dengan pisau. Belakangnya di ditoreh dengan pisau dan diukir, ‘Jemat love Huriah’. Tak gilakah itu? Dalam keadaan haid pun, Jemat sanggup menzalimi batin Huriah. 

Huriah tidak dibenarkan keluar rumah khuatir Huriah dikacau lelaki lain. Kalau mereka keluar, sekali sahaja pandangan orang lelaki terhadap wajah Huriah yang rupawan itu, sampai dirumah nanti, Huriah akan dapat satu torehan di pahanya. Kata Jemat, itu denda!


Gila!

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.