Bab 18

Emir pandang Humaira dengan pandangan kosong sebelum dia ketawa halus.

Bola matanya menatap penuh perhatian pada wajah cantik Humaira yang baginya begitu seksi malam ini.

Rambut halus dan tebal Humaira yang beralun cantik seakan - akan mengoda hati lelakinya.

Entah macam manalah lelaki penyagak yang tinggal bersamanya boleh menahan gelora jantan masing - masing?

Dia yang jarang - jarang dapat bertemu mata dengan kaum perempuan itu pun, hampir - hampir saja membiarkan nafsu serakahnya merajai diri.

Soalan Humaira tadi, dibiarkan dengan tanda soal. Bahaya untuk diri dia dan diri Humaira kalau dia dengan berani membocorkannya.

" Emir! Hey!" Tangan Humaira melayang - layang di depan muka Emir yang jauh mengelamun.

Apalah yang dia fikir sampai tak bersuara langsung.

" Tak perlu kau tahu siapa aku. Buang masa kau je kalau kau cuba nak korek pun... tapi ada satu perkara yang kau perlu tahu." Kata - kata Emir membuatkan kening Humaira sedikit terjungkit sebelum matanya mengikuti saja gerak geri Emir yang sudah berdiri dihadapan gerobok baju.

ZRAPP!

Tersenyum, tangan Emir memanggil Humaira untuk mendekatinya. Tanpa berfikir panjang, Humaira melompat kecil dari katil lalu berjalan menuju ke tempat Emir berdiri.

Usai berdiri disebelah lelaki itu, kepala Humaira naik mendongak mencari ekspresi Emir.

Melihatkan riak wajah Emir yang melebar senyum seakan melihat sesuatu, membuatkan Humaira toleh ke arah punca pandangan Emir.

Takjub. Seriau. Semua rasa bercampur baur tatkala pandangan Humaira jatuh pada dinding gerobok yang penuh dengan informasi.

Gambar - gambar beberapa orang tidak dikenali tertampal berselerakan pada sekeping peta kecil.

Juga pada peta itu, dihiasi dengan nota - nota kecil yang berisi contengan dan tulisan yang tak dapat dibaca Humaira kerana suasana bilik yang gelap.

Pandangannya kini tak ubah seperti dalam cerita atau novel penyiasatan.

" Awak... penyiasat ke Emir?! Macam detektif Conan?! OMG!" Suara tinggi Humaira dek teruja itu dicekup Emir pantas.

" Kau ni, banyak sangat tengok TV la. Ish... berangan je keje. Lagi satu, mulut kau tu, corong radio? Ke speaker masjid? Control la siket volume tu." Tegur Emir dengan nada yang perlahan namun tegas sambil dia melipat kedua - dua lengannya tanda tidak berpuas hati dengan sikap Humaira yang kadang - kadang tak dapat dikawal itu.

Tersedar dengan keterlanjurannya, Humaira angkat kedua - dua tangannya tanda menyerah kalah. " Sorry! Ter— Excited. Ini apa cerita ni?" Humaira tunding jarinya pada dinding gerobok baju.

" Brainstorming map pasal projek X . Kau tahu?" Duga Emir lalu menghulurkan sebuah lampu suluh kecil pada Humaira.

" Projek X?" Soal Humaira tidak faham tajuk.

Emir mengangguk, " Projek haram yang dia orang jalankan secara rahsia. Motif projek tu aku masih belum dapat pastikan.

Setakat ni aku syak, kawan - kawan kau ada kena mengena dengan projek ni."

" Kawan? Maksud awak, Firhan, Qid, Pian—." Emir mengangguk tanpa sempat Humaira menghabiskan ayatnya. Tekak Humaira kering tiba - tiba.

" Speaking of that kan... Saya rasa macam salah seorang daripada dia orang, macam ada mental problem." Merinding tegak bulu roma Humaira tiba - tiba bila dia menyoalkan perihal itu pada Emir.

Emir tunjuk beberapa gambar yang tersimpan di dalam bekas biskut yang sudah kosong isinya dengan biskut ranggup.

Gambar pertama, Qidran. Humaira mengeleng.

Kedua, Sufian. Humaira mengeleng juga sampailah gambar yang ketiga, Firhan.

" Ya, dia. Perwatakan dia, macam bipolar disorder."

Emir tarik gambar Firhan dan dilekatkan pada dinding. Satu sticky note ditampal pada gambar Firhan dengan ayat : Bipolar Disorder.

" Maaf tanya, tapi apa kena mengena dengan Firhan dalam projek ni?" Soal Humaira merasakan semua target Emir seakan - akan tertuju pada pihak yang bertugas di dalam Pulau.

" Sebab dia orang je yang pihak atasan hantar ke sini. Macam kau jugak la." Terang Emir yang masih tekun dengan beberapa alatan alat tulis.

Beberapa biji paku tekan dipaku ke peta minda dan kemudiannya dia ambil tali berwarna dan membuat beberapa jaringan. Humaira berdiri diam dan perhatikan saja kerja Emir.

" Jadi saya pun dalam target kau juga?" Sayu suara Humaira bertanya. Terasa seperti dia juga terpalit sama dalam projek haram yang dikatakan Emir itu.

" Yep. No offence okay."

" Ehmm, prove yourself to me, that you're not one of them..."

" Memandangkan, menjadi Emir tak menbolehkan aku bergerak sesuka hati di dalam penjara ni... Dan dalang, motif, bukti dan suspek besar projek ni masih dalam tanda soal! Jadi..." Emir melakar tanda soal besar pada peta dengan pen merah.

" Jadi?" Tanya Humaira tidak sabar. Bola matanya tidak berganjak dari papan peta minda yang kini ditambah dengan gambar Firhan.

Emir perhatikan Humaira yang tekun meneliti setiap satu informasi yang ditampalnya. Sekejap disuluh ke kiri, sekejap ke kanan.

Jelas berkerut - kerut dahi Humaira cuba memproses sehingga cerna segalanya.

Ish, kau ni.. Cepat betul percaya dengan perempuan ni. Kang, dia saja perangkap kau ke apa. Tak naya? Bisik hati kecil Emir yang masih bersisa sangsi.

" Jadi nak kau jadi partner aku selesaikan misteri ni?" Nah! Meluncur laju perkataan itu dari bibir Emir.

Apa kau cakap ni...? Emir menelan air liur.

Kepala Humaira pula sudah menoleh ke arah Emir. Dia pun tak percaya apa yang dia dengar. Hari ini, tuan badan sendiri yang pelawa. Perlahan, terbit senyuman nipis dibibirnya.

" Nak! So mana kita nak start?" Ujar Humaira teruja seraya dia kembali menumpukan perhatiannya pada papan peta minda.

Tapi bagi Emir makin lama dia pandang Humaira, makin lain pula yang bermain dibenaknya.

" Zhaffran, cuba korek dengan dia pasal Dr. Amir."

Emir pandang muka Humaira sebelum bola matanya melurut turun sampai ke kaki. Dia mengeleng kepala beberapa kali.

Haish, parah kau ni...

Humaira toleh sekilas pada Emir dek rasa seperti diperhatikan sebelum dia kembali menumpukan sepenuh perhatiannya pada papan peta yang dibuat Emir setelah Emir dilihat sedang ligat mengaru - garu kepala.

" Sebenarnya saya ada dengar juga dia orang sebut pasal projek.. Tapi tak pastilah projek apa. Saya tak tahu sangat sebab bila ada yang sebut pasal tu, Qid mesti cepat - cepat potong." Jawab Humaira sambil dia menongkat dagu seketika seperti sedang berfikir.

" Ohh, Qidran ya? Jadi dia control semua tempat ni?" Soal Emir ingin tahu.

" Hmm, macam tulah kot sebab semua macam dengar cakap dia je... Macam saya— Esok saya kena masuk pejabat Pian, sebab jadi doctor in training. " Jawab Humaira lagi sementara tangannya tala suluhan lampu ke arah satu gambar.

" Ini dia. Dialah Dr Zhaffran yang awak cari tu! Dia tu pervert gila! Ada ke dia nak saya buat live-action sex dengan si Pian tu! Gila! Tak padan dengan ora—."

" Act— Action sex?!" Hampir terjerit suara Emir dibuatnya. Bahagian mukanya yang naik merah ditekup separuh dengan tangan.

Bayangan Humaira tidak berbaju dan berseluar mula merangkak sedikit demi sedikit. Hatinya resah gelisah.

Malam ni memang aneh. Hilang semua karisma dan sikap professional yang selama ini memang sebati dengannya.

Macam mana dengan kehadiran Humaira, dia seakan hilang pedoman.

Mata dipejam serapat - rapatnya dengan harapan bayangan sulit itu segera beredar dari peti fikirannya.

Samar - samar suara Humaira yang sedang rancak bercerita bertukar dengan suara - suara mengoda dan halus.

Arghhh!!

" Haah! Gila betul! Seram la saya nak jumpa dengan pak cik tu esok. Macam mana esok dia cabul saya? Macam mana esok dia buat mende yang tak baik kat saya? Eisyh! Pokok dia saya nak keluar juga dari sini. Awak kena tolong saya tau!" Bebel Humaira tidak bernoktah.

Suasana sepi, tiada balas dari Emir. Kehairanan, Humaira menoleh lagi, kemudian bibirnya terkatup rapat.

Emir dilihat seperti orang sedang berkecamuk otak. Kepalanya dipegang kemas seakan cuba menahan sesuatu. Seakan menahan sesuatu dari masuk atau keluar.

Melihatkan itu, hati Humaira jadi tidak senang.

" Awak tak selesa dengan saya ke? Awak okay? Sorry..." Soal Humaira dengan nada menurun kerana risau. Bibir bawahnya digigit sedikit.

Bergetar jantung Emir saat dia merenung aksi bibir seksi Humaira.

Seketika Emir mengeluh berat lalu dia menutup pintu gerobok dan berdiri di hujung daun pintu, bersedia mengiringi perempuan itu balik ke dorm.

" Kau lepas ni, nak masuk bilik aku, jangan lepas rambut kau macam ni lagi. Ikat rambut kau."

" Hah? Kenapa dengan rambut saya?" Soal Humaira sambil dia memegang hujung rambut dan memeriksanya pantas.

Ada apa - apa yang melekat dekat rambut ke?

" Aku tak suka. Dah, lama sangat kau dalam bilik aku ni. Kang aku buat gila kat sini, baru kau menyesal." Ugut Emir selamba tanpa dia bertemu mata dengan rakan bualnya dihadapan.

Humaira mengangguk faham. Ingatkan dia dan Emir sudah boleh menjadi kawan tapi sangkaannya silap.

Emir memang manusia yang susah dibuat kawan! Akur, langkah Humaira menapak keluar dari bilik Emir.

" Satu lagi, jangan lepaskan rambut kau bila duduk dalam dorm. Ikat sanggul buruk kau macam biasa" Pesan Emir bila Humaira sudah berdiri dihadapan pintu.

" Kenapa pulak?" Pelik - peliklah permintaan dia ni. Getus hati kecil Humaira.

Riak Emir dipandang seketika. Kosong— Ish... Apalah yang dia fikir.

" — Kalau kau nak selamat lah. Ish, banyak tanyalah kau ni. Ikut je cakap aku." Berkerut, bergaru kepala Emir menjawab soalan Humaira.

Tak suka betul, bila orang bertanya soalan yang dia tak boleh jawab.

" Okay, tapi awak owe me a question tau! Saya tetap nak tahu siapa awak!" Tegas Humaira tersenyum herot.

" Pape je lah! Dah - dah!"

BAM! Pintu ditutup kemas. Humaira berganjak ke belakang dek tolakan angin.

Lagi sekali? Dia ni memang keturunan suka hempas pintu ke apa? Gumam Humaira.

Terasa bengkak pula hatinya tiba - tiba bila Emir menghempas pintu dihadapan mukanya sebegitu. Kurang ajar betul.

***

Lampu kalimantan putih menyinari segenap ruang bilik. Bunyi dentingan besi mengisi halwa telinga tiga manusia bertopeng yang sedang berdiri mengurumuni sebatang jasad yang sudah nyawa - nyawa ikan.

Ekspresi mata mereka serius. Dua sudah mengumpul peluh di dahi, manakala seorang lagi, fokus pada arahan yang diberi.

" Gunting!"

" Kapas!"

" Kapas lagi!"

Tidak jauh dari situ, mereka diperhatikan oleh seseorang yang segak memakai sut hitam bertali leher hitam sehingga ke kasut hitam. Serba serbi hitam.

" Macam mana dengan perempuan tu, Qid?" Soal dia.

Qidran yang berdiri disebelah lelaki itu, berhenti mengelamun dan memberi sepenuh perhatian pada lelaki itu.

" Excellent. Kenapa tanya?" Soal Qidran sebelum dia keluarkan spinner dari poket seluarnya.

Gerakan memutar alat itu sungguh mengasyikkan. Tiap kali Qidran merasa tidak selesa atau takut, pasti dia akan keluarkan permainan itu. Buat hilang rasa gemuruh.

" Excellent kan, mestilah sebab dia pilihan aku. Aku suka the finest things je. Haha." Lelaki tadi bertawa halus."

" Apa motif kau bawa dia masuk sangkar harimau ni, Azka?" Qidran menambah soalan pada lelaki yang sudah separuh abad itu.

" Sebab aku suka." Sengih Azka sebelum dia menyambung.

" Ingat apa aku cakap dengan kau, Qid. Sentuh or rosakkan perempuan tu, kau semua aku bakar hidup - hidup."

" Ya, fahamlah aku. Tak payah risau." Qidran membuang pandang ke arah tingkap kaca lutsinar. Pembedahan sedang berjalan. Dia tersungging senyum melihat dua orang doktor yang digari kakinya.

Kesian.


p/s : saya update dekat portal Ilhan lambat. kalau nak latest update, please visit my wattpad page : Geminighost. XOXO


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh